Berkenaan kes samun, rog#ol dan bunuh di merata2 tempat masa kini, saya Nurul nak mengambil kesempatan ini untuk berkongsikan beberapa tips keselam#atan di Face#book kepada anda sem#ua terutamanya kaum hawa. Ini tiada kaitan dengan kes2 yg terjadi namun saya hanya ingin berkongsikan juga kerana perkara2 dibawah mendorong kepada berlakuknya perkara2 jenayah yang memilukan kepada para isteri keseorangan di rumah.
1. KURANGKAN SELFIE
Kita tidak tahu jika selama ini setiap kali anda memuat naik gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Bila sudah lama, mere#ka jatuh cinta pada anda. Mereka juga telah berangan untuk ‘bersama’ dengan a#nda dan mahu menjadikan anda milik dia. Jangan kata mustahil, pada zaman ini manusia sudah menjadi semakin gila.
2. JANGAN ‘CHECK IN’ RUMAH SENDIRI
Tolong jangan check in alam#at rumah sendiri yang mendedahkan secara terperinci lokasi kediaman anda dengan tepat. Ini ker#ana pada bila-bila masa sahaja penjenayah boleh datang ke rumah anda.
3. JANGAN MUAT NAIK STATUS ‘BERSEORANGAN’ DI RUMAH
Sudahlah check in alamat kediaman sendiri, siap memberitahu satu dunia yang anda berseorangan di rumah.
“Boringnya, my husband out station lagi. Tinggal dengan anak bulus saja. Ada yang nak teman?”
Sebentar lagi ada yang benar-benar datang temankan baru nak menyesal bagai. Kalau yang jenis tak pernah check in pun pe#rlu elakkan beritahu yang anda berseorangan di rumah. Ini kerana ada rakan di luar alam maya yang tahu rumah anda dan bukan semua rakan yang kita kena#li baik orangnya.
4. JANGAN POST NOMBOR PENDAFTARAN KERETA
Ye, kereta itu atas nama awak, hasil titik peluh awak. Kalau nak muat naik gambar, sekurang-kurangnya tutup nombor pendaftaran. Bahaya sebab dari nombor pendaftaran kereta saja boleh tahu semua personal detail kita. Kalau info itu dapat pada orang jah#at? Lagi sadis.
5. JANGAN SIBUK NAK CHECK IN SEMUA TEMPAT YANG HENDAK DITUJU
Sampai di pejabat, check in ‘Tingkat 73 KLCC’. Lunch time, check in di ‘Kedai Mamak Belakang KLCC’. Habis k#erja pergi joging pun c#heck in, ‘Taman KLCC’. Nak bali krumah pun check in, ‘Jem di AKLEH’ sambil berselfie nampak muka cantik dan logo kereta ma#hal di stereng. Sampai di rumah check in lagi, ‘Sampai dah my home sweet home, No 38-4-7, Kondo Mewah, Jalan Orang Kaya, Kuala Lumpur’.
Bahaya gila. Lagi-lagi kalau status Facebook anda diset kepada public. Satu dunia boleh tahu pergerakan anda.
6. HADKAN APA YANG PERLU DIKONGSI DI FACEBOOK
Baru beli gelang emas lip la#p lip lap macam mami jarum, tak perlu muat naik di Facebook. Dapat bonus RM10,000, seeloknya jangan muat naik di Fac#ebook. Jangan terlalu mempamerkan kemewahan dan kekay#aan anda di Facebook. Bukan sebab tak mahu orang lain kata riak, itu isu lain. Tetapi ini adalah demi keselamatan anda dan sekeluarga.
Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindu#ngi dari perkara buruk dan kejahatan manusia. Harap isteri-isteri yang selalu suaminya oustation jangan la lagi update status FB, “boringnya husband outstation lagi” ye. Kesannya amat berbahaya. – FB Cik Puan Nurul
Jika awal tahun ini kita digemparkan dengan berita tentang seorang bapa dan anak lelakinya yang bakal dijatuhkan hukuman mati kerana tanpa sengaja telah membunuh seorang perompak yang menceroboh masuk rumahnya demi untuk mempertahankan dirinya.
Encik Mo Yi Hong dan anaknya We Qiang telah dituduh menyebabkan kematian seorang perompak yang telah memecah masuk ke dalam kediaman mereka di Seremban, Februari tahun lalu.Seterusnya, kisah seorang surirumah, Puan S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya.
Patutkah ayah kepada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta? Sebuah page untuk update isu dari masa ke semasa berkenaan perkembangan kes Encik Zulkifli dan keluarga.
Harap dapat join, like, see first, kemudian share seluasnya. Perlu penglibatan ramai orang
TERBARU, Zulkifli, 50 tahun dari kg labohan,Kerteh Terengganu, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli, namun zulkifli pula ditahan bawah seksyen 304. 2 minggu Zulkifli direman kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15 ribu. Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan tuduhan seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan.
Kes telah ditukar kepada seksyen 302, jika sabit kesalahan maka GANTUNG SAMPAI MATI. Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Kes dibicarakan semua di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?
Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?
Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.
Apa yang berlaku tiba-tiba kes disebut bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 325.302 menyebabkan perlu tahan semula (tiada ikat jamin dibenarkan)Maka terkejutlah sekalian keluarga. Sebelum ini 15 ribu telah dibayar ikat jamin waktu kes bertukar dari 302 pada 304. Kini kembali pula pada 302.Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.Tolong jangan nangis.
Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu. Maka mohon 3 perkara dari kalangan pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.
Kedua, viralkan hashtag #ZulkifliHeroRakyat disetiap laman maya terutamanya twitter. Like facebook, Selamatkan Zulkifli. Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan harian mereka. Salahkah Pertahankan Diri di Malaysia? Di dalam kaedah hukuman jenayah Islam, pembunuh yang membunuh tanpa sengaja atau membunuh tanpa niat, apatah lagi demi untuk mempertahankan diri hanyalah dikenakan ‘diat’ yang mana diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Antara kesalahan yang diwajibkan hukuman diat sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqaha ialah:
1- Membunuh dengan sengaja lalu ia dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh 2- Membunuh tanpa sengaja, seperti membunuh perompak yang cuba membunuh kita 3- Membunuh seperti sengaja, seperti niat ingin membunuh tetapi tidak menggunakan alat yang boleh membunuh. Contohnya menggunakan telefon bimbit untuk memukul kepala si mati.
Maksudnya: “Dan tidak pantas bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tersalah tidak sengaja. Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…” (surah an-Nisa’: 92).
Antara maqasid syariah di dalam pensyariatan hukuman diat adalah demi untuk merealisasikan keadilan di antara sesama manusia. Islam bukanlah agama yang zalim. Islam tidak menghukum seseorang itu berdasarkan kecuaian dan juga ketidaksengajaannya, sebagaimana yang disebut di dalam satu hadith: عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ (رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه)
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW bahasawanya baginda telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap mereka…” (hadith riwayat Ibnu Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). p/s : KAMI SEMUA BERSAMA ANDA ENCIK ZUKIFLI.
BARU-BARU ini, netizen gempar isu ‘kata dua’ Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li Chunrong konon asalnya tidak puas hati menu kantin di kilang automotif itu. Maka ‘melompatlah’ pengguna media sosial yang condong pembangkang ghairah hentam warga China itu apabila ‘putar belit’ kenyataan beliau mengenai isu kangkung gagal dimasak baik di kantin Proton dengan topik lain pula!
Sekali pandang, bagi yang tidak baca habis ayat Chunrong tersebut tentu akan sangka beliau gagal mengurus kantin di syarikat itu sehingga kangkung yang mudah dimasak itu pun tidak ‘menepati’ selera ramai pekerjanya sendiri.
Bayangkanlah individu terbaik dilantik untuk ubah Proton tiba-tiba ‘kantoi’ sayur paling murah di pasar tetapi kantin syarikatnya pun tidak mampu masak, tiba-tiba ada ‘hati’ mahu lonjak imej pengeluar kereta nasional itu.
Begitulah hebatnya ‘askar maya’ anti-Proton hentam bos PONSB itu dengan harapan rakyat Malaysia bangkit marah pula kerajaan kerana memilih individu salah yang tidak dapat masak hidangan kangkung di kantin syarikat tersebut.
Opsss… Apa kena-mengena kangkung dalam isu ini? Realitinya memang tiada kaitan pun tetapi malangnya, warga Malaysia yang patriotik terhadap Proton sudah berjaya dikelirukan akibat taktik ‘spin’ bodoh pihak tertentu!
Jika baca habis kenyataan Chunrong, sebenarnya beliau hanya tegur mengenai isu kualiti dan kemudian memberi cabaran kepada pekerja Proton untuk berani berubah jadi lebih baik; bukan berpuas hati dengan tahap sedia ada.
