Piala Malaysia hampir melabuhkan tirainya Sabtu ini dengan pertemuan antara pasukan gergasi dari utara, Kedah menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan final yang akan menentukan pasukan jaguh bola sepak tanah air.
Final kali ini seakan seimbang dengan kedua-dua pasukan dilihat berpotensi membawa pulang piala berprestij itu berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan kedua-dua pasukan. Korang pun mesti dah tak sabar kan? So siapa bakal juara? Lang Merah atau Harimau Selatan?
Kami bawakan 6 perkara menarik menjelang Piala Malaysia musim ini.
{1} Final penuh mendebarkan
Kelayakan kedua-dua pasukan mara ke peringkat akhir sudah cukup membuktikan keampuhan masing-masing. Di peringkat separuh akhir JDT berjaya membenam pasukan Perak kendalian Mehmet Durakovic yang memberikan saingan sengit.
Kedah pula tampil sebagai juara bertahan apabila mudah mengatasi Felda United. Kedua-dua Kedah dan JDT punya strategi taktikal sendiri. Ada yang mengatakan corak permainan JDT dengan Kedah ini lebih kurang sama je, masing-masing mengamalkan permainan secara short pass bagi menguasai permainan.
{2} Piala kedua Kedah tahun ini?
Lang Merah telah menyambar Piala Sumbangsih Januari lalu ketika menentang JDT di Larkin Kemenangan itu menamatkan penantian sejak 1994 Kedah menerusi sepakan penalti berpihak kepada pasukan pelawat dengan 5-4.
Adakah Kedah bakal merangkul piala kedua mereka pada tahun ini? Atau JDT akan berusaha keras untuk membawa pulang Piala Malaysia ke Johor pula? Kapten JDT, Syafiq Rahim pun dah berazam nak bawa pulang Piala Malaysia tahun ini.
{3} Gol kontroversi semifinal
Jaringan gol penyerang Perak, Zaquan Adha Abdul Razak ketika menentang JDT di semifinal dibatalkan pengadil kerana dikatakan ofsaid. JDT bagaimanapun tetap memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan besar 3 – 0.
Namun, bekas pengadil Persekutuan Antarabangsa Bola Sepak (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat pengadil dalam perlawanan itu tersalah tafsir. Untuk sorotan perlawanan semifinal, muat turun aplikasi Kita Juara bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.
{4} Perlawanan buku bertemu ruas
Selaku bekas pengendali JDT, Mario Gomez yakin pasukan itu mampu merangkul kejuaraan walaupun Kedah tidak dinafikan sebagai pasukan yang kuat. Untuk rekod, Gomez pernah membawa pulang Piala AF 2015, Liga Super 2015 serta 2016 dan Piala FA 2016.
Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim pula memilih Kedah sebagai bakal juara. Kenyataan itu dibuat melihatkan kekuatan jentera diketuai Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva.
{5} 10000 tiket habis sejam, penyokong Kedah lapor polis
5 laporan polis dibuat susulan ketidakpuasan hati penyokong Kedah berkenaan penjualan 10000 keping tiket yang habis dalam masa sejam dijual. Menurut pihak Kedah FA, hanya 10000 diperuntukkan manakala selebihnya 30000 dijual untuk tempahan berkumpulan.
Ada antara korang dekat sini yang tak dapat tiket final? Tak apa, tengok siaran langsung dekat TV3 jela nanti.
{6} Siapa bakal juara?
JDT mempunyai 3 gol setiap perlawanan dalam 3 perlawanan terakhir mereka menentang Kedah, menjadikan secara puratanya 9 gol untuk 3 perlawanan dan bolos 2 kali. Namun kehebatan Kedah membolosi benteng lawan juga tidak boleh dipandang entang.
Ultras kedua-dua pasukan serta peminat bola sepak tempatan sudah tentunya tidak sabar untuk menonton pasukan mana merangkul gelaran juara. Jika anda tidak mahu terlepas rangkuman perlawanan lebih komprehensif dengan highlight perlawanan dan gol selain komen-komen di media sosial, muat turunlah aplikasi Kita Juara hari ini!
Baca Selanjutnya………
JDT vs KEDAH : Siapakah Pemain Yang Bakal Menyinar Antara Kedua-dua Team Hebat Ini?
Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 Johor Darul Ta’zim vs Kedah malam ini, Kehangatan perlawanan akhir mula dirasai apabila kedua dua jurulatih melakukan perang psikologi didalam akhbar dan isu penjualan tiket tidak telus di Kedah mendatangkan kemarahan dan kekecewaan penyokong Kedah.
JDT
Pasukan yang menjuarai Liga Super sebanyak 4 kali berturut turut dari tahun 2014,namun begitu JDT masih dahagakan Piala Malaysia yang mereka belum pernah kecapi.
Pemain JDT yang dijangka bakal menyinar pada perlawanan akhir ini
Mohd Ghaddar – Penyerang berbisa sebagai penjaring terbanyak dgn 23gol
Safiq rahim – Pemain tengah pakar sepakan percuma
Gabriel Guerra – penyerang dengan penyudah yg baik
Natxo Insa – pemain tengah yang kreatif
Hazwan Bakri – ayam tambatan
Kedah
Tiga kali beturut turut layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia turun selaku juara bertahan membuat sedikit kelebihan buat Kedah atas dasar pengalaman bermain dalam kancah perlawanan akhir.
Pemain Kedah yang dijangka bakal menyinar pada perlawanan akhir ini
Ken Ilso – penyerang berbisa dengan penyudah yang baik
Badrol Bakthiar – pakar sepakan percuma dan hantaran menarik
Liridon Krasnigi – pemain tengah yang kreatif
Syazwan Zainon – nama gelaran Wan Karpet pemain sayap yang pantas
Sandro da Silva – pemain tengah yang pandai menghidu peluang untuk menjaringkan gol.
Sumber: Semuanyabola , Berita Harian , Youtube, Maskulin
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment