a Join Us at facebook: Wajarkah Melantik Luis Suarez Sebagai Duta Pelancongan Malaysia Dengan Bayaran Sebanyak RM7 Juta..? Tweet button

Friday, 1 December 2017

Wajarkah Melantik Luis Suarez Sebagai Duta Pelancongan Malaysia Dengan Bayaran Sebanyak RM7 Juta..?

Penyerang Barcelona kelahiran Uruguay, Luis Suarez kini sah menjadi duta pelancongan Malaysia selepas dipilih oleh Tourism Malaysia untuk mempromosikan negara kepada generasi millenial (golongan yang lahir pada era 1981-2001).

Kontrak Tourism Board bersama Luis Suarez ini akan berjalan selama setahun. Ia menjadi kenyataan selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan tandatangan kontrak antara Tourism Malaysia dengan Mediapro, wakil agensi pemain bintang Barcelona tersebut di Asia.

Bercakap kepada media semalam, Nazri berkata Suarez merupakan ‘hero’ kepada golongan millenial dan popularitinya boleh menarik golongan tersebut datang ke Malaysia.

“Sebagai hero kepada golongan millenial, Suarez adalah satu inspirasi dan kami mengharapkan kerjasama ini akan menyerlahkan lagi sinar Malaysia sebagai destinasi percutian tropika bagi golongan millenial yang gemar melancong dan sukakan cabaran.”

Luis Suarez yang baru menjaringkan 3 gol dalam 14 perlawanan pada musim ini mendedahkan rasa hormat dan terharu beliau kerana dipilih sebagai duta pelancongan Malaysia.

BINTANG Bola Sepak dunia, Luis Suarez dilantik menjadi duta Pelancongan Malaysia dengan bayaran sebanyak RM7 juta. Tindakan itu berbaloi kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, walaupun permain bola sepak kelab Barcelona itu mempunyai kontroversi, namun popularitinya di media sosial boleh menggalakkan pelancongan negara.

Luis Suarez

“Ahli Parlimen pun kadangkala bermasalah tetapi masih ada pengikut, kita kena rujuk statistik,” kata Nazri.

“Kalau dia (Suarez) jahat, bagaimana boleh mempunyai ramai pengikut di laman-laman sosial.” soalnya.

Bintang kelahiran Uruguay itu mempunyai seramai 25.3 pengikut di Instagram, 18.9 juta pengikut di akaun Facebook dan 12.4 juta pengikut di Twitter.

Menurut Nazri, bekas pemain Liverpool itu juga akan mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing terutama 400 juta peminat Liga Sepanyol.

Tourism Malaysia dilapor telah menandatangani kontrak dengan Mediapro, wakil kepada Luis Suarez untuk pasaran Asia awal bulan ini.

Benarkah Luis Suarez popular di Asia?

Satu aspek yang perlu diambil kira sebelum melantik duta pelancongan Malaysia adalah populariti calon duta tersebut di Asia.

Mengapa Asia? Ini kerana ranking 1-10 pelancong teramai yang datang ke Malaysia adalah dari negara-negara Asia. Bagi negara luar Asia, rakyat United Kingdom adalah yang paling ramai melancong di Malaysia (tangga ke-11 ranking pelancong teramai di Malaysia).

Sumber: Tourism Malaysia

Mengambil kira faktor kerjasama La Liga dengan Tourism Malaysia, kami membandingkan populariti pemain-pemain La Liga (Barcelona dan Real Madrid terutamanya) di Asia untuk menentukan apakah benar Luis Suarez pemain paling popular di Asia.

Berdasarkan Google Trends, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi masih merupakan pemain bola sepak paling popular di China dan Indonesia (pelancong kedua dan ketiga teramai di Malaysia) jika dibandingkan dengan Luis Suarez.

Screenshot dari Google Trends (dari 12 bulan lepas) menunjukkan populariti Messi dan Ronaldo di China jauh meninggalkan Suarez.

Screenshot dari Google Trends (dari 12 bulan lepas) menunjukkan populariti Messi dan Ronaldo di Indonesia juga jauh meninggalkan Suarez.

Mengambil kira faktor Tourism Malaysia mungkin tidak mampu membayar harga premium untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai duta pelancongan, kami membandingkan populariti Suarez di Asia dengan pemain La Liga yang mempunyai followers terbanyak selepas Ronaldo dan Messi.

Pemain tersebut adalah Gareth Bale dan Andres Iniesta.

Selepas melihat data di Google Trends, rupa-rupanya Gareth Bale jauh pemain lebih popular berbanding Luis Suarez di Indonesia.

Gareth Bale masih lebih popular di Indonesia berbanding Luis Suarez.

Tetapi di China, Luis Suarez jauh lebih popular berbanding Gareth Bale.

Selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, Luis Suarez pemain La Liga paling popular di China.

Dari segi media sosial pula, Luis Suarez mempunyai 25.2 juta pengikut di Instagram beliau. Jumlah pengikut ini jauh ketinggalan berbanding Cristiano Ronaldo yang mempunyai 114 juta pengikut dan Lionel Messi yang mempunyai 83 juta pengikut.

Tetapi jika dibandingkan dengan Gareth Bale, Suarez mempunyai pengikut yang jauh lebih rendah.

Secara keseluruhannya, kami berpendapat Tourism Malaysia melakukan tugas yang baik dengan melantik Luis Suarez sebagai duta pelancongan negara memandangkan populariti penyerang Barcelona ini tinggi juga di Asia.

Tetapi jika kita mahu menarik lebih banyak pelancong dari Eropah, Gareth Bale jauh lebih layak menjadi duta pelancongan negara.

Sumber : MiloSuam / SemuanyaBola



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2i8zHHB

No comments:

Post a Comment