a Join Us at facebook: Khairy Jamaluddin suruh Cybertrooper Umno guna teknik “copy paste” supaya nampak bijak..? Tweet button

Saturday, 4 November 2017

Khairy Jamaluddin suruh Cybertrooper Umno guna teknik “copy paste” supaya nampak bijak..?

KETUA Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini dilaporkan meminta “cybertroopers” (askar siber) parti itu untuk menggunakan teknik “copy paste” ketika menulis di media sosial.

Berucap di konvension media sosial Umno hari ini, Khairy dilapor mengajar cybertrooper Umno untuk menggunakan kesempatan dan kelebihan kepada ulasan sedia ada di media sosial sekiranya mahu memberikan pendapat tentang isu-isu yang berat di atas talian.

Katanya inilah yang patut dibuat sekiranya cybertrooper Umno mahu memberikan komen intelektual (komen bijak) di media sosial tanpa perlu bergantung terlalu banyak kepada kajian sendiri.

Salah satu kaedah yang saya belajar untuk mengambil informasi dan menulis sesuatu yang nampak bijak, dan intelektual adalah dengan membaca komen-komen orang lain,”

Kita cari 1 komen dalam posting, yang telah menerima paling banyak like, kita ambil informasi itu, copy paste dan ubah perkataan, komen itu nanti akan menjadi viral,” katanya seperti yang dipetik oleh thesundaily.

“Ia tidak terlalu susah, ianya mudah. Gunakan mana-mana komen popular. Sekiranya kita tidak mahu menggunakan fakta-fakta yang terlalu berat, seperti dalam GST dan bajet, kita boleh guna komen yang masuk akal dan logik,” katanya kepada ratusan ahli Biro IT Umno di konvensioan yang diadakan di Putra World Trade Center (PWTC).

Khairy juga mengingatkan para cybertrooper Umno agar memasukkan unsur-unsur lawak di dalam posting media sosial mereka sekiranya mahu menarik perhatian umum.

“Jika tidak menarik dan kelakar, ia tidak akan menerima perhatian, cubalah buat kelakar,” katanya.

Sumber — thesundaily

Artikel berkaitan : Nak tengok contoh hasil kerja cybertrooper Umno?

Akaun palsu #RespectMyPM kantoi curi gambar orang hidup pula

TENTU anda biasa melihat beratus akaun palsu menulis hashtag #RespectMyPM secara berulang-ulang di halaman facebook Najib Razak. Setiap posting pasti akan ada ratusan akaun palsu mengampu perdana menteri dengan #RespectMyPM.

Sebelum ini akaun-akaun palsu tersebut pernah kantoi mencuri dan menggunakan gambar orang yang telah meninggal dunia. Nampaknya kali ini pengendali akaun-akaun palsu ini sudah berani menggunakan gambar milik orang yang masih hidup pula.

Dalam posting terkini Najib Razak, sebuah akaun palsu menggunakan nama Hakim Baba menjalankan rutin biasanya menulis hashtag #RespectMyPM, namun kali ini ia kantoi apabila gambar yang digunakan adalah milik seorang individu di facebook.

Mohamad Shahril Muhamad Nur yang menyedari gambar kawannya digunakan oleh akaun palsu itu telah memberitahu pemilik gambar sebenar KH Ryu dengan cara menyebut namanya dalam kiriman tersebut.

Pemilik gambar muncul dalam kiriman tersebut lantas memaki akaun palsu itu. Tapi kita semua maklum akaun palsu tu bukan boleh jawab, dia tak peduli pun kena kutuk, atau kena maki. Nama pun akaun palsu.

Kasihan kan? Najib terpaksa guna beratus malah beribu akaun-akaun palsu di facebook untuk mengampu dan memujinya kerana tidak ada lagi manusia yang waras sanggup melakukan perkara bodoh seperti itu.

Oh ya kalau anda nak tolong maki akaun palsu tersebut sila klik link di bawah klik cepat sebelum kena delete.
Sumber : MiloSuam



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2yuWOXr

No comments:

Post a Comment