SEBAIK sahaja lelaki bergelar “datuk seri” yang didakwa memukul 3 orang anggota RELA tempoh hari menyerah diri di Balai Polis Ampang Jaya hari ini, identitinya mula terbongkar.
Pendedahan wajah suspek itu sekaligus membolehkan orang ramai membuat carian berkenaan dirinya di media sosial dan sumber-sumber lain di internet.
Perkara itu membawa kepada penemuan satu poster yang menunjukkan gambar dikatakan suspek sedang menerima anugerah “datuk seri” dari salah satu Kesultanan di Indonesia.
Di bawah ini poster yang dimaksudkan.
Oleh kerana poster berkenaan ditulis dalam tulisan cina, maka salah seorang sahabat berbangsa tionghua telah menterjemahnya ke dalam bahasa Melayu.
Tulisan tersebut dikatakan bermaksud seperti berikut
“Sultan “Kumalaandi” ke 37 dari negeri “Gowa” Sulawesi Selatan, mengurniakan Datuk “Liao Shun Xi” sebagai Putera Raja ke 37 Kerajaan Sulawesi Selatan,” tulis Ming Sau yang membantu penterjemahan tulisan tersebut.
Hasil semakan di internet mendapati, Raja Kumala Andi memang wujud, atau nama sebenarnya Andi Kumala Andi Idjo, yang disebut sebagai Raja Goa, Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia (Raja Bugis).
Sebelum ini Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) dilapor mencadangkan supaya Anugerah dan darjah kebesaran yang diberikan kepada seseorang individu ditarik balik jika mereka terbabit dalam kes jenayah.
Maka, jika anugerah datuk yang diterima oleh suspek kes pukul anggota RELA ini mahu ditarik balik, perlulah menghubungi Raja Bugis di Indonesia, kerana anugerah ini nampaknya tiada kaitan dengan Sultan-sultan di Malaysia.
BACA JUGA — Rakaman CCTV tunjuk datuk seri sepak kepala anggota RELA
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2gXiYdm
No comments:
Post a Comment