Selepas dua tahun menjadi penyampai radio, Shuib Sepahtu umum undur diri dari keluarga Sinar FM.
Pelakon dan pelawak itu berkata dia terpaksa undur diri untuk lebih fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi berita sedih itu menerusi laman media sosial, Instagram pada Rabu.
“Assalammualaikum, 2 tahun yg penuh tawa,duka, susah,senang. Itulah Sepahtu Sinar. Harini sy mengundurkan diri dr sepahtu Sinar atas sbb komitmen keje dan kekangan masa.
“sy harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya @jepsepahtu dan @rahimr2. Maafkan Segala salah dan silap sy.
“Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya.. Doakan yg terbaik utk karier dan bisnes sy selepas ini ya…Teruskan support dan sy doakan yg baik2 saja utk kalian. Love U all,Love U Sinar Fm,” tulis beliau.
Pada masa sama, pihak Sinar FM turut meluahkan rasa dukacita atas pengunduran salah seorang penyampai radio bagi segmen Sepahtu Sinar itu.
“Kenangan bersama dengan awak memang kami tak akan lupakan dan kami doakan semoga awak berjaya dengan apa sahaja kerja yang awak lakukan di luar sana.
“Terima kasih Shuib di atas segala jasa dan khidmat baik awak!,” kata mereka menerusi laman Facebook SINAR.
Segmen Sepahtu Sinar bersiaran bersama kumpulan pelawak Sepahtu dari Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi.
Sumber:awani
Baca selanjutnya………………
Shuib Tinggalkan Sinar FM, Siti Sarah Masuk Hospital
PENYANYI dan isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keadaan Sarah pada ketika itu sangat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi ini.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.
“Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak…. (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,” kata Shuib.
Keadaan Siti Sarah pada malam tadi sangat membimbangkan.
Shuib memberitahu keadaan isterinya itu menerusi Instagram secara langsung pada pagi, Rabu.
Selain itu, Shuib juga ada memuat naik foto Sarah dan meminta peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.
Dalam pada itu, Shuib juga membuat pengumuman bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.
Bagaimanapun, dia tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit.
Menurut Shuib lagi, keputusan itu dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.
Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen Sepahtu Sinar.
“Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.
“Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.
“Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lag,” ujarnya.
Selain Shuib, Segmen tersebut juga dikendali Jep dan Rahim yang mula ke udara sejak 30 November 2015 bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.
Shuib dalam posting Instagramnya meminta agar semua pihak mendoakan Siti Sarah akan pulih.
“Ibu kena kuat…Didi ada ni teman ibu walau apapun terjadi. Love you sayang @SitiSarahRaisuddin,” katanya…
Owhhh..So sweet. So kepada semua, mari kita pakat ramai-ramai agar doakan Siti Sarah Raisuddin akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Get well soon Siti Sarah. Keep fighting
Sumber: virality
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment