a Join Us at facebook: Jurusolek nak jumpa Siti Nurhaliza.. Tweet button

Tuesday, 20 March 2018

Jurusolek nak jumpa Siti Nurhaliza..

“SAYA minta maaf dan sedia berjumpa pihak Siti untuk menjelaskan perkara sebenar,” kata Wan Noor Akmar Wan Yusof, 36, wanita yang didakwa berkongsi gambar anak penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Facebook, semalam.

Wan yang juga jurusolek sambilan berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naik di Facebook.

“Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Malah, mereka mula mengecam saya.

“Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

“Saya terkejut dan tidak menjangka perkara ia tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu,” katanya kepada Harian Metro.

Wan yang menggunakan akaun Wann Arianna juga akui dia tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti.

“Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Wan di laman Facebook miliknya menjadi tular sehingga banyak beranggapan dia dalang kepada penyebaran gambar anak Siti.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas status itu di muat naik, Wan memadam gambar itu bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

Berita berkaitan:

Betapa terkilannya mereka…

SUAMI Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan wajah bayi yang tular di media sosial adalah anak mereka namun terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang tadi.

“Ya, itu gambar anak kami,” katanya ringkas.

Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik di laman Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi pasangan terbabit.

Rata-rata netizen meminta pemilik akaun itu membuang status dimuat naik.

Terdahulu, Khalid, 59, memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai.

Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut meluahkan rasa terkilan dengan penyebaran gambar itu.

“Sebagai menghormati Siti dan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan.

“Akan tiba hari dan masanya. Maaf kepada yang bertanya, kerana saya memilih untuk menghormati Siti dan suami,” katanya.

 

Sumber:MetroOnline

No comments:

Post a Comment