“Tak tahulah, baik hati sangat parents budak ini tak nak report atau saman sebab kasihan pada pengasuh itu yang sudah tua dan susah. So, nak saman pun tak ada point,” demikian tulis Fara Yusof, individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar dan video mangsa melecur teruk terkena air panas akibat kecuaian pengasuh.
“Bayangkan kos dia sampai berpuluh-puluh ribu. Rezeki keluarga itulah sempat buat insurans beberapa bulan yang lalu, jadi dapatlah cover.
“Tengoklah jari dia pada gambar pertama dan ketiga. Doktor tak nak bagi dia genggam tangan, jadi doktor cucuk best di setiap jari jemari dia sebab tak nak tangan dia terbuka.
“Sebak tengok keadaan dia dan bayangkan kalau kejadian itu berlaku pada anak sendiri. Berapa minggu dah budak itu tak gerakkan tangan dia sebelah kiri itu.
“Ya Allah, dia tahu je dia tengah sakit, tapi masih mampu duduk diam. Yang paling sedih, dia tengok saja sepupu-sepupu dia berlari sambil pegang mainan tetapi dia tak boleh.
“Umur dia baru setahun lebih, seksanya dia. Bagi aku, pengasuh itu wajib diberi pengajaran. Apa benda entah awal-awal saja prihatin bertanya khabar, tetapi senyap. Bodoh! Bayangkanlah bangang macam mana dia nak survive dengan parut apa semua itu bila dewasa kelak,” tulis Fara di Twitternya semalam.
Sumber : thereporter
Viral beberapa gambar seorang kanak-kanak lelaki melecur teruk di bahagian dada, kedua-dua belah tangan dan kaki kanannya dipercayai akibat terkena air panas di rumah pengasuh di lokasi yang tidak dinyatakan.
Menurut Farah Yusof yang memuat naik gambar-gambar berkenaan berkata, gambar itu diperoleh dari rakan serumahnya yang mendakwa anak rakannya.
“Kasihan sangat adik ini sampai masuk Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir tiga minggu disebabkan kecuaian pengasuh.
“Macam manalah dia (pengasuh) boleh senang saja cakap anak kecil ini terkena air panas yang dia letakkan di bawah? Nampak sangat dia (pengasuh) tengah pegang dan disebabkan kecuaiannya, dia tersimbah mangsa dengan air panas.
“Seriously terkesan sangat dengan adik ini. Disebabkan ramai yang menghubungi saya bertanya tentang mangsa, jadi saya kongsikan gambar-gambar dan video,” katanya, bagaimana tiada sebarang video yang disertakan.
Sementara itu di media sosial, netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan menasihatkan ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang agar pengasuh berkenaan dikenakan hukuman setimpal.
Bagaimanapun, netizen dinasihatkan untuk tidak membuat naik sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya dan menganggap semua pengasuh adalah sama kerana ramai lagi pengasuh di luar sana memberikan perkhidmatan yang baik dan ikhlas menjaga anak-anak majikan seperti anak-anak mereka sendiri.
Sumber : thereporter
No comments:
Post a Comment