Semua sedia maklum bahawa Jihan sudah mengacara Gegarvaganza untuk beberapa musim. Daripada Jihan solo hingga lah kini berbadan dua, masih gagah memberikan komitmen terbaik demi kerjaya seninya. Selain dari itu, pelawak itu juga punyai hubungan akrab dengan juri Gegarvaganza, Dato’ Ramli MS. Setiap minggu konsert, ada sahaja bahan nak diguraukan.
Terbaru, Jihan telah memuat naik foto bersama suami kesayangannya di Instagram. Lihat cara Dato’ Ramli MS sakat pasangan sweet tu. Boleh tahan nakal juga dia ni.
‘Perlu ke ucap sayang-sayang’?- Ramli MS
Pelawak wanita kegemaran orang ramai itu telah memuat naik foto di Instagram bersama suami kesayangannya, Ungku Hariz. Jika anda lihat di kapsyen juga anda boleh tahu bahawa pasangan ini rasa teruja untuk mendapat baby pertama.
Tapi Dato’ Ramli MS pula datang ‘kacau’ momen indah Jihan dengan suaminya. Kelakar juga.
‘Kita joli sakan ala Merdeka gitu..’
Apa-apa pun kami ingin doakan semoga Jihan diberikan kesihatan yang baik serta proses kehamilan nanti akan berjalan dengan lancar. Ramai orang cakap Jihan dapat baby boy? Ehemm..
Sumber: berita steady
No comments:
Post a Comment