WhatsApp baru saja memperkenalkan ciri terbarunya dengan live location. Ciri ini membuat penggunanya dapat memberitahu orang lain keadaan tempat dan lokasi sesungguhnya secara real time.
WhatsApp mengumumkan ciri live location di laman web rasmi mereka. Bagi mereka yang ingin menggunakan ciri live location, pengguna harus melakukan update aplikasi WhatsApp di gadgetnya terlebih dahulu.
Seterusnya, pengguna perlu membuka location option di bahagian attachment. Di situlah pengguna akan kelihatan ciri baru bernama share live location.
Ketika memilih option share live location, pengguna akan diminta menentukan berapa lama ciri live location dapat diakses oleh kawan atan individu lain, pilihannya adalah 15 minit, satu jam, dan lapan jam.
Setelah waktu tersebut ditetapkan, posisi pengguna akan muncul di map secara real time. Pergerakan pengguna pun akan dapat dilihat oleh individu lain yang sedang chat.
Ianya tidak hanya dapat digunakan di chat individu, pengguna juga dapat membagikan live location di grup. Anggota grup pun dapat memantau pergerakan beberapa anggota lainnya sekaligus dalam satu peta. Dengan begitu, anggota grup dapat saling memantau ke mana pengguna lainnya bergerak.
Ataupun pengguna boleh mengikut cara mudah di bawah ini untuk menggunakan ciri terbaru itu.
Buka mesej dengan orang atau orang yang anda mahu berkongsi lokasi anda dengan
Tekan butang tambah di sudut kanan bawah dan pilih lokasi
Akan ada pilihan baru di sini untuk “Share Live Location”
Pilih berapa lama anda ingin berkongsi lokasi
Tekan ‘Send’
Real Live Location akan muncul di skrin penerima sebagai peta
Lebih daripada seorang dalam kumpulan boleh berkongsi lokasi mereka dan semua akan muncul sebagai ikon pada peta
Sekarang, dengan adanya ciri terbaru whatsapp ini tiada lagi alasan ‘tengah otw’ padahal masih lagi baring-baring di katil.
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.
Sumber: brilio.net
___________________________________
SAH ! AKHIRNYA DATUK VIDA NEKAD BUAT TINDAKAN MENGEJUT PADA IQBAL LEPAS SIKAP ‘SEBENAR’ TERBONGKAR
Kita boleh lihat Iqbal ini seperti melebih-lebih dalam gossip ini sedangkan Datuk Vida cuma menganggap beliau tidak lebih dari seorang pekerja dan pembantu peribadinya.
Hinggakan ibunya sendiri di bawa ke dalam kontroversi ini. Mungkin disebabkan beliau masih baru dalam dunia hiburan, sebab itu nampak beria hendakkan popularitu.
Kontroversi cinta yang melanda jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman dengan pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya menemui penyelesaian.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengambil keputusan untuk memindahkan pembantunya itu ke jabatan pemasaran berkuatkuasa pada Khamis.
Kata Vida, isu yang terpalit antara dirinya dengan jejaka berusia 23 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu telah membuatkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahawan tercalar.
Desas-desus mengenai hubungan mereka mula diperkatakan pada minggu lalu apabila anak perempuan Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 12, memuat naik paparan skrin gosip percintaan ibunya di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah tidak merestui hubungan tersebut.
Gosip mengenai hubungan mereka dikuatkan lagi apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa jejaka tersebut tidak menolak andai dijodohkan dengan Vida.
Ahmad Iqbal (kanan) merupakan pegawai media dan pembantu peribadi Vida sejak Jun lalu.
“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.
“Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Tambah Vida, pertukaran Ahmad Iqbal ke jabatan baharu tersebut bukan dipengaruhi oleh posting yang dimuat naik oleh anak perempuannya yang popular dengan nama panggilan Cik B.
Vida juga tidak menafikan berasa tersinggung apabila ada pihak yang beranggapan lelaki yang ingin mendampinginya tiada niat lain selain wang dan harta.
“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.
“I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” katanya yang kini berada di Brunei atas urusan perniagaan.
Jom layan I Am Me…….
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment