Isteri kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda menerima kehadiran seorang pelakon terkenal sebagai madunya.
Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan mendakwa mengetahui tentang perkara ini dua minggu lepas dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.
“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah dientukan,” kata Intan.
Izreen dilaporkan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Uda.
Pendedahan tersebut dilakukan menerusi temu bual secara langsung bersama sebuah portal berita pada Khamis.
Rumahtangga Intan dan Uda dibina empat tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.
Dalam pada itu, Intan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.
“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.
“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” ujarnya.
Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai R atau nama timangannya, Uda.
Menurut sumber, satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.
sumber:mstar
Baca selanjutnya……………….
Izreen Azminda Bakal Berkahwin Dengan Pemuzik Dalam Waktu Terdekat?
Segala spekulasi mengenai pelakon Izreen Azminda yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemuzik yang bertugas di rancangan Gegar Vaganza 2017 bakal terjawab apabila portal mStar Online melaporkan beliau bakal berkahwin dengan Mr. R ataupun Uda dalam waktu terdekat.
Difahamkan, Izreen bakal mengadakan satu sidang media khas berhubung berita perkahwinannya itu tetapi hanya beberapa sahaja rakan media yang akan dipanggil untuk membuat liputan. Pelakon wanita itu juga akan mengadakan majlis doa selamat pada 1 Disember depan di sebuah kondominum terletak di Damansara Perdana pada jam 8 malam.
Terdahulu, Izreen enggan memberikan sebarang komen mengenai gosip beliau telah melangsungkan perkahwinan sebagai isteri kedua seorang pemuzik. Menurut Izreen, Mr. R ialah seorang bujang dan bukanlah suami orang seperti yang didakwa.
Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jurukamera pada tahun 2012 sebelum berpisah sekitar tahun 2014. Hasil perkahwinan, Izreen dan bekas suami dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun.
Sumber Berita : mStar Online
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment