a Join Us at facebook: January 2020 Tweet button

Monday, 27 January 2020

Apakah Penularan Wabak Penyakit Merbahaya Berlaku Pada Setiap 100 Tahun? Jom Baca Fakta

Selalu tiap² 100 tahun atau dlm tempuh satu² masa akan berlaku revolusi mengikut zaman..rupa nya wabak juga menyesuaikan diri mengikut zaman rupanya..




Coincidence?

Kalau dibaca, ia mungkin kedengaran seperti memes atau bahan jenaka dikaitkan dengan wabak penyakit yang bermula di China dan kini kian menular ke seluruh dunia. Namun begitu, ini ialah fakta sejarah yang sememangnya tidak dapat dinafikan kerana pada tahun-tahun tersebut, sememangnya ada penularan wabak penyakit yang menggemparkan seluruh dunia


Pada tahun 1720, dunia diperlihatkan dengan penularan wabak The Great Plague of Marseille yang membunuh kira-kira 100 ribu orang di Marseille, Perancis. Penyakit ini disebarkan melalui lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit ini

Pada tahun 1820 pula, dunia diperlihatkan dengan penyebaran penyakit kolera ke negara-negara Asia seperti Filipina, Thailand dan Indonesia (ketika itu disebut sebagai wilayah Hindia Timur Belanda). Wabak ini dikenalpasti berpunca daripada air di kawasan-kawasan tasik yang tercemar. Penyakit ini telah menyebabkan kira-kira 100 ribu orang terkorban ketika itu

Apa yang lebih mengejutkan dunia ialah penularan wabak Spanish Flu pada tahun 1920 iaitu 100 tahun yang lalu. Penyakit ini dicatatkan sebagai penyakit yang paling berbahaya dalam sejarah berikutan angka kematian yang mencapai 100 juta orang disebabkan penyakit itu. Kira-kira 500 juta orang telah dijangkiti oleh Spanish Flu ketika itu




Kini di tahun 2020, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran wabak Coronavirus yang bermula di wilayah Wuhan, China dengan keupayaan untuk menyerang sistem pernafasan manusia. Setakat ini, beberapa negara di seluruh dunia telah terkesan dengan penyakit ini termasuklah negara jiran seperti Thailand dan Singapura

Adakah sejarah penyakit ini akan terus berulang setiap 100 tahun atau ini hanya kebetulan? Wallahua’lam! Apa yang kita boleh lakukan ialah mengambil berat tentang kesihatan kita dengan mengikuti langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, selain memanjatkan doa agar negara dan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada bencana dan wabak penyakit.

Sumber: WhatsApp

https://ift.tt/2O43AZH

Thursday, 16 January 2020

E-TUNAI RAKYAT: WASPADA DENGAN DATA PERIBADI

ewallet



E-TUNAI RAKYAT: WASPADA DENGAN DATA PERIBADI – SYAHIR SULAIMAN

Tertarik melihat reaksi pelbagai pihak yang mempersoalkan kewajaran perkongsian data peribadi kepada pihak swasta yang mengendalikan program ‘e-Tunai Rakyat’ oleh pihak Kerajaan.

Menurut Menteri Kewangan, insentif pendigitalan ekonomi ini adalah selaras dengan peruntukan Kerajaan dalam Belanjawan 2020 berjumlah RM450 juta yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat.

Tambah beliau, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ mulai 15 Januari 2020, dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Ketika ditanya mengenai risiko penyalahgunaan data pemohon e-Tunai Rakyat, beliau berkata,

“Khazanah Nasional Berhad merupakan pelaksana program e-Tunai Rakyat dan perkara seumpama itu tidak akan berlaku, ..

.. Peraturan kita amat ketat dan tegas kerana kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi, maklumat dan data pemohon hanya dikongsi oleh Kerajaan dan tidak kepada syarikat luar".

Persoalannya mengapa perlu dikongsikan data peribadi yang terlalu sensitif dan terperinci, antaranya gambar kad pengenalan, penyata bank dan rekod transaksi pembelian, sebagai imbalan kepada penerimaan RM30 e-tunai secara ‘one-off’ ini.

Perlindungan Data Peribadi.

Merujuk kepada terma dan syarat e-Tunai Rakyat yang dikendalikan oleh pihak Touch ‘n Go eWallet:

1. Untuk melayakkan diri menyertai program ini, pemohon perlu mengemukakan bukti pengenalan diri menggunakan kad pengenalan Malaysia yang sah.

2. Pemohon yang layak akan menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ apabila tuntutan telah diluluskan, dan akan dikreditkan ke dalam e-Wallet pemohon dalam tempoh lima hari.

3. Sebagai tambahan kepada Notis Privasi Data, peserta bersetuju dan membenarkan pihak pengendali, Kerajaan Malaysia dan agensi/syarikat berkaitan untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi peserta, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

a. Nama, nombor kad pengenalan
b. Alamat, nombor telefon mudah alih
c. Butiran akaun bank, penyata bank
d. Maklumat transaksi pembelian

Perkongsian dan pendedahan Data Peribadi peserta e-Tunai Rakyat adalah dibenarkan untuk tujuan seperti berikut, antaranya:

a. Pengesahan kelayakan permohonan dan pengesahan tuntutan insentif dengan penyedia perkhidmatan e-dompet lain.

b. Memproses sebarang aduan & menghantar sebarang notis/komunikasi.
c. Mengumpul data & maklumat transaksi perbelanjaan ketika menggunakan insentif ini.
d. Membolehkan Data Peribadi peserta digunakan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan program ini

Tidak dinafikan insentif ini boleh merancakkan penggunaan e-tunai dalam transaksi harian, seterusnya meningkatkan kecekapan dan transparensi dalam usaha pendigitalan ekonomi yang lebih meluas.

Namun timbul persoalan adakah pengguna memahami implikasi daripada perkongsian data peribadi ini, dan apakah jaminan tidak berlaku penyelewengan terhadap penyimpanan, keselamatan & pemprosesan data, sebagaimana yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Ternyata data peribadi yang dikongsi adalah terlalu besar nilainya, berbanding RM30 yang diterima secara ‘one-off’ melalui program e-Tunai Rakyat.

Justeru semua pihak perlu bertanggungjawab dalam melindungi #dataperibadi 15 juta rakyat yang sangat berharga ini.

Kredit@syahirnomic

https://ift.tt/2R0MuOf

HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN



HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

Soal :

Adakah harus kita meletakkan suatu barang di atas Quran seperti ditindih di atasnya dengan buku yang lain atau mata benda seperti kunci atau umpamanya?

Jawab :

Para ulama telah bersetuju bahawa memuliakan Quran itu adalah wajib dan beradab dengan Quran itu tanda ketaqwaan seseorang.

Firman Allah :

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Artinya : “Yang demikian itu siapa yang memuliakan syiar-syiar agama Allah maka sungguhnya ia sebahagian dari tanda ketaqwaan hati.” (Al-Haj : 32)

Maka memuliakan Quran termasuk tanda-tanda ketaqwaan hati kerana Quran adalah sebahagian dari syiar Allah.

Hukum meletakkan suatu barangan atau harta di atas Quran adalah dilarang melainkan diletakkan Quran di atas Quran yang lain maka ulama-ulama mengharuskannya.

Ada pun buku-buku selain Quran sekalipun buku-buku agama maka tidak diharuskan letaknya di atas Quran.

Berkata Al-Baihaqi :

وَمِنْهَا : أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ، وَلَا ثَوْبٌ ، وَلَا شَيْءٌ

Artinya : “Dan setengah dari adab dengan Quran ialah tidak diletak di atas Quran akan kitab yang lain. Dan tiada harus juga letak pakaian atau suatu benda pun.” (Kitab Syua’bul Iman)

Berkata pula Imam Tirmizi :

ومن حرمته - يعني المصحف - إذا وضع أن لا يتركه منشورا ، وأن لا يضع فوقه شيئا من الكتب ، حتى يكون أبدا عاليا على سائر الكتب

Artinya : “Dan setengah dari adab memuliakan Quran itu jangan ditinggalkan dalam keadaan terbuka dan tidak diletakkan di atas Quran itu suatu dari buku-buku sehingga adalah Quran itu selamanya lebih atas dari segala buku-buku.” (Nawadirul Usul)

Harus Letak Quran Di Atas Quran

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami :

يجوز وضع مصحف على مصحف

Artinya : “Harus meletak akan Quran di atas Quran.” (Fatawa Hadisiyah)

Dan berkata Imam Baihaqi :

إلا أن يكون مصحفان فيوضع أحدهما فوق الآخر فيجوزو

Artinya : “Melainkan bahawa ada di situ dua buah Quran maka diletakan salah satunya atas yang satu lagi maka hukumnya adalah harus.” (Su’abul Iman)

Dan dimaafkan letak suatu yang bertujuan menjaga Quran seperti meletak kertas di atasnya supaya tidak jatuh atas Quran itu olih debu.

Dan dimaafkan juga barangan yang memang disimpan di dalam quran seperti penunjuk yang digunakan untuk menunjuk ayat yang dibaca atau penanda muka surat supaya mudah dijumpai muka surat yang hendak dibaca.

Wallahua’lam



Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Oiginal)




https://ift.tt/30uyek6

Sunday, 12 January 2020

Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Menerima Panggilan Dari Debt Collector

debt collector



Ini yang anda perlu lakukan jika menerima panggilan dari debt collector. Sila ambil perhatian, debt collector kini menggunakan letterhead firma guaman untuk menuntut hutang.

1. Semak jumlah yang dituntut. Minta mereka kemukakan penyata akaun atau bukti bagaimana jumlah yang dituntut tersebut boleh diperolehi.

2. Jangan dedahkan nama penuh dan alamat rumah atau alamat majikan. Anda tidak dikehendaki berbuat demikian. Debt collector juga tidak boleh menelefon pejabat, majikan atau keluarga dan saudara-mara peminjam.

3. Dapatkan nama pemanggil tersebut dan agensi pengutip hutang itu. Kemudian google alamat mereka.

4. Jika mereka tidak mengemukakan notis bertulis atau penyata atau bukti hutang tetapi sebaliknya terus menerus membuat panggilan, buat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

5. Jangan bayar selagi tiada bukti hutang/dokumen/perjanjian yang sah dikemukakan kepada anda.

6. Jika debt collector menggunakan bahasa kasar, mengugut dan mengancam anda, buat laporan polis.

7. Debt collector sering menyamar sebagai peguam dari firma guaman/mahkamah atau balai polis untuk menakut-nakutkan peminjam. Perlu ditekankan, pejabat peguam atau mahkamah atau balai polis TIDAK BUAT PANGGILAN TELEFON UNTUK TUNTUT HUTANG.

8. Jika mereka mendakwa mereka dari firma guaman, dapatkan nama firma itu dan buat carian di website Majlis Peguam Malaysia di pautan: https://ift.tt/HYijRk

9. Jika firma yang didakwa wujud, hubungi nombor firma yang tertera di laman web Majlis Peguam tersebut dan semak dengan mereka. Jika firma tersebut tidak wujud, buat laporan polis.

10. Kini ada debt collector yang menggunakan letterhead firma guaman. Mereka membayar firma guaman dengan syarat firma tersebut membenarkan debt collector menggunakan letterhead mereka.

11. Jika peminjam menerima surat seperti ini, hubungi firma guaman tersebut dan minta mereka kemukakan bukti hutang seperti yang dituntut.

12. Jika peminjam diugut dan diserang oleh Debt Collector di tempat kerja atau di mana sahaja, laporkan kepada Bank Negara. Debt collector dan bank-bank komersial di Malaysia tertakluk di bawah Fair Debt Collection Practices oleh Bank Negara.

13. Dibawah FDCP, dalam proses menuntut hutang, notis bertulis hendaklah diberikan kepada peminjam. Maka panggilan telefon tidak boleh dianggap sebagai notis yang mematuhi syarat di bawah FDCP.

14. Debt collector juga perlu mengemukakan ID mereka, untuk mengesahkan bahawa mereka diberi kebenaran oleh Bank Negara untuk mengutip hutang.

15. Mana-mana debt collector yang melanggar FDCP ini boleh diambil tindakan oleh Bank Negara. Kerana itu bank komersial tidak mahu Debt Collector mendedahkan nama bank apabila membuat panggilan untuk menuntut hutang kerana jika debt collector melanggar FDCP ini, bank tersebut berdepan tindakan oleh Bank Negara jika peminjam membuat laporan kepada Bank Negara.

16. Jika peminjam sudah pasti berkenaan bukti hutang yang dikemukakan kepadanya, peminjam boleh membuat bayaran terus kepada bank atau syarikat kredit yang memberikan pinjaman tersebut.

***

debt collector

debt collector







Kredit : Jumpa Kat Mahkamah

https://ift.tt/30bzMzr

Friday, 10 January 2020

Iran Apa yang Tersembunyi (Video)



Iran  🇮🇷🇮🇷 Apa yang Tersembunyi ... Kekuatan Senjata Ketenteraan

Via@Here Iran




https://ift.tt/383f5sf

Wednesday, 8 January 2020

Tonton Video Pertama Iran Menyerang Balas US di Iraq





Tonton Video Pertama Iran Menyerang Balas US di Iraq























https://ift.tt/2uy8ZBx

Cara Lain Nak Menghapuskan Dosa Mengumpat




Cara Lain Nak Menghapuskan Dosa Mengumpat.. Jom dengar baik2 apa yang dikatakan oleh Ustazah Asma Harun ini.. Semoga manafaat... subhanallah






https://ift.tt/2T7ANqO

SPRM, Najib dan Rakaman Audio (Fakta Lengkap)




SPRM, Najib dan Rakaman Audio

1. Pada 1 November 2018, Menteri Komunikasi, Gobind Singh memutuskan kerajaan tidak akan menyiarkan siaran langsung perbicaraan kes 1MDB bekas PM, Najib Razak. Alasan beliau, RTM dan Bernama mempunyai banyak perkara lain untuk dijadikan liputan berita di negara ini.

(http://www.astroawani.com/…/tiada-siaran-langsung-perbicara…)

2. Pada 31 Mac 2019, Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail menyatakan rasa bimbang, jika perbicaraan itu disiar secara langsung, ia akan bertukar riuh seperti persembahan sarkas.

https://www.malaysiakini.com/news/470268

3. Pada 1 April 2019, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata kerajaan tidak mahu mencampuri urusan mahkamah, biar mahkamah tentukan boleh atau tidak siar perbicaraan secara langsung.

https://malaysiagazette.com/…/siaran-langsung-kes-najib-ke…/

4. Defendan sendiri, iaitu Najib setuju jika perbicaraannya disiar secara langsung, untuk kepentingan awam.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155979843860952

5. Pelbagai alasan lain dikemukakan untuk tidak mahu mengadakan siaran langsung, antaranya mengganggu prosiding mahkamah, subjudis, mahkamah akan dihina melalui reaksi perbualan media sosial dan sebagainya.

6. Sebentar tadi, SPRM mengadakan sidang media khas berhubung perkembangan kes 1MDB. Dalam sidang tersebut, 9 rakaman audio diputarkan kepada media, antaranya rakaman telefon Najib dengan individu dari UAE, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Rosmah Mansur. Sidang ini juga disiarkan secara langsung melalui Facebook oleh SPRM dan media yang hadir.

7. Di bawah Pakatan Harapan, pihak berkuasa mendedahkan bukti kepada umum, untuk dijadikan perbualan media sosial sebelum diprosedurkan mengikut kaedah yang betul - adalah satu bentuk pembaharuan negara.

8. Ertinya, selepas ini, SPRM boleh juga mendedahkan bukti-bukti yang diterima mereka berhubung kes rasuah Lim Guan Eng (yang telah ditarik pendakwaan oleh Peguam Negara) serta kes-kes lain.

9. Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan, rakaman audio sulit itu diperoleh selepas tahun baharu. Selepas siasatan forensik, SPRM mengesahkan ia adalah tulen.

10. Ertinya, dalam tempoh hanya seminggu, identiti pemilik suara dan ketulenan audio pantas dikenal pasti ('dengan kesahihan mutlak', kata Latheefa). Ia jauh berbeza dengan nasib forensik video lelaki X Sandakan dan lelaki Y China Doll.

11. Alasan pendedahan ini ialah, 'demi kepentingan awam', kata Latheefa.



Ramai nak tahu dan nak dengar apa pandangan DSNR ekoran tindakan SPRM itu.


Kenapa SPRM dedahkan rakaman yang dibuat secara haram, tidak sah, tiada rule of law?

Kenapa rakaman yang tidak diketahui sumber dan belum disahkan kandungannya, rakaman yang melibatkan pemimpin tertinggi serta kerabat raja negara asing dan rakaman untuk kes yang bukan di bawah bidang kuasa SPRM tetapi PDRM?

Dan kenapa SPRM menghina mahkamah semasa kes 1MDB sedang dibicarakan? Apakah SPRM kini sudah menjadi mahkamah?

Dan ianya tidak dikemukakan sebagai bukti di mahkamah, kenapa nama Jho Low tidak disebut walaupun PH tuduh saya dan Jho Low bersuhabat, kenapa tiada rakaman antara saya dengan Jho Low atau kenapa SPRM hanya dedah 45 minit dari rakaman 50 minit?

Soalan-soalan itu kita tak tanya di sini dan kita ketepikan sebentar.

Kita fokus kepada pendedahan ini.

Sebenarnya, pendedahan SPRM hari ini membantu kes mahkamah saya kerana ianya membuktikan bahawa saya tak membohong selama ini.

Ini adalah rumusan dari transkrip:

1. Ianya cubaan untuk menyelesaikan masalah 1MDB dengan cara baik untuk kebaikan kedua-dua negara yang terlibat.

2. Kes ini dikaitkan dengan beberapa individu yang sangat dekat dengan pemimpin negara Abu Dhabi.

3. Pengerusi IPIC, Sheikh Mansour serta Putera Abu Dhabi pernah memberitahu mereka akan melabur dalam projek-projek filem Riza Aziz dan ini disahkan sendiri melalui perbualan itu.

4. Saya dan Riza Aziz pada ketika itu tidak tahu asal-usul sumber wang yang diterima oleh Riza dan percaya dana itu tiada masalah kerana ianya telah diluluskan oleh bank penerima.

5. Riza Aziz pernah bayar balik sebahagian dari dana yang diterimanya sebagai pelaburan.

6. Sebenarnya, ketua SPRM ini telah memfitnah saya dengan berkata ini adalah cover up atau konspirasi jenayah tertinggi untuk cover up.

Ini sangat pelik kerana SPRM tahu wujudnya perjanjian pelaburan asal tahun 2012 dari Aabar BVI yang ditandatangan oleh CEO Aabar semasa mereka mula melabur dalam filem Riza.

Syarikat Aabar adalah anak syarikat IPIC yang juga dimilik penuh oleh kerajaan Abu Dhabi.

Ini antara bukti kes mahkamah semasa mereka mendakwa Riza Aziz.

Perjanjian asal sudahpun diberi kepada para peguam serta pihak bank pada tahun 2012 juga semasa dana mula diterima.

Apa yang berlaku ialah selepas Riza membayar balik sebahagian dari pelaburan tersebut, syarikat Aabar BVI telah ditutup pada pengakhiran tahun 2014.

Sebab itu, Riza dan saya meminta perjanjian baru dari pihak kerajaan Abu Dhabi supaya Riza boleh teruskan pembayaran balik pelaburan itu mengikut jadual yang ditetapkan.

Matlamat utama ialah untuk menyelesaikan pembayaran balik pelaburan tersebut kerana Riza tidak mahu terlibat dengan dana yang ada masalah.

Perjanjian baru yang diminta itu bukan cover up kerana ianya tidak masuk akal bahawa DOJ akan percaya pada satu perjanjian yang ditandatangan pada tahun 2016 dan selepas itu ditukar tarikh (backdate) ke tahun 2012 masa dana mula diterima oleh Riza kerana masa itu sudah ada perjanjian pelaburan asal.

Oleh kerana rakaman ini membantu kes saya, peguam saya bercadang untuk meminta pihak SPRM menyerahkan rakaman yang didedahkan hari ini untuk digunakan sebagai bukti pembelaaan dalam kes-kes saya dan Riza.

Namun, rakaman itu perlu disahkan sebagai sahih serta disahkan mematuhi undang-undang termasuk adakah wujudnya niat jahat atau mala fide ketika rakaman dibuat sebelum digunakan sebagai bukti mahkamah terlebih dahulu.

Baca sendiri transkrip rakaman yang didedahkan secara tiba-tiba oleh ketua SPRM pagi ini:
----

First conversation on July 22, 2016, 8pm:

HRH: Mr prime minister, how are you sir?

Najib: I’m delighted to speak to you, your highness. I hope you and your family are well.

HRH: Everybody is well. How is your family there?

Najib: Good and well here. Of course, we are experiencing a bit of a dark cloud as a result of yesterday’s announcement by the Department of Justice. That’s why, your highness, it’s important for us to resolve this impasse with respect to 1MDB and IPIC (International Petroleum Investment Co) as soon as possible. So that we have closure as soon as possible.

Because it’s embarrassing to both countries. It’s embarrassing to Malaysia and embarrassing to UAE as well and the personalities who are close to you.

So, I hope that we can find a solution as soon as possible. But it’s difficult for me to talk to you on the phone. Would it be possible for us to meet as soon as possible, so that we can work this out?

HRH: Mr prime minister, it will be fine with me. The only catch is I will be with Sheikh Khalifa (Zayed bin Sultan Al Nahyan, UAE president). He is in medical treatment now… for a check-up for about 5 days. I am still with him tomorrow and (will) stay with him. But is it okay after that”

Najib: Where will your Highness be?

HRH: I will be home about seven to eight days here.

Najib: Seven to eight days? Errr…

HRH: If you think this is too late, I can arrange something else. I can have Khaldoon (Al-Mubarak, Mubadala Development CEO) talk to you wherever you are. And sit with you and talk about it. He is somebody that I trust completely.

Najib: Yes. Where will your highness be on Sunday?

HRH: I will be leaving with Sheikh Khalifa.

Najib: You are leaving, what time on Sunday?

HRH: I’m not sure.

Najib: You’re not sure. Not in the morning? Would it be possible for me to meet you on Sunday morning?

HRH: (inaudible)

Najib: I’ll fly over on Saturday and be with you on Sunday morning. After the discussion, you can proceed with your trip. This is very urgent, actually.

If we do not resolve this, the matter could escalate.

HRH: Can I call you back in 2 hours?

Najib: Okay, call me at 11.30pm… our time. Thank you.

Second conversation on July 22, 2016, 11.30pm:

HRH: Mr prime minister, I apologise for being late.

Najib: You’re very prompt. Not to worry, your highness.

HRH: Mr prime minister, I have consulted my guys here and I find Sunday (inaudible). It will be very unproductive for you and for me.

Mr prime minister, Khaldoon has full authority from me. And I really want to find a solution for this problem. I think it’s very important that somebody meets him and (inaudible) and we should go for it. It is in our interest to resolve this.

Najib: Yes, it is our mutual interest to resolve this. So, you don’t think I should fly over as people will know about it?

HRH: Yes, I think people will know about it.

Najib: I see… mmmmm. But we really need to resolve this.

HRH: I can go there.

Najib: You want to come here?

HRH: I think I can go there, Mr prime minister. Or your minister can come and meet.

Najib: Can Khaldoon come here?

HRH: I will call him now. He is in California for a visit and I can let him shoot from there.

Najib: I have this personal request, your highness. That relates to Riza, my son. His movie.

The (inaudible) can be relatively small if there can be an agreement with Sheikh Mansour (Zayed al Nahyan, UAE deputy prime minister) to have a loan agreement signed and he will pay back according to the schedule. That will show that it’s a legitimate financing package and not money laundering, you see.

At the moment, he is under a bit of pressure in America. We are worried about him, in case they make him the scapegoat.

I would appreciate if the big package looks (inaudible). I believe we can find a solution. I would appreciate if that agreement can be signed quickly with Sheikh Mansour or whoever is designated so that he can begin to pay back. He’s paid back some and he can continue to pay back so that it will appear as a legitimate loan agreement, which it is.

Because when he received it, the banks cleared his source of money. So, he was not aware at all where it came from.

I don’t want him to be a victim when he was totally unaware about the source of money. He genuinely believed it was from Aabar under the instructions of Sheikh Mansour.

And remember, your highness also talked about helping him when he was in Abu Dhabi.

HRH: Yes (inaudible)

Najib: So, I need that agreement to be sorted out quickly, your highness. That’s my special request. As soon as possible. I mean if by Monday or Tuesday we need to have the agreement signed. Can you suggest how we can do that?

HRH: I’ll be (inaudible) Mr prime minister. (inaudible) I understand it’s your son and that we really really want (inaudible.

Najib: He’s totally innocent. All he wants is to make movies and there was an offer of loan from Sheikh Mansour from Aabar. Also you mentioned it when we were at lunch at the restaurant about supporting him. Before, he thought everything was fine. But now they are trying to connect him with 1MDB’s money and it came as a shock to him.

HRH: Mr prime minister, Inshallah.

Najib: Time is of the essence your highness. We cannot leave it a day longer because we don’t want the Department of Justice to suddenly move against him.

HRH: (Inaudible)

Najib: Where do we go from here? He’s got all the documents with him.

HRH: Let me talk to (inaudible) Mr prime minister. I will let him call you to arrange something immediately.

Najib: Do you have the number for Amhari (Effendi Nazaruddin, Najib’s special officer)? If they can call Amhari straight away and then can we work out and resolve it?

HRH: Mr prime minister, believe me, I want to finish this. This is bad…

Najib: Thank you, thank you. This is very bad. Very serious and it could lead to something very unforeseen and catastrophic for me and for our government and for you and your side. So, it is to our mutual interest that we, being so close, that we need to resolve. It is not something that is impossible. It is something within our means to resolve it. What do you want me to do, your highness?

HRH: I’ll get Amhari, Mr prime minister and then we will discuss.

Najib: Call Amhari? OK, OK, I’ll let Amhari know straight away. –

https://ift.tt/35EAQNq



BUNUH DIRI 

Saya telah mendengar sehingga habis kesemua 9 rakaman perbualan antara DSN dan figur2 tertentu yang didedahkan dalam sidang media tadi. Tulisan ini adalah dengan anggapan bahawa semua perbualan itu tulen:

1. Semua perbualan tersebut hanya melibatkan perbincangan dan pendapat bagi menyelesaikan masalah. Satu-satunya yang mungkin bermasalah adalah pengakuan DSN bahawa beliau telah menandatangani perlantikan KP SPRM yang baru TS Dzulkifli. Tapi semua orang dah tahu kisah ini dan ia bukan konspirasi pun

2. Paling mengejutkan adalah pendedahan perbualan antara DSN dan Syeikh Mohammed Zayed Al Nahyan. Ia merupakan satu pencerobohon dan kebiadapan terhadap sebuah pemimpin negara luar yang tidak sepatutnya berlaku. Bear in mind, Syeikh Mohammed bukan sahaja Putera Mahkota UAE, tetapi beliau juga adalah Timbalan Panglima Angkatan Tentera negara tersebut.

Betapa berpengaruhnya beliau sehinggakan The New York Times telah menamakan Syeikh Mohammed sebagai 'The Most Powerful Arab Ruler' pada tahun lepas.

Soalan, adakah berbaloi kita memalukan DSN dalam keadaan merisikokan hubungan diplomatik dengan negara luar? Pemimpin negara mana lagi yang akan percaya terhadap integriti pihak berkuasa negara kita selepas ini?

Tak pakai otak ke?

3. Tiada perbualan dengan Jho Low walaupun PH sebelum ini mengatakan beliau adalah mata dan telinga DSN dalam perbuatan jenayah.

4. Pendedahan ini merosakkan keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasa undang-undang yang sepatutnya dilihat tidak berpihak. Bagaimana sebuah suruhanjaya yang sepatutnya menegakkan keadilan untuk semua menjadi begitu mudah menyebarkan bukti kepada awam tanpa sebarang konklusi konkrit?. Tak munasabah awak dedah kemudian awak nak kami buat kesimpulan sendiri.

Mana kebertanggungjawaban anda terhadap maklumat dan bukti jenayah?

5. Pendedahan ini akan lebih merosakkan PH daripada menghancurkan DSN. Rakyat akan melihat PH terdesak selepas kegagalan impeachment dan SD Azilah bagi memalukan musuh. Timing pendedahan yang hampir dengan PRK Kimanis hanya menambah syak bahawa ia bermotif politik

Rakyat akan melihat bahawa ini hanya semata mata cubaan untuk menutup kegagalan. Kerana jika ia sebenar-benar bukti, PH sudah lama akan membawa ia ke mahkamah untuk mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut.

Rakyat benci. Negara luar benci.

Begitulah nasib PH. Mereka sedang membunuh diri sendiri.

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Taman Semarak, Kuala Terengganu

https://ift.tt/2N6mT45

Sunday, 5 January 2020

Penjelasan Sebenar Terhadap Isu Pengharaman Menjual Air ZamZam

Haram Jual Air Zam Zam


Ekoran tularnya video dibawah:



Haram Jual Air Zam Zam?
.
Kena faham isu ni, kenyataan akhbar berkaitan haram JUAL itu telah lama. Dua kali KKM buat kenyataan sama 2011 dan 2017 atas isu PENIPUAN penjualan Air Zam Zam. Kerajaan Arab Saudi telah menangkap dan mengenalpasti sindiket penjualan Air Zam Zam sejak 2011 seperti laporan Akhbar Saudi Gezzete [1]. Kerajaan Arab Saudi juga mengeluarkan kenyataan mengharamkan eksport Air Zam Zam secara komersial kerana dibimbangi berlaku penipuan. Walau bagaimana pun jemaah haji dan umrah dibenarkan bawa balik ke negara masing-masing atas keperluan peribadi, bukannya untuk JUALAN [2].
.
Isunya bukan kata air zam zam tu haram, tetapi ambik kesempatan perniagaan itu yang salah.
.
Air Zamzam percuma sahaja kat tanah suci, cuma kos tong plastik sekitar 10 Riyal sahaja. Kemudian hanya jemaah haji/umrah sahaja dibenarkan ambil 5 botol untuk kegunaan sendiri.
.
Kerajaan Arab Saudi pun juga buat kenyataan haram diperniagakan seperti link di atas tu. Jangan dipolitikkan sangat isu ini. Yang kutuk mengutuk adalah kita juga umat Islam. Isu penjualan arak dan seumpamanya adalah isu berbeza.
.
Sehubungan dengan itu, atas akta dan bidang kuasa yang ada kat Malaysia, JAKIM tiada punca kuasa kecuali KKM di bawah Akta Makanan 1983 dan 1985.

"Mengikut Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, air Zam Zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan pengimportannya memerlukan lesen punca air, kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi negara pengeksport.
.
"Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air Zam Zam berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983.
.
Sekali lagi, Isunya adalah kesalahan menjual, bukan kesalahan meminum.
.

Kredit:
Sekian penjelasan dari suhazeli.com
fb.com/Suhazeli.abdullah
5.1.2020
Kuala Lumpur
.
Link
[1] Berlaku penjualan Air Zam Zam Palsu. https://ift.tt/2QLFPGx
[2] Kenyataan Arab Saudi 2011. https://ift.tt/2ZP8aQq
[3] Kenyataan Akhbar KP Kesihatan Disember 2017. https://ift.tt/2ALnRNU


https://ift.tt/39IhCcU

KISAH SEBENAR MUSLIM DI CHINA (UYGHUR) DALAM KEMBARA KE BARAT CHINA




Gambar ihsan BH online




KISAH SEBENAR MUSLIM DI CHINA DALAM KEMBARA KE BARAT CHINA 9-21 DISEMBER, 2019

Saya dah lama membaca mengenai suasana di Xinjiang dan Urumqi serta mengenai orang-orang Uyghur. Tapi saya memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi selagi saya tidak melihat sendiri dan hanya bergantung kepada laporan media. Saya lebih puas untuk bercakap mengenai apa yang saya tahu, alami dan lihat sendiri daripada memetik sana sini dan dijadikan bahan cerita. Tak minat jadi popular dari kesakitan orang lain. Lebih minat menyatakan yang sebenar. Maka, saya reservekan diri saya dari issue ini hingga saya puashati untuk bercerita. Penulisan saya kali ini agak panjang dan memerlukan masa untuk membacanya. Pastikan anda luangkan masa anda sebaiknya untuk membaca jika berminat atau skip sahaja. Ia sekadar pengalaman, pemerhatian dan pandangan saya mengenai apa yang saya tahu, lihat dan alami.



Kembara saya ke China kali ini agak berbeza dengan kembara ke China sebelum ini. Selama ini saya mengembara di sebelah utara, timur dan selatan China seperti Beijing (3 kali), Shanghai, Guangzhou, Shenzen, Suzhou, Huzhou, Huangshan (mendaki Gunung Huangshan atau The Yellow Mountain), Yiwu, Hong Kong, Taiwan dan Macau. Tetapi kali ini, saya ingin melihat dunia China di sebelah barat, barat laut dan sedikit utara China pula seperti Lanzhou, Baiyin dan Linxhi di Wilayah Gansu, Xian di Wilayah Shaanxi, Xining di Wilayah Qinghai dan Urumqi di Wilayah Xinjiang. Saya memang dah lama menyimpan hasrat untuk melawat kawasan ini kerana ini lah sebenarnya Laluan Sutera yang amat terkenal itu. Di wilayah-wilayah ini lah yang dikatakan mempunyai masyarakat Chinese Muslim teramai dan saya teringin untuk melihatnya sendiri untuk lebih mengenali negara China serta perkembangan Islam di China. Malangnyua, saya tidak dapat pergi ke Linxi yang dikatakan mini Mekah kerana masalah cuaca dengan salji tebal. Begitu juga dengan Urumqi, saya tidak dapat kesana kerana masa yang terlalu lama untuk travel ditambah dengan jatuh sakit angkara food poisining sekembali dari Xian.

Untuk menulis ini, saya perlu berhati-hati kerana saya kena pastikan segala maklumat tepat, tidak berat sebelah dan menjaga tahap kesahihan dengan baik. Untuk itu, pelbagai sumber saya cuba peroleh tanpa mengabaikan kesahihan sumber samada dari pertemuan, temuramah masyarakat setempat, pengawasan persekitaran, pembacaan, cross reference serta pengalaman-pengalaman sendiri dan orang lain yang membawa maksud yang sama. Insyallah, mungkin fakta tidak mencapai 100% tepat namun, hasil dari segala homework yang dibuat, inilah kisah dari pengalaman saya sendiri salama berada di 3 wilayah di China ini. Setiap maklumat yang saya terima tidak diambil bulat-bulat tapi saya lakukan cross check sebelum diambil sebagai data sahih.

KISAH SEBENAR MUSLIM DI CHINA (UYGHUR) DALAM KEMBARA KE BARAT CHINA
Gambar ihsan BH online


Sebelum itu, sedikit perkongsian mengenai sejarah Islam di China sebagai latarbelakang.

Islam mula-mula tiba di China sejak 1,403 tahun dahulu, iaitu pada tahun 616 Masihi atau 6 tahun sebelum Hijrah iaitu 6 tahun selepas Rasulullah menerima wahyu pertama dari Allah melalui Jibrail di Gua Hira’. Sejarah China mengatakan bahawa Islam dibawa ke China oleh salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Saad Bin Abi Waqqas, manusia ke 7 direkodkan beriman kepada Allah. Cuma tahun itu ada perbezaan pandangan kerana ada sejarah yang lebih kukuh menyatakan Islam mula tersebar di negara China pada tahun 650 Masihi sewaktu pemerintahan Maharaja Gaozong dari Dinasti Tang. Maharaja Gaozong adalah maharaja ketiga dari dinasti Tang yang memerintah dari tahun 649 hingga 683. Oleh itu, adalah lebih kukuh untuk menyatakan bahawa Islam pertama kali diperkenalkan di China pada tahun 650, iaitu hampir 20 tahun selepas wafatnya Rasulullah dan di zaman pemerintahan Khalifah Uthman. Ini kerana, pada waktu itu, Khalifah Uthman sudah menyiapkan lembaran Al Quran dan tugas utama Saad Ibn Waqas ke China ialah selaku duta kepada Khalifah Uthman menyebarkan ayat-ayat suci Al Quran dan ajaran Islam. Kedatangan Saad ke China pada 616 Masihi adalah dipercayai untuk mengenali orang-orang China dan laluan ke China. Bagaimanapun, masjid pertama di China telah dibina dan dibangunkan di Guangzhou iaitu Masjid Huaisheng pada tahun 627 Masihi. Disitu membuktikan bahawa Islam telah tiba di China pada zaman Maharaja Taizong, iaitu bapa kepada Maharaja Gaozong dari Dinasti Tang. Dengan semua peristiwa diatas, bolehlah dikatakan Islam tiba di China diantara tahun 616M hingga 650M (6 tahun sebelum Hijrah hingga 30 Hijrah).

Di China terdapat sejumlah 55 kaum etnik dengan kaum Han sebagai etnik majoriti menjadikan 56 kaum. Han mempopulasi negara China dengan sejumlah hampir 92% dari jumlah 1.4 billion rakyat China (2018). Umat Islam adalah minority di China yang mempunyai jumlah lebih 40 juta orang. Majoriti Islam di China ialah dari etnik Hui lebih 12 juta orang dan Uyghur seramai lebih 10 juta orang. Sebilangan kecil lagi umat Islam di China terdiri dari etnik lain termasuk Kazak, Uzbek, Tajik, Tatar, Kirgiz, Salar, Dongxiang, Bonan dan sedikit dari Han (convert Muslim) menjadikan jumlah Muslim di China (2017) ialah seramai 41 juta orang, lebih ramai dari Malaysia yang mempunyai 20 juta orang (63% dari populasi) dan melebihi muslim di Arab Saudi iaitu 32 juta orang. Umat Islam berada di mana-mana sahaja di China, di segala pelusuk negara China yang besar dan luas. Tetapi, majoriti Muslim berada di wilayah Xinjiang, Gansu, Shaanxi, Ningxia dan Qinghai. Kesemua ini terletak di sebelah barat China, iaitu di kawasan yang saya lawati kali ini. Ini kerana disinilah yang dipanggil Laluan Sutera. Manakala yang berada di sebelah Timur dan Selatan seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, Yunan dan lain-lain adalah mereka yang berhijrah mencari rezeki dikawasan majoriti Han.

Xinjiang merupakan wilayah paling padat dengan Muslim di negara China tetapi majoritinya adalah Muslim Uyghur selain Muslim Hui dan orang Han serta beberapa etnik lain. Dari sejumlah 21 juta penduduknya, 45% adalah dari etnik Uyghur manakala 40% adalah Han, 7% adalah Kazakh dan 5% adalah Hui. Xinjiang merupakan wilayah terbesar di China yang meliputi seluas 1.6 juta km persegi tetapi hanya 10% darinya sahaja yang boleh didiami. Lainnya adalah lurah dan lembah sungai (basin land) yang kaya dengan mineral terutama sekali minyak dan gas yang membawa 70% dari hasil ekonomi Xinjiang. Xinjiang juga kaya dengan mineral lain seperti arang batu, garam, soda, emas dan jade.

Selama barada di China baru-baru ini, saya telah sempat berbual dengan seramai 3 orang yang mampu berbahasa Inggeris walau dengan sedikit susah payah kerana Inggeris mereka tidaklah selancar mana. Asal boleh faham sahaja. Yang pertama ialah seorang imam di Masjid Besar Xian, masjid terbesar di China. Seorang lagi ialah lelaki muslim di Xining dan seorang lagi adalah Imam dan guru tahfiz di Masjid Nanguan di Xining. Saya cuba juga menemubual seorang lagi lelaki Muslim di Xining dengan Bahasa Mandarin melalui anak saya yang baru selesai SPM dan telah belajar Mandarin sejak tadika hingga tingkatan 5. Tak ada apa yang diperolehi dari lelaki Bahasa Mandarin itu kerana mereka berbual agak panjang tetapi translate dari anak saya sedikit sahaja. Ringkasnya, lelaki Bahasa Mandarin itu seolah-olah takut hendak bercerita dan hanya mendapat maklumat bahawa tidak ada apa-apa masalah di Xinjiang dan Muslim disana mengamalkan Islam seperti biasa.

Tidak puashati dengan info tersebut, saya berusaha juga. Sewaktu di Xian, saya bersolat Zohor dan Asar di Masjid tertua di China dan Xian. Selepas solat, saya mengambil beberapa gambar didalam masjid dan ketika itu Imam sedang mengetuai zikir selepas solat. Saya perasan imam itu memerhatikan saja saya. Sewaktu berjalan keluar dari masjid, saya lihat imam tadi menunggu saya di salah satu courtyard masjid (masjid Xian ada 5 buah courtyard). Dengan Imam ini tidak banyak info diperolehi kerana dia lebih suka bercerita tentang dirinya yang banyak kali datang ke Malaysia dan mampu berbahasa Malaysia dengan baik serta 2 anaknya belajar di UIA. Sebab tu lah rupanya dia gigih menunggu saya di jalan keluar dari masjid. Juga dia membawa kami ke kedai adiknya di depan masjid yang menjual pelbagai barang. Kedai ini satu-satunya kedai yang menerima wang Ringgit Malaysia. Mungkin kerana anaknya masih belajar di Malaysia dan itulah wang yang dihantar kepada anaknya.



Sewaktu di Xining, saya bernasib baik kerana pada hari kedua di Xining, sebuah mall baru dibuka dan itu adalah hari pembukaannya. Di Xining, 17% penduduknya adalah Muslim Hui. Majoritinya adalah Han (76%) dan selebihnya adalah etnik lain termasuk Tibetan. Xining terletak didalam wilayah Qinghai iaitu wilayah yang paling bersebelahan dengan Xinjiang. Namun, di pusat bandar Xining ini terdapat begitu ramai Muslim. Pergi kemana-mana sahaja dengan mudah dapat dilihat lelaki dan wanita Muslim yang memakai kopiah putih dan bertudung. Hampir kesemua kedai di pusat bandar Xining adalah dimiliki oleh Muslim dan kesemua restoran dan bakery di pusat bandar adalah HALAL. Mall yang baru ini di tengah bandar dan kesemua makanan yang dijual didalam mall ini adalah HALAL. Biasanya kalau di mall akan disediakan sekadar surau sahaja, tetapi di mall baru di Xining ini ia tidak sediakan kemudahan surau, sebaliknya disediakan sebuah masjid yang sangat besar. Masjid ini terletak di tengah2 mall yang besar ini bagaikan Kaabah di Masjidil Haram. Sangat unik dan menarik. Ketika di mall inilah saya bertemu dan bebual dengan seorang lelaki Muslim dan pertama kali dapat benar-benar bercakap mengenai kisah di Xinjiang.

Pada mulanya lelaki ini agak takut nak bercakap mengenainya, tetapi setelah membeli jualannya dan guna pelbagai tektik, barulah saya mendapat sedikit cerita darinya. Dia mengatakan bahawa semua Muslim di China ini adalah dari etnik Hui. Ini bermakna, Muslim di China adalah Hui tetapi tidak semua Hui adalah Muslim. Jika Hui itu bukan Muslim, mereka adalah athies iaitu Buddhist atau tidak mempunyai apa-apa kepercayaan tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Hui adalah Muslim Sunni dan mengikut Mazhab Hanafi. Dari perbincangan saya dengan lelaki ini, bolehlah dirumuskan bahawa Muslim Hui adalah muslim jati di China manakala muslim Uyghur adalah muslim bukan dari keturunan China sebaliknya adalah dari keturuanan Eurasia yang sebahagiannya dari Siberia dan ada dari keturunan Mongol. Majority Uyghur adalah keturunan Turkic. Tetapi, etnik Uyghur sudah diterima sebagai salah satu dari 56 etnik rasmi di negara China sejak sekian lama. Menurut lelaki ini, Muslim Hui tidak berapa rapat dengan etnik Uyghur kerana mereka agak berlainan terutama sekali dari segi keturunan. Orang Uyghur tidak mengaku sebagai orang China dan mereka tidak bertutur dalam Bahasa Mandarin iaitu Bahasa kebangsaan rakyat China. Namun, mereka boleh dan mampu bertutur Bahasa Mandarin sebagai Bahasa cari makan. Malah mereka juga tidak berbangga dengan bendera negara China. Apabila ditanya kenapa kerajaan China menyekat orang Uyghur, menurutnya, ini adalah disebabkan orang Uyghur hendak menegakkan negara mereka sendiri sedangkan tanah yang mereka duduki itu adalah tanah China. Mereka sanggup berbunuhan dan bersubahat dengan IS. Sebahagian mereka adalah anggota IS yang berperang di negara teluk. Malahan, katanya lagi, Xinjiang menjadi tempat merekrut anggota IS dan ini yang menjadikan kerajaan China berhati-hati dengan orang Uyghur. Orang Han dan Hui yang sememangnya asli China tidak berapa baik dengan orang Uyghur terutama yang tidak ada kesetiaan kepada negara sedangkan kerajaan China sejak ditubuhkan menerima orang Uyghur sebagai salah satu etnik rasmi di China. Padanya, sebagai rakyat China, mereka sepatutnya menunjukkan kesetiaan kepada negara mereka, bukan kesetiaan kepada negara lain tetapi tinggal dan menerima kewarganegaraan China. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sebab itu, pihak kerajaan berasa sangsi dengan mereka dan mengetatkan pengawasan keatas mereka bagi mamastikan 55% masyarakat bukan Uyghur lain dapat menikmati kehidupan dengan aman dan sempurna di Xinjiang.

Beliau juga menambah bahawa kebanyakan Muslim Uyghur tidak mengamalkan Islam dengan sempurna yang antaranya tidak bersolat 5 waktu sehari dengan taat sepertimana Muslim Hui. Orang Hui memang sangat taat malahan setiap waktu masjid akan ramai Jemaah sehingga lebih 10 saf walaupun di waktu Zuhur dan Asar dan hari bekerja. Katanya, Muslim Uyghur sememangnya Muslim tetapi mereka banyak abaikan hal agama terutama bab solat dan puasa. Malahan, baginya, ada orang Uighur meminum arak terutama dimusim sejuk sedangkan Muslim Hui jangankan arak, rokok pun diharamkan. Namun, tidak semua begitu kerana ramai juga yang taat dan beramal solih dan tidak membuat perkara-perkara yang dilarang Allah dan kerajaan seperti terlibat dengan terrorism. Orang sebegini tidak diganggu oleh kerajaan dan polis China. Mereka bebas hidup dan beramal.

KISAH SEBENAR MUSLIM DI CHINA (UYGHUR) DALAM KEMBARA KE BARAT CHINA


Beliau mengaku memang wujud kem-kem seperti yang dilaporkan tapi ia adalah tempat untuk memulihkan rakyat Uyghur yang didadapati ada kecenderungan untuk melakukan perkara negative dan untuk menjadikan mereka rakyat China yang sejati. Bagi dirinya, walaupun dia Muslim dan negaranya diperintah oleh Komunis, tetapi dia bangga menjadi rakyat China dan sayang kepada negaranya. Pemerintah tidak pernah menghalang dia mengamalkan agama Islam kerana Islam merupakan agama ketiga terbesar di China selepas Buddha dan Taoism. Umat Islam di China bebas ke masjid, berpuasa, berniaga terutama makanan halal, membaca dan menyebarkan kandungan Al Quran malah ramai rakyat China yang mengerjakan Umrah dan Haji di Mekah. Ramai juga rakyat China yang belajar tentang agama di negara luar seperti di Timur Tengah dan Mal;aysia (UIA). Etnik Uyghur juga tidak disekat dari mengamalkan Islam seperti solat di masjid mahupun dirumah, berpuasa malah, kerajaan China membenarkan mereka keluar dari negara untuk menunaikan Umrah dan Haji seperti kaum Hui lain dan diterima pulang dengan baik. Cuma bezanya, pihak kerajaan melalui polis China mengawal ketat orang Uyghur ini kerana berdasarkan sejarah mereka pernah melakukan terorisma di beberapa bandar dan kampung di Xinjiang terutama di Urumqi dan Kashgar. Lelaki ini berpendapat, puak pelampau/terroris di Xinyiang ini adalah ditaja oleh Amerika dan barat. Sebab itulah, pelbagai cerita-cerita negatif dibawa oleh barat mengenai tindakan kerajaan China keatas etnik Uyghur. Lelaki ini menganggap orang Uyghur adalah Syiah. Tetapi dari cross-check yang saya buat, majoriti Muslim Uyghur adalah Sunni, bukan Syiah. Dari gaya cakapnya, dia seolah-olah marah sangat dengan orang Uyghur sampai mensyiahkan orang Uyghur.

Pada malam terakhir di Xining dan China, saya bersolat maghrib di Masjid Nanguan yang berdekatan dengan hotel kami. Selepas solat, saya bertanya beberapa orang jika ada yang boleh bercakap Inggeris. Akhirnya saya dapat berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Muhammad yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Beliau merupakan imam dan guru Bahasa Arab di sekolah yang didirikan didalam kawasan masjid tersebut. Hampir setiap masjid di Xining ini mempunyai sekolah tahfiz masing-masing. Beliau pada mulanya enggan bercakap mengenai Xinjiang. Saya ni pula jenis straight to the point dan no nonsense person, terus sahaja bertanya tentang Xinjiang. Puas saya pujuk tapi dia enggan malah pada satu peringkat, dia agak marah juga dengan saya kerana terus bertanya mengenai Xinjiang. Sehinggalah dia mengalah dan mengajak saya ke pejabatnya di tingkat atas. Saya naik keatas kami bersembang agak lama. Rumusannya, dia mengatakan bahawa orang Uyghur adalah juga Muslim seperti semua Muslim lain cuma padanya, Uyghur bukan orang China seperti orang Han dan Hui. Pada orang Hui, Uyghur adalah orang asing yang diberikan keisteimewaan oleh kerajaan China untuk menduduki sebuah wilayah di China dan diberikan segala kemudahan sama seperti rakyat China yang lain. Uyghur adalah rakyat China tapi dari bangsa lain. Beliau juga bersetuju bahawa orang Uyghur sebagahagiannya adalah penyokong puak pemisah yang mahu mewujudkan negara sendiri. Tapi China tak akan benarkan kerana China tidak mahu kehilangan lagi wilayah mereka seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau. Xinjiang adalah wilayah China dan ia adalah milik China. Walaupun majoriti penduduk Xinjiang adalah Muslim dan keturunan Uyghur adalah Turkic, tetapi kerajaan China hanya membenarkan mereka menjadi sebuah wilayah berotononmi penuh sahaja, tidak sebagai negara merdeka. Itu yang menyebabkan ramai masyarakat Uyghur yang dipengaruhi oleh ideologi pemberontak.

Imam Muhammad lebih berhusnuzon apabila ditanya mengenai cara amalan Muslim Uyghur. Beliau mengatakan (dengan wajah sinis) bahawa Muslim Uyghur adalah muslim, mereka juga bersolat 5 waktu sehari, berpuasa malah turut mengerjakan umrah dan haji. Mereka mempunyai masjid dan hanya makan makanan halal. Beliau juga mengesahkan bahawa Muslim Uyghur adalah Sunni dan mengamalkan mazhab Hanafi, bukan Syiah. Baginya, tidak ada beza Muslim Uyghur dengan Muslim lain cuma mereka bukannya orang Hui atau Han atau lebih ringkasnya, mereka bukan Chinese. Tetapi mereka tetap Muslim dan rakyat China. Namun, beliau mengkritik cara membaca surah ketika solat orang Uyghur. Baginya, orang Uyghur tidak menjaga bacaan dengan sempurna ketika solat. Semua main langar sahaja tanpa menjaga tajwid dengan baik. Ini maklum kerana beliau adalah guru Al Quran dan Bahasa Arab, maka dia ada ahli dalam hal ini.



Padanya, orang Uyghur seharusnya menghormati keselesaan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan China kepada mereka. Apa yang dikatakan tentang masyarakat Uyghur di Xinjiang oleh orang barat tidak lebih daripada masalah atau isu pentadbiran kerajaan China terhadap rakyat di negara mereka sendiri. Apabila ditanya tentang kewujudan kem di Xinjiang, Imam Muhamad tidak menjawab kerana dia seperti tidak faham dengan soalan. Lain ditanya, lain pulak dijawabnya. Kata nya, dulu di Xining ada lebih 100 buah masjid tetapi banyak telah dirobohkan oleh kerajaan kerana semua masjid baru tidak dibenarkan dibina. Hanya masjid yang melebihi usia 100 tahun sahaja yang dibenarkan dan dibantu dari segi kewangan oleh kerajaan. Sekarang tinggal 50 buah sahaja masjid di Xining. Tetapi di seluruh wilayah Qinghai terdapat 930 buah masjid. Sebarang pembinaan masjid baru tidak dibenarkan langsung kerana tiada tanah diberikan untuk pembinaan masjid. Maka pembinaan masjid baru adalah pembinaan secara haram dan akan dirobohkan. Peraturan ini berkuatkuasa di seluruh China termasuk di Xinjiang. Berita perobohan masjid di Xinjiang sebenarnya merujuk kepada masjid baru yang cuba dibina oleh masyarakat di sana. Untuk makluman, di seluruh China terdapat lebih 40,000 buah masjid dan lebih 25,000 dari nya adalah di Xinjiang sahaja. Beliau dan Muslim lain di China tidak mempunyai masalah dengan itu dan baginya, sebagai etnik minority, mereka bersyukur setidak-tidaknya mereka dibenarkan beramal dengan bebas tanpa sekatan dan boleh membuka sekolah tahfiz, Bahasa Arab dan pengajian Al Quran. Ramai muridnya yang sambung belajar ke Al Azhar, Jordan, Yemen, Indonesia dan Malaysia.

RUMUSAN

Dari interview keatas beberapa sumber yang terhad ini, penyelidikan beberapa sumber dan pemerhatian saya dari suasana kehidupan Muslim di Xining, Lanzhou, Xian, Guangzhou, Beijing, Huangshan, Shenzen dan beberapa daerah lain di China, dapat disimpukan bahawa Islam dan Muslim di China hidup aman damai mengamalkan agama mereka tanpa sebarang gangguan dari pemerintah China yang berfahaman Komunis. Malah, rakyat China bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dan mengunjungi rumah ibadat masing-masing. Tiada sekatan dibuat oleh kerajaan China keatas kepercayaan rakyatnya. Malahan, dikalangan sesama rakyat China juga tidak ada sebarang konflik samada China Muslim, Buddha, Christian, Taois mahupun Athies. Apa yang diperhatikan, di bahagian barat China ini jauh lebih mudah untuk mencari Muslim dan masjid berbanding di sebelah timur China. Makanan halal juga sangat mudah dimana-mana di China apa lagi di sebelah barat China. JIka anda datang ke Xining menaiki keretapi, keluar sahaja dari stesen keretapi anda akan terus memasuki bandar Islam China dan dengan mudah dapat melihat masyarakat Islam mereka berkopiah putih dan berhijab. Malahan, di stesen keretapi Xining juga sangat mudah untuk mendapatkan makanan halal. Di Lanzhou pula, makanan halal boleh didapati di Terminal 1 iaitu terminal antarabangsa. Terminal 2 tak boleh masuk, hanya untuk locals. Nak lagi menarik, kesemua hotel di bandar Xining ini milik orang Islam dan hotel terakhir kami duduki menyediakan sarapan halal. Punyalah seronok. Tukang masak berkopiah dan bertudung.



Apa yang berlaku di Xinjiang secara rumusannya adalah satu tindakan dalaman oleh pemerintah China. Dalam keadaan mereka tidak menghalang umat Islam mengamalkan cara beribadah, mereka mahu memastikan tidak berlakunya aktiviti ‘terrorist breeding’ di Xinjiang. Kerajaan China tidak sikit pun mempunyai masalah dengan umat Islam Hui di tempat lain, tetapi mereka agak berhati-hati dengan orang Uyghur. Ini kerana telah berlaku banyak peristiwa pengebom berani mati, pembunuhan keatas orang Han dan Hui di Xinjiang dan juga pembunuhan keatas polis. Kerajaan China secara realitinya melindungi kebebasan beragama dan hak serta kepentingan undang-undang minority. Mereka dengan tegas melarang sebarang diskirminasi dan penindasan keatas mana-mana agama termasuk masjid, kuil, tokong, gereja mahupun sinagog walaupun jumlah Jews di China terlalu kecil. Sebab itu dapat dilihat dengan jelas dimana-mana di China, orang Han atau etnik lain tidak ada masalah untuk masuk ke kedai makan Muslim. Untuk pengetahuan, jika anda ke mana-mana daerah di China, jika kedai itu menjual mee tarik, maka mereka adalah Muslim Hui dan berasal dari barat China seperti Gansu dan Shaanxi atau Qinghai. Kedai Hui susah nak cari nasi. Jika kedai halal itu menjual nasi berlauk, dan muka peniaganya macam mongol atau Turki, maka itu kedai orang dari Xinjiang. Satu lagi yang menjual ala Arabic seperti kebab dan daging-daging bakar beserta roti, itu adalah orang Uyghur.

Mengikut sumber, di China ada satu dasar kekeluargaan iaitu dasar satu anak dimana setiap rakyat China tidak dibenarkan mempunyai lebih dari satu anak. Tetapi menurut Imam Muhammad dari masjid di Xining, beliau mempunyai dua anak. Kerajaan tidak melarang. Kerajaan cuma larang sesiapa dari mempunyai 2 atau lebih isteri. Walau Islam membenarkan, tetapi kerajaan China tidak membenarkannya dan umat Islam terutama Hui di China tidak membantah kerana sebagai rakyat China, mereka wajib menyokong hssrat dan dasar kerajaan. Di Xinjiang, sejak 2017, Kerajaan China telah menarik balik larangan mempunyai 1 anak bagi etnik Uyghur. Ini bermakna, orang Uyghur dibenarkan mempunyai lebih dari satu anak manakala yang di luar bandar pula dibenarkan mempunyai sehingga 3 orang anak. Bagitupun, bagi orang Han, mereka masih kekal dengan dasar 1 anak yang ditetapkan. Imam Muhammad juga berkata, di China, apabila anak telah mencecah usia 20 tahun, mereka wajib berkahwin.



Bantah runtuhkan Masjid


Dikala orang Han yang mati diwajibkan mayatnya dibakar akibat kekurangan tanah pertanian bagi setiap keluarga serta tanah sewa dibandar yang mahal, kerajaan China membenarkan umat Islam samada Hui mahupun Uyghur mayatnya dikebumikan secara tradisi Islam. Masjid baru dirobohkan atas dasar tanah yang sama tetapi masjid lama terus dijaga apalagi kalau masjid itu berusia 500 tahun keatas. Di China, terlalu banyak masjid yang berusia ratusan tahun dan ianya dijaga dengan rapi oleh umat Islam dan kerajaan komunis China sebagai bangunan warisan dan bersejarah.

Mengenai kem, banyak media mengatakan bahawa China menyeksa orang Uyghur dengan pelbagai jenis siksaan dan salah satu alasannya ialah mengatasi keganasan dan esktremisme. Sebenarnya di Xinjiang terutama di bahagian selatan yang bersepadan dengan Pakistan (Jammu dan Kashmir), Kyrgyztan, Tajikistan dan Afghanistan adalah lokasi pembiakan organisasi pengganas seperti Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) sejak 1990an lagi. Mereka melatih anak-anak muda malah kanak-kanak yang sepatutnya hadiri sekolah formal dengan latihan-latihan kearah menuntut penubuhan ‘Turkistan Timur’. Banyak siri serangan telah dilakukan oleh puah pemisah ini sejak tahun 1990 hinggalah 2016 dan semua serangan berlaku di Xinjiang keatas bukan sahaja etnik Han, malah juga kepada umat Islam Hui kerana mereka menyangkakan Hui adalah orang Shafie. Mereka menganggap orang mazhab Shafie kurang Islam nya. Ini semua adalah angkara indoktrinisasi yang dilakukan oleh para extrimis agama kalangan etnik Uyghur. Pada 5 Julai 2009, beratus etnik Uyghur mengamuk dan menyerang jalan-jalan di Urumqi dan menyerang orang awam. Akibatnya, hampir 200 orang mati dibunuh dan hampir 2,000 orang dicederakan. Serangan ini dikutuk sekeras-kerasnya oleh Imam Masjid Id Kah, antara masjid tertua dan terbesar di Xinjiang iaitu Juma Tahir. Untuk itu, pada 30hb Julai, 2014, imam tersebut mati dibunuh oleh 3 extremis di luar masjid kerana bagi mereka, Imam Juma Tahir adalah musuh yang melampau bagi puak extremis. Imam Tahir dibunuh selepas solat Subuh lebih kurang jam 7 pagi. Semua imam Uyghur dilantik dan dibayar gaji oleh kerajaan China sebagai professional. Ramai imam dibunuh oleh puak pemisah Uyghur seperti Abliz Damolla di Great Mosque of Yeching di Selatan Xinjiang, imam Haji Hakimsidiq, imam Hj Aronghan juga dari masjid Id Kah, Imam Mullah Hj. Aronghan, imam Yunus Sidiq Damolla dibunuh dihadapan masjidnya, imam Hj. Abliz dan imam Abdurehim Damaolla dari Masjid Kazihan di Turpan, Xinjiang antara ramai yang dibunuh.

Berpunca dari itu, maka kerajaan China mengambil pelabagai langkah untuk menyekat lebih banyak lagi, pembunuhan, serangan serta pengebom berani mati keatas etnik di China oleh masyarakat Uyghur. Selama beberapa tahun diambil untuk memastikan keselamatan di Xinjiang terjamin buat semua dan kerajaan China tidak akan sesekali tunduk kepada tuntutan kepada pembetukan Turkistan Timur menggantikan Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang. Dengan hasil mineralnya yang sangat kaya raya, mana mungkin China mahu melepaskan Xinjiang menjadi negara merdeka. Pengawasan CCTV memang wujud di Xinjiang, kem-kem memang wujud di Xinjiang dan penyeksaan memang wujud di Xinjiang tapi bukan kerana mereka Islam atau sebagai satu proses penghapusan umat Islam di Xinjiang mahupun di China. Jika nak hapus umat Islam, bukan sahaja di Xinjiang malah ada 15 juta lagi umat Islam di seluruh China terutama di Barat Timur China. Pergi sahaja ke Xining, ramai umat Islam disana untuk dibantai. Tapi saya mereka aman disana dan bebas bersolat bersama, belajar dan berpuasa di bulan Ramadan. Anak-anak Muslim di Xining bebas belajar bahasa Arab, Al Quran dan tahfiz. Tak seorang pun ditangkap dan disumbat ke dalam ‘kem’ untuk ‘diseksa’ atas sebab beragama Islam. Ramai juga umat Islam di Xinjiang yang keluar dari negara mereka untuk menunaikan umrah dan haji. Kerajaan China tidak menghalang mereka dan mereka pulang dengan aman dan kembali mengamalkan Islam asalkan tidak membawa ideologi pengganas dan puak pemisah.

Saya boleh bagi gambaran apa yang berlaku di Xinjiang adalah umpama kerajaan Malaysia diketuai oleh orang Islam mengiktiraf kaum Thai yang beragama Buddha yang telah lama tinggal dan menjadi rakyat Malaysia di negara ini dan memberikan satu wilayah sebagai ‘wilayah otonomi’ mereka. Mereka gelar diri mereka sebagai orang Siam. Tapi mereka gunakan kebebasan dan kemudahan yang diberikan dengan membunuh dan mengebom atas nama perjuangan membebaskan ‘wilayah’ mereka untuk dijadikan sebuah negara Siampura. Apakah kerajaan Malaysia harus berdiam diri dan asyik ajak berunding di meja rundingan sahaja? Antara langkah pertama diambil ialah tangkap mereka dan masukkan ke sebuah pusat khas untuk membentuk jati diri mereka agar menjadi lebih Malaysia dan mengenali tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Ini contoh sahaja dan inilah sebenarnya yang sedang berlaku di Xinjiang. Media barat merupakan paling banyak melaporkan perkara ini dan paling beria-ia mengatakan tentang penyeksaan dan menyamakan kem kerajaan di Xinjiang dengan kem Nazi keatas Yahudi di German sewaktu WW2 dulu.

Cuma saya nak tambah sedikit, di negara kita ini rakyatnya agak bernasib baik kerajaan mengamalkan sistem demokarasi dan kebebasan (itu pun ada yang kata kerajaan Malaysia adalah kerajaan Komunis). Tetapi ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai kebebasan yang diberikan sehingga mereka lupa jati diri mereka dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Ambil contoh isu Jawi. Sebagai kerajaan, ia adalah hak kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang mereka rasakan perlu untuk dilaksanakan. Tapi ada pihak yang merasakan seolah-olah ia adalah proses Islamisasi oleh kerajaan dan bersungguh-sungguh membantahnya seolah-olah jika diteruskan, perang saudara akan meletus. Ini kerana bagi mereka yang menentang ini, jika ia diteruskan akan berlaku kematian dan penyeksaan kerana 3 mukasurat dan 4 perkatan Jawi itu mampu menjadikan mereka Muslim dan menjadi Muslim bermakna mati. Kalau mereka tinggal di negara komunis seperti China dan mereka membantah sebegini, golongan ini dah lama diperap dalam penjara atau mungkin dibunuh oleh kerajaan komunis China.

Ambil contoh apabila pertengahan tahun ini kerajaan China mengarahkan semua premis Muslim menurunkan segala tanda Arabic terutama perkataan Halal pada signboard masing-masing. Ia bukan tujuan untuk hapuskan Islam di China. Tapi ia cuma satu cara kerajaan China untuk memupuk dan menggalakkan budaya China di China. Arab bukan budaya China maka tulisan Arab tidak mencerminkan China sebagai satu bangsa. Tapi di Malaysia yang menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, seharusnya tiada bahasa lain digunakan di mana-mana premis perniagaan atau organisasi. Seandainya kerajaan tegas dan sememangnya harus tegas arahakan semua premis hanya menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa dibenarkan di semua papantada, mungkin berlaku huru hara dinegara ini. China, India dan Indonesia yang mempunyai rakyat berbillion dan berjuta orang selamba menetapkan hanya bahasa mereka sahaja digunakan. Peraturan ini bukan sahaja dikenakan keatas premis dan masjid Islam sahaja, malahan gereja juga diminta menurunkan salib serta sinogog diminta tidak meletakkan bintang David di hadapan bangunan. Tetapi di bahagian dalam bangunan semua agama dibenarkan menggunakan tulisan ikut agama masing-masing.

Saya membantah sebarang bentuk penindasan kepada mana-mana manusia di muka bumi ini dan sebarang bentuk rampasan hak mana-mana manusia. Tetapi jika ianya adalah hak sesebuah kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negara mereka, itu adalah hak mereka. Apa berlaku di Xinjiang tidak boleh disamakan dengan rakyat Palestin. Juga tidak sama dengan di Rohingya. Palestin negara mereka dirampas dan mereka dinafikan hak sebagai rakyat negara sendiri oleh pendatang. Rohingya pula adalah masalah yang ditimbulkan oleh pihak British yang tidak menguruskan etnik ini selepas mereka meninggalkan Arakan dan mengambil hasil bumi. Ia juga adalah masalah Bangladesh yang tidak mahu menerima rakyat mereka kembali. Tapi bukan lessen untuk Myanmar menyiksa mereka tetapi Myanmar juga ada masalah mereka sendiri, iaitu rakyat mereka hidup miskin. Di Xinjiang, sebarang penindasan adalah kekejaman kemanusiaan. Sewajrnya ia tidak berlaku dan perlu dihentikan dengan segera. Tetapi jika ia berkait dengan keselamatan rakyat lain, maka keutamaan haru diberi kepada rakyat majoriti.

ikhlas
Zack Rahim
KL - LANZHOU - XIAN - BAIYIN - XINING - KL

Nota: artikel ini diterima di dalam group wasap


https://ift.tt/2QpD52r

Thursday, 2 January 2020

'Atas nasihat Ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan' - Maszlee



Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Hilmie Malik
Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Hilmie Malik
PUTRAJAYA: : Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok.

Menurut Maszlee, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang reda walaupun berat.

“Dengan nasihat daripada Ayahanda, Perdana Menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Putrajaya, pada Khamis.

Sebelum itu timbul spekulasi berhubung peletakan jawatan beliau di media sosial sejurus selepas berita pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis timbul.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]