a Join Us at facebook: BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN UNIVERSITI – MOHON SEKARANG Tweet button

Saturday, 4 November 2017

BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN UNIVERSITI – MOHON SEKARANG

MENYEDARI hakikat ke­pentingan sektor pendi­dikan negara di sam­ping bagi memastikan masa depan murid terjamin dan tiada yang menghadapi masalah untuk memasuki alam persekolahan pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan persekolahan yang wajar dimanfaatkan oleh golongan yang disasarkan. Secara keseluruhannya pada tahun ini kerajaan melalui Kementerian Pendidikan menyediakan 19 jenis bantuan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.1 bilion, iaitu peningkatan RM95.8 juta berbanding tahun lalu.

Menurut pihak kementerian, bantuan persekolahan ini ­terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu bantuan umum, bantuan khusus dan bantuan secara sekali gus atau one off. Kesemua bantuan ini akan diagihkan berdasarkan beberapa garis panduan dan ketetapan yang digunapakai selama ini.

Sementara itu, bantuan khusus pula diberikan kepada murid yang layak berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan bagi membantu murid daripada golongan yang berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU) atau yang cemerlang dalam akademik dan sukan. Antara bantuan yang disediakan kepada murid dari kalangan berpendapatan rendah ialah Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) sebanyak RM250 bagi setiap murid iaitu dari kalangan keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM350 juta.

Di samping itu, bagi murid sekolah rendah dari golongan berpendapatan rendah, kerajaan secara konsisten menyediakan peruntukan khusus di bawah program Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia (RMT1M) yang turut merangkumi Program Susu 1Malaysia (PS1M). Bantuan khusus lain termasuklah Bantuan Makanan Asrama serta Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Sukan dan juga elaun Murid ­Berkeperluan Khas.

Jelas di sini kerajaan memandang serius kepentingan sektor pendidikan negara untuk pembangunan negara, lantas menyediakan pelbagai inisiatif, insentif dan bantuan baik berbentuk wang tunai mahupun kemudahan dan peralatan supaya anak-anak kita memperoleh peluang dan akses pendidikan yang jauh lebih baik dan berkualiti setanding dengan negara maju.

Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS) adalah satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk menarik golongan pintar yang terbaik daripada seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di Malaysia. Biasiswa ini bertujuan untuk menyokong usaha Kerajaan Malaysia untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berbakat daripada luar negara.

Pelajar antarabangsa yang mempunyai rekod akademik dan latar belakang kokurikulum yang cemerlang adalah dialu-alukan untuk memohon biasiswa ini dan melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti awam dan swasta di Malaysia.

Biasiswa & Pinjaman – Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut

1. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
2. Program Pelajar Cemerlang
3. Program Penajaan Ke Universiti Perdana
4. Program Ijazah Dalam Negara
5. Program Kejuruteraan Di Negara Bukan Berbahasa Inggeris
6. Program Biasiswa Politeknik

Hotline : 603-8000 8000   Fax : 603-8888 3721
Email : admin@portal.gov.my

Baca selanjutnya……………

Bajet 2018: BR1M kekal RM6.8 bilion, tiada kenaikan selepas 7 tahun

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan peruntukkan RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya.

bajet2018-br1m

 

KUALA LUMPUR: Selepas dinaikkan setiap tahun sejak 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiada bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan.

Dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata peruntukan untuk program wang tunai sekali beri itu kekal pada RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya. Kadar maksimum pemberian BR1M juga dikekalkan pada RM1,200.

“Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rakyat teramai menerimanya dengan senang hati dan rasa syukur. Jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya,” kata Najib.

Najib sempat membidas pengkritik program wang tunai sekali beri itu.

“Hatta, pihak pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini dan menuduh sebagai ‘dedak’ itu dan ‘umpan’ ini, tapi kini tanpa segan silu membuat ‘u-turn’, dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri telah akur akan benarnya program BR1M oleh Kerajaan ini.”

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012, dan merangkumi RM1,200 kepada penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M.



Sumber Nukilan Cerita Kita

No comments:

Post a Comment