a Join Us at facebook: August 2019 Tweet button

Saturday, 31 August 2019

Baran Punca Sharnaaz-Nabila Bakal Cerai?

Baran Punca Sharnaaz-Nabila Bakal Cerai?
ISTERI kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.
Read More

from Akak Di Balik Pintu https://ift.tt/2zCbIcx

Monday, 19 August 2019

Gadis ini Telah Dua Tahun Dikebumikan Tapi Mayatnya Masih Elok




Seorang gadis yg menjaga solatnya dan rajin bangun malam utk beribadah sudah 2 tahun dikebumikan , bapanya bermimpi yg dia meminta agar mayatnya dipindahkan kerana ada mayat yg tidak solat ditanam disebelah kuburnya dan ia menyakiti ( mayat yg diseksa sebab tak solat itu menyakitinya) . Bapanya telah meminta kepada pengusa dan pihak yang bertanggung jawab menjaga kubur untuk menggali kubur anaknya dan memindahkan mayatnya.
Saksikanlah keajaiban dan kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada gadis ini walau sudah ditanam selama 2 tahun.
Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat kemulian dan rahmat dari Allah. Amin

Berita ini tular di media sosial lokasi kejadian tidak diketahui. Sejauh mana kebenarannya wallahualam.. jom saksikan video dibawah:




https://ift.tt/31NyABO

Sunday, 18 August 2019

Pasangan Pengantin Hasilkan ‘Photoshoot’ Kreatif Ini Selepas Kereta Rosak Di Tepi Jalan

Pasangan Pengantin Hasilkan ‘Photoshoot’ Kreatif Ini Selepas Kereta Rosak Di Tepi Jalan
Read More

from Akak Di Balik Pintu https://ift.tt/2NfyCOX

Saturday, 10 August 2019

Tabut dalam Al-Quran


Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan:

“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)

Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang tabut secara langsung. Mari kita mengembara ke dalam ayat ini untuk mendapatkan isi tersurat dan tersiratnya.

PERTAMA:
Mengapa hanya sekali saja disebut?
Ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi ia perkara yang tidak penting kepada umat akhir zaman. Namun begitu, keterbalikan daripadanya juga mungkin. Boleh jadi ia penting lalu disebut sekali saja sebagai ‘penarik perhatian’. Apabila disebut sekali saja, orang akan tertanya-tanya tentangnya lebih daripada perkara-perkara yang disebut banyak kali.

Contoh:
Setiap hari kita menemui “solat, zakat, solat, zakat” ketika membaca al-Quran membuatkan kita pun lali untuk mengambil tahu tentangnya. Suatu hari, tiba-tiba kita terjumpa “tabut”, dengan penuh minat kita akan tertanya-tanya, “Apa benda tabut ni?” Ada kemungkinan begitu caranya Allah mahu menarik perhatian kita.

Dajjal tidak disebut secara langsung dalam al-Quran walaupun satu ayat, tapi kita mengakuinya sebagai perkara yang penting. Cuma kisah Dajjal ada dinyatakan dalam beberapa hadis sedangkan kisah tabut tidak begitu. Tapi di sini kita mendapat satu gambaran, sekalipun sesuatu perkara itu tidak disebut banyak kali ataupun tidak disebut langsung dalam al-Quran, hal itu tidak bererti ia tidak penting kepada kita.

KEDUA:
Siapa ‘nabi mereka’ itu?
Al-Quran tidak menjelaskan identitinya. Ayat 246-248 surah al-Baqarah hanya menamakannya sebagai “nabi mereka” (ada hikmahnya penggunaan nama “nabi mereka” ini yang akan kita sentuh di bawah nanti). Menurut Bible pula, peribadi itu ialah Nabi Samuel.

KETIGA:
Siapakah Talut?
Surah al-Baqarah ayat 246-251 mengisahkan kaum Bani Israil menuntut kepada Nabi X agar mereka diberikan seorang raja. Kononnya jika diberi seorang raja, mereka akan bersemangat untuk pergi berjihad. Sebelum itu Bani Israil dipimpin oleh para hakim.

Nabi X berasa ragu. Seandainyalah Tuhan memberikan mereka seorang raja dan raja itu mengisytiharkan jihad, mahukah mereka pergi berjihad? Maklumlah, Nabi X sedia faham kelakuan kaum Bani Israil yang banyak meminta itu ini tetapi sering saja melakukan kesalahan.

Apa yang dibimbangkan oleh Nabi X menjadi kenyataan. Setelah Talut dipilih menjadi raja dan Tuhan datangkan perintah supaya berjihad, hanya segelintir saja orang-orang Bani Israil yang mahu.

Antara punca keengganan mereka ialah perlantikan Talut (Bible menamakannya Saul). Mereka memandang Talut seorang yang tidak bangsawan lagi tiada harta kekayaan. Jadi mereka tidak suka orang yang lebih rendah kedudukannya menjadi pemerintah mereka. Tetapi Nabi X mempertahankannya kerana perlantikan Talut itu adalah atas wahyu Tuhan, mana boleh diubah-ubah. Lagi pula, Talut memang terbukti sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dan gagah.

Dan pulangnya tabut kepada Bani Israil setelah dirampas oleh orang-orang Palestin menjadi petanda keredhaan Tuhan kepada Talut.

Dalam Bible pada sifir Samuel 1 fasal 8, 9 dan 10 mengisahkan perihal yang lebih kurang sama dengan kisah daripada al-Quran. Cuma bahagian ‘kembalinya tabut sebagai petanda Saul sebagai raja yang diredhai Tuhan’ tidak saya temui.

KEEMPAT:
Apa itu ‘sakinah’?
Biasanya ia diterjemahkan sebagai ‘ketenteraman’. Maksudnya yang tepat hanya Allah yang tahu. 
Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh ‘sakinah’.
“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 4)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”
(Al-Fath: 18)

“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......”
(Al-Fath: 26)

Nampaknya ia seperti satu ‘ketenteraman yang menguatkan’ hati/ jiwa. Wallahualam.

KELIMA:
Apa maksud bahagian ini: “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat...”?

Peti tabut dikatakan mengandungi ‘sakinah’, dan menurut pemahaman kita ‘sakinah’ bukanlah benda maujud. Kali ini Al-Quran tidak menceritakan apa-apa tentang dua loh batu berisi 10 Perjanjian yang diletakkan Nabi Musa ke dalam tabut.

Kemudian Al-Quran menyebutkan “sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun.” Apakah barang peninggalan mereka berada di dalam tabut?
Bahagian ini memang mengelirukan.
Jika maksud sebenar ayat ini ialah “datangnya peti tabut dan datangnya peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti kedua-duanya terpisah dan barang peninggalan itu tidak berada di dalam tabut.
Tapi jika maksudnya ialah “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah dan mengandungi peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti barang-barang peninggalan itu berada di dalam tabut.
Yang mana satu?
Wallahualam.

KEENAM:
“Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada ayat-ayat al-Quran yang mengisahkan perkara lalu tetapi pada masa yang sama ia juga memberi petanda kepada perkara-perkara akan datang. Cerita tabut ini juga dipercayai oleh sebahagian orang sebagai petanda untuk satu hal yang bakal berlaku selepas zaman Rasulullah saw iaitu kedatangan Al-Mahdi.

Secara peribadi saya melihat mungkin inilah antara hikmahnya Allah tidak meletakkan nama nabi Bani Israil itu (Samuel) tetapi menggunakan perkataan “nabi mereka”. Maksudnya tidak mustahil ayat ini ditujukan juga kepada umat Nabi Muhammad dan ‘nabi mereka’ itu merujuk kepada baginda sendiri. Jika diletakkan nama “Samuel”, maka nama itu menjadi khusus buat Nabi Samuel seorang saja. Tapi apabila diletakkan “nabi mereka”, gantinama ini masih boleh dipadankan dengan peribadi yang lain. Contohnya dipadankan dengan Nabi Muhammad saw.

Lihat maksud ayat yang asal:
“Dan NABI MEREKA berkata kepada MEREKA: “Sesungguhnya TANDA KERAJAAN ITU ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”

Kita andaikan “nabi mereka” itu ialah Nabi Muhammad dan “mereka” itu ialah kita. Disebut “mereka” kerana hal yang dimaksudkan tidak akan berlaku pada zaman baginda dan para sahabat tetapi pada zaman selepas mereka. Boleh jadi zaman kita!

Jadi Nabi Muhammad berpesan kepada generasi selepas zaman sahabat iaitu kita tentang KEDATANGAN SATU KERAJAAN. Pada ayat 248 ini, perkataan ‘Talut” tidak ada. Nama Talut disebut dalam ayat sebelumnya. Hal ini juga mungkin satu petunjuk kepada kita kerana Allah tidak mengkhaskan ‘kerajaan’ itu kerajaan siapa. Jika disebut secara jelas “kerajaan Talut”, bererti ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan yang lain.

Sebagaimana yang kita maklumi, selain daripada pengetahuan, agenda utama Talut ialah memimpin angkatan perang. Dengan angkatan perang inilah dia membina sebuah kerajaan. Jika benarlah ayat ini mempunyai maksud berganda iaitu menceritakan kisah dulu dan kisah akan datang, maksudnya akan datang seorang yang seperti Talut memimpin angkatan perang lalu menubuhkan kerajaan.

Di sinilah kita lihat seakan ada kaitan dengan kedatangan Imam Mahdi dan kembalinya kekhalifahan Islam untuk kali kedua. Perkara ini (munculnya tabut) adalah SATU PETANDA bagi ORANG-ORANG BERIMAN. Apabila kita mendengar cerita tentang penemuan tabut, Bererti Imam Mahdi sudah ada dan daulahnya akan dibentuk tidak lama lagi.

Wallahualam.
oleh : Ustaz Abu Zulfiqar

Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra’..”bacalah” Bacalah di sini membawa maksud ‘break the code’. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.

https://ift.tt/33rNX4i

Friday, 9 August 2019

7 Perkara Tentang PENCEN Yang Perlu Ambil Tahu

7 Perkara Tentang PENCEN




Bagi yang ada ahli keluarga, pasangan yang bekerja dengan kerajaan, ambillah tahu serba sedikit tentang Pencen Terbitan ini. Ianya untuk mengelakkan pertikaian berlaku dikemudian hari apabila penerima pencen tersebut meninggal dunia.

Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan bagi yang tidak mengetahuinya.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Terbitan. Mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pencen Terbitan adalah tertakluk kepada KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN:
Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di Malaysia. Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut:
Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

fakta pencen




7 Perkara Tentang "PENCEN" Terbitan

Soalan 1

1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Jawapan

Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

Soalan 2

2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Jawapan

Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

Soalan 3

3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

Jawapan

Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 4

4. Penerima pencen dipenjarakan, adakah layak terima pencen?

Jawapan

Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 5

5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Jawapan

Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

Soalan 6

6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?


Jawapan
Ya – tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 7

7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Jawapan

Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))


Perkongsian dari Group Whatsapp

https://ift.tt/2Kq0UUW

Mitos Tanah Yang Dijanjikan (The Promised Land)

Sumber foto: https://fairtalks.org/


Oleh: Muhammad Anis

(dosen Pascasarjana UIN Sunan Kalijaga dan Pascasarjana “Kajian Timur Tengah” UGM, Yogyakarta)

Tanah yang dijanjikan (The Promised Land) adalah salah satu isu utama yang digunakan sebagai alasan untuk menggerakkan pergerakan Zionisme dan menegakkan negara Yahudi (the jewish state) yang dipimpin oleh Theodore Hertzl. Isu ini kemudiannya digunakan sebagai alasan untuk membatalkan tanah Palestin, mengeluarkan rakyatnya, dan melakukan pembunuhan demi penyembelihan sehingga saat ini.


lanskap kebun zaitun di Jerusalem (foto: UNESCO)


Argumentasi Teologis

Sejarah "tanah yang dijanjikan" di mata Islam sebenarnya telah selesai pada masa lalu. Pada mulanya, Allah bermaksud untuk melengkapkan rahmat-Nya kepada Bani Israel, oleh itu Musa berkata kepada mereka: "Wahai kaumku, masuklah ke negeri suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagi kamu." (Surat al-Maidah: 21). Apabila Bani Israil mendengar ini, mereka enggan kerana mereka takut kepada raja-raja yang zalim yang tinggal di sana. Allah SWT mahu Bani Israel membebaskan Tanah Suci, sehingga penduduknya hanya menyembah Dia.

Bagaimanapun, Bani Israel lebih suka hidup yang selesa. Mereka mahu mendapatkan segala-galanya melalui mukjizat. Jadi, mereka juga berkata kepada Musa: "Wahai Musa, sesungguhnya di negeri itu terdapat orang-orang yang berani, sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar dari sana. Sekiranya mereka keluar dari sana, pasti kami akan masuk. "(Surah al-Maidah: 22).

Hanya dua orang - daripada beribu-ribu Bani Israel - sanggup bangun dan berkata: "Menyerang mereka dengan melalui pintu gerbang (bandar), jadi jika anda memasukinya pasti akan menang. Dan hanya kepada Allah, sekiranya kamu benar-benar beriman. "(Surah al-Maidah: 23).

Tetapi majoriti Bani Israil berkata kepada Musa: "Wahai Musa, kami tidak akan memasukinya selama-lamanya, sedang mereka berada di dalamnya, maka engkau pergi bersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menunggu di sini saja "(Surat al-Maidah: 24).

Sekali lagi Bani Israil mengingkari Nabi Musa, maka dia menjadi sedih, sehingga ia memandang ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku, aku tidak dapat menguasai diri sendiri dan saudara-saudaraku. Oleh itu memisahkan kami dari orang-orang yang jahat. "(Surat al-Maidah: 25).

Oleh itu, Allah marah kepada Bani Israel, yang telah menyakiti dan tidak mematuhi perintah Musa. Allah juga menghukum Bani Israel dalam bentuk pengasingan mereka di padang gurun padang pasir Sinai selama empat puluh tahun. Mereka tinggal di tempat yang berbeza di padang pasir semasa itu. Oleh itu, adalah jelas bahawa isu "tanah yang dijanjikan" telah berakhir, kerana penolakan dan penafian (pengingkaran) orang Yahudi sendiri.

Realiti sejarah Islam tersebut semakin dipertegas oleh pernyataan kelompok Yahudi yang tergabung dalam Naturei Karta, sebuah organisasi yang menentang keras gerakan Zionisme. Mereka menyebut diri mereka sebagai kelompok Yahudi Yudaisme, untuk membedakan dengan kelompok Yahudi Zionisme. Mereka menyatakan:

“Yudaisme merupakan keyakinan yang berasaskan pada wahyu di Sinai. Keyakinan ini menegaskan bahwa pengasingan adalah hukuman bagi kaum Yahudi dikeranakan dosa-dosa mereka. Sedangkan Zionisme telah lebih dari seabad menolak wahyu di Sinai itu. Keyakinan Zionis menyatakan bahwa pengasingan kaum Yahudi dapat diakhiri melalui pencerobohan ketenteraan. Zionisme telah merampas hak warga Palestina, mengabaikan tuntutan mereka, serta menjadikan mereka sebagai target penganiayaan, penyiksaan, dan pembunuhan. Kaum Yahudi Taurat di dunia terkejut dan terlukai oleh dogma non-religius dan kejam ini. Ribuan ulama dan pendeta Taurat telah mengutuk gerakan tersebut. Mereka tahu bahwa hubungan baik kaum Yahudi dan Muslimin sebelumnya di Tanah Suci (Palestina) telah terlukai oleh gerakan Zionisme. Negara Israel yang disangsikan itu berdiri menentang Taurat. Kerana itu, kami Naturei Karta berada di garis depan dalam perang melawan Zionisme selama lebih dari seabad. Kehadiran kami adalah untuk menolak kebohongan dan kejahatan Zionisme, yang mengatasnamakan orang-orang Yahudi. Berdasarkan keyakinan Yahudi dan hukum Taurat, kaum Yahudi dilarang untuk memiliki negara sendiri, sementara menunggu datangnya Sang Mesiah.”


Tanah Yang Dijanjikan
Para Rabi Yahudi Anggota Neturei Karta


Roger Garaudy, seorang saintis Perancis , menyatakan bahawa isu “tanah yang dijanjikan” versi Israel tersebut merupakan mitos. Sehingga, yang sebenarnya terjadi adalah “tanah yang ditaklukkan” (the conquered land), bukan “tanah yang dijanjikan” (the promised land).Beliau memberikan bukti konkrit untuk menyokong pernyataannya dengan merujuk kepada kesusasteraan Yahudi dan Kristian . Salah satunya, ia mengutip pernyataan Francoise Smyth (Dekan Fakultas Teologi Protestan di Paris saat itu):"Penyelidikan sejarah baru-baru ini telah diturunkan ke tahap fiktif di sekitar perwakilan klasik eksodus (dari Mesir), penaklukan Kanaan, persatuan nasional Israel sebelum pengasingan, dan perbatasan-perbatasan. Historiografi Bibel tidak memberikan keterangan atas apa yang diceritakan.”

Dengan demikian, isu “tanah yang dijanjikan” yang digunakan oleh Israel sebagai dalih pendudukan atas Palestina sejatinya bukan merupakan ajaran Taurat maupun Injil, apalagi Islam.

Argumentasi Genealogis

Kaum Ashkenazi kini merupakan penduduk terbesar dalam bangsa Yahudi, yang menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah penduduk Yahudi di dunia. Jauh di luar dua bangsa Yahudi yang lain: Sephardim dan Mizrahi. Di Israel, penduduk Ashkenazi adalah sekitar 48 peratus daripada jumlah Yahudi di tanah haram. Sejak awal pendudukan Israel di Palestin, Ashkenazi telah memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi, politik dan media.

Mereka (Zionis Ashkenazi) selalu menyebarkan kisah bahawa semua kaum Yahudi berasal dari satu leluhur(nenek moyang) yang berasal dari Palestin. Kemudian, setelah penaklukan orang Islam pada abad ke-7 M, mereka melarikan diri meninggalkan Palestin dan menetap di Eropah Selatan. Kemudian berpindah ke Eropah Timur, melalui Jerman. Kisah ini sering dipanggil hipotesis Rhineland. Ini digunakan sebagai alasan oleh para Zionis Ashkenazi untuk memulihkan Palestin.

Tanah Yang Dijanjikan
asal muasal Yahudi Askenazi, sumber foto: https://ift.tt/2OPbvgz


Walau bagaimanapun, pada masa ini pakar dan pengkaji genetik dari Israel yang lulus dari Universiti Johns Hopkins, Eran Elhaik, menafikan riwayat itu. Menurut kajiannya, bangsa Yahudi Ashkenazi secara genetik berasal dari Caucasus, sebuah kawasan di sempadan Eropah dan Asia, yang terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia. Bukan dari Timur Tengah (Palestin). Mereka adalah keturunan Khazar, iaitu orang Turki yang tinggal di negara-negara besar di Eurasia, yang kemudian bermigrasi ke Eropah Timur pada abad ke-12 dan ke-13. Dan Khazar telah memeluk agama Yahudi pada abad ke-8 M. Ini sejajar dengan pandangan sebelumnya, yang diungkapkan oleh penulis dan wartawan Yahudi yang terkenal, Arthur Koestler, dalam buku terkenalnya "The Tribe of the Thirteenth" (1976).

Dari kajian ini dapat juga disimpulkan bahawa tuntutan "tanah yang dijanjikan" tidak berlaku. Tuntutan para Zionis Ashkenazi dibunuh oleh mereka sendiri, kerana asal usul mereka bukan keturunan Bani Israel. Tetapi, dari Khazar bukan Yahudi.


Referensi:

1. Roger Garaudy, “The Founding Myths of Israeli Politics”. Telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dengan judul “Mitos dan Politik Israel”.

2. www.nkusa.org, “Judaism versus Zionism”.

3. www.nkusa.org, “Judaism and Zionism are not The Same Thing”.

4. https://ift.tt/2ySghPe

5. Arthur Koestler, “The Thirteenth Tribe: The Khazar Empire and Its Heritage”.

6. https://ift.tt/2OP5j8h

7. https://ift.tt/2yPZH2x

dll.


Sumber: https://ic-mes.org/culture/

https://ift.tt/2OR15gc

Kedaulatan Tanah Melayu Vs Sihir.

Kedaulatan Tanah Melayu Vs Sihir.


1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.

2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih berkuasa sehingga sekarang, hebat….iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.

3. Bagi saya mudah, sebenarnya tidak ada sihir…segala masalah yang menyelubungi orang Melayu adalah disebabkan mereka membiarkan akidah diri dipengaruhi, melupakan terus pengajaran Sifat 20 atau Akhidatul Iman sehingga iktikad diri menjadi rosak dan kejahilan berleluasa.

4. Perkara kedua, mereka ini lupa bahawa Tanah Melayu dan nusantara ini dilindungi oleh para Wali Allah dan jangan kita menyangka orang-orang alim mati dan tidur semata-mata di Alam Barzakh kerana sesungguhnya mereka hidup di sisi Allah (soal ruh ini, bukan untuk perbincangan umum jadi kita tamatkan di sini sahaja).

5. Sangat ironi apabila ramai orang Melayu percaya bahawa kebangkitan akan bermula dari Tanah Melayu tetapi pada masa yang sama yakin benar bahawa negara ini diselubungi sihir yang kuat, sekarang saya tanya kembali….sihir yang kuat atau kuasa Allah Yang Maha Esa yang Maha Terkuat.

6. Saya faham tidak ramai orang Melayu yang mengetahui rahsia-rahsia alam, mereka tidak tahu tentang penjaga kunci, mereka tidak tahu pemerintah alam ghaib yang dilantik berdasarkan wilayah dan tempoh kekuasaan iaitu pada setiap 100,300 atau 500 tahun, mereka juga tidak tahu Tanah Melayu ini mempunyai WARIS.

7. Saya pun malas nak buka kerana ini semua bukan perkara wajib untuk dipelajari, saya meminta anda semua mengaji ilmu-ilmu Allah yang wajib untuk kita belajar seperti Ilmu Tauhid, Fardhu Ain serta Tasawuf.

8. Jika sihir Mason, Kabalah atau permainan ilmu hitam Iluminati ini lebih kuat, mengapa pihak British yang merupakan agen Dajal Al Masih ini gagal membawa emas-emas Tanah Melayu ini pulang ke negara mereka kecuali sedikit, itu pun selepas mendapat izin dari Raja-raja Melayu yang sudah diperas ugut.

9. Cuba kita lihat, bagaimana musuh-musuh Islam ini gagal membawa balik kekayaan dari Tanah Melayu apabila pelbagai bala menimpa mereka seperti yang berlaku ke atas kapal Portugis (Flora De Lamar).

10.Malah bukan satu rahsia apabila emas-emas Tanah Melayu yang cuba dibawa keluar melalui Pelabuhan Sweetenham gagal, keretapi yang membawa bongkah-bongkah emas berjumlah 400 tan terhenti dan kapal kargo khas untuk membawa emas-emas terbabit yang didatangkan daripada London ke pelabuhan itu karam semasa Perang Dunia Kedua dahulu.

11.Malahan segala aktiviti emas yang diusahakan British terhenti kerana mereka menghadapi pelbagai masalah, termasuk serangan penyakit misteri ke atas tentera dan buruh-buruh mereka, punya banyak lokasi-lokasi perompakan emas dalam hutan Tanah Melayu ini yang ditinggalkan begitu sahaja dan saya telah menemui dua lokasi tepat dari puluhan atau
ratusan yang mungkin wujud.

Kedaulatan Tanah Melayu Vs Sihir.
Hanya Waris Tanah Melayu yang akan mendapatkan emas-emas ini, tangan lain pasti gagal kerana emasnya akan bertukar menjadi tembaga atau akan berlaku kemalangan jika diambil secara paksa


12.Jepun turut gagal dan emas-emas yang mereka rompak semasa Perang Kedua dari Tanah Melayu semua bertukar menjadi TEMBAGA dan akibatnya Jeneral Yamashita terpaksa meninggalkan emas-emas ini dilokasi tersembunyi di seluruh Tanah Melayu dari Kelantan sehinggalah ke Sabah.

13.Lihat, jika sihir-sihir yang dilontarkan para pengikut Dajal ini benar-benar berjaya, mengapa mereka gagal mengaut emas-emas dari tanah kekayaan Nabi Sulaiman ini keluar, sudah tentu ada pihak yang menjaganya sehingga sampai masa akan diberi kepada pemiliknya yang sah iaitu Waris Tanah Melayu yang dikatakan berketurunan darah Rasulullah SAW.

SIHIR IMPORT UNTUK CEMARKAN KEDAULATAN TANAH MELAYU PASTI GAGAL

14.Segala macam sihir yang cuba dikenakan ke atas Tanah Melayu terutama yang bertujuan menguggat KEDAULATAN negara ini, bagi saya, pasti akan terbatal atau gagal.

15.Orang lupa bagaimana para komando Indonesia yang dibekali dengan ilmu kebal, ilmu mistik yang akan dipakai untuk menjajah negara ini gagal berfungsi semasa mereka melancarkan Konfrantasi pada tahun 1963 dahulu.

16.Kita sendiri tahu bahawa republik ini sangat terkenal dengan pengamal-pengamal ilmu kebatinan, dan sudah pasti para komando yang mendarat itu bukan masuk kosong tetapi dadanya sudah penuh diisi dengan pelbagai ilmu kebatinan.

17.Mereka terpinga-pinga dengan mistik yang mereka percaya. Rupanya Tanah Melayu lebih mistik.

18.Nah, tahun lepas, kita sendiri melihat bagaimana pengganas-pengganas Sulu yang bersenjata lengkap dan ditampal dengan pelbagai azimat kebal serta ilmu-ilmu mistik yang lain habis mati ditembak oleh pasukan polis dan askar-askar kita.

Azimat Sulu menjadi tidak ampuh selepas memasuki wilayah kedaulatan Malaysia

Pengganas ini yakin dengan ilmunya semasa bertempur di Filiphina tetapi ilmunya pudar dalam wilayah kedaulatan yang dicerobohinya


19.Aneh bukan, sudah tentu mereka mempercayai azimat-azimat ini kerana terbukti berkesan apabila mereka melawan askar kerajaan Filiphina tetapi ilmu-ilmu ini terbatal sebaik sahaja mereka memasuki wilayah KEDAULATAN Malaysia sehingga ramai yang mati katak kerana dibunuh pihak berkuasa negara kita.

20.Saya ingin menyeru kepada para saudara semua supaya yakin bahawa tiada sihir yang dapat melawan kuasa Allah Yang Maha Esa terutama kuasa yang kononnya mampu menyelubungi satu kedaulatan negara sehingga kita terperap dalam pengaruh jahat selama ratusan tahun.


ORANG LUAR TAHU RAHSIA TANAH MELAYU

21.Iblis dan Dajal mungkin sudah mengetahui rahsia Tanah Melayu.

22.Musuh-musuh manusia ini bagaimanapun tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka berada di dimensi yang lain, jadi untuk mendatangkan kesan, mereka melantik petugas-petugas mereka yang terdiri dari manusia biasa dan melalui beberapa perjanjian, manusia-manusia ini menguasai dunia perbankan, politik dan sebagainya.

23.Manusia-manusia inilah yang menguasai satu-satu kumpulan dan kerajaan dan mereka ini kemudian dijadikan kuat sebagai kuasa besar untuk mengorek rahsia-rahsia itu.

24.Kalau dari satu sudut, mereka mahu menguasai kekayaan-kekayaan di dalam dunia ini dan menjadikan manusia lain sebagai hamba abdi.

25.Malah bersebab apabila banyak perkara yang terkait dengan sejarah orang Melayu diubah, dilacurkan atau dilenyapkan begitu sahaja sedangkan mereka tidak berbuat demikian pada bangsa-bangsa lain di dunia.

26..Rahsia ini bagaimanapun tidak ramai yang tahu dan saya rasa lebih moleklah jika anda pun tidak tahu kerana bukan semua manusia perlu ambil tahu barang yang bukan tugas kita pun, sebaiknya fokus sahaja pada kehidupan dan kematian.

PENGALAMAN PENULIS BERURUSAN DENGAN ILMU KEBAL IMPORT

27.Tahun lepas, saya sibuk menguruskan bisnes menjual barang-barang hikmat termasuk batu permata dari Indonesia dan Tanah Melayu.

28.Salah satu alat yang saya dan kawan-kawan jual adalah tali pinggang kebal dari Indonesia yang mahu dijual dengan harga RM10 juta (ya, memang lumayan buat bisnes yang berkaitan dengan alam ghaib, orang Malaysia terutama yang
kaya sangat paranoid dengan kematian).

29.Kekebalan tali pinggang ini terbukti apabila pemiliknya yang merupakan seorang kiyai di sebuah pesantren di Jawa menembak salah seorang penguji dengan senjata api tepat pada mata dan dengan kuasa Allah, pelurunya terhenti dan jatuh macam tahi cicak (kawan saya dalam team kami menyaksikan kejadian ini)

30.Tali pinggang itu kemudian dibawa oleh sahabat saya bersama dengan seorang kiyai muda dari Indonesia untuk dijual kepada pembeli dari Kelantan.

31.Selepas semua pembeli dan saksi dihimpun, ujian tembakan dibuat dengan senapang patah ke atas seekor ayam di rumah kawan saya di Hulu Langat, dengan Kuasa Allah juga….hikmat yang ada pada tali pinggang itu terbatal dan tiba-tiba menjadi tidak ampuh, maka ayam yang ditembak bersama tali pinggang kebal itu berderai.

32.Selepas berhubung dengan alam ghaib, barulah kami tahu bahawa, pemegang kunci kedaulatan Tanah Melayu tidak mengizinkan tali pinggang yang sudah berusia 300 tahun milik yang pernah menjadi milik salah seorang Wali Allah di
Jawa jatuh ke tangan bukan Islam.

33.Rupa-rupanya pembeli Melayu tadi yang merupakan seorang peguam mahu menjual semula kepada seorang pembeli lain (bukan Melayu) dengan harga yang lebih mahal.

34.Nasihat saya kalau ada anda berminat untuk membeli barang-barang ajaib dari luar Tanah Melayu, hati-hati, kelah nanti, duit habis berpuluh ribu atau berjuta, hasilnya sifar kerana keajaibannya tidak berani masuk ke Tanah Melayu (Nasihat ini untuk urusniaga alam ghaib sahaja, orang yang tidak ada ilmu tidak payahlah faham tapi jangan memadai buat hukum merepek dengan ilmu yang sejengkal dua).

BATU BERCAHAYA KEDAULATAN TANAH MELAYU

35.Melalui artikel ini, saya mahu mengajak para pembaca menikmati keajaiban sejenis batu milik seorang teman yang diberi secara ghaib oleh salah seorang Wali Allah di Tanah Melayu.

36.Batu ini cuma ada satu sahaja di Tanah Melayu dan ia tidak ada pendua.

35.Ia mengeluarkan cahaya sama ada di tempat terang atau gelap hanya dengan bacaan “Bismillah”, tanpa ayat pembuka tadi, ia tidak akan menyala….ia juga menyala mengikut alunan bacaan Al Quran atau ayat-ayat yang memuji Allah.

Video disini https://youtu.be/CxXjfbcCbSA

36.Ia bukan palsu kerana video di atas diambil oleh saya sendiri dan disaksikan oleh salah seorang pembaca saya yang sangat bertuah dan selalu berkomentar di dalam blog ini.

37.Saya tahu ramai orang akan mempertikaikan keajaiban batu ini tetapi biar saya jelaskan dahulu, batu bercahaya yang biasa anda lihat terdiri dari DELIMA MERAH atau PANCA DELIMA, batu ini hanya menyala apabila direndam di dalam air tetapi batu dalam video saya hanya akan menyala apabila dibacakan Bismillah tanpa perlu direndam.

38.Batu di dalam video ini bukan jenis batu fosforus yang biasanya bercahaya di dalam gelap, batu fosforus ini banyak orang jadikan cincin dan anda boleh lihat dalam youtube, batu fosforus ini biasanya memantulkan cahaya tetapi tidak menyalakan cahaya.

39.Batu bercahaya yang lain anda lihat banyak menggunakan tipu helah seperti menggunakan bateri kecil.

40.Cahaya yang keluar dari batu dalam video saya adalah asli dan anda boleh lihat, cahayanya berkelip-kelip.

41.Ini adalah sebahagian dari keajaiban Tanah Melayu yang saya boleh kongsikan kepada saudara-saudara pembaca semua, yang lain-lain seperti pengetahuan mengenai Piramid, kerajaan orang kenit dan alam kenit, bahtera Nabi Nuh, bandar-bandar hilang dan lain-lain lagi terpaksa saya rahsiakan walaupun ada yang saya mempunyai gambar kerana saya ini memegang amanah. Wallahualam


20 Ogos 2014.

Sumber: Military Of Malaysia

https://ift.tt/2YBSKBq

Thursday, 8 August 2019

Dahsyat, Bom EMP Korea Utara Mampu Bunuh 90% Warga Amerika.


Ko Yun-hwa (L), Administrator dari Korea Meteorological Administration, menunjuk area munculnya gelombang seismik di Korea Selatan pada 6 Januari 2016. Gelombang ini disebut-sebut muncul karena uji bom hidrogen Korea Utara, meskipun pihak Amerika Serikat masih menyangsikan pernyataan tersebut. REUTERS/Kim Hong-Ji



17 Oktober 2017

Kongres AS dan pegawai kerajaan telah diberi amaran kerana mereka dilihat sebagai mengabaikan senjata baru Korea Utara, bom nadi elektromagnetik atau EMP, yang dapat dilancarkan ke Amerika pada bila-bila masa. Senjata ini dapat mematikan sumber-sumber elektrik AS supaya ia dapat membunuh 90 peratus rakyatnya dalam masa satu tahun.

Senjata EMP menggunakan gelombang radio intensiti tinggi yang dipancarkan dari letupan nuklear di atmosfera atas dan merangkumi elektronik, seperti lonjakkan tenaga secara tiba-tiba.

Sejumlah 2 anggota Suruhanjaya EMP Amerika Syarikat telah mendedahkan serangan EMP dari Korea Utara adalah ancaman terbesar kepada Amerika Syarikat. Tetapi usaha kedua-dua anggota suruhanjaya itu diabaikan oleh kerajaan Amerika.