Justeru beliau secara kebetulan mengarahkan pengusaha kantin di syarikat itu untuk cuba tambah baik makanan yang paling senang dimasak iaitu kangkung atau langsung berdepan tindakan dibuang sebelum diganti pihak lain.
Mulanya pihak pengurusan PONSB beri masa dua bulan namun Chunrong mencabar kepada dua minggu. Hasilnya amat menakjubkan apabila mutu hidangan di kantin itu akhirnya lebih sempurna dan tiada lagi rungutan pekerja!
Itulah sifat prihatin Chunrong meskipun isu ini nampak kecil tetapi ia memberi impak besar kepada staf Proton sendiri, sekali gus membuktikan mereka mampu berjaya lebih hebat berbanding selesa dengan keadaan semasa.
Inilah objektif utama perkongsian strategik asing selain dapat dana besar dari luar negara, ia membolehkan Proton yang pernah nazak suatu ketika itu untuk bangkit bukan sahaja di Malaysia, malahan menawan pasaran global.
Umum maklum kerjasama sedemikian memudahkan syarikat ditubuhkan sejak 1983 itu dapat sumber kewangan cukup untuk aktif kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) banyak model baharu yang diinginkan pelanggan.
Keterbukaan kerajaan terhadap langkah kerjasama DRB-Hicom dengan Zhejiang Geely Holdings Group dari China serta sejajar amalan pelbagai syarikat automotif global yang bukan trend baharu untuk terus kekal berdaya saing.
Bahkan pesaing Proton iaitu Perodua pun ada usaha sama dengan rakannya dari Jepun untuk R&D pengeluaran model terkini. Secara jujur apalah hendak malu minta bantuan daripada orang asing yang pakar dalam bidang ini.
Untuk rekod, media berbahasa Mandarin turut melaporkan sentimen positif kaum Cina terhadap usaha Chunrong menjayakan Proton dan ramai optimis ia bakal ikut jejak Malaysia Airlines mencatat laba dalam tempoh terdekat.
Kepada yang kecoh isu kangkung di kantin Proton, ternyata anda lebih minat mempolitikkan semua perkara remeh tetapi terlupa, syarikat itu sudah mula bangkit secara senyap di sebalik tohmahan bodoh itu.
Proton Kini ‘Ramuan’ Terbaik, Ayuh Tawan Dunia
AKHIR September lalu, pelantikan Dr. Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Proton menjadi berita besar bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.
Ia sekali gus membuktikan pihak pentadbiran Proton ataupun Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) memang serius mahu berubah.
Hakikatnya bisnes automotif bukan sekadar cerita industri berat, malah lebih kepada strategi kelangsungan hidup amat kritikal dan bukan ‘main-main’ sekadar buat kereta untuk dijual tanpa ada minda transformasi jangka panjang.
Inilah cuba dilakukan pihak pengurusan Proton setelah menjalin pakatan strategik dengan Zhejiang Geely Holdings Group dari China selepas menolak beberapa tawaran bidaan kerjasama dengan pengeluar kenderaan lain dari Barat.
Maka perubahan struktur organisasi dengan bawa masuk Chunrong, 52, merupakan antara ikhtiar pemikiran ‘luar kotak’ subsidiari DRB-Hicom itu memanfaat pengalaman 30 tahun beliau bawa Proton agar lebih bertaraf global.
Kejayaan beliau memajukan Honda, Kia dan Dongfeng sebelum ini amat dicemburui syarikat automotif Barat tetapi kesudian Chunrong sanggup galas tugas berat memulihkan Proton yang lesu inilah paling ‘digeruni’ pihak lawan.
Bayangkan antara ayat pertama Chunrong apabila julung kali berucap di khalayak memperkenalkan dirinya pada 29 September lalu ialah ikrar sedia bertugas siang dan malam untuk bawa kembali Proton kepada zaman gemilang.
“Tugas saya bukan memanndang ke belakang tetapi saya akan kerja siang dan malam memastikan Proton benar-benar berjaya,’’ kata beliau yang turut mengejutkan ramai hadirin di sebalik penampilan imej sederhana dirinya.
Bukan itu sahaja, tidak seperti kebanyakan pengkritik Proton langsung tidak yakin jenama kereta buatan Malaysia ini, Chunrong pula jauh optimis bukan setakat jadi pilihan No.1 di pasaran domestik, malah menawan ASEAN.
