a Join Us at facebook: (10 FOTO) TATTOO TERBURUK DAN KELAKAR DI DUNIA . MENGEKEK2 KETAWA TENGOK TATTOO DIEORANG…BAJET GANAS!… Tweet button

Sunday, 1 October 2017

(10 FOTO) TATTOO TERBURUK DAN KELAKAR DI DUNIA . MENGEKEK2 KETAWA TENGOK TATTOO DIEORANG…BAJET GANAS!…

“Tatoo” merupakan cacahan kekal pada kulit berupa lukisan gambar manusia, haiwan, alam sekitar ataupun perkataan. Ia merupakan salah satu hasil seni pada kulit manusia. Akan tetapi, lukisan “tatoo” pada kulit boleh menjadi suatu igauan ngeri pada pemilik dan orang yang melihatnya. Pisang goreng ingin berkongsi 10 gambar “tatoo” terburuk didunia. (***kepada umat Islam. “Tatoo adalah haram”***)

1) “Tatoo hello kitty”


Tatoo ini sepatutnya sesuai untuk kaum wanita dan sepatutnya diletakkan dikawasan strategik seperti lengan, bahu and punggung. Akan tetapi, bila diletakan dikawasan muka seorang lelaki. Ia seperti isyarat kepada umum untuk memberitahu. “TOLONG LEMPANG MUKA AKU LAJU2”.

2)”Tatoo teteris”


Lukisan asal “Tatoo” ini adalah bentuk lambang “star of David”. Ianya adalah lambang keagamaan Yahudi. Tetapi bila dihumpunkan sebanyak-banyak yang boleh dimuka. Kekacakan wajah terus hilang. Korang decide lah sendiri..aku speechless sebenarnya..

3) “Tatoo ikut suka hati mak bapak aku lah”


“Tatoo” yang cantik sepatutnya mempunyai kesinambungan. Pelukis “Tatoo” seolah-olah melukiskan suatu cerita. Seni halus ini boleh difahami sekiranya pelukis atau pemilik ‘tatoo” menyusun indah cacahan pada kulit. Tapi yang ini…korang tengoklah sendiri. kejap burung helang terbang..kejap keluar kepala rusa. kat bahu ada pedang

4)”Tatoo Harimau tua”


” Tatoo” harimau bukan untuk calalng-calang orang. Ia melambangkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan seseorang. “Tatoo” ini selalu dilukis pada badan seorang yang berpangkat dalam kongsi gelap ataupun geng “Yakuza”. Tempat cacahannya kebiasaannya diletakkan dibelakang badan,dada ataupun bahu. Ini kerana menghormati lambang harimau itu sebagai “Raja Rimba” Tapi yang ini, ko letak kat atas konek bang…dah la atas konek lepas tu lukis cam harimau dah monopous…Mati pucuk agaknya brader ni…

5) “Tatoo tak cukup bajet”


Position “Tatoo” berbentuk serigala ini sangat sesuai. Ia diletakkan bahagian atas belakang. Wajah serigala di apit bersama pepohon ru dan empingan salji. Ini menujukkan pemilik “Tatoo” ini seorang gadis yang mempunyai deria yang tajam dan mempunyai “killer instinct”… Tapi… bila dah tak cukup bajet…makajadi lah macam ni. Tapi aku dapat rasa kalau siap “Tatoo” ini..Hasilnya pasti meletup boom boom boom.

6) “Tatoo kiwi kasut nak buat helmat agaknya”


Tak payah buat “Tatoo” macam ini. Please2…Kena lempang dengan orang kampung ko tau lah..

7) “Tatoo budak-budak noob”


Sebenarnya “Tatoo” bukan sahaja untuk gengster. Ia boleh dicacah pada semua jenis manusia. Yang penting “Tatoo” yang dilukis mestilah kena dengan aura si pemilik. Tapi kalau muka dah skema, “Tatoo” pula lukis hentam kromo. Dah nampak macam ko suruh kawan sekolah ko sign kat baju masa last day sekolah. Elakkan ye…

8) “Tatoo orang mabuk”


Aku nak ingatkan. Jangan sesekali cacah “Tatoo” masa korang mabuk teruk. Ini kes kena pedajal dengan kawanlah ni. Dah kena tuba dengan arak. Ko pun mabuk tak boleh nak bangun. Kawan2 ko main conteng je. Ni bawa sampai mati “Tatoo” ni…Bayangkan macam mana ko nak explain kat cucu ko nanti…Sorry..aku ter’EMO’ sikit. Hahaha!

9) “Tatoo pemandangan sangat”


Memang aku ada cakap antara lukisan yang sesuai untuk “Tatoo” adalah alam sekitar. Tetapi, yang ini gambar pemandangan. Sesuai dilukis di atas kanvas dan di “frame”kan. Lepas itu letak dekat dinding rumah atau office kau. Yang di “Tatoo” kan kat badan kau dah kenapa? Tersedak air ketom ke?

10) “Tatoo acah-acah kata-kata mutiara”

Sajak, kata-kata hikmah dari pujangga atau “qoute” dari orang-orang yang bijak atau terkenal sangat sesuai di cacah pada tubuh untuk menjadi “Tatoo”. Akan tetapi, kata-kata dari kawan2 mabuk korang, skandal yang tengah sedap ataupun kawan “stone” ketom, balut atau pil kuda jangan di ambil untuk di buat “Tatoo” menyesal tak sudah korang nanti.
Anyway, korang punya kulit korang punya suka. Ikut suka hati koranglah. Yang penting korang bahagia. Adios!

sumber : ohgempak

No comments:

Post a Comment