Rawang : Hanya berserah pada yang maha esa setuasi terkini suami nya dan 2 lagi rakan yang dikhuatiri maut selepas terjatuh dalam sebuah tangki diesel ketika tangki berkenaan meletup dan terbakar, di sini, petang semalam.
Diya Nadia isteri kepada salah orang mangsa yang terlibat hanya mengharapkan keajaiban agar suami nya Zamri Adenan ditemui dengan selamat walaupun harapan itu agak tipis.
Diya yang merupakan seorang Blogger Pinky Momma memohon maaf pada yang menghatar mesej yang mana mereka ingin mengetahui status terkini suami nya.
Setakat ini tiada apa-apa berita terkini tentang nasib suami nya dan 2 rakan, Diya melalui laman sosialnya hanya mampu mendoakan dan megharapkan orang ramai mendoakan suami nya dan rakan juga.
Dalam kejadian petang semalam tiga pekerja sebuah kilang simen, dikhuatiri maut selepas terjatuh dalam tangki diesel berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata semua mangsa adalah warga tempatan berusia 28 tahun, 35 tahun dan 49 tahun.
“Tiga jentera dari Balai Bomba Rawang, Selayang dan Batu Arang terbabit dalam operasi memadam kebakaran, yang membabitkan 30 anggota.
“Difahamkan ketiga-tiga pekerja terbabit sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh ke dalamnya.
“Kebakaran berjaya dipadamkan selepas 30 minit dan sehingga kini, kita dalam usaha untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mohd Sani berkata, kerja mengeluarkan mangsa memerlukan masa yang agak panjang berikutan pihak kilang terpaksa memindahkan minyak diesel daripada tangki terbabit.
“Buat masa ini, kita perlu mengeringkan tangki terbabit terlebih dulu, yang mengandungi kira-kira 750,000 liter diesel.
“Apabila tangki kering, barulah kita boleh keluarkan mangsa,” katanya, semoga Puan Diya dan seluruh keluarga tabah dengan dugaan ini diharap suami dan 2 rakan yang terlibat selamat sama-sama kita mohon keajaiban dari yang maha esa. Aamiin. Foto : Diya Nadia
cerita seterusnya…………………
AJAL BERSAMA .. SUAMI MAUT DAHULU LEPAS BERTARUNG NYAWA ISTERI MENYUSUL (12GAMBAR)
Ipoh : Hubungan mereka sehidup semati anak-anak yatim piatu sekelip mata ini lah yang berlaku kepada pasangan suami isteri arwah Ayub Hassan,50, dan arwah isteri nya Yan Faridah Zahir,48, yang mana mereka temui ajal selepas terlibat kemalangan di Jeli- Grik petang semalam.
Ayub maut ditempat kejadian akibat cedera parah impak kemalangan manakala isteri nya Yan Faridah parah dia temui ajal di Hospital selepas beberapa jam bertarung nyawa impak kemalangan.
Laporan awal Sinar Harian seorang maut manakala dua cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung di Batu 13, Lebuh Raya Timur Barat Jeli- Grik di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kereta Proton Wira yang dipandu Ayub dari arah Jeli ke Gerik dikatakan bertembung dengan kereta Honda Civik dipandu Mohd Shafiq Izham Jamil, 25.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa’aid berkata, akibat pertembungan itu, mangsa Ayub Hassan meninggal dunia ditemat kejadian.
“Manakala Mohd Shafiq dan penumpang Proton Wira, Yan Faridah Zahir, 48, yang merupakan isteri mangsa mengalami cedera parah, kedua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, ” katanya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Shahril berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira- kira jam 3.28 petang sebelum satu jentera dan satu pacuan empat roda dengan kekuatan tujuh anggota digerakkan ke tempat kejadian.
“Kesemua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dan diserahkan kepada phak hospital dan polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Arwah Ayub berkhidmat di SUK Perak merupakan seorang yang berdedikasi dan disenangi ramai mereka berasal dari Jelapang Tambahan Ipoh jenazah keduanya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Gurap petang petang tadi.
Semoga anak-anak nya tabah mereka yatim piatu sekelip mata ada antara anak arwah yang sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga mereka pasti terasa apabila kehilangan kedua-dua ibu bapa. Al fatihah.
sumber: berita sayu
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment