Seperti kebiasaan, jikalau anda mendengar siren ambulans, pastinya anda akan sedaya upaya memberi laluan kepadanya untuk menuju ke destinasi secepat yang mungkin.
Namun pernahkah anda terfikir, apa yang harus anda lakukan jikalau ambulans yang sedang laju telah melanggar kenderaan anda dari belakang? Bolehkah anda menuntut bayaran insurans dari ambulan tersebut? Hmmm…
Baru-baru ini, seorang netizen telah dikejutkan dengan situasi apabila kenderaan Perodua Myvi miliknya telah dilanggar sebuah ambulans dengan teruk sekali di Kuala Lumpur. Menurut World of Buzz, cermin belakang kenderaan itu remuk teruk dan bumper kereta tersebut telah kemik. Mahal tu nak repair semua!
Sumber: WOB
Apa yang lebih mengejutkan, pemandu ambulans tersebut secara terang-terangan cuba mengelak dari bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut dan meninggalkan gadis yang di dalam kesusahan itu dengan begitu sahaja. Eh boleh pulak macam tu?
Mangsa yang dikenali sebagai Xiao Hui kemudian telah meluahkan masalahnya di laman Facebook untuk meminta pendapat netizen. Dia menulis,
“Saya nampak lampu isyarat berubah warna merah, jadi saya menekan pedal brek. Apabila kenderaan saya berhenti, saya merasakan satu tolakan kuat telah merempuh bahagian belakang kereta.
“Barulah saya tahu yang sebuah ambulans telah menghentam belakang kereta saya apabila dua orang pemuda ini datang mendekati,” tambahnya.
Gadis tersebut menjadi terkejut dan panik dengan kejadian yang menimpanya. Apabila dia berjaya mengawal perasaan, pemandu ambulans tadi datang kepadanya dan memperjelaskan apa yang berlaku.
“Pemandu ambulans itu beritahu saya yang ia sangat mustahil bagi saya untuk menuntut insurans atas apa yang berlaku. Hal ini kerana mereka akan mengatakan perkara yang sebenar bahawa mereka telah membunyikan siren dan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit.
“Mereka melanggar kenderaan saya kerana kereta saya telah menghalang perjalanan mereka ke sana,” jelasnya lagi.
Oh macam tu pulak?? Hmm…
“Saya tak faham mengapa mereka perlu cakap perkara sebegini, tapi saya yakin yang ia bukan salah saya. Lampu isyarat berubah merah dan saya patut berhenti pada ketika itu,” katanya yang mempertahankan diri.
Anda (ambulans) telah melanggar saya dalam keadaan yang sangat laju dan menolak kenderaan saya hingga ke tengah jalan. Kalau saya menunggang motosikal, agaknya saya dah meninggal sekarang.”
Sumber: WOB
Entri ini telah tular di media sosial dan netizen seperti biasa mengutarakan pendapat mereka mengenai isu ini.
“Tak masuk akal langsung! Hanya kerana dia menghalang perjalanan anda, tak bermaksud anda senang-senang boleh melanggar kenderaannya! Itukan lagi bahaya!” kata seorang netizen.
Walau apapun komen para netizen, berikut kata polis mengenai isu ini.
“Kebanyakan penunggang motosikal fikir jika mereka berlanggar dengan ambulans, secara automatiknya ia akan menjadi salah mereka dan mereka tidak dapat menuntut insurans dari pihak ambulans. Ini salah sama sekali.
“Selepas kemalangan berlaku, penunggang motosikal masih boleh membuat laporan polis dan biar polis lihat apa yang boleh mereka lakukan,” kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud.
Selain itu, pihak polis juga memberitahu ambulans yang bertugas juga sepatutnya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka ketika melepasi lampu merah, melalui persimpangan dan jalan yang berbelok. Mereka juga boleh dipersalahkan atas kemalangan yang berlaku.
Anda pernah lalui pengalaman seperti ini? Kongsikan bersama kami!
Baca Selanjutnya……..
Model Kereta Paling Kerap Dicuri di Malaysia
kredit gambar fuelgarden
Antara kriteria penting untuk dinilai apabila membeli sebuah kereta ialah penjimatan minyak, lebih-lebih lagi dalam situasi harga minyak tak menentu serta bebanan sara hidup zaman kini. Oleh itu, kami senaraikan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak sebagai rujukan buat anda yang ingin membeli kereta baru. Namun, senarai ini hanya bagi model kereta yang menggunakan bahan api petrol sahaja, tidak termasuk teknologi hibrid.
9. Proton Iriz
14.5 km/liter (100 km = RM14.90)
Proton Iriz merupakan hatch segmen B yang ditawarkan dalam 8 variasi serta 4 tahap trim dengan dua enjin buatan khas dan pilihan transmisi. Tahap kemasukan yang disedut secara semulajadi pada enjin 4 silinder 1.3 liter model ini mengeluarkan tork sederhana 94hp and 120Nm. Anjakan yang lebih tinggi pada enjin 1.6 liter menghasilkan 107hp pada 5,750rpm dan 150Nm pada 4,000rpm. Kedua-dua enjin tersebut terdapat dalam dua pilihan iaitu transmisi manual 5 kelajuan atau transmisi yang berubah secara berterusan.
8. Volkswagen Polo Sedan
15.4 km/liter (100 km = RM14.02)
Volkswagen Polo Sedan menggunakan enjin MPI 16 injap 1.6L 105PS suntikan petrol. Enjin petrol 4-silinder memberikan tork 105PS and 153Nm, beserta transmisi automatik 6 kelajuan dengan Tiptronic.
16 km/liter (100 km = RM13.50)
Dari segi prestasi, Peugeot 208 PureTech mempunyai enjin PureTech 1,199cc, 3 silinder turbocharged 1.2 L disambungkan dengan Aisin transmisi automatik 6 kelajuan dengan teknologi quickshift. Kuasa maksimum model ini ialah 110 hp @ 5,500 rpm, manakala tork maksimum pula ialah 205 Nm @ 1,500 rpm. Keluaran kuasa untuk enjin PureTech ini adalah pada kadar 110 hp dan 205 Nm dengan tork maksimum dari serendah 1,500 rpm.
Peugeot mendakwa dengan teknologi “auto start/stop” PureTech, penggunaan minyak model ini ialah 4.5 liter per 100 km. Secara teorinya, ia mampu bergerak sejauh 1,190 km sebelum perlu mengisi minyak.
17 km/liter (100 km = RM12.70)
Myvi 1.3 menggunakan enjin berteknologi DOHC 16 injap, serta secara semula jadi disedut dengan pemasaan injap yang berubah-ubah. Ia berkapasiti 1,298 cc dengan kuasa kuda 90 hp pada 6,000 rpm, manakala tork 117 Nm pada 4,400 rpm. Penjimatan minyak model ini pula ialah 6.0 liter per 100 km.
5. Honda City 2016
17 km/liter (100 km = RM12.70)
Model ini menggunakan enjin 16 injap SOHC, sedutan semulajadi dengan pemasaan injap yang berubah-ubah serta berkapasiti 1,497 cc. Kuasa kudanya ialah 118 hp pada 6,600 rpm, serta tork 145 Nm pada 4,600 rpm. Dari segi prestasi dan kecekapan pula, Honda City 2016 boleh mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa 10.5 saat. Kelajuan maksimumnya pula ialah 190 km/j.
18.9 km/liter (100 km = RM11.43)
Model Hyundai i10 didatangi dengan enjin 1.25 Kappa yang diproses semula bersama CVVT. Kuasanya juga ditingkatkan antara 9 ke 86 hp, dengan tork 119.7 Nm. Ia mampu memecut sehingga 100 km/j. Pada masa akan datang, ia dikatakan boleh mencapai kelajuan maksimum yang terhad secara elektronik iaitu 160 km/j. Tetapi, enjin model ini lebih ekonomi dan cekap berbanding model terdahulu iaitu Hyundai Atos. Penggunaan minyaknya ialah 5.3 liter per 100km dan menyimpan petrol dalam tangki 35 liter.
3. Mitsubishi Attrage
21 km/liter (100 km = RM10.28)
Mitsubishi Attrage dikuasai oleh enjin 1.2 liter 3 silinder 3A92 seperti model Mirage. Namun, enjin MIVEC menjadikan 80 PS and tork 106 Nm serta perubahan dari segi keberkesanan minyak. Penggunaan minyak model ini ialah 21 km/l. Terdapat dua pilihan iaitu manual 5 kelajuan dan transmisi INVECS-III yang berubah-ubah secara berterusan.
2. Mitsubishi Mirage
21 km/liter (100 km = RM10.28)
Mitsubishi Mirage adalah kereta jenis hatchback dikuasai oleh enjin 1.2L 3 silinder 3A92 yang baru dengan MIVEC. Unit 3 pot DOHC menjadikan 78 PS (6,000 rpm) dan tork 100 Nm (4,000 rpm). Ternyata, keringanan model ini memberikan kelebihan penggunaan minyak iaitu 21 km/l, diukur dalam New European Driving Cycle (NEDC). Ianya hampir sama dengan kemampuan sebuah kereta kompak hibrid.
1. Perodua Axia
21.6 km/liter (100 km = RM10.00)
Menduduki carta teratas ialah Perodua Axia, kereta kompak 5 pintu yang dihasilkan sebagai pengganti kepada model Viva. Merupakan model Perodua yang ke-10 dan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama tempatan, ia menawarkan enjin petrol iaitu 998cc 12 injap DOHC 1KR-DE2 l3 yang diperoleh daripada Toyota dan Daihatsu dan direka semula oleh Perodua. Enjin 1.0 liter baru menawarkan 66 hp (49 kW) pada 6,000 rpm, dan tork 90 Nm (66 lb ft) pada 3,600 rpm.
Axia mempunyai enjin 1.0 liter tunggal, serta boleh didapati dalam dua pilihan iaitu transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 4 kelajuan. Axia didakwa mampu mencapai sehingga 21.6 km/l untuk manual dan 20.1 km/l untuk automatik semasa dalam ‘ECO Mode’.
Rujukan & sumber imej:
1. Encikshino
2. Wikipedia
3. Paultan
4. CarBase
5. AutoBuzz
6. Carlist
7. Motor Trader
___________________________
5 Model Kereta Paling Kerap Dicuri di Malaysia
Memang susah hati kalau kita beli kereta yang terkenal sebagai model panas – model yang menjadi sasaran pencuri kereta ni. Dengan wujudnya permintaan ke atas barangan-barangan alat ganti yang murah serta kewujudan beberapa kelompok terdesak, kes kecurian kereta kerap berlaku.
Walaupun begitu, apakah model kereta yang menjadi sasaran pencuri-pencuri ini? Berikut adalah 5 model kereta yang menjadi penyumbang terbesar statistik kes kecurian kereta di negara kita.
1. Proton Wira
Model klasik Proton ini nampak terus menjadi kegilaan ramai mungkin kerana permintaannya yang masih tinggi selain daripada reka bentuk yang tampak evergreen. Pada tahun 2016, sebanyak 854 kes kecurian Proton Wira dilaporkan.
Model ini tak perlu diperkenalkan sebagai barang panas lagi kerana dah terkenal sebagai salah satu model pick-up truck yang memerlukan pemiliknya berhati-hati setiap masa. Mencatatkan 624 buah telah dicuri pada 2016.
3. Perodua Kancil
Kecil-kecil cili api, model Kancil nampaknya masih ramai peminatnya. Memang diakui model Kancil adalah antara model paling lasak dalam sejarah penghasilan kereta Perodua. Sebanyak 438 buah telah dicuri dalam tahun 2016.
4. Proton Iswara
Model Proton ini tidak mudah didapati dijalan raya tetapi tetap berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok top 5 kereta panas dengan 420 kes kecurian berlaku.
5. Proton Waja
Kenapa banyak model Proton yang lama dicuri? Merangkumi top 5 kereta panas Malaysia, model klasik Proton Waja, kereta pertama rekaan sepenuhnya anak Malaysia mengakhiri carta dengan 362 kes kecurian sepanjang 2016.
Sebagai rujukan, bagi tahun 2015, top 5 kereta panas adalah Proton Wira, Toyota Hilux, Proton Iswara, Perodua Kancil dan Proton Waja. Ini bermakna kelima-lima kereta terus kekal menjadi sasaran golongan tidak bertanggungjawab.
Adakah anda salah seorang pemilik kereta yang disenaraikan? Apa langkah-langkah keselamatan yang telah anda ambil dalam memastikan keselamatan kereta anda?
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment