Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu. Begitulah nasib penyanyi muda, Haqiem Rusli setelah setahun berkecimpung di dalam industri muzik apabila beliau telah berjaya membeli kereta idamannya, Mitsubishi Lancer baru-baru ini.
Apa yang lebih membanggakan adalah penyanyi yang baru berusia itu telah berjaya memiliki kereta idamannya itu secara tunai, tanpa sebarang pinjaman kewangan daripada pihak bank.
Beliau turut berkongsi berita gembira itu bersama-sama dengan peminat-peminatnya dengan memuatnaik beberapa keping gambar ke dalam laman Instagramnya itu.
ALHAMDULILLAH KERETA INI DIBELI HASIL TITIK PELUH SAYA SENDIRI DAN DIBAYAR SECARA TUNAI.
PADA MULANYA SAYA BERHASRAT UNTUK MEMBELI KERETA SEDAN JENIS HONDA CITY NAMUN IBU SAYA MENYARANKAN UNTUK MEMBELI KERETA JENIS MITSUBISHI LANCER.”
Para pengikut Haqiem di laman Instagramnya telah memberikan respons yang positif berkenaan berita ini dengan rata-rata mereka memuji Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli itu kerana pandai mengatur kewangannya.
Menurut Haqiem, beliau melihat ramai artis popular yang gagal merancang kewangan dengan baik membuatkannya lebih berhati-hati dan menjadikannya sebagai teladan.
Sumber : Ma-Zeer Blog
Lelaki Kantoikan Warga Asing Yang Suka Rakam Video Kanak-Kanak
Jenayah seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Wanita, lelaki, dewasa, kanak-kanak, semua orang tidak terkecuali menjadi mangsa. Ini kerana kecenderungan seksual manusia sangat pelbagai dan tidak boleh diagak. Yang paling menakutkan adalah, terangsang secara seksual kepada kanak-kanak atau pedofilia.
Perkongsian seorang lelaki yang juga ayah kepada seorang anak kecil mengenai pengalamannya berhadapan lelaki yang dipercayai berkecenderungan sebegini patut menjadi iktibar untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada anak-anak kita.
4 lelaki Nepal pegang telefon sambil ketawa
IC! IC! Mana IC?!
Banyak gila gambar kanak-kanak!
‘Kami tak tahu sini tak boleh snap budak’
Lelaki itu juga menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekitar walau di mana sahaja berada apabila membawa anak-anak masing-masing untuk mengelakkan kejadian malang berulang. Dia juga mengingatkan supaya ibu bapa tidak terlalu bersangka baik dan menjadi berani jika berlaku insiden tidak diduga.
Sumber : Ma-Zeer Blog
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2A4JJAn
No comments:
Post a Comment