a Join Us at facebook: ‘Jadi Bila Masa Pula Yang Saya Dengki, Sampai Menghina Neelofa Tu?’ – Abby Abadi Tweet button

Friday, 2 March 2018

‘Jadi Bila Masa Pula Yang Saya Dengki, Sampai Menghina Neelofa Tu?’ – Abby Abadi

Baru-baru ini, isu kontroversi melibatkan pelakon dan pengacara sensasi Neelofa telah menarik perhatian ramai. Turut memberi pendapat ialah Mufti Persekutuan dan ahli agama. Di Instagram, perkongsian Abby Abadi yang diambil dari pandangan Ustaz Pahrol Mohammad Juoi telah disalah anggap sesetengah peminat artis tersebut.

Sehinggakan ada yang berpendapat Abby Abadi iri hati sehingga menghina. Ini respon Abby Abadi.

Bila pulak saya dengki?

Tujukan untuk peminat Neelofa yang salah faham

TAK BAIK BERSANGKA2

Tudung & Zouk 
Hal ni dan selesai & Sy harap semua ambil pedoman & istighfar mohon keampunan

Cumanya utk post ni, Sy tujukan utk peminat2 Neelofa (bukan Neelofa ye, peminatnya sahaja..yg sayang & cinta sangat pada neelofa) yg salah faham dgn Sy berkaitan isu ni. Cuba rujuk balik wahai adik kakak, berkait isu tudung & zouk ni, Sy ambil pandangan dari Ustaz Pahrol Mohd Joui. Masih ada lagi post tu di IG Sy ni. Sy tak mampu nk tulis sendiri sbb kurang ilmu. Jadi bila masa pula yg Sy dengki, sampai menghina neelofa tu? Ayat yg mana? Perenggan ke berapa ye? Sy takde penyakit “dengki” tu. Alang yg sakitkan hati Sy sampai hancur sehancur2nya pun Sy buleh maafkan, ini pula yg takde kena mengena dgn Sy, Sy nk dengki pada dia utk apa??…

Mereka suruh saya minta maaf dengan Neelofa

Beria2 mereka sembang sesama sendiri.. tp sbb lalu kt wall Sy, Sy terbaca.. jadi tanggungjawab Sy utk betulkan. Suruh Sy minta maaf dekat Neelofa. Sbb Sy hina/dengki dekat dia. Nanti muflis lah di akhirat bla bla bla.. Tak sedar diri ada anak juga bla bla bla.. artis sendu, jual tudung tak laku tu yg dengki bla bla bla.. Dengki lofa berlakon dgn Zul… bla bla blaaaa. apa tu??? Salah sangat sangkaan tu, dah bila masa pulak awak org nak minta maaf dengan Sy?

Kerja Sy dulu menakutkan Adik kakak sbb jauh dari ALLAH. Jadi Sy tak pernah nk dengki pada siapa2 pun dlm industri hari ni sbb Sy taknak pun ulang kesalahan Sy lagi sebab Sy takutkan ALLAH, taknak mati kufur. Sy usaha utk jaga hidayah petunjuk milik ALLAH ini. Bila Sy bercerita pengalaman Sy, jangan begitu jangan begini… jangan peluk suami/ isteri org, jangan sentuh lelaki/perempuan,, dituduh Sy hina artis lain pula walhal Sy berkongsi nk menyedarkan. Payah org kita sbb dah terbiasa. Terbiasa hari2 dgn maksiat, yg mengajak pada ALLAH pula nampak luarbiasa, nampak salah & sebagainya.. sedihhhh

Demi ALLAH, buatlah tuduhan apapun, Sy tetap juga nk sedarkan yg mana maksiat terang terangan, bahaya.. mengundang bala bukan pada pelakunya sahaja, tapi akan dpt pada kita semua. Takpelah, Sy maafkan dah, tak perlu minta maaf dgn Sy. Minta maaf dengan ALLAH ye. Satu pesan Sy: Berpada2 , dunia hanya tipu daya.

Artikel Sebelum Ini :

Beberapa hari lepas, nama Neelofa menjadi bualan hangat di media sosial apabila beliau bertindak berani membuat pelancaran tudung di sebuah kelab malam di ibu kota. Ramai yang memberi respon marah berpendapat lokasi tersebut tidak sesuai tambah-tambah lagi ada gadis bertudung yang menari ghairah.

Selain daripada orang awam, rakan selebriti turut memberi teguran berkaitan isu ini termasuklah Abby Abadi, Wardina Safiyyah dan Sarah Hildebrand. Namun, ada penyokong tegar Neelofa yang tidak setuju dan mengaitkan selebriti ini dengan kisah silam mereka.

Hunjat Neelofa seolah diri semulia muslimah

Usah dihina orang yang belum capai level syurga macam kalian

Melalui perkongsian di laman Instagram, Abby Abadi memuat naik screenshot dipercayai daripada peminat Neelofa yang tidak selesa dengan teguran yang dibuat rakan selebriti iaitu Abby Abadi, Wardina Safiyyah dan Sarah Hildebrand. Menurut individu ini lagi, apabila munculnya isu kontroversi semalam ramai pula ahli syurga yang menegur secara menghina. Ini respon Abby Abadi.

Nak back up pun beragaklah – Abby Abadi

Jap jap….. apeni . Apa yg cuba disampaikan ni? Tak faham. Siapa yg menghina? Ada ke saya jatuh hukum pada sesiapa. Berkait dgn isu tudung di kelab malam ini? Sy sekadar berkongsi kata2 yg baik dari Al Fadhil Ustaz Pahrol Mat Joui. Dimana silapnya tu?  Habis lembut dah tulis tu. Nak berhemah mcmana lagi?

Isu terang terangan melibatkan ramai orang jadi teguran/perkongsian pun kena terang terangan juga biar ramai tahu dimana
salah silap yg perlu diperbetulkan . Nak back up beragaklah. Kita ada tanggungjawab besar hidup dalam dunia ni. Biar syaitan je buat kerja dia k.

Satu soalan dari sy selama hari ni awak tak perasan ke awak sokong maksiat?
Terang terangan, bangga pulak lagi tanpa rasa bersalah. Bila nk sedar?

Jarang2 pun sy nk bunyi tapiiiiiiiiii bila timbul kes tudung & kelab malam ni, Isu besar ni Sahabat. Bila ada yg menegur amar maaruf nahi mungkar sama2 lah bermuhasabah diri dan tak perlu emosi ye

@junemrsfiraida_tiamo ?
Satu hal sy nak tahu. Apa kaitan pulak cerita tudung & kelab malam ni. Dengan cerita sy dlm industri dulu? Cer citerr? cer citerr??

Sumber : ohbulan

Kredit : Instagram Abby Abadi

No comments:

Post a Comment