a Join Us at facebook: Menteri Besar Beri Habuan RM50,000 setiap pemain, jika Kedah julang Piala Malaysia!!.. Tweet button

Saturday, 4 November 2017

Menteri Besar Beri Habuan RM50,000 setiap pemain, jika Kedah julang Piala Malaysia!!..

SHAH ALAM: Pemain Kedah dijanjikan RM50,000 seorang sekiranya mereka menjulang Piala Malaysia ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Ia dijanjikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi menghargai perjuangan skuad Lang Merah.

Kedah akan bertemu JDT pada aksi final di Stadium Shah Alam malam ini.

“Selain imbuhan kewangan, KFA turut akan membawa pasukan Kedah untuk bermain di perlawanan persahabatan menentang kelab luar negara sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran pemain,” katanya pada sidang media pada majlis makan tengah hari bersama pemain dan pegawai pasukan Kedah di sini.

Jika menang, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan turut mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa.

‘Saya tak peduli parti apa pun yang anda wakili, sebab ini bola sepak!’ – TMJ

 

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah berhubung dengan Setiausaha Agung FAM, DatukHamidin Mohd. Amin, untuk menguruskan isu tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk penyokong Kedah.

Ia susulan masalah yang timbul pada Rabu ketika sesi penjualan tiket, apabila penyokong Kedah mendakwa terdapatnya kepincangan dalam pengagihan tiket untuk perlawanan berkenaan.

Atas budi bicara TMJ dan kerjasama FMLLP, 1,000 keping tiket tambahan akan dicetak untuk memberi peluang kepada lebih ramai penyokong Kedah hadir ke stadium pada perlawanan yang akan berlangsung Sabtu ini itu.

Dalam satu kemas kini status di akaun Facebook FAM, TMJ turut membidas sikap sesetengah pihak dalam pengurusan bola sepak Kedah yang tanpa berselindung mencampur adukkan bola sepak dan politik

TMJ juga kesal dengan sikap segelintir pihak dalam persatuan yang dianggap hanya hebat dalam ‘cakap-cakap belakang’, sedangkan tidak mempunyai sebarang pencapaian.

“Mereka ini bercakap mengenai bola sepak macam pandai sangat, macam dah bertahun-tahun menguruskan persatuan atau kelab yang maju.

“Sesetengah individu-individu ini pernah berjalan bersebelahan saya. Dia fikir apabila dia bernafas udara yang sama dengan saya, dia adalah segala-galanya. Tetapi itu tidak benar sama sekali,” kata TMJ sinis.

Dalam status itu juga, TMJ sekali lagi mengulangi janjinya untuk menghapuskan elemen kroni yang selama ini membelenggu persatuan induk bola sepak negara itu.

“Saya tiada niat nak menyekat rezeki orang cuma saya hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada saya untuk menjaga duit persatuan.

“Maaf, tiada lagi cronism dalam persatuan ini,” katanya..

Sumber – malaysiabolehbro

No comments:

Post a Comment