Selalu kita terbaca di dalam akhbar, akan kezaliman manusia yang kuat, menindas manusia yang lemah. Penindasan ini pula dilakukan dalam pelbagai cara. Kemudian, di zaman yang serba canggih ini , di mana ramai manusia yang memakai gelaran sang hakim tapi tak bertauliah. Malah tidak pula dilantik oleh sesiapa, apatah lagi oleh sang pemerintah, maka terjadilah suatu fitnah yang maha dahsyat di kalangan masyarakat.
Saya terpanggil untuk memberi contoh berdasarkan pengalaman serta pemerhatian saya sendiri. Apa yang saya lalui ini, boleh jadi betul, boleh jadi salah. Terpulang kepada kalian untuk menilai saya. Tiada halangan. Cuma berpadalah .Kerana apa yang kita lakukan, hatta yang kita ucapkan. akan disoal kelak. Maka tegurlah, jangan sampai mengecam..
Saya melihat bahawa masalah yang berlaku di kalangan manusia dewasa ini adalah kerana kurangnya sifat hormat di dalam diri. Benar juga bahawa faktor kurangnya kasih sayang menjadi penyumbang kepada permasalahan, tetapi jika seorang anak itu diberi kasih sayang yang keterlaluan, anak itu juga pada akhirnya akan binasa.
Di dalam sebuah negara, akan ada rakyat yang bermacam status. Ada yang yang dari golongan bangsawan, ada yang cendekiawan, ada yang profesional juga pakar di dalam sesuatu bidang, ada yang mempunyai lebih dari satu daripada status-status yang di atas, tetapi ada juga berstatus dari mereka yang bukan terpelajar, bukan bangsawan, bukan profesioanal serta juga bermasalah. Saya pasti anda semua pernah melihat atau berhubung dengan golongan yang seperti ini. Lalu,apakah sumbangan golongan seperti ini kepada negara? Persoalannya, selain mendatangkan masalah, apakah yang dapat kita lakukan bagi mengatasi masalah ini? cukupkah sekadar menahan mereka? memberi hukuman yang sewajarnya dan memberi mereka aktiviti yang dapat menyumbang kepada masyarakat serta negara, kemudian membebaskannya selepas suatu tempoh tertentu? adakah masalah akan selesai? Jawapannya sudah tentu tidak. Ini kerana, manusia adalah makhluk yang tak kan pernah serik, sehinggalah kita sendiri mengehadkan keupayaannya untuk mengulangi lagi perbuatan yang sama dilakukannya.
Selain tidak serik, manusia juga adalah makhluk yang keras kemahuannya. Sukar dilentur jika dia telah bernekad terhadap sesuatu. Maka teori oleh seorang cendekiawan baru-baru ini, yang mengatakan bahawa golongan manusia yang miskin seperti di Afrika amnya, bukan disebabkan oleh sikap mereka, tetapi kerana kemiskinan yang dialami, adalah teori yang hampir sempurna pada saya. Ibarat suatu sumber yang terhad, sekeras mana pun usaha, sumber itu tetap tidak akan bertambah. Melainkan jika sumber itu ditambah. Oleh itu bagi menyelesaikan masalah negara miskin, adalah dengan memberi lebih lagi sumber kepada mereka. Samada bahan mentah, bidang pekerjaan ataupun bayaran upah dan gaji yang lebih tinggi.
Pengalaman saya, melihat mereka , kebiasannya budak-budak lepasan SPM, (maaf kerana terpaksa menggunakan perkataan 'budak' kerana saya ini pun walaupun tinggal beberapa tahun lagi sebelum mencecah umur empat puluh, juga kelihatan seperti baru lepas SPM). Oleh itu saya dah terbiasa bersikap 'kerek' seperti ini, supaya kurang risiko ditindas oleh manusia yang lebih muda, yang kurang sifat hormat di dalam diri, serta suka menindas. Sama seperti apa yang saya nyatakan di awal perenggan tadi.
Budak-budak seperti ini jika diambil bekerja sebagai pembantu gerai, atau di kiosk dan sebagainya. Biasanya bersikap acuh tak acuh terhadap pelanggan, kekadang pula bersikap biadap serta menengking pelanggan. Anda rasa mengapa perkara ini berlaku? Jawapan saya adalah kerana kebiasaannya mereka diberi bayaran upah atau gaji yang tidak setimpal. Sekali lagi teori bahawa kemiskinan manusia bukan disebabkan sikap, tetapi kerana kekangan sumber menjadi seakan benar. Bagaimana pula kepada mat fit? Adakah mereka bersikap tidak hormat pelanggan? Jawapannya adalah bergantung. Bukan kerana saya pernah mencuba dadah (sebagai info, ganja sememangnya dadah, sebab jika didapati menyimpan atau menanam dalam kadar tertentu akan dikenakan hukuman mati mandatori). Kalau bukan dadah, takkan pula kena hukuman mati. Walaubagaimanapun, mereka yang didapati bersalah sejak penghujung 2017 mungkin terselamat kerana hukuman ini telah dipinda. Boleh baca https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/365001/eu-puji-msia-mansuh-hukuman-mati-mandatori-kes-dadah .
Berbalik kepada persoalan tadi, adakah mat fit (samada ganja,syabu,kokain hatta heroin sekalipun) akan bersiakap biadap kepada pelanggan?. Melalui pemerhatian, mereka akan menjadi ganas serta biadap jika kesan dadah telah berkurangan di dalam tubuh, tetapi akan menjadi tersangat sopan apabila dalam keadaan yang sebaliknya. Oleh itu sukar mengenali mereka yang terlibat. Mungkin juga ini benar kepada pendapat yang mengatakan mereka-mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah ini sebenarnya berwatakan baik dan sebagainya. Malah ada juga yang pernah mengalami kebaikan di dalam bentuk kesempatan, iaitu mereka yang normal ini sebenarnya 'dipergunakan' oleh mat-mat fit terbabit bagi memudahkan mereka mendapat pertolongan bagi mendapatkan 'barang' tersebut dalam apa jua cara. Tidak kurang juga dengan cara kekerasan jika sudah terdesak iaitu seperti peras ugut. Boleh baca tanda-tanda seseorang yang ketagih syabu di sini
Akan tetapi saya tetap menyokong agar hukuman berat seperti ini dikenakan terhadap kes sebegini kerana terlalu banyak kes-kes seperti ini yang akhirnya mengakibatkan nyawa orang lain menjadi taruhan. Senario yang pernah terjadi adalah seperti anak angkat yang sanggup membunuh ibu dan bapa angkat sendiri kerana dadah. Hanya kerana nafsu, manusia akan hilang pertimbangan.
Bagaimanapun, masalah pengedaran dan penagihan dadah ini bukanlah masalah kecil, bahkan masalah yang telah pun beratus tahun lamanya. Masalah yang diklasifikasi sehingga ke peringkat global. Sejauh mana hebat pun sesebuah negara itu mengawal pintu sempadannya, tetap ia dapat menerobos masuk. Jika anda serta ahli keluarga tidak mahu dadah menjadi perosak, maka jangan dimulakan langsung. Samada berkawan ataupun keinginan untuk mencuba. Lakukanlah nasihat serta pemantauan yang berterusan. Kalau degil juga nak cuba, sendiri mau ingat lah. Sudah banyak kempen secara iklan tv dilakukan oleh kerajaan dari zaman dahulu, namun manusia-manusia yang keras hati akan sentiasa lahir dan tidak ada apa yang dapat kita lakukan bagi menghalangnya.
No comments:
Post a Comment