William Graham, Pengerusi Suruhanjaya EMP dan bekas ketua kakitangan, Peter Vincent Pry, memberi amaran bahawa serangan EMP dapat menutup grid elektrik Amerika Syarikat selama-lamanya, yang akan menyebabkan kematian kepada 90 peratus rakyat Amerika dalam satu tahun sahaja.

Kedua-duanya menganggap bahawa setakat ini perhatian kerajaan lebih tertumpu kepada ujian peluru berpandu balistik antara Korea Utara dan seolah-olah memecat tuntutan ujian bom hidrogen negara komunis pada awal September.

Pakar mendakwa bahawa bom EMP yang akan diletupkan dari ketinggian 30 hingga 400 kilometer di atas sasaran akan mengakibatkan kehilangan elektrik di kawasan yang sangat besar.

Ini boleh mempunyai pelbagai kesan buruk, termasuk memecahkan penyejukan kesemua ubat-ubatan dan makanan, mengganggu rangkaian komunikasi, dan memusnahkan sistem rawatan air.

Serangan EMP nuklear juga akan memusnahkan loji kuasa, menyebabkan pesawat jatuh, menghentikan lalu lintas kereta dan kereta api dan infrastruktur penting lain. Serangan EMP menghentikan tamadun moden dan kehidupan itu sendiri dan akhirnya berjuta-juta orang akan mati akibat kelaparan, penyakit dan keruntuhan sosial.

Mereka kemudian menggesa Kongres Amerika Syarikat untuk melindungi semua wilayahnya dan juga memberi amaran bahawa sistem pertahanan peluru berpandu balistik Amerika Syarikat pada masa ini hanya direka untuk memintas peluru berpandu dari Korea Utara di Utara, tetapi tidak di Selatan.

Dua anggota pakar EMP menambah bahawa Korea Utara dianggarkan mempunyai 60 senjata nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua yang mencapai sejauh Denver dan Chicago, dan "mungkin seluruh Amerika Syarikat".

"Rejim sedang membangunkan bom Hidrogen yang setanding dengan fasa 2 senjata termonuklear canggih di Amerika Syarikat," kedua-duanya dijelaskan, seperti yang dilaporkan oleh Independent pada 16 Oktober 2017.

Menurut pakar, Korea Utara boleh melakukan serangan EMP di Amerika Syarikat dengan melancarkan peluru jarak dekat dari kapal kargo atau kapal selam.

Bekas saintis roket NASA James Oberg juga sebelum ini memberi amaran bahawa rejim Korea Utara boleh menggunakan satelit untuk membawa peledak nuklear kecil dan meniupnya ke atas Amerika Syarikat.

Kedua-dua Graham dan Pry juga mengutuk perang kata-kata antara Donald Trump dan Kim Jong-un, yang memanggil setiap orang roket dan ibu bapa yang sakit mental, yang telah memburukkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Amaran itu datang beberapa minggu selepas ketakutan bahawa pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akan melepaskan bom EMP di Korea Selatan dalam usaha untuk mengganggu infrastruktur kewangan. Korea Selatan juga berhati-hati terhadap serangan EMP terhadap loji kuasa nuklear, kementerian dan syarikat penerbangan kerajaan.

Rujukan:
Independent
Daily Mail
YON DEMA


“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.” – Louis Lord Mountbatten

Albert Einstein dalam kata-katanya…pernah menyentuh isu Perang Dunia ke 3 malahan Perang Dunia ke 4

"I not know with what weapons World War III will be fought, but World War IV will be fought with sticks and stones.."

Terjemahan
“Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu.” – Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia ke 3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil daripada ciptaannya sebelum ini?

Dan selepas itu, Perang Dunia ke 4 (Battle of Armageddon) dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang.

Ya…pedang seperti perang cara zaman dahulu kala. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia ke 3.

Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempo yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentara hanya akan menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.


Wallahu'alam.

https://ift.tt/2ZKl2Xg

Saturday, 3 August 2019

Ambang Kiamat



Bismillah..

Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Hari kiamat belum akan terjadi sampai ilmu diangkat dan gempa bumi banyak terjadi di mana-mana". (HR Bukhari)

Abdulllah ibn Hawalah al-Azdi RA meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai ibnu Hawalah, apabila engkau melihat khilafah sudah memasuki tanah-tanah suci, maka gempa bumi, malapetaka, perkara-perkara besar, dan hari kiamat lebih dekat kepada manusia ketimbang tanganku ini dari kepalamu." (HR Abu Daud)

Daripada Auf bin Malik RA, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Hitunglah enam perkara di ambang kiamat, iaitu kematianku, penaklukan Baitul Maqdis, merebaknya penyakit maut yang biasanya menimpa haiwan ternakan seperti kambing. Kemudian, melimpah ruahnya harta sehingga apabila seseorang diberi seratus dina dia masih tidak gembira. Selepas itu, fitnah memasuki setiap rumah orang Arab dan genjatan senjata antara umat Islam dan Bani Ashfar. Namun begitu, mereka kemudian mengkhianati kamu lalu datang kepada kamu dengan 80 panji dan di setiap panji ada 12 000 orang askar." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Di Amerika seorang saintis kehilangan kerja apabila cuba membongkar kebenaran mengenai perubahan iklim di seluruh dunia.


Artic, Pertama kali dalam sejarah dunia, kawasan yang senantiasa diliputi ais, hari ini suhu di sana telah mencecah 21 darjah celcius, ini merupakan hari bersejarah dalam dunia kerana tidak pernah dalam sejarah kawasan ais Artic suhu naik setinggi ini. Saintis telahpun menjangka bahawa glasier ini akan mencair pada 2090 tetapi tahun ini telah menunjukkan peningkatan 10kali ganda yang amat ketara. Iaitu ais² di kutub utara mencair 70 tahun lebih awal dari apa yang dijangka.

Pencairan permafrost dari glasier ini secara tak langsung mewujudkan kembali bakteria, virus, atau fosil² yang jutaan tahun terperangkap di dalam ais hidup kembali mengancam kehidupan pada hari ini. Di Florida telah dijumpai sejenis virus baru yang dibawa oleh nyamuk dan dinamakan Eastern equine encephalitis atau e.e.e. sejenis virus yang boleh menyebabkan kematian kepada manusia. Virus yg dibawa oleh nyamuk ini telah dijumpai pada haiwan² yang dijangkiti dan mungkin juga akan menjangkiti manusia tidak lama lagi.


Saintis juga menjumpai sejenis virus baru yang diberi nama Candida Auris. Virus ini merebak dengan cepat dan membunuh sistem daya ketahanan manusia. ini adalah virus yang baru selepas berlakunya perubahan iklim.

Jakarta sedang tenggelam.. Kerajaan Indonesia peruntukkan 33 bilion utk pemindahan penduduk.



Kebimbangan para saintis atas pencairan ais di alaska.


Para saintis menjangka pencairan ais berlaku pada 70 tahun akan datang namun terkejut kerana ianya sedang berlaku sekarang.



Suhu Dunia semakin naik secara mendadak membuatkan kehidupan laut pupus. Tidak lama lagi kita akan kekurangan makanan dan air.



Kebiasaan suhu di Paris paling tinggi 31-32 tu paling tinggi sekarang dah lain mcm. Suhu di Paris HARI INI mencecah 42.6 darjah celcius.



Semua saintis akui bahawa kepanasan sekarang bukan sekadar biasa² kerana ini dah tahap LUAR BIASA!



Keadaan sekarang sudah 38% dunia dilanda kemarau .. dalam hadis mengatakan 25% tahun pertama, 50% tahun kedua dan 100% tahun ketiga. kemudian keluarlah Dajal.



Kepanasan dan kemarau melanda seluruh dunia membuatkan populasi makanan semakin berkurangan.



Ceo Bank Of England (Raja Segala Riba) Istihar banyak bank akan bangkrap jika tidak menangani krisis perubahan cuaca yang melanda dunia sekarang.



Di Italy 11 kawasan di istiharkan DARURAT di sebabkan kemarau..



Sungai² di Eropah habis kering dan akan menimbulkan masaalah ekonomi yang pesat tidak lama lagi.



Di Asia dilaporkan perubahan iklim sedang menganggu pertanian, penternakkan, air, perusahan, sawit, getah, beras dan gula akan mengalami masaalah tidak lama lagi.




Kemarau paling buruk dalam sejarah Thailand hinggakan kerajaan siam ini terpaksa mencatu air.


Di Venezuela, pencarian air adalah perjuangan.

Sekitar dua pertiga penduduk Venezuela telah mengalami kekurangan atau kehilangan air sepenuhnya. Orang ramai mencari di mana-mana untuk sumber air yang ada termasuk telaga bandar.


Kajian ilmiah seluruh Pakar Iptek di timur dan barat sudah 100% membenarkan Peringatan Rasulullah SAW 14 abad yg lalu...! Dan janji Allah pasti benar dan tepat...!

BADAN Meteorologi dan Geofisika menyatakan bahawa akan terjadi kemarau panjang yang akan melanda dunia.

Diperkirakan kemarau panjang tersebut akan dimulai tahun 2019 hingga 2022. Air dunia saat itu hanya tersisa 3% saja.

Untuk sambung membaca sila click link ini

Perubahan yang tidak dapat diungkap dalam magnetik bumi. Para saintis bingung mengapa paksi bumi beralih arah hingga menyebabkan perubahan iklim melanda dunia. mungkin ini fenomena matahari terbit dari barat.



Menurut saintis sejak kebelakangan ini gempa bumi semakin dahsyat berlaku di seluruh dunia secara tiba², dan gempa bumi yang terbesar hari ini adalah di Jakarta (7.4 SR). Hari ini sahaja sebanyak 268 gempa bumi berlaku diseluruh dunia.

Di seluruh dunia makanan semakin berkurangan, Ini semua memang masuk akal kerana Dajal akan keluar dalam dunia yang tiada air. Apabila tiada air maka makanan pun semakin kurang, ekonomi jatuh, manusia akan huru hara. Dah la masa setahun dua saja lagi. Dan masa itulah la si Dajal tadi mungkin dalam bentuk United Nation atau mungkin dalam bentuk Nato, Kita tak tahu, Dajal akan datang membawa makanan dan teknologi membantu menghidupkan orang mati,

Pada masa itu ramai orang akan ikut Dajal tadi. Mungkin Dajal akan suruh masuk Freemason baru dapat bantuan makanan. Inilah dinamakan orang ramai akan mengikut Dajal. Bukan itu saja bila kita lihat sekarang dari segi budaya pun dah ramai orang mengikut Dajal. Kita dah ikut dia dalam demokrasi. Kita dah ikut dia dalam politik. Kita dah ikut dia dalam ekonomi. Kita dah ikut dia dalam berpakaian. Kita dah mengikut cara Dajal berfikir.

Bila orang bercakap pasai agama, kita lawan, bila orang bercerita pasai freemason pasai Dajal kita lawan. bila orang bercakap pasai syiah atau benda² sesat kita lawan. Inilah dia orang² yang anti semuanya dia akan ingat dia saja betul. Human Right, Liberalism, Sains, Politik.. Geo itu, geo ini.. sebab orang ini dapat ilmu dari yang lelain orang ini mungkin bijak dan mungkin genius TETAPI langsung tiada merujuk pada Quran dan Hadis yang sebenarnya dah bercerita mengenai perkara ini.

Wallahu'alam..


https://ift.tt/2YnZ4wg