a Join Us at facebook: RESPON BALAS: “JANGAN CUBA AJAR KFA!” INI PERSATUAN LAMA BAK HANG..! Tweet button

Friday, 3 November 2017

RESPON BALAS: “JANGAN CUBA AJAR KFA!” INI PERSATUAN LAMA BAK HANG..!

Respon Balas: “Jangan Cuba Ajar KFA!” Ini Persatuan lama bak hang..!

 

JANGAN ada pihak yang cuba mengajar Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagaimana untuk mentadbir kerana persatuan itu adalah sebuah organisasi lama.

Itu reaksi Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berhubung isu penjualant iket final Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT), esok.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengangkat pasukan Kedah untuk berada di tahap yang tinggi dan boleh dibanggakan pada hari ini.

“Tiada pasukan yang mampu menandingi keupayaan pasukan kita dan jangan ada pihak tertentu yang nak hilangkan fokus pasukan kita, cuba memainkan peranan tertentu nak merosakkan pasukan ini.

“Kita berada dalam satu landasan yang paling baik. Seluruh penyokong Kedah menyokong Lang Merah hari ini dan saya fikir lain-lain negeri juga menyokong pasukan kita,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bola sepak adalah sukan paling dekat dengan rakyat Kedah maka tidak hairanlah sambutan diberikan oleh penyokong begitu mengalakkan sehingga kuota 34,000 tiket masih tidak mampu menampung permintaan mereka.

Katanya, selepas ditolak jualan di atas talian sebanyak 4,000 tiket, hanya tinggal baki 30,000 sahaja lagi yang perlu diagih sebaik mungkin untuk dijual.

Menurutnya, pihaknya berusaha untuk menambah baik sistem penjualan tiket pada perlawanan akhir sejak tiga tahun lalu dari semasa ke semasa namun masih gagal memuaskan hati semua pihak.

“Pasukan kita telah masuk ke final Piala Malaysia tiga kali berturut-turut dan kita mengadakan langkah pembaikan dari semasa ke semasa sebenarnya.

“Tetapi apa boleh buat dengan keadaan sekarang, mungkin ke depan Kerajaan boleh bina stadium yang lebih besar untuk lebih 100,000 penyokong bagi memenuhi keperluan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun beliau meminta semua peminat tidak dapat hadir ke Shah Alam supaya menyaksikannya di layar gergasi di kawasan masing-masing yang disedikan oleh pelbagai pihak untuk memberikan sokongan.

Isu tiket, KFA beri kerjasama kepada SPRM
KERJASAMA penuh akan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah untuk membuktikan bahawa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telus di dalam mengagihkan kuota jualan tiket final Piala Malaysia 2017.

Timbalan Presidennya, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, pihaknya turut menyerahkan sepenuhnya kepada badan tersebut sekiranya ada berlaku penyelewengan.

Menurutnya, pegawai SPRM telah hadir ke pejabat KFA di aras satu Stadium Darul Aman selepas laporan dibuat yang mendakwa berlali penyelewengan dalam penjualan tiket.

“SPRM boleh periksa, jika ada orang dalaman KFA buat selain apa yang kita arahkan, kita serahkan kepada mereka (untuk tindakan) seterusnya.
“Kami sedia disiasat malah SPRM pun dah masuk (hadir ke pejabat KFA kelmarin),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada pegawai SPRM Kedah yang hadir untuk memantau dan melihat sendiri agihan tiket kepada pemohon kuota bas.

Menurutnya, setiap maklumat diperlukan diperiksa sendiri oleh pegawai berkenaan dan proses tersebut berlangsung lebih sejam.

“SPRM kedah hadir bertanyakan tentang jumlah kuota tiket, proses permohonan tempahan, kriteria kelulusan, berapa permohonan yang diluluskan dan melihat proses penebusan tiket rombongan bas.

” memberikan kerjasama sepenuhnya kepada badan tersebut sepanjang proses siasatan berlangsung,” katanya.

Sumber : SinarHarian

Sharing is caring!



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2ytqsMy

No comments:

Post a Comment