Lelaki Ini Menunjukkan Cintanya Yang Menyala Dengan Melamar Wanita Ini menggunakan 99,999 Biji Cili Merah
Biasanya seseorang menggunakan bunga untuk melamar seorang wanita yang dicintainya. Kebelakangan ini ramai orang yang suka membuat lamaran dengan idea-idea unik seperti flashmob, kereta mewah dan pelbagai lagi untuk menarik perhatian dan ingin membuat sesuatu yang lain dari kebiasaan.
Photo copyright Shanghaiist.com
Sebuah lamaran di depan orang ramai ataupun public zaman sekarang ini memang bukan hanya melihatkan kepada romantisnya saja. Tetapi, semakin unik dan nampak agak aneh, semakin memberi kesan dan mudah mendapat perhatian. Seperti seorang pemuda yang berasal dari Hebei, China ini.
Artikel ini diterjemah dan diolah oleh beritakopak.net
Dia melamar kekasihnya dengan menggunakan 99,999 cili merah dan cili hijau. Cili-cili itu dirangkai membentuk dua pola hati yang terpanah oleh anak panah cinta (yang terbuat dari cili hijau dan jagung).
Apa yang menarik sememangnya pemuda ini bekerja di sebuah pusat pengeluaran cili dan dia dibantu oleh rakan-rakan sekerjanya yang juga pekerja di pusat itu.
Photo copyright Shanghaiist.com
Photo copyright Shanghaiist.com
Mungkin kelihatan agak pelik, lamaran menggunakan cili memang tidak terlihat seperti romantis. Tetapi akhirnya dia boleh mencairkan hati sang wanita kerana kekasihnya itu nampak terharu melihat hamparan cili merah berbentuk hati itu.
Photo copyright Shanghaiist.com
Dia diajak berdiri di sana oleh pemuda itu dan dia melihat beberapa teman yang membawa gambar-gambar sewaktu mereka berkasih.
Photo copyright Shanghaiist.com
Mungkin cara ini digunakan untuk menunjukkan cintanya yang membara pada kekasih hatinya. Semoga kasih sayang mereka terus membara dan menyala seperti merahnya cili merah itu. Syabas dan tahniah!!
Silakan SHARE..
Sumber: vemale.com
Sumber Berita Kopak
No comments:
Post a Comment