Gambar penuh diakhir artikel.
KAPTEN Kelantan, Mohd Badhri Radzi, mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan mengahwini gadis pilihannya sendiri tahun depan.
Menurut Badhri yang lebih dikenali sebagai Piya, dia bukan menolak jodoh tetapi tidak mahu tergesa-gesa kerana keputusan berkenaan membabitkan banyak pihak apatah lagi masih dalam proses berkawan serta mahu mengenali hati budi gadis berkenaan secara lebih dekat.
“Kalau ada rezeki mungkin tahun depan. Kalau tiada apa-apa… insya Allah tahun depan saya akan berkahwin dengan orang Kota Bharu. Dia bukan kenalan saya dari bangku sekolah atau peminat saya tetapi kami sudah lama kenal.
“Kami sudah lama berkenalan tetapi jarang berjumpa dan sekarang kami sedang berkawan serta ingin mengenali dengan lebih rapat. Bagaimanapun, hubungan kami tidak terlalu serius tetapi kalau ada jodoh saya akan berkahwin dengannya pada 2018,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.
Bagaimanapun Piya masih mahu berahsia mengenai siapakah gadis Kelantan yang berjaya ‘mencuri’ dan mengisi kekosongan hatinya.
Mengenai perkembangan kerjayanya Badhri yakin percaya pemilihan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan dan kemasukan pemain muda akan menyuntik semangat baharu kepada skuad The Red Warriors (TRW) pada musim depan.
Justeru, Badhri berharap semua pemain Kelantan terutama mereka yang masih muda dapat melakukan sesuatu dan bermain bersungguh-sungguh untuk menaikkan kembali maruah TRW pada musim depan.
BADHRI (tengah) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.
“Saya yakin satu fenomena baharu akan tercetus musim depan kerana Presiden baharu KAFA, Bibi Ramjani mungkin melakukan sesuatu untuk memastikan TRW kembali memberi saingan kepada pasukan lain dalam kancah Liga Super.
“Insya Allah kalau boleh saya mahu kekal bersama Kelantan sehingga ke penghujung kerjaya sebagai pemain bola sepak. Sebelum ini memang saya ada dapat tawaran dari beberapa negeri lain tetapi saya menolaknya kerana kesetiaan dan mahu menghabiskan kerjaya bersama Kelantan.
“Saya jangkakan akan terus bermain bola sepak dan mewakili Kelantan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi (sebelum bersara sebagai pemain bola sepak) dan menumpukan perhatian kepada bidang lain. Bagi saya selagi kudrat dan tenaga masih ada saya akan terus bermain dan mewakili Kelantan kerana dari kecil hingga besar saya hanya minat bola sepak.
“Dulu saya pernah hidup susah sehinggalah rezeki datang menerusi sukan bola sepak dan mewakili Kelantan,” kata Badhri yang pernah dinobatkan sebagai Anugerah Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai di Liga Malaysia pada 2013.
Sumber : mymetro
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2AoWUQi
No comments:
Post a Comment