Konduktor muzik dan guru vokal popular, Syafinaz Selamat hari ini dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Syafinaz Selamat adalah...
The post Syafinaz Selamat Terima Gelaran Datuk appeared first on ROTIKAYA.
a
Konduktor muzik dan guru vokal popular, Syafinaz Selamat hari ini dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Syafinaz Selamat adalah...
The post Syafinaz Selamat Terima Gelaran Datuk appeared first on ROTIKAYA.
Perkahwinan adalah satu lembaran baru untuk merapatkan lagi hubungan keluarga. Perkahwinan berlainan bangsa, budaya dan negara bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita....
The post 5 Selebriti Indonesia Kahwin Dengan Lelaki Malaysia appeared first on ROTIKAYA.
Demam K-Pop di Malaysia ini memang tiada kesudahan. Bagi yang gila-gila minat drama Korea terutamanya peminat setia Oppa Yoo Seung-Ho ada berita...
The post Peminat Oppa Yoo Seung-Ho Boleh Senyum Lebar appeared first on ROTIKAYA.
Tersebarnya gambar penyanyi muda yang semakin membina nama ini sedang solat di belakang pentas baru-baru ini ternyata membuatkan saham Haqiem Rusli di...
The post Solat Belakang Pentas, Haqiem Rusli Tak Menunjuk appeared first on ROTIKAYA.
Jika anda mengikuti drama terbaru, Lafazkan Kalimah Cintamu, pasti ramai tertanya-tanya siapa pelakon cantik yang memiliki wajah seperti patung Barbie. Pelakon dan...
The post “Wajah Saya Semuanya Asli & Bukan Plastik” appeared first on ROTIKAYA.
Jika masih ingat Shukri Yahaya pernah dilanda kontroversi menggoda wanita di aplikasi We Chat suatu ketika dulu. Hingga kini ada pihak mendakwa...
The post Shukri Yahaya Nafi Hidup Dikawal Isteri appeared first on ROTIKAYA.
Beberapa hari ini, kecoh di media sosial tentang hiasan pelamin pernikahan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna bersama pasangannya, Adam Sinclair yang mengambil...
The post “Hiasan Pelamin Yuna Telan Belanja RM70,000” appeared first on ROTIKAYA.
Jika sudah namanya selebriti, pastinya setiap perkara yang dilakukan akan menjadi perhatian. Baru-baru ini, pelakon Shafie Naswip turut menjadi mangsa kecaman gara-gara...
The post Dikecam Kerana Tatu, Syafie Naswip Tak Ambil Peduli appeared first on ROTIKAYA.
Masih berteka-teki dan tidak berkongsikan secara jelas lelaki yang dihubunginya melalui panggilan video, ternyata Fasha Sandha kini sudah mempunyai insan istimewa di...
The post Adakah Ini Teman Lelaki Baru Fasha Sandha? appeared first on ROTIKAYA.
Pelakon dan pengacara Neelofa sentiasa menjadi perhatian ramai. Bergelar usahawan tudung berjaya dan terkemuka menjadikan Neelofa sebagai idola anak muda. Sebut je...
The post Lupakan Masa Lalu Rahsia Neelofa Kekal Bahagia appeared first on ROTIKAYA.
Ibu mana yang tidak sayangkan anak bukan? Itulah yang dilakukan oleh Nad Zainal untuk anaknya namun pertolongan Nad baru-baru ini disalah anggap...
The post Gara-Gara Putus Susu, Nad Zainal Dilabel Dera Anak? appeared first on ROTIKAYA.
Minggu lalu, rata-rata peminat Fattzura tertanya-tanya mengapa pasangan Fattah Amin dan Fazura tidak tercalon dalam kategori Couple MeleTop Top 20. Ada...
The post Netizen Bengang Izreen Izminda Tercalon Couple MeleTop appeared first on ROTIKAYA.
Kisah cinta pelakon ini sentiasa menjadi perhatian. Mana taknya, orang cantik mestilah ramai peminat. Sebelum ini, hubungan cintanya bersama pengacara Qi Razali...
The post 5 Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose appeared first on ROTIKAYA.
Ramai anak muda sekarang membuat keputusan untuk tidak berkahwin dek kerana kos hidup yang tinggi dan tidak mempunyai wang simpanan. Namun, kajian...
The post Kajian: Berkahwin Buatkan Anda Panjang Umur appeared first on ROTIKAYA.
Penangan K-Pop bukan saja di Malaysia, tapi di seluruh dunia. Rata-rata wanita inginkan kulit cantik, putih dan gebu seperti selebriti Korea. Tidak...
The post 9 Rahsia Kulit Putih & Gebu Selebriti Korea appeared first on ROTIKAYA.
Tidak tahu mahu digambarkan bagaimana keserasian pasangan pengantin baru ini iaitu Yuna dan juga Adam Sinclair. Orang kata, memang sepadan sungguhlah. Menjelaskan...
The post Gambar Sekitar Resepsi Yuna & Adam Sinclair appeared first on ROTIKAYA.
Faham benar dengan situasi dan perlakuan warga laman sosial yang seringkali mempertikaikan kejayaan seseorang selain turut diiringi dengan pelbagai kecaman, Fizz Fairuz...
The post Dapat Gelaran Datuk, Fizz Fairuz Dikecam appeared first on ROTIKAYA.
Siapa sahaja pasti mempunyai masalah dalam kehidupan. Sama ada masalah itu kecil atau pun besar. Itulah yang di alami oleh Mahathir yang...
The post Filem Makrifat Cinta Bakal Buat Penonton Menangis appeared first on ROTIKAYA.
Mengimpikan majlis pernikahan yang privasi dan juga todak mahu berlebihan, Yuna menafikan bahawa dia merahsiakan perkahwinan. Bagi Yuna, dia sudah pun mengundang...
The post Yuna Nafi Rahsia Perkahwinan, Tak Mahu Berlebih appeared first on ROTIKAYA.
Jika diikutkan, video Hairul Azreen menembak menggunakan senapang patah sudah dua tahun berlalu namun oleh kerana perkara tersebut dikongsikan di laman Youtube,...
The post Tembak Tanpa Lesen, Hairul Azreen Dipanggil Polis appeared first on ROTIKAYA.
Tahniah kepada pelakon Fizz Fairuz kerana telah dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk. Fizz menerima Darjah Indera Mahkota...
The post Giliran Fizz Fairuz Dikurnia Pangkat Datuk appeared first on ROTIKAYA.
Tahniah kami ucapkan kepada Yuna dan juga pilihan hati, Adam Sinclair telah selamat bernikah. Perkara tersebut dikongsikan oleh Tengku Bakar di Instagram...
The post Yuna, Adam Sinclair Sah Bergelar Suami Isteri appeared first on ROTIKAYA.
Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Oleh kerana kejayaan perniagaannya, Neelofa dinamakan di kalangan ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ pada tahun 2017.
Neelofa dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan dan keturunan Melayu, Pakistan dan Iran.
Neelofa adalah pemenang dalam Dewi Remaja (Miss Teen Malaysia) 2010/2011. Dia muncul di Kau Yang Terindah sebagai Alisya dan menjadi tuan rumah program televisyen MeleTOP dan Nona.
Selebriti popular Neelofa telah memuatnaik satu video rumah barunya yang mewah di laman sosial baru-baru ini. Video tersebut menjadi bualan para follower.
Ini videonya:
Namun ada haters yang mengatakan Neelofa hanya menunjuk-nunjuk rumah barunya itu. Ada juga peminat yang risau kerana perbuatan Nelofa itu boleh mengundang bahaya terutama dari faktor keselamatan dan privasi.
Neelofa lantas tampil mengatakan dia langsung tiada niat untuk menunjuk kemewahan rumah barunya itu tetapi sekadar berkongsi bersama peminatnya sahaja.
Ini komen pengacar popular ini:
“Ia adalah hak peribadi saya yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum. Orang tidak mengetahui lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsinya di media sosial. Saya berhak untuk berkongsi apa saja dilaman sosial. Jika tak dikongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsikannya di laman youtube Ilofayou”
“Rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan boleh diduduki setelah hampir setahun ianya diubah suai. Saya juga bakal berpindah ke rumah tersebut dalam masa terdekat bersama kakak saya,”
Tahniah buat Neelofa kerana memiliki rumah baru yang amat cantik. – PENMERAHDOTCOM
Neelofa terlibat dalam beberapa usaha perniagaan termasuk: lensa kontak Lofalens, produk penjagaan kesihatan Beautea Slim pil dan jenama pakaian wanita Muslim Naelofar Hijab untuk wanita.
Pada tahun 2014, Neelofa mengambil kelas akting 1 bulan di Akademi Filem New York.
Tinjauan positif tentangnya telah diberikan dalam akhbar dan dari orang ramai kerana dia bertindak dalam Lukisan Takdir dan Wan Embong.
Neelofa mengasaskan dan mengetuai NH Prima Sdn Bhd sebagai pengarahnya sejak 2014. Jenama tudungnya, “Naelofar Hijab” dijual di lebih daripada 37 buah negara termasuk Brunei, Indonesia, Australia, UAE, United Kingdom dan Eropah.
Pada bulan Jun 2017, “Naelofar Hijab” mengambil tahap yang lebih tinggi apabila ia bekerjasama dengan AirAsia untuk merekabentuk tudung bagi juruterbang wanita AirAsia dan AirAsia X.
Di banyak tempat di dunia, rumah-rumah dibina dengan menggunakan bahan-bahan berjenama. Di kejiranan Payatas di Manila, rumah-rumah kumuh selalunya diperbuat daripada bahan yang diperoleh dari sampah sampah berdekatan.
Neelofa Muat Naik Video Rumah Baharu Tiada Niat Menunjuk
PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Neelofa memberitahu dia memuat naik video yang memaparkan ruang dalam rumah baharunya bukan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 27, berkata, ia adalah hak peribadi yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum.
“Orang tidak tahu lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsi di media sosial.
“Saya berhak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosial peribadi.
“Jika tidak di kongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsi tentang rumah saya itu di laman youtube Ilofayou,” ujarnya.
Neelofa menjelaskan tindakannya memuat naik video rumah baharunya yang sudah siap diubah suai di laman sosial Instagram beberapa hari lalu.
Neelofa bersama ibu dan adik beradiknya di majlis rumah terbuka pada Sabtu.
Pelakon filem Azura 2011 ini ditemui pada majlis rumah terbukanya yang diadakan di De’Gouffron, di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, Neelofa berkata, rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan boleh diduduki setelah hampir setahun ia diubah suai.
Dia juga bakal berpindah ke rumah tersebut dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, dia bakal kembali ke bidang lakonan selepas tiga tahun berehat.
Katanya, dia bakal memulakan penggambaran drama 16 episod berjudul Suri Hati Mr Pilot pada 21 Ogos ini.
“Insya-Allah sebelum menunaikan haji pada 5 Ogos, saya akan selesaikan penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot bersama Fatah Amin di bawah arahan Micheal Ang.
“Saya memang sudah rancang untuk berlakon drama episod sejak awal tahun ini tapi terlalu sibuk dengan bisnes.
“Alhamdulillah, ini adalah masa yang sesuai untuk saya kembali ke bidang lakonan,” ujarnya.
Terdahulu, dalam majlis yang sama, Neelofa mengumumkan bakal menunaikan ibadah haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September depan.
Sila tonton video:
Sumber – dharian
Pernah terlibat dalam kemalangan November lalu, kini nampaknya Kamal Adli sekali lagi menjadi perhatian apabila video pelakon ini bersama kereta baru telah...
The post Kamal Adli Beli Kereta Berharga Setengah Juta? appeared first on ROTIKAYA.
Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, pihak pengurusan Jihan Muse telah mengumumkan yang pengacara popular itu sudah selamat melahirkan seorang bayi...
The post Jihan Muse, Suami Selamat Sambut Bayi Lelaki appeared first on ROTIKAYA.
PELAKON Sabri Yunus, 57, tidak kisah dipanggil Pok Ya dan Cong Codei selepas telefilem lakonannya, Pok Ya Cong Codei tular di media sosial dan internet sejak Ahad lalu.
Sabri yang juga pengarah telefilem itu berkata, bukan sahaja peminat malah keluarga juga memanggilnya dengan nama sama.
“Sejujurnya, saya tidak menjangka cerita ini mendapat sambutan sekali gus tular. Ini satu pengalaman baru apabila karya arahan saya hangat diperkatakan penonton.
