Perkongsian oleh Siti Aminah Mohd Subari.
Bahan – bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
Cara – caranya :
1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2. Masukkan kedalam tepung gandum
3. Gaul Sebati
4. Biarkan sejuk seketika
5. Bentukkan dan goreng dengan api perlahan.
Selamat mencuba..!
[ JOM CUBA RESEPI MUDAH DAN RINGKAS SETERUSNYA ]
Ini Caranya Untuk Hasilkan Maggi Kari Paling Sedap Di Dunia..!
Resipi yang sangat mudah disediakan ini menjadi viral di Facebook dan mendapat ribuan perkongsian di Facebook. Kalau anda sudah biasa masak Maggi hanya meletakkan air panas dan serbuk perasanya sahaja, mungkin anda boleh cuba cara ini untuk tambah kesedapan dan kelainan sedikit.
Jom baca resipi untuk menghasilkan maggi kari paling sedap di dunia yang dikongsikan oleh jejaka bernama Wan Luqman ini.
MEGI KARI
Kunci kesedapan megi kari adalah kaw-nya kuah dan cantiknya mee dia. Cara yang digunakan untuk hasil seperti ini ialah :
– Tumis bawang kecil dan cili padi dengan hanya sesudu minyak sahaja sehingga sedikit sahaja garing. Kemudian masukkan air.
– Untuk sukatan air mudah sahaja. Anda hanya perlu sukat menggunakan bungkusan plastik megi itu sendiri.
– mee megi itu harus dipatahkan empat bahagian / ketul kemudian masukkan ke dalam air yang sedang dididihkan.
– kemudian terus masukkan serbuk perencah, dan kacau terus. Biarkan dalam seminit sehingga air mula menggelegak dan terus masukkan sebiji telur.
– kemuncak penyudahan memasak megi ini ialah apabila air telah mendidih, segera tutup api dan sedia dihidangkan (jumlah masa penyediaan ialah 2minit). Kita taknak masak megi tu dengan air mendidih…kelak mee akan kembang semangkuk.
– Sekian.
Ya, ini hanyalah resepi untuk megi…megi kari..serious sikit bunyinya.
Sumber dari Facebook Wan Luqman
Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2xIbKjM
No comments:
Post a Comment