“Untuk capai wawasan ini, Proton sebenarnya kini memiliki akses kepada sinergi global, kepakaran dan sokongan kewangan diperlukan daripada Kumpulan Geely. Saya berkeyakinan penuh Proton akan raih masa depan agak baik.
“Jika ditanya apakah strategi utama saya? Jawapan saya ialah untuk mencapai ‘kepuasan pelanggan’ menerusi produk kereta yang dimahukan mereka sendiri,’’ kata beliau dengan nada yakin.
Realitinya Proton sudah ada ‘ramuan’ terbaik dan landasan betul pelan pemulihan untuk letak semula syarikat itu di jajaran pertumbuhan positif; bukan sekadar puas hati di Malaysia, bahkan gah di peringkat serantau dan global.
Ini bermakna, puluhan ribu pekerjanya selain puluhan syarikat vendor pembekal komponen akan didedah kepada acuan standard antarabangsa, tidak lagi setakat selesa anggap Proton hanya sesuai dijual di dalam Malaysia sahaja.
Perlu diingat, pelbagai model lain waima saingan domestiknya, Perodua pun sudah pantas bergerak ke depan, bukan lagi pasaran tempatan, malah ke luar negara. Proton patut ‘malu’ tetapi tidak lambat untuk mengejarnya balik!
Jika CEO PONSB sendiri ikrar sanggup kerja 24 jam sehari demi menghidupkan semula Proton, ini bermakna beliau perlu sokongan padu bukan hanya pihak pengurusan, bahkan semua pekerja setiap peringkat untuk ‘takluk’ dunia.
Ia bukan mustahil malah kesediaan Geely bantu Proton sebenarnya ada hikmah bagi selamatkan syarikat tempatan ini daripada ‘jatuh’ berterusan. Pendek kata, Proton kini ibarat sudah nampak ada cahaya di hujung terowong!
Chunrong bertanggungjawab terhadap operasi membabitkan pengeluaran, pembuatan, kualiti, penyelidikan dan pembangunan, serta penjualan dan pemasaran termasuk peranan penting dalam pembangunan model baharu.
Kenderaan pertama hasil usaha sama ini merupakan SUV bersaiz sederhana, Geely Boyue, dan kali pertama Proton memasuki segmen itu yang cukup popular dalam kalangan kumpulan pembeli berpendapatan sederhana.
Apa yang menarik, tidak ramai sedar kunci kejayaan Proton ialah produk kereta bermutu ditawarkan di pasaran, sekali gus memastikan semua pihak dapat menikmati keuntungan dan inilah ditawarkan Geely sebagai timbal balas.
Geely bahkan beri sokongan padu untuk kejayaan Proton, termasuk denngan menawarkan sumber Volvo dimiliki syarikat China itu serta bekalan enjin baharu memenuhi piawaian pelepasan asap Euro 6, enjin hibrid dan elektrik.
Atas kertas, Proton tidak mustahil dapat capai sasaran untuk kembali catat keuntungan dalam tempoh lima tahun akan datang dan menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menjadikan Proton sebagai jenama terbesar di benua Asia.
Ini bukan sekadar angan-angan. Paling penting semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang patriotik sayang jenama Proton, perlu sokong usaha pemulihan tanpa rasa ragu. Ayuh Proton bangkit tawan dunia! –
Sumber : Mynewshub.cc/HAA
Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2Ar77vL
Cukup sukar kami membayangkan apa yang dirasakan oleh isteri tercinta apabila terpaksa berkongsi kasih dengan madu. Mengakui bahawa suaminya seorang yang sangat...
Beauty is pain. Istilah ini cocok dialamatkan kepada Aleira Avendano, wanita jelita asal Caracas, Venezuela. Pasalnya Avendano tidak mengindahkan peringatan dokternya dan ngotot membahayakan kesehatan demi kecantikan.
Avendano mengenakan korset super ketat selama setiap hari untuk mendapatkan pinggang ramping layaknya perempuan-perempuan dalam film animasi barat. Avendano mengenakan korset tersebut selama 23 jam sehari. Dia bahkan tidak melepaskan korset tersebut saat tidur. Baginya mengenakan korset nyaris sepanjang hari sudah menjadi keharusan.
“Saya benar-benar terobsesi dengan sabuk dan korset. Saya bahkan memakainya saat tidur. Saya suka merasakan tekanannya,” tutur Avendano
Dia mulai mengenakan korset sejak enam tahun terakhir. Karena sudah terbiasa, dia mengaku tidak punya keluhan apapun saat mengenakannya. Korset yang bagi sebagian besar wanita terasa tidak nyaman saat dikenakan sudah seperti kulit kedua baginya.
“Butuh waktu untuk terbiasa memakai korset. Pertama kali, rasanya sangat tidak nyaman. Tetapi setelah beberapa lama korset menjadi kebutuhan bagi saya dan saat tidak mengenakannya kulit saya terasa gatal.”
Avendano mengaku sangat puas dengan hasil yang dia dapat setelah ‘menyiksa diri’ selama enam tahun. Sekarang tubuhnya benar-benar tampak ramping, dengan lingkar pinggang 50 sentimeter dan bokong serta dada yang aduhai.
Padahal kebiasaan ini bisa membahayakan kesehatannya. Dr. Andres Ruiz sudah memperingatkan kalau kebiasaan itu berisiko menimbulkan masalah di kemudian hari.
“Menurut sudut pandang medis, saya rasa dia harus menghentikan kebiasaan itu secepatnya. Tulang rusuk melayang yang terletak di bagian bawah bisa berubah bentuk.」 ucap dokter Mansih
“Penurunan berat badan tidak akan didapat dengan memakai korset. Itu hanya akan memberikan tampilan pinggang yang lebih kecil. Meskipun mungkin tampaknya membuat seseorang terlihat lebih ramping, tapi sebenarnya ini hanya ilusi visual sementara saja. Sebab ukuran pinggang tidak berkurang karena korset,” tambah Dokter Manish.
Meski demikian, ia tak menampik jika penampilannya saat ini juga didapat melalui operasi. Sampai sekarang, Aleira sudah menjalani tiga kali operasi di hidung dan payudara hingga ia memiliki payudara berukuran 34DD. Aleira juga menjalani operasi sedot lemak dan implan bokong.
“Daripada dianggap kurus atau berpinggang kecil, saya lebih senang disebut seksi. Meskipun orang sering menatap saya aneh, mereka menganggap saya sudah banyak melakukan operasi, seperti alien dan transeksual, saya tidak terlalu memusingkannya,” papar Avendano
Namun Avendano lebih memilih cuek dan terus mengenakan korset untuk menjaga lingkar pinggangnya yang super ramping.
Sumber:ohduniawi
Baca selanjutnya………..
BINI DIBELASAH SUAMI SETIAP KALI DAPAT LIKE DALAM FB…
INI memang suami durjana. Lelaki ini, Pedro Heriberto Galeano akan memukul bininya setiap kali wanita itu mendapat `like’ dalam Facebook. Pedro sangat cemburu hingga sanggup memukul dan membelasah isterinya Adolfina Camelli Ortigoza.
Perbuatan Pedro itu telah mengakibatkan Adolfina terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula wajahnya.
Wanita itu juga dikurung dalam rumah tanpa kerelaannya di Uruguay serta sering dipukul oleh suaminya.
Apabila polis akhirnya menghidu perbuatan lelaki itu, Adolfina sudahpun didera dengan teruk terutama di bahagian muka.
Semalam, peguam wanita itu memaklumkan bagaimana Pedro akan menjadi ganas apabila melihat sesiapa sahaja `like’ pada gambar yang dimuat naik ke dalam Facebook oleh isterinya.
Malah jika ada rakan-rakannya yang memberi komen dalam Facebook Adolfina, maka dia akan mengambil alih Facebook isterinya itu.
Rakan-rakan Adolfina tidak mengetahui apa yang berlaku kepada wanita berkenaan.
“Mulutnya pecah,dia mengalami `kerosakan’ yang teruk disebabkan pukulan itu. Lelaki itu mengawal semua akaun media sosial isterinya.
“Hanya gigi Adolfina tidak patah kerana lelaki itu akan memasukkan kain ke dalam mulut isterinya supaya dia tidak boleh menjerit ketika dibelasah,” kata peguam Adolfina.
Penderitaan Adolfina akhirnya berakhir apabila bapa mertuanya melaporkan kepada polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh anaknya terhadap menantunya itu.
Bapa mertuanya bimbang Adolfina akan meninggal dunia selepas dia melihat wanita itu dipukul oleh anaknya.
RX-Z memulakan pengeluaran pada tahun 1980-an. Pada masa itu terdapat dua versi RX-Z, iaitu RX-Z 100 dan RX-Z 135. RX-Z 100 telah direka khusus untuk memenuhi pasaran di Mexico sahaja, oleh itu kita tidak mempunyai ia di sini di Malaysia. RX-S 100 dan RX-S 115 adalah motosikal biasa yang kita lihat sebelum pengenalan legenda RX-Z 135.
RX-Z 135 telah diperkenalkan pada masa itu dengan transmisi 5-kelajuan, kotak speedometer dan paip ekzos lurus tanpa ruang resonans. Walaupun reka bentuk yang dicipta hampir 27 tahun yang lalu, tetapi ia masih relevan dalam persekitaran motosikal hari ini. Reka bentuk ini masih segar dan menakjubkan. Diberi kuasa 135 cc dengan enjin kelas 2-lejang menjadikannya sebuah motosikal yang sangat menakutkan.
Pada tahun 1985, orang-orang yang membeli RX-Z 135 dikatakan mempunyai gaya hidup yang menyeronokkan, macho dan mempunyai personaliti yang berani. RX-Z 135 reka bentuk juga sangat futuristik berbanding motosikal seperti Honda Raider, Suzuki Katana, X7 dan Kawasaki GTO. RX-Z 135 dikenali untuk kuasa hebat mereka boleh dimanfaatkan dengan mudah hanya dengan sedikit pengubahsuaian. Pengubahsuaian yang paling popular dan paling murah dengan meningkatkan prestasi hebat dilakukan dengan menukar paip ekzos kepada paip ekzos perlumbaan
A paip perlumbaan yang baik boleh menambah hingga 3 ps. Ini boleh dicapai jika paip ekzos mempunyai ruang resonans yang baik yang boleh berfungsi suka turbo mini tanpa turbin. Tetapi, walaupun dalam keadaan standard, motosikal ini boleh pergi sehingga 150 km / h dan yang lebih tinggi daripada had laju lebuh raya di Malaysia (110 km / h). Kebanyakan pemilik 135 RX-Z di sini telah diubahsuai basikal mereka untuk pergi sehingga 200 + + km / h dan mereka menggunakannya untuk berulang-alik setiap hari dan minda anda, ia bukan untuk lumba. Kelajuan adalah salah satu sebab mengapa RX-Z 135 adalah sangat popular kerana kita memerlukannya untuk memintas lori besar dan trak berat semasa berulang-alik menggunakan lebuh raya atau khusus di lebuh raya PLUS di sini di Malaysia.
Image result for rxz legend
Pada tahun 1990, Yamaha membuat menaik taraf sedikit motosikal ini dengan menambah satu gear yang lebih kepada penghantaran yang menjadikan basikal 6-speeder. Reka bentuk paip ekzos telah dikemaskini dengan melengkapkan ia dengan reka bentuk baru yang mempunyai ruang resonans dan selendang. Reka bentuk ini telah meningkatkan kuasa motosikal ini kepada 21 ps. Namun pada masa ini, tiada motosikal yang dikeluarkan oleh syarikat yang lain yang menewaskan RX-Z. Malah, tidak ada motosikal lain dibina untuk berada dalam kategori yang sama seperti RX-Z 135. Pengeluar paling ingin memberi tumpuan motosikal mereka kepada 150 segmen cc. Ini adalah benar apabila kita melihat Suzuki Gamma 150 cc, Honda NSR 150RR dan Kawasaki kips 150, tetapi di sini juga Yamaha juga mengeluarkan senjata sendiri iaitu TZM 150.
Tahun 2000 telah menjadi tahun RX-Z mendapat pakaian baru. RX-Z telah segar dengan ketua baru dan reka bentuk ekor. Ketua baru mendapat lampu yang lebih kecil baru. Isyarat pula telah bersepadu untuk penutup mesin dr baja, menjadikan RXZl kelihatan lebih bersih dan lebih mementingkan diri. Cahaya ekor telah dipinjam dari 125Z, tetapi ia adalah okay kerana cahaya ekor juga nice and clean. Tetapi. Saya lebih suka untuk Yamaha untuk membuat reka bentuk cahaya ekor asal khusus untuk RX-Z 135. Clutch juga telah dinaik taraf oleh Yamaha membuat ia lebih mudah untuk menukar gear dan pengendalian yang lebih baik untuk perjalanan kelajuan rendah.
Image result for rxz legend
Walaupun dengan banyak sebab untuk menjadi popular, RX-Z bukan motosikal tanpa kecacatan. Kesilapan terbesar yang boleh saya fikirkan adalah, kedudukan karburetor dan cara ia dipasang. Dimana karburetor hanya dipegang oleh 2 getah untuk menghubungkannya, ia adalah sangat mudah untuk dicuri. Dan ini memberi laluan kepada pencuri untuk mengambilnya dengan mudah. Walaupun pencuri tidak akan mengambil karburetor, mereka masih boleh mencuri petrol dari tangki RX-Z dimana talian bahan api yang terdedah pada sebelah kiri karburetor. Saya telah mendengar banyak aduan mengenai perkara ini dari rakan-rakan saya dan juga dari lain-lain pemilik RX-Z. 2008 merupakan tahun yang kita semua menunggu Yamaha untuk memperkenalkan baru RX-Z 135 reka bentuk atau sekurang-kurangnya perubahan jalur.
Tetapi, anda perlu tahu bahawa Malaysia sudah berhenti pengenalan baru motosikal 2-lejang bermula tahun 2006. Jadi, tidak ada yang lebih baru model RX-Z. Kami hanya akan berpegang kepada 5PV2 untuk sepanjang masa.
Pelikkan? Macam mana ambil gambar sekerapnya boleh jadi motivasi konsisten turunkan berat badan. Haa.. jangan terus kecam. Baca apa yang si manis, Zulaikha Fallen ini kongsikan.
“Aku gemuk, malas la bergambar” Dalam proses penurunan, wanita ini sarankan agar ambil gambar sebanyak mungkin.
Untuk apa? Tujuannya untuk anda tengok kemajuan diri. “Selain dari tengok penurunan mesin penimbang / ukur lilit badan, lebih jelas lagi kalai kita tengok perbandingan gambar.”
“Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.”
Akuinya, ketika dirinya rasa nak give up, dia akan tenung semula gambar-gambar yang ada. Motivasi mula disuntik “Dah usaha, takkan nak separuh jalan.”
Satu lagi, gambar itulah motivasi untuk diri.
“Takkan lah aku nak biar diri tak terurus gini selamanya.” “Takkan ini je aku boleh capai” “Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?” “Mungkin aku yang banyak beralasan?”
Zulaikha juga tak menjadikan pujian untuk membuatkan dirinya lupa diri. “Jangan sampai kita kembali ke comfort zone atau zon selesa.”
Cabar Diri, Buka Potensi Diri Cekal betul Zulaikha. Bukan mudah untuk mendapat berat badan seperti sekarang ini. Tapi dia selalu ingatkan diri.
“Ingat, diri sendiri yang limitkan potensi tu. Jangan senang-senang nak tuding jari ke orang lain.”
Alasan-alasan Yang Biasa Kita Guna – Mak masak sedap – Busy study / kerja – Biase la dah beranak ramai ni – Suka makan – Kenduri banyak – Saya masak so saya makan
Banyak lagi alasan-alasan menyalahkan individu lain. Padahal dengan apa situasi sekali pun, cara pemilihan pemakanan, kuantiti pemakanan kita tetap boleh kawal.
Still, kita masih nak salahkan situasi luar dan orang lain.
Sebab Itulah Belajar untuk sabar, urus diri, tenang dan fikir balik tindakan kita. Hal ni slow-slow kita develop dalam diri.
Macam post saya yang lain, sifat-sifat ini kita develop dalam proses penurunan berat badan kita, automatik kita apply dalam semua aspek hidup kita.
Secara istiqomah, InsyaAllah hidup kita lebih positif dan terurus.
Sebab itu penurunan berat badan ini satu perjalanan kita berlawan dengan diri. Bukannya perlumbaan.
Perjalanan yang mengubah diri sendiri kepada lebih positif. Ramai Yang Cakap “Kurus tapi berlagak! Kerek!”
Awak.. itu sikap.
Bukan sejenis formula yang (kurus = berlagak), (gemuk = friendly).
Sudah la awak. Sudah-sudah mencari alasan menyedap diri untuk terus merosakkan diri dan kesihatan.
My dear, it takes time. Believe in yourself. Love yourself. You are worth it
Sejarah Berat Zulaikha Starting weight : 103kg Current weight: 44-46kg (maintain) Aim muscle weight: 48-50kg Height : 152cm Duration : 1 year, 2 months
Tip Lain Yang Zulaikha Kongsikan, Klik Link Semua ni topik-topik yang agak ramai tanya in case nak refer. Boleh scroll fb saya untuk perkongsian lain.
Akhirnya spekulasi mengenai dakwaan Izreen Azminda berkahwin dengan suami orang terjawab apabila pemuzik yang dikaitkan dengannya, Ude mengaku sudah bernikah dengan pelakon...
PASIR PUTEH – Seorang lelaki yang merupakan pengusaha dan pembekal barangan aluminium dan cermin di Kampung Bukit tanah, Selising dekat sini, mencipta motosikal khusus untuk mengharungi banjir.Amin Mohamed, 31, menggunakan imaginasi dan kreativiti tinggi hingga mampu menyiapkan motosikal tersebut dengan bermodalkan wang sebanyak RM500 sahaja.
Amin yang telah sejak awal tahun merancang untuk mencipta motosikal ini berkata, motosikal tersebut menngunakan enjin Honda C70 dengan satu tayar motosikal di depan serta dua tayar kereta di belakang yang membolehkannya mengharungi banjir sedalam satu meter.
“Saya buat lakaran reka cipta motosikal ini atas kertas Januari lalu dan mula membuatnya sedikit demi sedikit pada waktu terluang. “Saya hanya guna bahan terbuang dan bahan sedia ada kerana saya perlu elak kos tinggi. Ciptaan ini bukan untuk meraih keuntungan, hanya untuk kepuasan diri,” jelasnya. Bagaimanapun jelasnya, penambahbaikan perlu dilakukan bagi membolehkan ia mengharungi air yang lebih dalam.
“Kalau ikutan, motosikal ini belum siap sepenuhnya tapi saya tak sabar untuk mengujinya bila beberapa kawasan di Selising ini dilanda banjir semalam (kelmarin),” katanya.
Semenjak rakaman video dan gambar motorsikal ini tular di laman sosial, rumah Amin menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat sendiri kenderaan tersebut selain dari menerima banyak pesanan di akaun Facebook yang berminat untuk mengetahui ciptaannya dengan lebih lanjut.
“Motosikal istimewa itu bukan saja mampu mengharungi air, malah ia dicipta untuk aksi lasak dengan kesesuaian kepada semua jenis permukaan jalan. “Saya akan pasang beberapa aksesori selepas ini untuk mencantikkan lagi ciptaan saya serta menambah fungsi sampingan yang difikirkan perlu,” akhirnya.
Sumber- Sinar Harian
Baca selanjutnya…………………
BINI DIBELASAH SUAMI SETIAP KALI DAPAT LIKE DALAM FB
INI memang suami durjana. Lelaki ini, Pedro Heriberto Galeano akan memukul bininya setiap kali wanita itu mendapat `like’ dalam Facebook. Pedro sangat cemburu hingga sanggup memukul dan membelasah isterinya Adolfina Camelli Ortigoza.
Perbuatan Pedro itu telah mengakibatkan Adolfina terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula wajahnya.
Wanita itu juga dikurung dalam rumah tanpa kerelaannya di Uruguay serta sering dipukul oleh suaminya.
Apabila polis akhirnya menghidu perbuatan lelaki itu, Adolfina sudahpun didera dengan teruk terutama di bahagian muka.
Semalam, peguam wanita itu memaklumkan bagaimana Pedro akan menjadi ganas apabila melihat sesiapa sahaja `like’ pada gambar yang dimuat naik ke dalam Facebook oleh isterinya.
Malah jika ada rakan-rakannya yang memberi komen dalam Facebook Adolfina, maka dia akan mengambil alih Facebook isterinya itu.
Rakan-rakan Adolfina tidak mengetahui apa yang berlaku kepada wanita berkenaan.
“Mulutnya pecah,dia mengalami `kerosakan’ yang teruk disebabkan pukulan itu. Lelaki itu mengawal semua akaun media sosial isterinya.
“Hanya gigi Adolfina tidak patah kerana lelaki itu akan memasukkan kain ke dalam mulut isterinya supaya dia tidak boleh menjerit ketika dibelasah,” kata peguam Adolfina.
Penderitaan Adolfina akhirnya berakhir apabila bapa mertuanya melaporkan kepada polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh anaknya terhadap menantunya itu.
Bapa mertuanya bimbang Adolfina akan meninggal dunia selepas dia melihat wanita itu dipukul oleh anaknya.