a Join Us at facebook: [TIPS] Ini Cara Nak Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning – Wajib Cuba Tau..! Tweet button

Saturday, 4 November 2017

[TIPS] Ini Cara Nak Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning – Wajib Cuba Tau..!

Ini Cara Nak Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning – Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca terbesarnya adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini.

Rasa kapur ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua. Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapur masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Di hujung minggu nanti, mungkin ada yang ingin menyediakan Mi Kari, Mi Bandung atau juga Mi Sup. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.

Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning
Ini Cara Nak Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning
BAHAN-BAHAN:

Mi Kuning
Gula pasir

Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.

Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.

Selamat mencuba!

 
Cara Mudah Untuk Lembutkan Daging atau Ayam Beku Dalam 5 Minit Je..
 

 

Cara Mudah Untuk Lembutkan Daging atau Ayam Beku Dalam 5 Minit Je.. – Buat kaum perempuan atau mak-mak yang nak masak mesti leceh nak tunggu daging atau ayam yang kita bekukan kat dalam peti sejuk jadi lembut sebelum boleh potong dan masak. Kadang-kadang tu belum balik lagi mak dah call suruh keluarkan rendam daging nak masak.

Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau! Tapi sebelum tu anda perlu dua periuk jenis steel.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu.

Sumber: Wanista



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2A6VNkp

No comments:

Post a Comment