Seorang pemuda telah menjumpai seekor kucing liar yang cantik di dalam hutan dan telah membawanya ke rumah untuk dipelihara. Kucing ini mempunyai rupa seperti kucing biasa yang lain kecuali bulunya mempunyai rupa unik yang menyerupai harimau bintang.
Pada satu ketika kucing ini telah bunting dan kemudian melahirkan enam ekor anak kucing yang comel. Anak-anak kucing ini amat cantik. Rupa dan bulunya serupa cantik seperti ibunya.
Pemilik kucing ini mulai berasa ragu dan ingin mengetahui tentang spesies kucing ini yang dilihatnya amat berlainan dan unik daripada kucing biasa yang lain.
Kemudian pemuda musykil ini telah berjumpa dengan pakar veterinar dan bertanya kepadanya tentang perihal kucing liar ini. Pakar veterinar telah memberitahu pemuda ini, “Ini bukan kucing biasa, ini ialah Kucing Batu!”
Oleh kerana rupanya yang unik seperti harimau bintang, ramai yang tertanya-tanya bapa kepada anak-anak kucing liar ini. Dan ia masih menjadi misteri sehingga kini.
Pemuda ini telah diberitahu, Kucing Batu merupakan kucing unik yang jarang dijumpai dan harganya sangat mahal mencecah ribuan ringgit seekor. Di kebanyakan negara di dunia, memelihara dan menyimpan Kucing Batu sebagai haiwan peliharaan adalah salah di sisi undang-undang.
Kucing Batu (Leopard Cat) atau nama saintifiknya ‘Prionailurus bengalensis’ ialah satu spesies kucing yang berasal dari Asia dan boleh ditemui di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.
Semenjak tahun 2002, spesies Kucing Batu ini telah disenaraikan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN, sebagai haiwan yang dilindungi. Walaupun spesies ini tidak diancam kepupusan, namun begitu habitatnya semakin diancam dan menjadi haiwan berisiko kepada pemburuan haram kerana nilainya yang tinggi di pasaran.
Di Malaysia, Kucing Batu merupakan haiwan yang berada dalam senarai yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008.
Lihat video di bawah.
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Era Baru
Sumber Nukilan Cerita Kita
No comments:
Post a Comment