a Join Us at facebook: Terkini! Keputusan Mahkamah Selepas Tahanan 4 Hari Reman Farid Kamil.. Tweet button

Sunday, 14 January 2018

Terkini! Keputusan Mahkamah Selepas Tahanan 4 Hari Reman Farid Kamil..

PETALING JAYA – Tahanan reman terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, dilanjutkan sehari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Farid Kamil yang memakai kemeja biru denim kelihatan tenang di bawa masuk jam 11.30 pagi dan keluar sejam kemudian.

Terdahulu, Farid direman bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta dadah berbahaya 1952, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Suami kepada pelakon, Diana Danielle itu turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 90a Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Khamis lalu, sekeping gambar Farid bergari tersebar di media sosial dipercayai ditahan kerana menampar polis dan menendang orang awam di balai polis.

Turut hadir memberi sokongan, Azad Jazmin, Azahan Rani selain adiknya, Fadzil Bahari dan Anis Anwar.

Disambung reman

Selepas direman 4 hari, Datuk Farid Kamil hadir di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dibawa ke bilik reman pada 11.30am. Terbaru, keputusan Mahkamah ialah Farid disambung reman sehari lagi. Turut kelihatan ialah rakan artis seperti Azad, Azhan Rani dan bekas pengurus Farid Kamil, Mohamad Zubir bagi beri sokongan terhadap isu penahanan sahabat mereka.

Foto kredit: Berita Harian

Foto kredit: Berita Harian

Sumber: OfficialHLive

Sumber Artikel: Sinar Harian / OHBulan

No comments:

Post a Comment