“Selepas disiarkan 20 Januari lalu, ramai yang berkongsi di laman sosial masing-masing. Mungkin disebabkan itu juga ia menjadi tular. Ditambah pula perkataan ‘Concorde’ dieja Cong Codei.
“Kalau di rumah, anak bungsu saya rajin mengusik. Dia kata, sekarang saya lebih popular daripada Fattah Amin. Saya hanya tergelak saja. Saya nak berterima kasih kepada semua penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Sabri, dia juga berbesar hati jika Astro dan penerbit ingin menyambung cerita itu.
Malah Sabri yang juga popular menerusi drama Kampung Semarah Padi terfikir untuk mengangkat watak Pok Ya itu ke layar lebar.
“Kalau orang suka dengan cerita ini, saya sangat hargai. Cuma, kalau nak sambung saya perlu ambil masa dan duduk berbincang. Kalau boleh biar cerita kali ini lebih menarik.
“Saya percaya selain watak Pok Ya yang menarik perhatian, jalan cerita dan mesej disampaikan dalam cerita ini antara faktor ia ditonton.
“Watak ini tidak digambarkan sebagai ketua gangster yang melakukan kejahatan semata-mata, sebaliknya dia memiliki hati yang baik. Ini antara tarikan cerita ini,” katanya.
Kata Sabri, karektor seperti Pok Ya memang wujud di negeri kelahirannya, Kelantan dan tempat lain.
Selain itu, perkataan Cong Codei juga pernah menjadi bualan di kalangan masyarakat Kelantan sekitar 70-an.
Sekarang ni senang je nak jadi popular. Tak perlu jadi pelakon atau penyanyi pun dah boleh dikenali ramai. Buat je video viral...
The post 10 Individu Jadi Popular Kerana Viral Di Media Sosial appeared first on ROTIKAYA.
Mengikat tali pertunangan pada Mei lalu, Remy Ishak menafikan status tunangnya, Ezza Yusof itu seorang janda. Selain itu, Remy juga tidak membenarkan...
The post Remy Ishak Nafi Tunang Seorang Janda appeared first on ROTIKAYA.
Bagi mereka yang gemar mengkaji sejarah berkaitan dengan perang dunia, satu nama yang pasti tak asing lagi adalah nama Simo Hayha.
Simo adalah seorang petani biasa dan pemburu yang berasal dari Karelia, yang hanya mempunyai ketinggian 160 cm. Dia juga adalah ikon masyarakat Finland semasa perang musim sejuk di antara Finland dan Soviet Union.
Perang tersebut bermula selepas Soviet menceroboh Finland pada 30 November 1939, 3 bulan selepas bermulanya perang dunia ke 2 dan berakhir pada 13 Mac 1940, selepas perjanjian keamanan ditandatangani dalam Moscow Peace Treaty. Berikutan tindakan itu, Soviet dikeluarkan daripada kerjasama League of Nations pada DIsember 1939, kerana pencerobohan itu dikira sebaga satu tindakan melanggar peraturan antarabangsa.
Hayha berjuang sebagai askar dalam perang yang hanya berlangsung selama 105 hari itu yang mengakibatkan 25,900 askar Finland dan 126,900 askar Soviet meninggal dunia atau hilang, dengan Finland berjaya mempertahankan tanah air mereka berdepan dengan jumlah askar Soviet yang jauh lebih ramai.
Dalam peperangan musim dingin itu atau lebih dikenali dengan nama Winter War 1939-1940, Simo Hayha menjadi legenda selepas berjaya menembak mati lebih 500 orang askar Soviet menggunakan senapang jarak jauh beliau – sehinggakan dia diberikan jolokan ‘Belaya Smert’ atau ‘The White Death’ oleh askar Soviet sendiri.
Dilahirkan pada tahun 1905 di sebuah pekan kecil bernama Rautjarvi yang terkenal dengan industri pertanian, Simo mendapati pekan kecil kelahirannya itu terancam berikutan kedudukannya yang hampir dengan sempadan Russia. Ketika menyertai perang itu, Hayha berusia 33 tahun.
Membesar dalam suasana susah, sifat Hayha dibentuk melalui pengalamannya memburu di dalam hutan – menjadikan dia seorang yang keras dan sabar.
Pada tahun 1925, Hayha menjalani khidmat mandatori dengan askar FInland selama setahun dan menggunakan setahun itu sebaik mungkin. Hayha menamatkan khidmat mandatori itu dengan menjawat pangkat ‘Upseerioppilas Officerselev‘ atau Pegawai Korporal.
Hayha kemudiannya menyertai Pasukan Keselamatan Awam Finland dan melanjutkan latihannya dalam bidang ketenteraan, termasuklah latihan yang paling digemarinya – tembakan jarak jauh. Dia mendapat senapang pertamanya, sebuah senapang buatan Russia yang terkenal dinamakan Mosin Nagant bolt action m91.
Latihannya membolehkan Hayha mampu melakukan tembakan tepat mengenai sasaran sebanyak 16 kali seminit, pada jarak 500 kaki (152.4m). Ini membuktikan kebolehan Hayha sebagai seorang penembak jarak jauh.
Pencerobohan Soviet Union memerlukan Hayha bertugas secara rasmi dan Hayha berkhidmat dengan kompani ke 6 pasukan JR34 di kawasan sekitar Sungai Kollaa dalam peperangan yang dikenali sebagai Battle of Kollaa. Pasukan Hayha mengadapi pencerobohan beberapa kali askar Soviet pelbagai divisyen dalam nisbah pertempuran yang kebanyakan 1 orang askar Finland dengan 3 orang askar Soviet.
Kawasan tersebut dianggap antara kawasan paling sukar dipertahankan berikutan kedudukannya yang terlalu hampir dengan garisan sempadan.
Tentera Finland yang jumlahnya lebih kecil, berjaya mempertahankan kedudukan mereka berikutan masalah tentera Soviet ketika itu yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang kawasan tersebut serta dilihat kurang bersedia menghadapi perang tersebut.
Faktor cuaca yang mampu mencapai suhu serendah -40 hingga -20 darjah celcius ketika itu membantu pasukan tentera FInland mendapat kelebihan, walaupun jumlah mereka teramatlah kecil berbanding jumlah askar Soviet.
Simo Hayha terlibat secara langsung dalam peperangan di Sungai Kollaa dengan mengambil peranan sebagai penembak jarak jauh. Dengan menggunakan senapang Mosin-Nagant M91 beliau, Hayha akan mengenakan pakaian putih dan berlindung di dalam salji selama beberapa hari, hanya dengan peluru dan keperluan makanan yang minima.
Memilih untuk tidak menggunakan skop pada senapangnya kerana pemasangan skop akan menyebabkan pantulan matahari yang akan membongkarkan kedudukannya, Hayha akan menembak mati semua askar yang masuk ke dalam penglihatannya. Ketepatan Hayha juga dibantu oleh pakaian seragam askar Soviet ketika itu yang tidak memakai pakaian putih dalam perang yang berlatar belakangkan salji.
Dipercayai, dalam perang tersebut Hayha membunuh secara purata 5 orang satu hari dengan menggunakan senapang jarak jauh. Bagaimanapun, menurut catatan Kapten Tentera Finland, Hayha membunuh 259 orang dengan senapang jarak jauh dan selebihnya menggunakan menggunakan submesingan. Usaha untuk mendapatkan fakta sebenar berapa jumlah askar Soviet yang ditembak mati oleh Hayha tidak dapat dilakukan, ekoran majoritinya mati jauh daripada garisan askar Finland di Sungai Kollaa.
Atas kecekapan Hayha, pasukan Soviet mula melancarkan gerakan besar-besar menggunakan lebih ramai penembak jarak jauh dan tembakan artileri di lokasi Sungai Kollaa. Simo Hayha cedera parah selepas wajahnya terkena tembakan peluru yang meletup sehinggakan ada surat khabar yang menyatakan dia telah meninggal dunia.
Hayha hilang sebelah mukanya semasa ditemui oleh rakan-rakannya dan dibawa ke hospital, lalu diselamatkan oleh pasukan perubatan. 11 hari hidup dalam koma, Hayha terjaga pada hari di mana perang di antara Soviet dan Finland berakhir, dengan perjanjian damai dicapai.
Bagi mencapai perdamaian, Finland terpaksa menyerahkan tempat kelahiran Hayha, Karelia dan beberapa kawasan lain pada pemerintahan Soviet. Secara keseluruhannya, 11% tanah Finland dan 30% aset negara Finland bertukar tangan diambil Soviet. 12% rakyat FInland terpaksa berpindah keluar dengan 422 ribu penduduk Karelia hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah ke daerah lain.
15 bulan selepas tamatnya perang musim sejuk, perang kedua meletus di antara Soviet Union dengan Finland dalam peperangan yang dinamakan Continuation War yang dimulakan oleh Jerman ke atas Soviet Union. Finland menyertai peperangan tersebut untuk merampas semula jajahan mereka yang dirampas semasa perang musim dingin. Bagaimanapun, Hayha tidak dapat meyertai perang tersebut berikutan kecederaan yang dialaminya.
Hayha mengambil masa yang lama untuk pulih daripada kecederaannya. Letupan itu menghancurkan rahangnya serta pipi kirinya. Hayha pulih selepas menjalani pelbagai jenis pembedahan dan kembali meneruskan hidupnya sebagai seorang pemburu sehingga mencapai usia tua. Dia menetap di sebuah pekan kecil bernama Ruokolahti yang terletak di tenggara Finland.
Dalam satu temuramah pada tahun 1998, apabila ditanya adalah dia menyesal membunuh ratusan orang, beliau menjawab dia hanya menjalankan tugasnya, seperti mana yang diarahkan, sebaik yang mungkin.
Simo Hayha menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 April 2002 ketika berusia 96 tahun dan dikebumikan di Ruokolahti, dengan namanya terus menjadi inspirasi kepada rakyat Finland dalam menjaga kedaulatan negara mereka sehingga kini.
Berakhirlah legenda ‘The White Death’ yang mampu mengakibatkan perasaan takut pada askar-askar Soviet Union satu masa dulu, menyusup di dalam salji menembak mati penceroboh yang berani dari jauh secara senyap.
Batu nisannya terpapar namanya dan tiga perkataan – ‘keluarga, agama dan negara’ sebagai peringatan pada generasi baru masyarakat Finland tentang pengorbanan generasi dahulu, mempertahankan negara mereka.
Harian Metro hari ini melaporkan yang Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...
The post Boy Iman Ditahan Reman Lagi appeared first on ROTIKAYA.
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan berjaya Nur Sajat. Sajat kini bukan saja ahli perniagaan,malah dah jadi penyanyi popular. Saban minggu nama...
The post Elak Baca Komen Netizen, Rahsia Sajat Kekal Bahagia appeared first on ROTIKAYA.
Setiap tahun, perkahwinan di kalangan selebriti menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Tahun 2017 adalah tahun di mana ramai selebriti sudah...
The post 10 Selebriti Wanita Paling Dinanti Perkahwinannya appeared first on ROTIKAYA.
Anugerah MeleTop Era (AME2018) bakal menemui peminat lagi pada April ini, namun ketiadaan pasangan Fattah Amin dan Fazura dalam kategori Couple MeleTop...
The post Peminat Bengang Fattzura Tak Tercalon Di AME 2018 appeared first on ROTIKAYA.
Nama pelakon cantik Rita Rudaini tidak pernah lekang daripada mangsa kecaman dan cemuhan netizen. Dari kisah penceraiannya, kemudian dituduh perampas suami orang....
The post “Biar Gedik, Bukan Aku Melacur Cari Makan Anak” appeared first on ROTIKAYA.
Penyanyi Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna, dikhabarkan bakal menetap di Amerika Syarikat selepas mendirikan rumah tangga. Mengikat tali pertunangan...
The post Yuna Bakal Menetap Di AS Selepas Berkahwin appeared first on ROTIKAYA.
Pelakon Syatilla Melvin yang merupakan isteri kepada pelakon Shaheizy Sam berkata tidak ada istilah ‘menjual anak’ kerana peluang yang ada ini adalah...
The post Syatilla Melvin: Tiada Istilah Jual Anak appeared first on ROTIKAYA.
Penyanyi Sufian Suhami yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Mac ini, bersama pelakon Elfira Loy, masih lagi menjadi tanda tanya...
