a Join Us at facebook: Ibu durjana ‘jual’ Dua Anak Kepada Warga Bangla Untuk Wang.. Tweet button

Monday, 30 October 2017

Ibu durjana ‘jual’ Dua Anak Kepada Warga Bangla Untuk Wang..

JOHOR BAHRU: Kegiatan terkutuk seorang ibu yang sanggup memperdagangkan dua anak perempuannya kepada lelaki warga negara asing untuk melakukan kegiatan seks terbongkar selepas ditahan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata wanita warga tempatan berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Senai, Kulai pada Rabu lalu dan polis hari ini sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek untuk membantu siasatan.

Katanya, suspek dikatakan ‘menjual’ anak perempuannya berusia 10 dan 8 tahun dengan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki disyaki warga Bangladesh.

Suspek mengaku mengenali tiga lelaki Bangladesh yang merupakan suspek dalam kes yang disiasat dan mengaku membawa kedua-dua anak perempuanya di sebuah hotel bajet di Larkin Perdana, setiap Jumaat hujung minggu sejak sebulan yang lalu.

“Mangsa akan ditinggalkan di bilik hotel dengan lelaki war asing itu dan wanita berkenaan akan tidur di bilik lain.

“Wanita berkenaan akan menerima bayaran RM50 setiap kali suspek tidur bersama mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan pencegahan jenayah kecurian kabel anjuran Telekom Malaysia Bhd (TM) Johor di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mereka.

“Mangsa juga dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan 376 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran serta merogol gadis bawah umur selain Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Suspek dipercayai ibu tunggal kerana sudah bercerai dan terputus hubungan dengan bekas suaminya selain sering ke rumah seorang daripada lelaki warga asing yang merupakan pasangan kekasihnya sudah hampir lapan tahun,” katanya

sumber bhonline

_________________________________

 

Remaja Bawah Umur Dicekup Lakukan Maksiat Dengan Janda

Seorang lelaki sanggup berpura-pura konon wanita berusia 40 tahun yang dicekup bersamanya kerana disyaki berkhalwat sebagai ibu saudaranya kerana bimbang ditahan pihak berkuasa dalam operasi maksiat di sebuah hotel bajet di Jalan Pintu 10 di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 17 tahun itu turut memberi alasan tidak melakukan apa-apa dengan memberi alasan menyewa bilik hotel berkenaan untuk berbual dengan pasangannya.Bagaimanapun, helah lelaki itu terbongkar apabila wanita terbabit mengaku lelaki itu adalah kenalannya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang dan Penguat Kuasa JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya membuat pemeriksaan di hotel bajet berkenaan dan mengetuk sebuah pintu bilik disyaki disewa pasangan terbabit.

Menurutnya, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu dan terkejut melihat anggota JAIK sebelum membenarkan pemeriksaan.

 

Ketika itu terdapat seorang wanita dipercayai bersembunyi dalam bilik air dalam keadaan takut dan hasil siasatan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri,

 

malah lelaki itu cuba memperdaya penguat kuasa konon wanita itu ibu saudaranya, namun gagal,” katanya, semalam.Katanya, wanita itu dipercayai ibu tunggal kepada tiga anak manakala lelaki berkenaan masih bujang dan dipercayai sudah mempunyai teman wanita



Sumber Nukilan Cerita Kita

No comments:

Post a Comment