(VIRAL) Pemuda KOREA ini Jadi Viral Setelah ‘Menyelamatkan’ Seorang Gadis Di dalam Sebuah Bas..
Pernahkah anda merasa panik ketika putaran haid anda tiba-tiba berubah? Ketika sepatutnya belum haid, tiba-tiba kamu haid anda datang di hari yang tak pernah disangka sebelumnya. Apatah lagi bila di hari tersebut, anda sedang pergi kemana-mana, pasti anda merasa bengang sebab tidak tahu bagaimana untuk menutup “si merah”. Perkara ini juga yang dialami oleh seorang gadis Korea.
Artikel ini diterjemahkan oleh beritakopak.net
Dipetik dari koreaboo.com, seorang gadis Korea menceritakan kisahnya di Facebook mengenai kitaran haidnya yang tidak teratur. Suatu hari, dia harus pergi untuk sesi fotografi dengan menaiki bas awam. Untuk sesi fotografi tersebut, dia harus mengenakan skirt pendek.
Tidak disangka, ketika berada dalam bas, dia menyedari ada sesuatu yang tak selesa. Ternyata tetamu bulanannya datang dan menyedari dia akan mendapat malu ketika bangun dari kerusi penumpang, sebab darah haid keluar dan terasa seperti meleleh ke pahanya.
Sedang dia pening memikirkan perkara itu, seorang pemuda yang duduk tidak jauh darinya menyedari situasi yang dialaminya. Pemuda itu pun lalu melakukan sesuatu yang benar-benar tak terduga.
Susu stroberi sengaja ditumpahkan./COpyright koreaboo.com
Pemuda itu berdiri dan sengaja menumpahkan susu strawberi. “Maaf, kerana tidak sengaja menumpahkannya. Ambil saja baju saya ini dan lilitkan di pinggang awak sebelum berdiri,” katanya. Pemuda tersebut memberikan jaketnya dan tisu pada gadis itu.
Artikel ini diterjemahkan oleh Beritakopak.com
Tentu sahaja situasi itu membuatkan gadis itu terdiam. Tetapi, sayang belum sempat dia mengucapkan terima kasih, pemuda itu sudah turun dari bas. Gadis itu pun berkongsi cerita dan pengalamannya tersebut di Facebook. Dia juga berasa benar ingin tahu siapa pemuda tersebut sebenarnya. Nasibnya bertuah kerana tidak lama kemudian, identiti pemuda tersebut terbongkar.
Kang Sung Hyun./Copyright http://ift.tt/2gUT8qq
Namanya Kang Sung Hyun, berumur 21 tahun berasal dari Suwon, Korea Selatan. Perbuatannya ‘menyelamatkan’ gadis tersebut dari malu pun menjadi viral. Ramai yang memuji inisiatifnya menyelamatkan gadis yang datang haid dengan sengaja menumpahkan susu strawberi. Dia pun mendapat panggilan “Strawberry Milk Oppa”.
Dia pun mendapat panggilan Strawberry Milk Oppa./Copyright http://ift.tt/2gUT8qq
Gadis yang ditolong Sung Hyun itu pun sempat menawarkan diri untuk membelikan jaket baru dan membelanjanya makan untuk membalas budinya. Namun, Sung Hyun menolaknya. “Tidak perlu memikirkan harga baju tersebut. Kalau kita berjumpa lagi nanti, cukup belikan susu strawberi saja untuk saya, ya,” begitu responnya. Macam dalam cerita romantis Korea sahaja kisah yang terjadi antara mereka tersebut.
Apa yang dilakukan Sung Hyun ini nampaknya boleh menjadi inspirasi bagi pemuda lain di luar sana bila berjumpa kejadian yang serupa. Seorang perempuan biasanya akan langsung panik dan bingung bila datang bulan ketika tidak membawa sebarang ‘persiapannya’.
Ini adalah satu tindakan ikhlas yang patut menjadi teladan bagaimana naluri ingin membantu dapat menyelamatkan seorang insan lain yang mungkin berada dalam situasi tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya.
Silakan Share Untuk Manfaat Bersama.
Sumber : Vemale.com
Sumber Berita Kopak
No comments:
Post a Comment