a Join Us at facebook: [Video]- Gempar belalai air di Jambatan Pulau Pinang Tweet button

Sunday, 29 October 2017

[Video]- Gempar belalai air di Jambatan Pulau Pinang


Pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang pada Ahad gempar apabila mendakwa menyaksikan fenomena belalai air atau pusaran angin sekitar jam 5 petang tadi. -Foto YouTube

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang pada Ahad gempar apabila mendakwa menyaksikan fenomena belalai air atau pusaran angin sekitar jam 5 petang tadi.

Kejadian itu berjaya dirakam netizen dan dimuat naik di laman media sosial.


YouTube MotifHidup


YouTube Izzat Shameer

Fenomena belalai air tidak asing di negeri berkenaan. Kali terakhir ia berlaku berhampiran Jambatan Pulau Pinang adalah pada Mac lalu.

_____________________________

Pergaduhan antara pemandu dan penumpang Toyota Vios dan Satria Neo yang terbabit kemalangan di LDP
fight-handcuff

KUALA LUMPUR: Enam lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat salah faham membabitkan kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IOI Mall, Puchong hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 tengah hari itu, anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Satria Neo.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis meminta kedua-dua pemandu dan penumpang kereta bersurai namun mereka enggan mematuhi arahan pihak polis.

“Kemudian pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kereta dengan laju seterusnya melanggar kereta Toyota Vios serta kereta peronda polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Megat Mohd Aminuddin berkata semua suspek berusia 40-an itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

Rakaman kejadian berdurasi 2 minit 4 saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu Proton Satria Neo yang ditahan kini tersebar di laman sosial.



Sumber Nukilan Cerita Kita

No comments:

Post a Comment