a Join Us at facebook: Farid Kamil Tiada Hutang Ah Long.. Tweet button

Saturday, 13 January 2018

Farid Kamil Tiada Hutang Ah Long..

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendedahkan 300 artis tempatan kini diburu ah long ekoran gagal membayar hutang mencecah sehingga RM60,000.

Bagaimanapun Presiden Seniman, Zed Zaidi mengesahkan pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil yang kini direman berhubung kes menampar seorang anggota polis di Peta­ling Jaya tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Menurut beliau, majoriti artis yang terbeban dengan hutang ah long sejak tahun 2015 itu merupakan artis lelaki.

“Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka.

Menurut The Malay Mail Online, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata, hanya 20% daripada golongan seniman yang mendapat tawaran kerja tetap, manakala selebihnya berada dalam keadaan kerja yang tidak menentu mengakibatkan mereka terpaksa meminjam duit dengan peminjam wang haram.

“Apa yang membimbangkan adalah Ah Long tersebut akan menyimpan kad-kad ATM mereka (para seniman). Terdapat satu kes di mana data dan maklumat peribadi seniman terbabit disalah gunakan (oleh Ah Long).”

Tambah Zed Zaidi lagi, SENIMAN gusar data-data dan akaun-akaun bank tersebut akan digunakan untuk menjalankan aktiviti haram seperti perjudian atas talian.

“Kami bimbang satu hari nanti, akan ada seniman yang dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram.”

Justeru, SENIMAN dilaporkan telah menawarkan kepada seniman-seniman terbabit untuk mencari tawaran kerja.

No comments:

Post a Comment