Previu Final Piala Malaysia 2017: Kedah Atau Johor Darul Ta’zim?
Piala Malaysia edisi kali ini menemukan 2 pasukan yang dianggap pasukan terbaik dalam kancah bola sepak Malaysia pada awal musim ini.
Namun Kedah berhadapan dengan kemelut prestasi pada pertengahan musim dan gagal menyaingi JDT dalam Liga Super.
Pada awal musim ini, kedua-dua pasukan bertemu dalam Piala Sumbangsih dan Kedah menang menerusi penentuan sepakan penalti.
Kedah sudah membawa 1 piala domestik iaitu Piala FA dan juga 1 Piala Sumbangsih. Kini Kedah dan JDT mahu menamatkan musim dengan doubles.
(Nota editor: Piala Sumbangsih tidak dikira sebagai piala domestik utama).
Prestasi semasa
JDT hanya menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka. Manakala pasukan Kedah menang 2 daripada 5 perlawanan terakhir mereka.
Menjadikan, kedua-dua pasukan dalam prestasi yang agak seimbang untuk perlawanan ini.
Kedua-dua pasukan hanya gagal menjaringkan gol dalam 1 perlawanan daripada 5 perlawanan terakhir iaitu pada perlawanan di antara kedua-dua mereka minggu lalu dalam Liga Super yang berakhir 0-0.
Rekod pertemuan 5 perlawanan terakhir
JDT menang 2 daripada 5 pertemuan terakhir menentang Kedah. Manakala pasukan Kedah hanya mampu mencatatkan 3 keputusan seri tanpa sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir menentang JDT.
Kali terakhir Kedah menang ke atas JDT adalah pada 16 April 2016 dalam saingan Piala FA.
2 perlawanan Kedah vs JDT musim ini berakhir dengan keputusan seri. Kali terakhir JDT menang ke atas Kedah adalah ketika mereka membelasah Kedah 5-0 di Larkin pada 16 Julai 2016 dalam saingan Liga Super.
Fakta perlawanan
Ini adalah final Piala Malaysia ke-3 berturut-turut untuk pasukan Kedah dan ke-12 di dalam sejarah mereka
Kedah bermain dalam 4 perlawanan final dan 1 perlawanan sumbangsih dalam 3 musim terakhir, juara 1 Piala Malaysia, 1 Piala FA dan membawa pulang Piala Sumbangsih
Ini menjadikan Kedah memiliki ratio kejuaraan 2 daripada 3 final domestik (major) mereka setakat ini
Kali terakhir JDT beraksi di final Piala Malaysia ialah pada 2014, dan tewas di tangan Pahang
Ini adalah final kedua pasukan JDT
Kedah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 5 kali di belakang Perak (7), Singapura (24) dan Selangor (33)
JDT tidak pernah menjuarai Piala Malaysia di dalam sejarah pasukan mereka (sebelum ini dikenali Johor FC)
Sandro (9 gol) dan Ghaddar (6 gol) adalah penjaring utama kedua-dua pasukan dalam edisi kali ini
Siapa akan menjulang Piala Malaysia?
Piala Malaysia adalah kejohanan tertua di negara kita dan di rantau Asia. Menjulang Piala Malaysia adalah impian setiap pemain.
Berdasarkan kualiti, kedua-dua pasukan ada kualiti yang cukup untuk perlawanan final kali ini. Persediaan rapi sudah pun dibuat cuma menanti malam final.
Pasukan mana yang akan menjuarai Piala Malaysia? Sama ada ia akan diarak ke utara? ataupun ke selatan tanah air?
Persoalannya akan terjawab pada 4 November ini.
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2A5p9zN
No comments:
Post a Comment