Medan: Tak cukup 8 kali sehari puaskan nafsu dengan isteri, seorang lelaki yang mengalami kelainan seks juga turut merogol dua anak tirinya hingga mengalami demam tinggi sejak 26 april lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Ahmad 48 tahun diketahui bekerja sebagai penjual cili.
Supaya perbuatan terkutuknya tidak diketahui, mangsa yang berusia 12 tahun manakala adiknya 7 tahun itu di ugut akan di bunuh jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.
Temberang Ibrahim Ahmad terbongkar selepas kedua orang anaknya mengalami masalah kesihatan, wajahnya pucat dan demam akibat ketakutan akan di bunuh oleh suspek.
Melihat perubahan kedua-dua anaknya, ibu mangsa Ripka membawa kedua anaknya ke klinik untuk membuat pemeriksaan.
Selepas mengetahui kedua anaknya adalah mangsa rogol suami, ibu kepada tiga anak itu terus melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Siasatan awal mendapati suspek memiliki kelainan seks, menurut ibu mangsa kadang-kadang sehari suaminya itu akan memaksanya utuk bersetubuh sebanyak 5 ke 8 kali sehari.
Bagaimanapun pihak polis yang berjaya menahan suspek,masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
_______________________________
Benarkah Rakyat MALAYSIA Seperti ‘BANGLA’ Di AUSTRALIA. Berenang Dan Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap IMIGRESEN?
Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia
Peningkatan sara hidup kini menyebabkan ramai rakyat sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi mendapatkan wang untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan desakan itu juga, ramai yang saanggup berhijrah ke negara asing untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.
Jika dulu, pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh sudah sinonim datang ke Malaysia bagi mendapatkan peluang bekerjaan tetapi kini lain pula ceritanya. Rakyat Malaysia sendiri mula berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Kini, ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah di sana. Ada yang bekerja di sana secara sah dan tidak kurang juga ada yang bekerja secara haram.
Mari kita baca kisah suka duka rakyat Malaysia yang bekerja di Australia sebagai pemetik buah secara haram ini. Artikel asal dari Utusan Online.
SWAN HILL 16 Nov. – Berenang merentasi tasik dan menyorok di dalam hutan. Begitulah terdesaknya rakyat Malaysia yang bekerja secara haram apabila digempur Imigresen Australia.
Mereka hidup dalam ketakutan diburu dan perlu nekad serta licik meloloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.
Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imigresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.
Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan.
Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.
Shahdam, awal 50-an, yang berasal dari utara berkata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk menggunakan anjing pengesan.
Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri.
“Mana hang nak lari? Bila terdesak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang dalam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni.
“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya.
Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen-stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melarikan diri ke kawasan lain.
Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.
“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.
“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedahnya
Namun begitu ia bukan menjadi penghalang bagi rakyat Malaysia untuk bekerja disana.Terdapat cara yang betul untuk bekerja di sana tanpa risau dikejar oleh pihak imigresen Australia. Mari kita baca kisah yang boleh menjadi inspirasi dan motivasi rakyat Malaysia yang berjiwa kental bekerja di Australia
Rakyat Malaysia berhijrah petik buah di Australia
Maslina Masud, rakyat Malaysia yang mengambil keputusan berhijrah ke Australia dan memulakan hidupnya di negara orang sebagai pemetik buah tampil menceritakan pengalamannya di kota kangaroo itu.
KUALA LUMPUR: Bayaran gaji RM1,900 seminggu satu-satunya motivasi kepada wanita muda, Maslina Masud terus bekerja di ladang memetik buah walaupun ia bukan pilihanya.
Maslina, 30, salah seorang daripada beribu-ribu rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara dan mendirikan kehidupan baharu.
Wanita yang memilih Australia dan menjejakkan kaki di Melbourne pada Januari 2014 tidak menyangka terpaksa menerima hakikat untuk bekerja di sebuah ladang buah-buahan.
Dari bilik hawa dingin ke semak ladang
Terbentang luas kira-kira seribu ekar, ladang Mildura yang terletak 7 jam perjalanan dari bandar Melbourne, inilah satu-satunya pilihan buat Maslina sementara menerima jawapan bagi semua permohonan kerjanya di bandar.
Dia akur dengan nasib diri selepas suaminya pula terpaksa menyambung pengajian ekoran pasangan ini menggunakan visa pelajar untuk ke negara itu.
Namun, pendapatan yang dijanjikan untuk memetik pelbagai jenis buah, oren, anggur, strawberi dan kiwi iaitu kira-kira AUD$15 hingga AUD$20 sejam memberi dia keyakinan sekurang-kurangnya untuk menyara hidup.
Hidup selesa dan mengusakan sebuah agensi pelancongannya sendiri di ibu kota, anak kelahiran Kuala Lumpur ini akui terkejut apabila mendapati kebanyakan pekerja di ladang Mildura itu adalah rakyat Malaysia.
“Ramai golongan profesional seperti jurutera, pegawai bank malah peguam meninggalkan Malaysia untuk mencuba pengalaman baru ini.
“Ladang Mildura adalah pusat buah-buahan untuk dieksport dan hampir kebanyakan orang yang saya temui adalah rakyat
Malayia. Selain pengalaman memetik buah, saya akhirnya dapat melepaskan rindu kampung bertemu mereka,” kata Maslina.
“Berbeza dengan kehidupan di Malaysia di mana saya bekerja di pejabat, dalam bilik berpenghawa dingin, duduk di kerusi empuk dan memiliki pembantu untuk menyiapkan segalanya, di sini, saya terpaksa kerja di bawah matahari, dalam semak, di lapangan terbuka. Tiada apa yang ‘mewah’ kecuali ketenangan dan kecantikan alam semula jadi serta buah-buahan ini.
“Tetapi lebih penting, di sini saya belajar erti kesusahan. Ia satu pengalaman luar biasa dan perasaan ketika memetik buah-buahan amat berbeza. Keberadaan rakan Malaysia juga menghiburkan apabila kami kadang-kala menyanyikan lagu ‘rock kapak’ beramai-ramai untuk menghilangkan rasa rindu ,” katanya sambil tersenyum.
Belum berhasrat balik Malaysia
Ditanya penerimaan keluarga dan berapa lama dia bercadang untuk berada di kota kangaroo, Maslina berkata, keluarganya tidak menyangka keputusannya itu serius.
Jelasnya mereka anggap Maslina dan suami hanya bergurau sehinggalah melihat tindakan sebenar mereka.
“Malah, buat masa ini, saya dan suami juga tidak berhasrat untuk kembali ke Malaysia.
“Bukan saya tidak patriotik atau tidak bangga menjadi anak Malaysia, namun faktor ketegangan politik di negara ini punca ramai belia ambil keputusan berhijrah. Kami mahu membina hidup baharu di sini,” katanya.
Walaupun syukur dapat bekerja di ladang, lebih-lebih lagi dengan gaji lumayan berbanding di Malaysia, Maslina tidak pernah berhenti berdoa dan meletakkan harapan agar mendapat panggilan temuduga dari bandar.
“Benar, rezeki Allah itu luas. Saya tidak pernah berhenti berdoa agar mendapat kerja di bandar kerana kami terpaksa berulang-alik demi suami yang perlu menghadiri kuliah setiap Ahad memadangkan kami berhijrah menggunakan visa pelajar.
Akhirnya, doa Maslina terjawab apabila dia menerima panggilan temuduga dari sebuah kolej swasta di Melbourne.
Gaji RM2,500 seminggu
“Genap 3 bulan bekerja di Mildura, saya menerima panggilan temuduga dari sebuah kolej swasta di Melbourne. Memang senyum saya tidak berhenti sepanjang berada di dalam bas ketika menuju ke bandar,” katanya berkongsi pengalamannya itu.
Sebaik diterima bekerja, Maslina menganggap percaturannya membuat keputusan berhijrah akhirnya membuahkan hasil, ditambah pula dengan gajinya yang lebih lumayan iaitu kira-kira RM2,500 seminggu.
“Apapun, saya tetap merindui beberapa teman rapat Malaysia di ladang. Syukur kepada Allah mempermudahkan segalanya walaupun pada mulanya agak sukar bagi saya dan suami mendapat kerja.
“Kini saya berkhidmat sebagai eksekutif pemasaran di Kolej PAX, Melbourne dan setiap kali saya ternampak buah kiwi atau oren, saya pasti tersenyum sendiri,” katanya.
Dia yang akui seronok membina kerjaya di Australia berkata kota Melbourne sebagai bandar pilihan yang berbaloi untuk meneruskan hidup.
“Masyarakat di sini baik. Kos hidup tinggi tetapi dengan gaji yang diterima, semuanya boleh diusahakan. Kadar jenayah juga kurang. Kalau rindu makanan Malaysia, di sini juga ada restoran yang menjual hidangan Malaysia. Jadi tiada masalah bagi kami,” katanya yang sudah setahun lebih berada di Melbourne.
Maslina menasihatkan anak muda yang mengambil keputusan berhijrah ke luar negara supaya tidak takut berdepan cabaran dan terus berusaha.
Sumber: www.blogammar.com
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment