Sejak kebelakangan ini pelakon Ainul Aishah kelihatan semakin cantik dan bergaya. Bukan saja sering bersenam di gimnasium, Ainul juga dikatakan semakin seksi dalam berpakaian, terutamanya setelah bergelar kekasih seorang lelaki lacak.
Bagaimanapun, ada yang tidak senang dengan cara Ainul berpakaian. Seorang pengguna Instagram telah menghantar mesej terus (direct message) kepada Ainul menyuruh pelakon itu mengenakan bra push-up atau tutup saja payudaranya kerana tidak mempunyai belahan payudara (cleavage).
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Wanita itu yang menggunakan kata pengguna @drnoorkartini memberitahu Ainul:
Payudara awak nampak sangat kecil. Mungkin bra push-up boleh membantu? Atau tutup sajalah (payudara). Jangan beriya sangat nak tunjuk belahan itu, sebab memang jelas awak tak ada belahan payudara. Dari orang mengata, tutup saja payudara itu. Hanya sedikit nasihat.
Ainul menjawab dia tidak kisah jika orang mengata, dan meminta wanita itu jangan jadi kelakar dan jaga payudara sendiri. Wanita itu kemudiannya memberitahu:
Saya bukan nak jadi kelakar. Dan payudara saya besar, jadi tak perlu kisah. Pakailah bra-push up supaya tak sakit mata memandang.
Pinggang dah cantik tapi kalau tak seimbang dengan payudara yang cantik tak jadi juga.
Ainul memuat naik salinan perbualan di Instagram itu melalui fungsi InstaStory. Ainul menulis:
Saya telah diserang kerana kurang sempurna sebagai manusia. Adakah anda (gadis-gadis) semua rasa adil untuk dilayan seperti ini hanya kerana anda tidak ada apa yang orang lain ada?
Tolong bersikap baik dan memperkasa sesama wanita bukannya jadi biadap dan jahat mulut.
Penulis agak kagum dengan sesetengah orang yang begitu rajin menghantar mesej menegur orang yang tidak dikenali mengenai cara berpakaian kerana bagi penulis, memang malas. Setakat pandang sajalah.
Tinjauan penulis mendapati akaun Instagram @drnoorkartini tidak lagi wujud dan besar kemungkinan hanyalah akaun palsu. Apa pendapat anda?- beautifulnara.com
____________________________________
PAKAI SKIRT TERBELAH, KETAT SAMPAI NAMPAK SELUAR DALAM…
Pelakon Ainul Aishah tak dinafikan mempunyai pesona dan kecantikan yang tersendiri.
Namun, kadang kala dia dilihat begitu seksi dan yakin menggayakan persalinan yang ketat dan juga menjolok mata.
Seperti baru-baru ini, menerusi laman Instagram Ainul dilihat begitu gembira menghadiri majlis kosmetik antarabangsa, Lancome yang menyaksikan Neelofa menjadi duta kepada jenama tersebut.
Nampaknya Ainul tampil begitu berani dan juga moden dengan mengenakan skirt pendek rona nude atau warna kulit.
Skirt terbelah dan juga busana tanpa lengan, persis bintang antarabangsa gitu!
Pada majlis tersebut juga Ainul dilihat hadir bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Khalid yang turut begitu segak dan kacak sepanjang majlis tersebut.
Netizen rata-ratanya memuji penampilan Ainul yang anggun itu, namun ada juga mengkritik kerana pakaiannya itu begitu ketat sehingga menampakkan bentuk seluar dalamnya.
Maklumlah, bila tampil di luar batasan netizen mula mengeluarkan ‘nasihat’ mereka.
“Semoga diberikan petunjuk taufik dan hidayah..amin”
“Masyaallah boleh saya tahu apakah agama anda?”
Nah anda lihat sendiri, antara gambar panas Ainul pada majlis tersebut.
Apa pula pendapat anda? – Sumber: Hangat/ IG Ainul
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment