Pada zaman moden, amat sukar bagi kita untuk membayangkan tiada mesin layan diri yang menawarkan beberapa keperluan segera seperti minuman dan makanan. Baru-baru ini diberitakan terdapat mesin layan diri yang menawarkan benda yang tidak sepatutnya berada di dalam mesin layan diri dan ia dilihat sebagai satu benda yang amat pelik untuk diletakkan di dalamnya.
Anda pasti berasa sukar untuk mempercayai apabila melihat senarai mesin layan diri yang menawarkan benda paling pelik dan menarik perhatian di dunia ini seperti di bawah.
1. Alat ganti basikal
Kredit foto: animalnewyork.com
Jika anda berada di Brooklyn, New York dan memerlukan alat ganti basikal dengan segera, anda boleh mendapatkannya di dalam mesin layan diri yang dijual bersama makanan. Sambil mengepam tayar basikal, anda juga boleh makan.
2. Kumbang Rhinoceros.
Kredit foto: allaboutjapan.com
Mengumpul serangga hidup seperti kumbang Rhinoceros ini adalah perkara biasa di Jepun yang dapat mengajar kanak-kanak tentang alam semulajadi. Ada yang menyimpan kumbang ini sebagai haiwan peliharaan atau haiwan permainan gusti kumbang.
3. Pakaian dalam lelaki Calvin Klein.
Kredit foto:racked.com
Pakaian dalam Calvin Klein sememangnya amat terkenal di kalangan kaum lelaki yang suka memakai pakaian dalam berjenama pereka terkenal ini. Kini anda boleh membeli pakaian dalam ini melalui mesin layan diri. Tiada lagi alasan tiada pakaian dalam yang bersih.
4. Buku dan novel terpakai.
Kredit foto: edition.cnn.com
Anda boleh mendapatkan buku dan novel terpakai untuk menghabiskan masa lapang dengan membelinya dari mesin layan diri. Semestinya mesin layan diri ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada semua.
5. Basikal sewa.
Kredit foto: designer-daily.com
Di negara Netherland, basikal adalah pengangkutan utama. Mesin layan diri yang menyewakan basikal adalah perkara biasa dan terdapat di mana-mana. Anda boleh menyewa basikal pada waktu pagi dan memulangkannya pada waktu petang dalam satu bayaran melalui mesin layan diri ini.
6. Pakaian dalam yang telah diguna anak gadis.
Kredit foto: comicbook.com
Pada tahun 1993 mesin layan diri ini telah muncul dan kemudian telah diharamkan di Jepun. Cara warga Jepun yang selalu berfikiran pelik mungkin telah mewujudkan mesin layan diri pelik dan tidak masuk akal ini.
7. Ganja.
Kredit foto: greenrushdaily.com
Sekiranya berada di Malaysia, pemilik mesin layan diri ini mungkin telah didakwa di mahkamah kerana kesalahan mengedar dadah. Tetapi di negara ini, apabila anda telah berumur 21 tahun dan ke atas serta mempunyai priskripsi dari doktor, anda boleh mendapatkan aneka pilihan jenis ganja dari mesin layan diri ini seperti membeli biskut.
8. Ketam hidup dan masih segar.
Kredit foto: theatlantic.com
Ketam ini semuanya masih hidup dan segar dengan pengekalan suhu antara 5 hingga 10 darjah celsius. Pada mulanya, ketam seperti ini telah dijual di jalanan Hangzhou di wilayah Zhejiang, China. Mesin layan diri ini menjual ketam segar dengan harga RM13.00 seekor. Disamping itu, ia juga menjual cuka ketam bersama teh halia.
9. Kentang lenyek.
Kredit foto: kffm.com
Anda terlalu malas untuk membuat kentang lenyek sendiri di rumah? Dapatkan sahaja dari mesin layan diri di Singapura ini.
10.Emas yang laris di pasaran
Kredit: luxuo.com
Mesin layan diri menjual emas ini kali pertama telah diperkenalkan di Hotel The Emirates Palace, Dubai. Mesin ini akan membantu anda memeriksa harga pasaran emas dalam masa 10 minit dan kemudian akan mengeluarkan syiling atau jongkong emas seberat 10 gram menurut pilihan anda yang ingin membeli. Kini mesin layan diri ini telah terdapat di Manhattan, New York dan Las Vegas, Amerika Syarikat. Bayangkan sekiranya mesin layan diri seperti ini ditempatkan di kawasan bandar berpendapatan sederhana dan miskin.
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment