a Join Us at facebook: Siapa Sangka! Ini 2 Foto Ayah Dan Ibu Uqasha Dan Nelydia Senrose Yang Handsome Dan Cantik Menawan.. Tweet button

Friday, 19 January 2018

Siapa Sangka! Ini 2 Foto Ayah Dan Ibu Uqasha Dan Nelydia Senrose Yang Handsome Dan Cantik Menawan..

Siapa tidak kenal dengan pasangan adik-beradik popular dalam industri hiburan, aktres Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Uqasha yang berusia 25 tahun, meledak dengan beberapa drama popular, antaranya Tundukkan Playboy Itu, Kerana Anisa, Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan Hero Seorang Cinderella. Tak kurang beliau turut membintangi filem-filem seperti Paku Pontianak dan Hantu Kak Limah 2.

Manakala, Nelydia, 23, dikenali menerusi drama Spa Q, Spa Qistina, Setia Hujung Nyawa, Lara Terindah, Encik Suami Mat Salih Celup dan banyak lagi. Turut membuat kemunculan dalam filem Cinderella, Mat Tudung dan Jebat.

Adik-beradik ini sememangnya amat jelita dan sering dikaitkan dengan ramai selebriti lelaki popular sebagai kekasih.

Terkini, Uqasha dikatakan sedang mengenali hati budi pengacara Hefny Sahad.

Untuk pengetahuan anda, Uqasha dan Nelydia mempunyai kedua ibu bapa yang tak kurang kacak dan jelitanya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, bukan?

Jom intai gambar ibu dan bapa kepada pasangan adik-beradik ini.

siapa sangka ini 2 foto ayah dan ibu uqasha dan nelydia senrose 2

siapa sangka ini 2 foto ayah dan ibu uqasha dan nelydia senrose 3
Kredit foto: cepatpanas.blogspot.my
Sumber berita: Wikipedia

Kami Sama Ibu Lain Ayah – Penjelasan Rasya Rizrose Tentang Statusnya

Mungkin ramai tidak kenal adik Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose yang kian meningkat popular melalui Dewi Remaja 2015 . Raysha yang memiliki tubuh tinggi lampai, berwajah molek dan berbakat, maka laluannya di lorong seni semakin bersinar.

Tidak sekali-kali dia menumpang populariti kakak-kakaknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Cuma itu dianggap bonus buat dirinya kerana memiliki susur-galur keluarga yang sudah menceburkan diri dalam industri seni.

Rasya Rizrose adalah Adik Nelydia Senrose & Uqasha Senrose. Dia merupakan adik berkongsi ibu yang sama tapi berlainan bapa,Untuk pengetahuan korang, bapa Raysha berketurunan Cina dari Indonesia manakala ibunya Thailand. Wah patutlah comel.

Kami adik beradik seibu, tetapi berlainan bapa. Maka kami dikira adik-beradik ya, bukan adik-beradik tiri. Memang saya akui ramai yang silap dan keliru perihal ini. Uqasha dan Nelydia adalah anak hasil perkahwinan pertama mama dengan suami terdahulu.

Selepas berpisah, mama menikah dengan ayah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak termasuklah saya. Walau berlainan bapa, namun kami lebih selesa jika umum tahu yang kami adik- beradik, tiada istilah lain bapa dalam hidup kami tujuh adik- beradik (empat perempuan dan tiga lelaki).

Hubungan kami sangat rapat memandangkan kami membesar bersama yakni di bawah jagaan mama. Sejak dilahirkan memang saya sudah tingggal di bawah satu bumbung dengan kakak. Celik-celik mata dah nampak kakak- kakak saya, hahaha… Jadi tiada isu kenapa hubungan kami tidak mesra.

Biodata Raysha Rizrose | Juara Dewi Remaja 2014/2015

Nama Penuh : Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz
Nama Panggilan : Raysha Rizrose
Nama Manja : Dada (ahli keluarga)
Tarikh Lahir : 22 Jun 1996

Inilah serba sedikit bio tentang beradik senrose yang cantik jelita . – ks

Kredit- kisahlogik the best

No comments:

Post a Comment