a Join Us at facebook: Selepas 10 tahun, Adam Corrie bakal jadi ayah..Alhamdulillah.. Tweet button

Wednesday, 7 March 2018

Selepas 10 tahun, Adam Corrie bakal jadi ayah..Alhamdulillah..

PELAKON aksi terkenal, Adam Corrie Lee berkongsi berita gembira dengan peminat apabila mendedahkan beliau bakal bergelar ayah.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Adam ternyata gembira dan tidak sabar menanti kelahiran anaknya itu.

“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-MU. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.Alhamdulillah.

“ALLAH dah bagi honeymoon 10 tahun, berdua. Insya-ALLAH kelak bertiga pula,” kongsinya hari ini.

Dalam pada itu, Corrie menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran bayinya.

“Ya ALLAH, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

“Ya ALLAH, semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

“Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat.  Dan luaskanlah rezeki.  Dan jadikanlah bagi manusia yang  selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan ALLAH,” zahirnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar mereka  yang belum dikurniakan anak agar segera diberi kurniaan itu.

“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga ALLAH berikan zuriat juga,” katanya.

Artikel sebelum ini :

SEDEKAD mendirikan rumah tangga, pelakon Adam Corrie Lee mengakui masih menantikan kehadiran cahaya mata.

Malah, selebriti berusia 50 tahun ini percaya dengan ketentuan dan rezeki dari ALLAH SWT.

“Sebenarnya, isteri saya dah tiga kali keguguran dan saya juga tak berhenti berdoa dan berusaha.

“Sebabnya, saya tahu di sebalik itu, ALLAH akan bagi rezeki lagi, cuma masanya belum tiba lagi.

“Jadi, saya perlu bersabar dan terus berdoa kerana ALLAH suka mendengar doa hambanya,” katanya pada Sinar Harian.

Adam Corrie selamat diijabkabulkan dengan Fazema Mohd Fuad pada 21 November 2008.

Tambahnya, adalah penting untuk terus bersangka baik dengan setiap perancangan yang telah ditentukan-Nya.

“Kita perlu sentiasa bersangka baik, percaya dan yakin dengan ALLAH SWT.

“Sebabnya, ada orang yang perlu tunggu lebih lama lagi sampai 20 ke 25 tahun untuk dapat anak. Tentunya cabaran mereka lebih besar. Saya pula baru 10 tahun.

“Apa yang penting, sabar selain jaga hubungan suami isteri agar selalu happy dan saling memahami,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem KL Gangster ini mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping fotonya sambil memegang dua pasang kasut bayi di laman Instagramnya (IG).

“Tak ada apa-apa pun. Saja-saja. Yelah, saya pun dah tunggu 10 tahun, jadi setiap kali lalu dekat kawasan itu memang geram, setiap kali lalu juga saya pasang niat.

“Cuma, kali ini first time saya ambil gambar sebab kasut itu lawa sangat, biasa lalu tengok-tengok macam tu saja and tak pegang pun.

“Nak buat macam mana, semua itu kerja Tuhan,  kita hanya berdoa. Doa-doakanlah saya. Insya-ALLAH, kalau ada, saya akan umumkannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment