PENYANYI Stacy meluahkan rasa syukur memiliki seorang suami yang sentiasa terbaik buatnya dan dua anak mereka iaitu Bella dan Eshaal yang kini berusia setahun.
Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, turut menyifatkan suaminya, Akim Ahmad sebagai sahabatnya yang paling baik.
“Selamat hari lahir sayang! Semoga sentiasa menjadi suami dan bapa yang terbaik untuk kami seperti selalu.
“Terima kasih sebab menjadi kawan baik saya selama ni. Panjang lagi nak cakap sambung nanti lah… Akim Ahmad 27th Surprise Birthday Bash,” kata Stacy.
Stacy membuat ucapan istimewa kepada Akim menerusi laman Instagram miliknya bersempena ulang tahun kelahiran vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu.
Kejutan hari lahir buat Akim.
Penyanyi itu turut diraikan oleh kelab peminatnya, GAFImers The Defenders di Dewan Ambassador Putrajaya pada malam Khamis.
Peminat turut mengambil kesempatan memberi ucapan ulang tahun kelahiran dan mendoakan kebahagiaan Akim sekeluarga.
“Happy Birthday Akim. Mudah-mudahan panjang umur, murah rezki, diberi kesihatan sepanjang hayat dan sentiasa gembira bersama keluarga tercinta. InsyaAllah. Amin.
“Selamat hari lahir abang @akimahmad, moga terus dimurahkan rezeki dan menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak,” komen beberapa peminatnya.
Pasangan selebriti ini berkahwin pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah.
No comments:
Post a Comment