a Join Us at facebook: (Photo)Sekitar majlis meyambut menantu abam bocey..😍😍😍 Tweet button

Saturday, 20 January 2018

(Photo)Sekitar majlis meyambut menantu abam bocey..😍😍😍

DENGAN kos perbelanjaan hampir RM50,000 serta menerima tajaan daripada pelbagai pihak, majlis persandingan pelawak terkenal, Abam Bocey, meriah.

Difahamkan, hampir 10,000 tetamu termasuk jiran tetangga, kenalan rapat dan peminat Abam hadir pada majlis pihak lelaki yang berlangsung di Batu 10, Gombak itu, hari ini.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, berkata, dia gembira apabila hasratnya untuk melihat semua orang hadir pada majlis bersejarahnya itu terlaksana.

“Alhamdulillah saya gembira melihat ramai kenalan yang datang dan ada juga yang saya tidak kenal. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meraikan majlis persandingan saya,” katanya.

Segak berpakaian songket Melayu berwarna merah, Abam dan isteri Siti Nurhidayah Mohd Ali, 25, turut terharu ramai pihak sudi menaja majlis persandingannya.

“Alhamdulillah jika dikira tetamu yang hadir bukan sikit untuk pihak luar menaja saya. Jika ada yang terkurang, saya mohon maaf,” katanya.

Sementara itu Abam berkata, kehidupannya kini lebih terurus selepas sebulan bergelar suami.

“Masih banyak lagi perkara baru yang sedang saya lalui. Jika dulu makan minum sendiri dan hendak sarapan kena pergi kedai.

“Sekarang setiap pagi isteri akan sediakan. Semua menu sudah tersedia,” katanya.

Terdahulu, Abam dan Siti Nurhidayah diijab kabulkan pada 8 Disember lalu di Sabak Bernam.

Sumber : hmetro.com

No comments:

Post a Comment