Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari tidak mampu menyembunyikan rasa gembira melihat kehadiran isterinya, Datin Diana Danielle di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Katanya, beliau memang mengharapkan Diana datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi yang getir ini.
“Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.
“Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana,” katanya ketika dibawa masuk ke bilik reman di sini.
Sebelum ini, Farid direman empat hari atas dakwaan menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara dan menendang dua orang awam, Khamis lalu.
Semalam, reman Farid disambung lagi sehari dan kini beliau sedang keputusan sama ada reman disambung atau ikat jamin polis.Ini adalah kali pertama Diana Danielle hadir ke mahkamah selepas dua kali aktor terbabit ditahan.
Biarpun kelibatnya tidak kelihatan sejak suaminya, Datuk Farid Kamil ditahan reman empat hari lalu, pelakon Datin Diana Dianelle yakin Farid ‘merasai’ sokongannya.Diana, 27, menulis dalam laman Instagramnya mengatakan Farid juga tahu dia sentiasa berada di sisinya.
“Jangan tanya mengapa anda tidak melihat saya. Dia (Farid) melihat saya.
“Dia tahu saya di sana. Dia berasa saya memegang tangannya. Itu perkara penting buat saya,” tulisnya dalam kapsyen berbahasa Inggeris yang dimuat naik sekitar pukul 8.15 malam tadi.
Terdahulu, Diana memaklumkan tidak akan melawat suaminya yang ditahan reman atau hadir ke mahkamah kerana menyerahkan segala yang berlaku kepada undang-undang.
Semalam, tempoh reman terhadap Farid yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor dilanjutkan sehari lagi sehingga Selasa.
No comments:
Post a Comment