The post Sufian Suhaimi Sudah Sedia Jadi Suami appeared first on ROTIKAYA.
Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Dalam seni bina, sebuah pavilion (dari pavillon Perancis, dari papilio Latin) mempunyai beberapa makna. Dalam istilah seni bina, ia merujuk kepada bangunan anak syarikat yang sama ada kedudukannya secara berasingan atau sebagai lampiran bangunan utama. Selalunya fungsinya menjadikannya suatu objek keseronokan.
Di dalam seni bina tradisional Asia, istana atau rumah besar lain mungkin mempunyai satu atau lebih astaka subsidiari yang sama ada yang berselancar atau dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang dilindungi, seperti di Kota Terlarang, Istana Topkapi di Istanbul, dan di Red Fort dan bangunan lain di Mughal seni bina.
Dalam makna lain yang lebih spesifik digunakan untuk istana besar, ia merujuk kepada blok bangunan anak-anak yang simetri yang dipasang pada setiap hujung blok utama bangunan atau hujung luar sayap yang meluas dari kedua-dua belah blok bangunan tengah – corps de logis. Konfigurasi sedemikian memberikan penamatan visual yang tegas kepada komposisi bangunan besar, seperti buku tamu.
Pavilions boleh menjadi bangunan luar rumah kecil, sama dengan rumah musim panas atau kiosk; Bilik-bilik kecil di atas bumbung rumah besar, hanya melalui bumbung (bukan dengan tangga dalaman) juga boleh dipanggil pavilion. Ini sangat popular sehingga ke abad ke-18 dan boleh disamakan dengan kasino Itali, yang dahulunya diberikan dalam kasino Bahasa Inggeris. Ini sering menyerupai kuil-kuil klasik dan kebodohan yang kecil. Terutama jika ada ruang untuk penyediaan makanan, mereka boleh dipanggil rumah perjamuan. Sebuah pavilion yang dibina untuk memanfaatkan pandangan boleh dirujuk sebagai gazebo. Bandstands di taman adalah kelas pavilion. Sebuah kolam renang mungkin mempunyai ciri dan daya tarikan yang cukup untuk dipanggil sebuah pavilion.
Sila tonton video:
Sumber – dharian
Rumah Aliff Lambat Siap… Sebab Mahligai Itu ‘Istimewa’
SEBUT sahaja nama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, siapa sahaja yang tidak kenal dengan fenomena tag line ‘ terlajak laris’.
Pengasas produk kosmetik D’Herbs itu, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan video terbaharu mengenai rumahnya yang masih lagi dalam peringkat pembinaan.
Menerusi video berdurasi kurang daripada tiga minit itu memaparkan Aliff yang memakai kemeja putih sedang memperkenalkan individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pembinaan mahligainya itu.
Individu yang dikenali sebagai Jaafar itu merupakan pengurus dalam projek tersebut.
“Jaafar ini antara pengurus pembinaan terbaik setakat ini. Dia menjaga 60 pekerja di sini. Sebelum ini, saya dah banyak kali tukar kontraktor sebab ada sahaja masalahnya,” katanya dipetik sebuah portal online.
Menurut Jaafar kelewatan rumah tersebut untuk disiapkan adalah berikutan barang yang digunakan dalam projek tersebut adalah ditempah khas. Dalam erti kata lain ‘istimewa’.
“Ini bukan seperti rumah biasa, ia direka khas. Semua yang digunakan termasuk untuk membuat kolam (renang) adalah yang ditempah khas,”ujar Jaafar.
Tambahnya lagi, sekiranya semuanya berjalan dengan lancar rumah itu bakal siap dalam masa dua bulan lagi dan Aliff dijangka berpindah ke sana pada Oktober depan.
Dalam masa itu, Aliff turut meminta jaminan sama ada adakah benar rumah itu bakal siap seperti yang dikatakan oleh Jaafar memandangkan perkara yang sama itu turut dikatakan sebelum ini.
Sekali lagi, Jaafar menerangkan kelewatan ini disebabkan oleh bilik tidur yang masih belum siap sepenuhnya. Aliff mengimpikan sebuah kamar tidur persis istana.
Keadaan itu menyebabkan projek tersebut berhadapan dengan sedikit kelewatan.
“Ini kerana idea dekorasi bilik Datuk mahu buat seperti sebuah istana. Kerana itu, agak lewat sikit, tapi kalau semuanya ok, dalam masa dua bulan dah siap,” terang pengurus tersebut.
Haaa… kamar tidur seperti istana? Kalau dah bilik tidur pun macam itu, bagaimana pula dengan ruangan lain?
Fuhhh… Datuk ni… terbaiklah! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
SHAH ALAM – Terpaksa menyanyikan lagu Negaraku untuk membuktikan diri adalah warga tempatan.
Itu yang dihadapi dua lelaki berasal Sabah ketika ditahan Jabatan Imigresen Selangor apabila gagal mengemukakan kad pengenalan dalam operasi kira-kira jam 2 petang di Seksyen 25, Sri Muda, di sini, hari ini.
Ketika diminta pengenalan diri, salah seorang daripada mereka hanya menunjukkan satu laporan polis yang telah koyak dan mendakwa itu adalah laporan yang dibuatnya selepas kad pengenalannya hilang. Manakala seorang lagi pula mengatakan kad pengenalannya tertinggal di rumah.
Curiga dengan perkara itu, kedua-dua mereka diarah untuk menyanyikan lagu Negaraku.
Pihak berkuasa kemudian turut meminta nombor kad pengenalan kedua-dua mereka dan selepas diperiksa dengan Jabatan Pendaftaran Negara, disahkan lelaki berusia lingkungan 20 dan 30-an itu adalah rakyat tempatan.
Dalam operasi yang sama, seorang lelaki yang turut mendakwa dirinya warga tempatan terpaksa ditahan imigresen selepas kegagalannya mengemukakan nombor kad pengenalannya.
Selain gagal menyanyikan lagu Negaraku, lelaki berusia lingkungan 20-an ini turut ‘lupa’ nombor kad pengenalannya sebelum terpaksa ditahan dan dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jabatan Imigresen Selangor untuk proses dokumentasi.
Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar berkata, operasi ini melibatkan seramai 66 anggota dan pegawai Imigresen Selangor dan Putrajaya dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Lebih 40 buah premis diperiksa dan 123 individu diperiksa. Hasilnya seramai 69 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun yang terdiri daripada 53 lelaki dan 16 wanita telah ditangkap.
“Semakan kita mendapati kesemua Pati ini membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Filipina yang rata-rata bekerja sebagai pembantu kedai,” katanya kepada pemberita di Jabatan Imigresen Selangor, di sini, hari ini.
Katanya, operasi sedemikian akan diteruskan daripada semasa ke semasa.
Sumber: sinarharian.com
Ketika pemerintah sedang melakukan perencanaan tata kota atau sedang ingin melakukan pembangunan berskala besar, tidak dapat dipungkiri bahwa lahan penduduk di beberapa area yang ingin dilaksanakan pembangunan tersebut harus digusur.
Namun, mungkin karena ada masalah keuangan atau kondisi lainnya, rumah atau lahan penduduk ini tidak dapat digusur dan tetap berdiri disana sehingga disebut 「nail house」. Yuk, kita lihat fenomena nail house ini di seluruh dunia!
1. Rumah kecil yang diapit 2 gedung besar, terlihat seperti 2 raksasa dan anaknya ditengah.
2. Rumah kecil ini dikelilingi oleh gedung berarsitektur modern.
3. Terjepit diantara dua buah apartemen biasa, rumah ini terlihat berbeda.
4. Dibandingkan dengan gedung apartemen besar di belakangnya, rumah ini terlihat yang paling menonjol dan imut.
5. Dibagian utara Perancis, seorang pria tua, Salah Oudjani, menolak menjual kafenya yang sudah berusia 46 tahun.
6. Gereja yang berdiri ditengah dua bangunan apartemen.
7. Ia menjadi satu-satunya rumah yang berdiri dibawah jembatan. Wah, kalau begini gak perlu khawatir kena hujan!
8. Rumah ini seperti selai yang ada di tengah biskuit sandwich!
9. Seorang penduduk di Jiangsu menolak rumahnya digusur untuk pembangunan villa mewah. Sehingga beginilah penampakkan rumah kecilnya diantara villa mewah.
10. Awalnya karena tidak setuju dengan harga yang ditawarkan untuk menggusur rumah ini, kini rumah mungil ini berubah menjadi toko cinderamata.
11. Seorang penduduk asal Tiongkok menolak menggusur rumah warisan leluhurnya, sehingga beginilah penampakkan gundukannya yang tetap disana. Dan akhirnya mereka berdamai.
12. Karena akan dibangun jalan tol di kawasan ini, jadi diperlukan pembongkaran besar terhadap rumah warga di sekitarnya. Namun, ada saja keluarga yang tidak mau digusur padahal sangat berbahaya tinggal di sebelah jalan tol dimana mobil melaju dengan kecepatan tinggi.
13. Pemilik rumah ini bersikeras untuk mempertahankan rumahnya. Tapi, kemudian karena ia tidak bisa membeli makanan, akhirnya ia diberikan kompensasi yang cukup besar.
14. Karena pemilik rumah ini bersikeras untuk tidak pindah, akhirnya kontraktor sengaja menggali parit di sekitar rumahnya yang sangat merepotkan bagi orang di rumah tersebut.
15. Sampai jalanan sudah dibangun, nail house ini masih tidak ingin pindah, sehingga beginilah penampakkannya terjebak di tengah jalan.
16. Ini adalah satu-satunya rumah yang berdiri dekat dengan mall.
Tidak ada salahnya mempertahankan rumah lama sendiri, namun semoga kedepannya bisa menemukan kesepakatan yang saling menguntungkan untuk kedua belah pihak.
Buat peminat drama korean pasti kenal dengan pelakon kacak, Gong Yoo. Baru baru ini, viral berita mengenai pelakon ini dikhabarkan bakal berkahwin dengan pelakon cantik, Jung Yumi. Ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara ini adakah benar atau tidak.
Menerusi KBS World, die menemuramah pelakon itu sendiri dan ini jawapan diterima. Kalau betul pun apa salahnya kan?
Kenapa mereka perlu rasa takut? Sepatutnya mereka rasa gembira. Saya juga mahu kahwin dan mahukan anak sendiri.
Pihak KBS World menemuramah Gong Yoo dan memberitahu bahawa ramai peminatnya yang akan takut jika berita perkahwinannya itu benar. Namun, Gong Yoo dengan tenang memberitahu bahawa peminatnya harus gembira jika dia mahu berkahwin.
Kalau sebelum ini, pelbagai cerita mengenai pelakon ini bakal berkahwin di beberapa laman website. Ada juga dakwaan mengatakan Gong Yoo sudah menempah hotel di Seoul untuk majlis perkahwinan mereka itu nanti. Berita itu tular di seluruh negara dan ada juga yang tidak percaya dengan berita disebarkan.
Mereka berdua pernah berlakon bersama dalam filem ‘Silenced’ pada tahun 2011 dan tahun lepas dalam filem paling berjaya di Malaysia ‘Train To Busan’. Apabila ditanya apa pandangan mereka berdua terhadap satu sama lain. Gong Yoo hanya membalas ‘Great’. Walau bagaimanapun pihak agensi memaklumkan berita itu tidak benar.
Ramai juga tidak berpuas hati dengan jawapan agensi memandangkan sebelum ini pasangan Jong Ki dan Hye Kyo turut menafikan perkara ini. Apa apa pun peminat seluruh negara sentiasa menyokong hubungan mereka berdua.
Sumber : ohbulan
Berkongsi mengenai kejadian yang menimpa abang iparnya, Farid Kamil baru-baru ini, Yana Samsudin menegaskan Farid bukanlah seperti apa yang berlaku. Malah kontroversi...
The post “Farid Kamil Tak Seperti Apa Yang Sedang Berlaku” appeared first on ROTIKAYA.
Lama tidak beraksi di depan kamera sebagai pelakon, Rozita Che Ta Wan bakal membuat kemunculan sebagai penyanyi pula nanti. Siapa sangka Che...
The post Rozita Che Wan Bakal Bergelar Penyanyi appeared first on ROTIKAYA.
Penyanyi yang popular dengan lagu Perfect, Ed Sheeran mengumumkan berita pertunangannya dengan kekasih hatinya Cherry Seaborn. Ed Sheeran memuat naik foto bersama...
The post Ed Sheeran Umumkan Pertunangan Dengan Kekasih appeared first on ROTIKAYA.
Baru saja mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular sensasi, Fattah Amin, pelakon Nur Fazura sememangnya memiliki kecantikan semula jadi. Siapa sangka wanita...
The post Ketawa Sepuasnya Rahsia Fazura Kekal Muda & Cantik appeared first on ROTIKAYA.
Nama Fathia Latiff sekali lagi mendapat perhatian umum apabila ‘berperang’ mulut dengan penyanyi, Caprice mengenai isu kenyataannya meminta pelakon, Iqram Dinzly membunuh...
The post Perang Besar Fathia Latiff, Caprice Di Instagram appeared first on ROTIKAYA.
Baru-baru ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perkahwinan pelakon sensasi Fattah Amin dan Fazura. Rata-rata peminat terkejut kerana faktor usia...
The post 7 Selebriti Wanita Popular Kahwin Lelaki Muda appeared first on ROTIKAYA.
Di Sebalik “GILA2” Dato Aliff. Ada “SESUATU” Yang Ingin Disembunyikan Dari Orang Ramai | Saya Luv Islam – Siapa tak kenal Dato Aliff kan, antara jutawan produk kecantikan yang paling popular di Malaysia. Masak di toilet, selipar jenama LV dan banyak lagi “gila2” yang dibuatnya. Rupanya ada “sesuatu” yang ingin disembunyikan. Jom baca. Tulisan FB Fdaus Ahmad
PERBUATAN DATO KEBANYAKKAN SEOLAH MEMINTA MAKIAN RAKYAT?
Malam ni aku rasa rajin sikit nak menulis.
Aku nak tulis pasal pemerhatian pasal DAS (Dato Aliff Syukri)
Umum tahu bertapa menggeletiknya DAS dalam video video ig/fb dia.
Semua benda dia tunjuk mostly nampak bangang dan minta makian rakyat jelata. Seems normal kan?
Tapi kau perasan tak, benda tu dia buat berulang kali dan look on purpose?
Yes. Orang pun jadi menyampah, competitor buat produk pun geli nak berkawan baik, dan kita dok laung “Kaya saja tapi bangang!”.
Ok aku akan ceritakan teori konspirasi yang aku buat untuk DAS ni.
Kalau hangpa perasan, semua benda dia buat adalah kelihatan merepek (masak di toilet, ambil gambar selipar nak tunjuk LV, kira duit, makan bersila di airport, last but not least bikin lagu dengan Sajat dan pegang rekod dislike paling tinggi di Malaysia).
Jadi di sini, kita semua seolah olah ditayangkan dengan kehidupan personal yang weird dan somehow menjengkelkan.
MOTIF UTAMA ?
Motif?
Itu namanya deception.
Ingat apa aku bgtau tadi, dia buat on purpose.
Sebab bila dah jadi macam tu, semua orang tak berminat nak ambil tahu hal DAS ni. Dia jadi bahan joke dan bahan kutuk.
Ingat key aku bgtau tadi,
“Orang jadi tak berminat dengan DAS”.
TAK RAMAI NAK TAU RAHSIA KEKAYAAN DATO?
Next question is, macam mana dia boleh jadi kaya raya dan berjaya?
Apa dia buat?
Apa strategi perniagaan dia?
Apa tektik dan teknik dia pakai?
Macam mana dia buat pricing strategy?
Macam mana dia buat komisyen structure?
Mana mana dia deal dengan ejen, stokis, kedai, kiosk?
Macam mana dia susun untuk expand bisnes dominasi dia?
Ada siapa pernah tanya atau tengok dia tayang semua persoalan di atas ni dalam video dia?
Tak ada kan?
Sebabnya mudah.
Itu lah teknik DAS mengekalkan dominasi perniagaan produk di Malaysia (dan luar negara?) dengan membiarkan masyarakat, terutamanya para pesaing perniagaan beliau untuk terus terpedaya dengan video video dan gimik sampai mereka sendiri lupa yang DAS ni lah sebenarnya orang yang mereka kena jumpa mengadap tuntut ilmu, lutut berlaga lutut tadah ilmu macam mana nak grow dan majukan perniagaan.
Tapi, bila orang dah tak ada minat nak see him as a serious person, orang akan tend to ignore him. Lantak kau lah!
RAHSIA YANG DISIMPAN LAMA
Make sense?
Ya tuan puan. Di sinilah point kemenangan DAS.
Ingat tak hal strategi perniagaan apa segala yang aku tanyakan di atas tadi?
Tak ada siapa nak ambil kisah, dan ini lah yang DAS perlukan untuk terus menguasai lalu kekal duduk di hadapan dalam perniagaan yang dia dan ribuan yang lain ceburi.
Ingat tuan puan, perniagaan produk ni cyclical. Mudah ditiru, fragile, mudah jem, mudah kena sailang, mudah tergolek dan seribu satu mudah untuk sebuah kegagalan.
DAS?
Dia stay.
Sebab dalam semua hal dia dah pegang beberapa strategi perniagaan yang niche, orang tak tahu apa dia susun, apa dia buat, apa dia rancang, macam mana cara dia execute, sistem apa yang dia bangunkan untuk perniagaan dia.
Orang tak tahu.
Kalau dia betul steady dan nak tunjuk segala perjalanan hidup,
Buat lah video;
STRATEGY BISNES? TAK PERNAH TUNJUK PUN KAT LAMAN SOSIAL
Tunjukkan apa strategy board dia.
Tunjukkan cara dia hendel meeting dengan pasukan business dia.
Tunjukkan cara dia buat product pricing.
Tunjukkan cara dia susun reward dan komisyen.
Tunjukkan macam mana dia negotiate dan berurusan dengan suppliers/dealers.
Tunjukkan macam mana dia track performance business dia.
DAS tak pernah tunjuk semua ni.
Sebab dia cerdik tuan puan. Dia tahu game meniaga produk ni game tiru. Jadi dia mesti simpan beberapa benda penting supaya orang terlepas pandang, lagi penting orang pun tak minat nak ambil tahu, apatah lagi nak tiru.
Rahsia besar yang ada, cuma dikongsi bertiga.
DAS, Dato Vida dan holy grail Sajat.
3 orang ni tunjuk kat semua rakyat Malaysia kelaku pelik dan merepek mereka hampir setip hari, demi sebuah cita cita, nak lindungi kepentingan empayar perniagaan yang bernilai ratusan juta ringgit!
So kau orang tag lah dan minta DAS buat video dedahkan semua yang di atas tu. Tengok dia bangang ke tak nak tunjuk macam kau orang selalu kutuk tu.
Kalau dia betul betul buat, kau ikut lepas tu kau jadi kaya, jangan lupa ucap terima kasih kat aku.
Akhir sekali aku nak cakap;
“Dato Alif Syukri, kau boleh tunjukkan kelakar kau pada semua orang, tapi kau tak boleh nak sorok kebijaksanaan kau dari aku.”
Sumber: Saya Luv Islam via FB Fdaus Ahmad
Bagi mereka yang sedang merancang percutian bersama orang tersayang dan keluarga, bolehlah rujuk perkongsian dari Nur Natasha yang menyenaraikan 20 tempat-tempat percutian menarik. Semoga bermanfaat!
1. Lempuyang Temple di Bali, Indonesia
Ada orang panggil tempat ini sebagai “The Gateway to Heaven”. Boleh sentuh awan gitu. Pura Lempuyang ini berada di puncak Gunung Lempuyang. Dalam 1,175m dari aras laut. Jadi kalau nak pergi, bawa baju tebal dan stamina yang kuat.
2. Blue Lagoon, Iceland
Aktiviti geothermal di sini sangat mengagumkan sampai terbentuklah spa. Siap ada kolam air panas semula jadi berwarna biru kehijauan. Di sin, beg plastik untuk pakaian basah, shower, hair dryer dan macam-macam kemudahan lagi dah tersedia.
3. Hot Air Balloon Cappadocia, Turkey
Kos naik hot air balloon di sini di antara yang termurah kalau nak dibandingkan dengan negara lain. Aktiviti ini wajib buat kalau pergi Turkey.
4. Stoneage di Salisbury, United Kingdom
Ini lebih kepada port bergambar. Tumpuan batu besar melingkar ini sudah wujud sejak dari zaman dahulu kala lagi.
5. Love Lock Paris di France
Ini ala-ala seperti di Bukit Bendera. Kuncilah cinta korang dengan partner masing-masing. Jangan disailang!
6. Tembok Besar China
Ini best! Salah satu keajaiban dunia ini. Naiklah a few checkpoint yang larat. Korang akan dapat sijil tau.
7. Eiffel Tower di Paris, France
The city of love gitu. Kalau datang berdua, naiklah Eiffel Tower ini sampai ke puncak. Lihat pemandangan bandar Paris dengan angin sepoi-sepoi, nak pula masa itu tengah nak sunset. Wow! ‘Yang, jom pergi!’
8. Northern Light, Sweden
Aurora Borealis. Sukar nak jelaskan bagaimana aurora ini terhasil. Yang pasti ini sangat rare! Tengok aurora menari di depan mata.
9. Fushimi Inari Shrine di Kyoto, Japan
Dikenali seabgai tempat suci yang terkenal di Jepun. Attraction dia kayu-kayu oren ini disusun yang dikenali sebagai torri sepanjang jalan ke Gunung Inari. Masuk percuma, so wajib pergi!
10. Grand Canyon, Amerika
Di sini ada Skywalk. Kalau berani bolehlah cuba. Pemandangannya sangat awesome weh! Boleh pergi sebab tempat ini pun rare.
11. Pulau Jeju, Korea Selatan
Pulau Jeju menjadikan percutian pantai lebih mengujakan dengan tawaran pemandangan pulau yang indah dan sejarah yang menarik. Sekiranya anda begitu menghayati alam semulajadi, Pulau Jeju adalah pilihan yang bijak.
>
12. Jambatan Golden Gate, San Francisco
San Francisco menawarkan banyak mercu tanda yang terkenal untuk dikunjungi. Menjadi lokasi penggambaran untuk banyak filem Hollywood terkenal. Jangan ketinggalan untuk melompat di atas laluan tram ikonik ini.
13. Gullin, China
Jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan cahaya matahari terbenam di kawasan padi bertingkat di Longsheng. Bandar ini terkenal dengan pembentukan Karst (batu kapur yang terhakis) yang mempamerkan pemandangan indah ketika anda belayar ke Sungai Li.
14. The Hobbit House – Being Somewhere
Menjadi tempat penggambaran filem Hobbit dan Lord of The Ring. Yang menariknya tempat ini sebijik dengan apa yang kita tonton dalam filem itu. Dua jam perjalanan dari Auckland. Berbaloi untuk pergi, lebih-lebih lagi jika anda peminat filem berkenaan.
15. Lofoten Islands, Norway
Pemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Rost Reef iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia!
16. Hinatuan River, Mindanao, Filipina
Sungai berwarna biru picture-perfect ini sudah semakin dikenali. Namun pelancong tidaklah sepadat di tengah bandar. Ianya merupakan tempat yang sangat ideal untuk berenang dan snorkeling. Malah ia juga dikenali sebagai ‘Enchanted River’.
17. Aogashima, Japan
Pulau yang begitu hijau ini terletak beratus-ratus batu dari tanah besar Jepun dan didiami oleh hanya sekitar 200 orang penduduk. Ianya merupakan antara pulau guning berapi yang paling cantik dan yang paling menghairankan adalah betapa hijaunya pulau ini.
18. Crooked Forest, West Pomerania, Poland
Hutan ini dinamakan dengan nama ‘Crooked Forest’ kerana bentuk pokok-pokok pinusnya yang pelik. Kenapa dan macam mana pokok-pokok di sini boleh tumbung melengkung, tiada siapa yang tahu sebab yang jelas.
19. Huacachina, Peruvian Desert, Peru
Kawasan di tengah-tengah padang pasir yang subur dan mempunyai air serta tumbuhan disebut sebagai oasis. Bunyi macam pelik saja kan? Tetapi tempat sebegini memang wujud dna salah satu oasis yang paling cantik di dunia ada di Peru.
20. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Darvaza Gas Crater ini sebenarnya merupakan medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang telah diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli.
Sumber: Thereporter
Kredit Nur Natasha