Tahniah buat pelantun lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli yang telah berjaya merealisasikan impianya untuk memiliki sebuah kereta di usia yang muda.
Haqiem telah berjaya memiliki kereta sedan pertama yang diidamkan jenis Mitsubishi Lancer setelah setahun lebih bergelar seorang penyanyi.
Wow, muda-muda dah guna kereta mewah dengan hasil usaha sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa.
Malah, menurut Haqiem keretanya yang dibeli itu dibeli secara tunai dan menggunakan wang hasil titik peluh yang dikumpulnya sedikit demi sedikit.
“Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai.
“Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer,” katanya yang ditemui oleh sebuah portal online.
Dalam pada itu, Haqiem turut memuat naik perasaanya apabila telah memilik kereta pertama di laman Sosial Instagram miliknya.
“Kerja keras saya finally yay! saya dah ada kereta sendiri, tapi lesen belum ada.” Ujarnya
Ruangan komen di Instagram Haqiem juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang mengucapkan tahniah atas kerja keras penyanyi itu. Ada juga yang sempat berpesan kepada Haqiem supaya segera mengambil lesen kereta.
Tambah Haqiem dia merancang untuk memulakan francais bisnes burger sendiri yang diberi nama Haqiem Burger.
“Saya memang seorang yang suka menabung dan merancang untuk membuka francais bisnes burger pada tahun depan.
Malah, Haqiem berkata dia banyak melihat ramai artis popular yang gagal menguruskan kewangan dengan baik, apabila sudah jatuh mereka hilang segalanya.
“Jadi, bisneslah yang mampu menjamin masa depan seseorang artis,” katanya yang merancang untuk membuka cawangan pertama di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
____________________________________
Netizen Puji Mata Anak Acha Septriasa Cantik Macam Pakai ‘Contact Lens’
Pasti semua sudah sedia maklum bahawa pelakon wanita popular dari negara jiran, Acha Septriasa baru sahaja bergelar ibu setelah selamat melahirkan bayi sulungnya pada bulan September yang lalu.
Puteri sulung Acha, Bridgia Kalina Kharisma dilahirkan dengan cara normal di salah sebuah pusat perubatan di Sydney, Australia.
Baru-baru ini Acha ada berkongsi gambar anaknya dan tidak dapat dinafikan kecomelan yang dimiliki oleh puterinya ini pasti diperoleh daripada ibunya sendiri.
Rata-rata netizen dilihat memuji bayi sulung Acha ini kerana memilik mata yang sangat cantik seolah-olah memakai kanta lekap.
kartikanadyap: Masyaallah matanyaaa indah sekali
sharifahnoviltfyh: MasyaAllah, matanya cantik bangett
aisyahnac: Matanya kaya pakai softlens
aviieaokta: Yah allah matanyaaaa cantik banget yah kak, mau anak kaya gini
Mari kita lihat gambar-gambar puteri sulung Acha yang dikongsikan di akaun Instagramnya.
Semoga Bridgia membesar dengan sihat dan menjadi penambah erat kebahagiaan di dalam keluarga kecil mereka.
Sumber: Instagram Acha Septriasa
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment