a Join Us at facebook: May 2019 Tweet button

Tuesday, 21 May 2019

Stadium Henningsvær Yang Menakjubkan di Norway

Stadium Henningsvær Yang Menakjubkan di Norway


Henningsvær Idrettslag Stadium di perkampungan nelayan kecil Henningsvær, yang terletak di dua pulau kecil di Lofoten, di Norway, tidak dapat dipanggil stadium; ia tidak dapat berdiri-hanya beberapa meter dari asfalt yang dituangkan di sekitar padang-dan hanya digunakan untuk bola sepak amatur. Tetapi lokasinya megah.

Stadium ini terletak di pulau kecil yang berbukit yang dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan yang terdiri daripada gunung dramatik dan puncak bergerigi, laut terbuka dan teluk terlindung. Lapangan bola sepak diletakkan dengan meratakan dasar batu padat di bahagian paling selatan pulau Hellandsøya, menghasilkan landskap yang sangat kasar, dihiasi dengan jumlah rak yang besar untuk pengeringan ikan. Di sekeliling perimeter padang adalah jalur asfalt yang berfungsi sebagai pendirian orang ramai dan sebagai tempat letak kereta. Kapasiti kecil stadium ini cukup mencukupi sejak kampung Henningsvær hanya mempunyai sekitar 500 penduduk.

Stadium Henningsvær Yang Menakjubkan di Norway

Stadium Henningsvær Yang Menakjubkan di Norway



http://bit.ly/2WYnw2H

PENGENALAN DEEP WEB, DARK WEB DAN MISTERI MARIANA'S WEB

PENGENALAN DEEP WEB, DARK WEB DAN MISTERI MARIANA'S WEB


KEMISTERIAN KEGELAPAN KEDALAMAN DAN KEMARIANA JARINGAN /?

ARTIKEL OLEH :: ZIEFENZ ZEE

DEEP WEB, DARK WEB DAN MISTERI 'MARIANA'S WEB

DEEP WEB

Pertama sekali, harus kita ketahui Deep Web dan Dark Web adalah 2 perkara yg berlainan. Kita berkenalan dahulu dengan Deep Web yg juga di kenali sebagai Deepnet, Invisible web, Hidden web. Ia adalah sebahagian daripada kandungan di dalam rangkaian internet di mana kandungannya tidak
dapat di akses oleh enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo, Mozilla dan sebagainya. Sebab tulah ia juga di sebut 'invisible'. Deep web (dan juga Dark web) telah lama wujud sebelum adanya Internet. Orang yg bertanggungjawab memperkenalkannya ialah Sir Timothy John "Tim" Berners-Lee; founder WWW (World Wide Web) aka Internet. Beliau juga adalah kontraktor Freelance di CERN
(Pertubuhan Kajian Nuklear Eropah).

Mengapa enjin carian (spt Google) tidak dapat mengakses/mengindeks sesebuah laman web atau kandungan tertentu sesuatu web?. Banyak sebab sebenarnya. Salah satunya adalah kandungan web itu sendiri. Samada web itu melanggar isu moral/undang-undang seperti penjualan dadah dan senjata secara haram. Tetapi sebab utamanya ialah, rangkaian web tersebut memang sengaja 'di sulitkan' (encrypted) atau sengaja dihalang aksesnya kepada enjin carian biasa seperti Google etc.

PENGENALAN DEEP WEB, DARK WEB DAN MISTERI MARIANA'S WEB


ADAKAH ANDA MENYEDARI BAHAWA ANDA SUDAH PUN MENGGUNAKAN DEEP WEB KETIKA INI?

Benar, anda sudah pun menggunakan Deep Web skg ni. Mari saya terangkan.
Secara asasnya, laman web yang kandungannya memerlukan input daripada pengguna (cth log masuk
akaun) adalah termasuk dalam ketegori Deep Web. Ketika anda buka FB sebentar tadi, anda ada masukkan password kan?. So, itulah Deep Web namanya. Kandungan yang perlukan langganan seperti berita/buku digital di atas talian, juga dikategorikan sebagai Deep Web.
Mungkin sebelum ni ada yg fikir, Deep Web ni hanyalah merujuk kepada 'web yang enjin carian tidak dapat di akses kandungannya'. Bukan begitu sebenarnya..
Masih blur?..
Kat bawah ni di kemukakan contoh beberapa web yang tidak dapat diakses enjin carian (spt google), tetapi boleh di akses pengguna biasa:

* Semakan daftar pengundi SPR dan status Imigresen – perlukan input daripada pengguna
* Penyata bank anda – perlukan log masuk akaun
* Portal e-Learning (Udemy, Lynda.com etc) – perlukan
langganan / akses berbayar Semua contoh di atas ialah Deep Web.Dari sini, korang mungkin sudah
boleh beri contoh-contoh Deep Webyg lain kan?.




*APA PULA ITU DARK WEB?

DARK WEB - merupakan satu bahagian/kawasan atau 'subset' dari Deep Web yang lebih kecil. Ia
merujuk kepada satu 'koleksi' laman web yang menyembunyikan alamat IP server mereka.
Bermakna, Dark Web juga adalah sebahagian daripada Deep Web kerana kandungannya juga tidak
boleh diakses oleh enjin carian biasa. Dengan kata lain, Dark Web ni kira anak kepada Deep Web laa.. Ok, perbezaan yang paling utama antara Deep &Dark Web ialah, Dark Web ni berada dalam rangkaian sulit (encrypted network). Sambungan di antara pengguna dan host di sulitkan melalui beberapa lapisan pelayan dan rangkaian sulit. Cara sambungan ini sangat selamat untuk menyembunyikan identiti dan lokasi pengguna serta pemilik web tersebut. Utk mengaksesnya, perisian atau pelayar web khas di perlukan. Disebabkan kelebihan inilah (sembunyi identiti), Dark Web banyak digunakan untuk aktiviti yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang seperti penjualan dadah,senjata api dan lain-lain perkara yang luar tabi'e.Individu tersebut tidak risau jejaknya akan dikesan.

Selain itu,Dark Web juga digunakan untuk tujuan menyebarkan rahsia sulit. Contohnya seperti kandunganWikileaks,untuk menyampaikan pendapat/ideologi yang bertentangan dengan kerajaan atau pemerintah sesuatu negara,untuk berhubung dengan dunia luar jika akses dinegaranya di halang dan lain-lain. Kandungan Dark Web adalah sesuatu yang pengguna biasa perlu elakkan. Ramai juga pengguna yang dilaporkan terkena 'sesuatu' selepas cuba melayari Dark Web.Antara yg paling femes dan di bimbangi kecurian identiti dan juga data peribadi diri. Atau pun korang menerima panggilan gangguan/ seksual orang yang tidak dikenali. Ini boleh terjadi apabila Dark Web tersebut disertakan dengan kod jahat (malicious) untuk mendedahkan identiti dan lokasi korg .Penipuan secara 'phishing' juga banyak berlaku yang bertujuan untuk mencuri maklumat anda. Berikut adalah beberapa fakta
mengenai The Dark Web:

- Maklumat yang ada di dalamnya ketika ini hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.

- Mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
- menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.

- Terdapat lebih dari 200 ribu laman web yang ada di dalamnya ketika ini. - Lebih banyak kategori maklumat, baru yang muncul setiap hari.

- Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada,ianya sudah semakin sesak dan sukar untuk
ditembusi.

- Kualiti maklumat di DW adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.

- Kandungan di dalam DW lebih - relevan kepada carian, pasaran dan domain.

- Lebih 95 peratus maklumat di DW adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.


APA YANG ADA DI DALAM DARK WEB?

Apa yang ada di bawah permukaan DW ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web. Dalam Dark Web,hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah,
pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data,
penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat. Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji (walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami DW). Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi. The DW diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja. Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi. Jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The DW. Anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO di DW.



Jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana. Sehingga
sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The DW. Berjenis-jenis dadah dijual,dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan
dipamerkan secara terbuka. Begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai
mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana.Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya. Selain itu, kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The DW sebelum disiarkan di
Wikileaks. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama
menggunakan The DW untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.


BAGAIMANA UNTUK MASUK KE THE DW?

Kandungan di The Deep Web bukan dicipta untuk orang biasa, Hanya mereka yang tahu cara dan
protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The DW kelihatan menakutkan,
hakikatnya terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungajawab anda sendiri. Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini,
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web


KESIMPULAN

Pada asasnya, Deep Web dan Dark Web adalah bertujuan untuk merahsiakan perkara digital agar ia
tidak mudah dicuri atau diakses oleh pihak yang tidak berkenaan. Deep Web amat di perlukan untuk tujuan seperti melindungi keselamatan transaksi atas talian antara pengguna dan bank contohnya.
Lagi satu, (di sebabkan gagal membezakan di antara Dark Web dengan Deep Web) menjadikan Deep
Web ni seolah-olah 'web jahat' yg dipenuhi dengan kandungan terlarang seperti mana yang terdapat pada Dark Web. Yang Dark Web ni pulak,di sebabkan banyak berlaku penyalahgunaan perkhidmatan (seperti Tor), Dark Web telah dianggap sebagai lubuk penjenayah siber yang bertransaksi
menggunakan Bitcoin. Akibatnya,pengguna harian biasa yang cuma inginkan privasi sewaktu melayari laman web telah menjauhkan diri dari menggunakannya.


INFO TAMBAHAN:

DAN APAKAH PULA 'MARIANA'S WEB'??


MARIANA'S WEB


Pernahkah anda mendengar berkenaan Marianas Web?. Jika Dark Web merupakan suatu bahagian/
kawasan/'subset' yang lebih kecil dari Deep Web, Mariana’s Web ni pula adalah lebih kecil dari semua tu. Dinamakan bersempena Mariana’s Trench iaitu jurang paling dalam di lautan, ia merupakan part yg paling kontroversi. Kenapa?. Ini kerana macam yg kita tau, Deep Web dan Dark Web memang boleh di buktikan serta didokumentasikan. Dalam erti kata lain, Deep & Dark Web adalah WUJUD dan ADA!!. Namun berbeza dengan Mariana’s Web. Ia adalah 'lapisan yang menjadi
seakan² mitos' di kalangan peminat teori konspirasi (versi komputer lah)..Benda gini pun ada gak teori konspirasi?. Tapi mmg logik situasi 'konspirasi' kat sini. Sebabnya,seseorang itu perlu mahir dengan apa yang di kenali sebagai 'Polymeric Falcighol Derivation'; iaitu sejenis kaedah
pengkomputeran quantum. Bila anda sudah kuasai kaedah ni,baru la anda akan tau sama ada Mariana's Web ni wujud atau tidak!! Pengkomputeran quantum (menurut hemat dan pendapat yg ajet² pakar la) adalah merupakan satu juzuk/perkara baru dalam bidang komputer ni. Di fahamkan Google sendiri pun baru je membangunkannya. Jadi, bagaimana ia boleh ‘wujud’ sebelum itu adalah misteri!!. Sama ada ianya adalah merupakan satu rahsia besar, atau hanya sekadar mitos sepertimana Unicorn yang sengaja diwujudkan bagi membeliakkan mata kita semua?

Namun sekiranya Mariana's Web ni benar2 wujud, apakah 'benda' yang ada kat situ!!??.Pasti bukan 'benda' biasa seperti jenis jantina Sajat contohnya. Menurut kata ‘mereka’ yang entah
siapa ntah, ia terkandung rahsia-rahsia yang menjadi lubuk pemendapan minda dek kerana tahap
kerahsiaannya yg teramat tinggi..Atlantis mungkin?.


- Ziefenz Zee fb
Sumber:pelbagai




http://bit.ly/2VAzGNH

Sunday, 19 May 2019

DERITA GAZA SIAPA YANG PEDULI

DERITA GAZA SIAPA YANG PEDULI




DERITA GAZA, SIAPA YANG PEDULI

Artikel ini adalah nukilan Lillian Rosengarten yang di sumbangkan kepada PalestineChronicleCom.Beliau adalah seorang aktivis keamanan, penyair dan pengarang. Penganut agama Buddha ini juga merupakan bekas pelarian Nazi Jerman.
***********************************

Aku Ingin khabarkan kepadamu tentang Gaza. Gaza hidup di dalam sangkar, di dalam sebuah penjara terbuka yang telah lama terasing dari dunia.

Pokok-pokok oren telah lama jatuh menyembah bumi. Bunga-bungaan tidak lagi dieksport. Juga sayur-sayuran, buah-buahan dan buah zaitun,dahulunya semua ini perniagaan eksport yang pernah menjana hasil.Sejak tahun 2000, tentera Israel telah memusnahkan sebanyak 114,000 pokok zaitun.Yang lain pula telah lama musnah semasa perang 2008/09. Banyak yang tumbang dek fosforus putih dan bahan-bahan kimia yang lain.

Kini, pertanian sukar untuk dikerjakan dan di sesetengah kawasan adalah mustahil. Gaza kelihatan seperti zon perang - lubang-lubang peluru jelas kelihatan di sisi-sisi bangunan.

Gaza hidup tanpa pam kumbahan dan sistem pengairan yang teratur - dibom setiap kali siap dibina semula. Perairan Mediterranean pula dipenuhi dengan sisa kumbahan mentah, manakala had 3 batu yang dikawal rapi oleh tentera laut Israel secara kolektif memusnahkan industri perikanan yang pernah makmur seketika dahulu.Kini airnya bertakung sisa kumbahan dan sisa aktiviti perikanan berlebihan.

DERITA GAZA SIAPA YANG PEDULI


Ini ialah kisah perang yang paling menggerunkan - kengeriannya tak dapat bayangkan di mana terowong dengan jarak yang berbatu jauhnya berfungsi untuk mengurangkan penderitaan rakyat melalui barang-barang yang dibawa dari Mesir.Terowong ini berbahaya kerana sentiasa dibom oleh roket dan peluru berpandu. Ramai orang-orang muda sang pemberani yang bekerja dalam terowong untuk membawa barang-barang yang diperlukan ke Gaza.Mereka memperjudikan hidup mereka setiap hari.


Baca sini: Terowong Nadi penghubung warga Palestin:


Barang-barang untuk menampung kehidupan datang melalui terowong ini. Minyak diesel dan petrol dipam melalui terowong pada 1 / 3 harga Israel. Di samping itu, bahan binaan,simen,ubat-ubatan,kain pembalut,alat pertolongan cemas malahan kereta dan mesin basuh juga turut melalui jalan ini ke Gaza.

Bahan-bahan yang dikirim melalui Ashdot,1$rae1, seringkali harus menunggu berbulan-bulan untuk di periksa dan selalunya tidak akan pernah tiba di Gaza.

Bekalan elektrik amat terhad dan penjana yang digunakan di hospital-hospital hanya boleh diaktifkan 12 kali sehari.Kerap kali terpadam semasa pembedahan sedang di lakukan.Proses pembaikan penjana dan peralatan lain merupakan satu masalah besar kerana alat ganti mengambil masa berbulan-bulan untuk tiba dari negara-negara penderma.

Perkara sama turut berlaku pada peralatan pengimejan (x-ray) yang baru,berdiri terbiar tatkala khidmatnya amat diperlukan.

Apabila sesuatu barang rosak,seringkali harus menunggu lebih daripada satu tahun untuk menerima alat ganti sumbangan NGO [badan bukan kerajaan] yang menyokong rakyat Palestin.Amerika Syarikat sudah lama menghentikan bantuan dan tidak lagi menyumbang.Saya di fahamkan Kongres AS menyalurkan penggunaan dana itu kepada NGO untuk pembangunan agrikultur.Ini adalah satu tragedi untuk rakyat Palestin di Gaza, mereka hanya mampu membekalkan makanan kepada penduduk mereka sendiri.

Dari segi perubatan dan kesihatan,keperluan yang paling asas seperti sarung tangan,jarum untuk menjahit luka, antibiotik dan lain2 juga amat berkurangan.Ramai pesakit tidak boleh mendapatkan rawatan lanjut.40% daripada ubat-ubatan untuk rawatan yang diperlukan tidak boleh didapati.Ubat-ubatan kemoterapi langsung tidak wujud di sini kerana ia terlalu mahal.

Kerusi roda yang ada disumbangkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dan mendukung Palestin.Dan syukur ia berada dalam keadaan yang baik untuk dipakai oleh mangsa yang anggota badan mereka diletupkan. Saya diberitahu bahawa kerusi roda yang dihantar oleh Israel tidak boleh digunakan lantaran banyak bahagian yang hilang.

Banyak hospital telah dibom dan dalam proses dibina semula.Tanpa terowong, akan ada kelumpuhan total dalam pembinaan semula.Hanya pesakit yang kronik,: memerlukan rawatan lanjutan dan pesakit yang paling lemah dihantar ke hospital-hospital Israel.Perjalanan ke sana adalah panjang dan sukar dengan tempat pemeriksaan yang banyak. Sesetengah pesakit tidak berjaya melepasinya dalam keadaan masih lagi bernyawa.Kanak-kanak mesti pergi bersendirian kerana ibu bapa tidak diberi kebenaran untuk menemani mereka.

Kini pesakit lebih mudah dihantar melalui Rafah ke Kaherah untuk mendapatkan rawatan.Juga suatu perjalanan yang sukar sebenarnya.Tetapi lebih disukai kerana sekatan sempadan yg sedikit longgar mewujudkan lebih banyak kemungkinan untuk tiba di hospital Mesir.Namun, ia masih tetap sukar dan panjang.

Saya melihat ramai yg menunggu berjam-jam di sempadan untuk pasport dan dokumen-dokumen mereka diluluskan,prosedur membosankan walaupun bagi orang yang sihat.

Hospital Al-Shifa (diterjemahkan sebagai "Penyembuhan" dalam bahasa Arab) adalah hospital yang terbesar di Semenanjung Gaza. Ia mempunyai 700 katil dan merawat 1200 pesakit sehari.Kesan pengepungan dan sekatan perubatan oleh Israel tidak kurang dahsyatnya. Saya amat kagum dengan komitmen kakitangan hospital dalam merawat orang ramai yang sakit dan cedera walaupun dengan peralatan yang terhad.

Lelaki dan wanita Palestin bekerja bergandingan bahu. Saya terkesan oleh keindahan sikap rakyat Palestin dan dorongan mereka ke arah ?,, dan kebebasan.Saya juga turut terkesan melihat ibu bapa kepada kanak-kanak yang sakit, menjaga mereka dengan penuh kecintaan dan tragedi yang terukir di wajah mereka.

Sekian banyak dari apa yang saya lihat dan dengar di Gaza telah meninggalkan satu lubang hitam yang mendalam dalam hati saya.Saya sedar bahawa jenayah yang dilakukan oleh Zionis Israel dan bersama-sama Amerika Syarikat ialah salah satu jenayah yang terbesar terhadap sebuah populasi yang di anggap sebagai 'bukan manusia'.

Sebaliknya mereka melihat rakyat Palestin adalah seolah² adalah syaitan dan binatang.I$rae1berusha sedaya upaya untuk menghapuskan sejarah Palestin, maruah rakyat Palestin dan hak mereka untuk wujud dalam keadaan yang selamat dan aman.Dalam hemat saya, hal ini tidak boleh dibandingkan dengan bab terakhir Holocaust, ini ialah satu tragedi yang tiada pengampunan.

Saya akan terus menulis tentang tanah sitrus yang lara ini, tanah di mana tumbuh-tumbuhan sitrus telah direnggut keluar daripada bumi dan pokok-pokok telah dieksport ke Israel untuk keuntungan mereka. Semuanya berkisar mengenai keuntungan dan ketamakan sekaligus manyenabkan manusia tidak lagi menjadi manusia.



Saya ingin memberitahu anda tentang uranium dan fosforus putih yang ditemui selepas perang di mana pengeboman berlaku selama tiga minggu berturut-turut tanpa henti. Saya menyaksikan bagaimana guru-guru dalam projek "Selamatkan Anak-Anak Kita" membantu dua orang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sampai hari ini tidak mampu berbicara setelah Operasi Cast Lead itu.

Sehingga hari ini, kita masih menemui bahan kimia di dalam tanah dan di dalam badan kanak-kanak yang dilahirkan pramatang dengan kanser dan kecacatan.Ia adalah berpunca dari bom fosforus ini di mana 33 tambahan bahan kimia toksik yang berubah sifatnya setiap kali bom ini di gunakan.

Sebagai rekod,lebih daripada 55% daripada penduduk Gaza adalah di bawah umur 18 tahun. Menggigil saya memikirkan kesan kekejaman berterusan ke atas generasi muda ini pada tahun mendatang. Palestin masih dengan bantuan NGO yang cuba untuk untuk melestarikan kesejahteraan anak-anak Palestin di kem-kem pelarian yang sesak yang di huni wajah anak2 yang paling indah.

Pekerjaan saya baru saja bermula di kem ini.Saya juga harus bertahan pada harapan.Anak-anak ini mendatangi saya dengan isyarat keamanan dan kami bersama-sama mengucapkan Viva Palestina. Dunia harus mendengarkan dan menolak kekejaman yg berlaku.


Kredit: Ziefenz Zee fb

http://bit.ly/30xClf0

TEROWONG NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN

TEROWONG NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN








NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN

Terowong bawah tanah adalah 'talian hayat' yg menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza,Manakala bagi pertubuhan Hamas,terowong tersebut adalah antara paksi kekuatan ketenteraannya.

Ini diakui sendiri oleh Komander Israel yang mendakwa pejuang Islam itu masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang aktif beroperasi melalui terowong jauh di bawah tanah sempadan Mesir.

Terowong ini adalah kunci bagi memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas.Ia bukan saja menjadikan mereka sebagai sasaran serangan Israel malah turut menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata.

Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel,Prof Efraim Inbar berkata,dia percaya kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas kewujudan terowong ini.

“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya.Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya.Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,”katanya.

Terowong pertama yang di temui tentera rejim Zionist dikenali sebagai Koridor Philadelphi.Selain itu,terdapat ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir.Ia dibina bertahun dulu dan memiliki kedalaman serta keluasan yang pelbagai.

Terowong tersebut menjadi laluan termasuklah untuk menyeludup pelbagai jenis barangan; daripada anak kambing hinggalah kepada senjata seperti roket.Dan juga terdapat terowong yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan jarak laluan yang lebih pendek.

Sebelum ini,Israel pernah menimbangkan satu cadangan bagi menangani kewujudan terowong ini iaitu dengan menggali parit dan dipenuhkan dengan air laut.Justeru,setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas.Bagaimanapun, pelan itu tidak di laksanakan kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada risiko keadaan bawah tanah yang rapuh.

Selain itu,Israel juga cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.

Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi.Pada dasarnya,Amerika Syarikat bersetuju walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran atau tidak.

Nicholas Pelham,penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata,Israel menyasarkan untuk menutup terowong ini secara kekal dan ia adalah proses utama dan berpanjangan.

“Tanpa memperoleh semua wilayah,adalah sukar bagi Israel menutup kesemua terowong ini,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan Israel ialah apabila sayap bersenjata Hamas,Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan kemudahan terowong itu untuk persiapan perang.Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan di mana terowong tersebut merupakan laluan utama para pejuang.

Menurut seorang Komander Hamas,salah satu daripada manfaat yang diperolehi daripada terowong itu adalah,ianya mengurangkan risiko yang bakal dihadapi tatkala menyerang balas Israel.

Salah satu terowong yang musnah di bom oleh rejim Israel


“Jangan ledakkan bom di situ.Gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh.Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang murah kos nya dan bukannya risiko akan kehilangan pejuang,” katanya.

Komander Islam Jihad,Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza,mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memberi impak ketenteraan yang minimum.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain daripada serangan roket dengan harapan mereka memasuki Gaza.Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami dan semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka,”katanya.

Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China.Semua itu diseludup melalui sempadan termasuk mortar,mesingan,bom,pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang di ubah suai.



INFO TAMBAHAN


TEROWONG NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN


1. Ada lebih 750 (dan jumlahnya semakin bertambah) terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya(antara yg terawal) ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.

2. Terowong yang lazimnya digunakan untuk penyeludupan barangan pengguna memiliki jarak sejauh kira² 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.

3. Pembinaan mengambil masa paling kurang enam bulan.Terdapat bayaran dengan kadar tertentu untuk kerja² menggali terowong.

4. Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan adalah amat tinggi.Dikatakan mencecah nilai jutaan Ringgit Malaysia(sila buat rujuk silang kembali)..Dan kesemuanya dibawa melalui Mesir.

5. Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan sampingan bagi pergerakan Hamas.Bayaran akan dikenakan ke atas pihak yg menggunakan terowong tersebut.

Sumber: sir_khai79
kredit Ziefenz Zee fb

http://bit.ly/2VzmZD1

Kerajaan Kebajikan Muammar Gaddafi: Rakyat Tetap Membencimu

MUAMMAR GADDAFI :SUPREME LEADER DI LIBYA

Sebelum ini kita telah membaca kisah kejatuhan Saddam Hussien di Iraq.. hari ini jom kita baca pula kisah kejatuhan Muammar Gaddafi seorang Supreme Leader di Libya.


Gambar di bawah menunjukkan Almarhum Muammar Gaddafi mengimamkan solat jemaah bersama rakyatnya. Memang selalu jugalah Muammar Gaddafi menjadi Imam.

MUAMMAR GADDAFI SUPREME LEADER DI LIBYA


Di kiri bawah, gambar ketika Muammar Gaddafi baru sahaja ditangkap oleh rakyatnya sendiri yang mengerumuni untuk menyeksa beliau.Dan terakhir di sebelah kanan bawah, gambar kegembiraan anak muda Libya meraikan kematian Muammar Gaddafi disisi mayatnya.

SIAPA MUAMMAR GADDAFI?

Dilahirkan dari keluarga miskin dalam khemah di padang pasir luar kawasan bandar dalam kalangan suku nomad badwi yang tidak terkenal, Muammar Gaddafi membesar sebagai penternak kambing dan unta. Oleh kerana masyarakat sekeliling yang buta huruf dan tidak merekod sebarang maklumat, maka tahun kelahiran beliau tidak dapat dipastikan secara tepat.

Dibesarkan dalam hiruk-pikuk perang dunia kedua, Libya ketika itu dicengkam oleh kuasa Italy (sekutu Nazi). Bapanya telah dibunuh oleh tentera Italy. Setelah perang dunia tamat dengan kekalahan kuasa paksi (Jerman-Itali), maka pihak pemenang iaitu British dan Perancis berebut untuk memiliki wilayah Libya ini.

Namun, PBB melarang hal tersebut sebaliknya memberikan kemerdekaan kepada Libya dibawah pentadbiran monarki mutlak yang perlu tunduk kepada telunjuk barat. Libya dipimpin oleh Raja Idris Qadasallahu Sirruhu iaitu seorang Ulama Sunni berketurunan Nabi Muhammad SAW dari jalur Saiyidina Hassan.

Muammar Gaddafi dibesarkan dalam suasana penuh ciri2 keislaman. Oleh kerana kesempitan hidup, Muammar Gaddafi hanya tidur di masjid semasa zaman persekolahan. Beliau sering dibuli kerana status latar belakangnya seorang Arab Badwi. Namun, beliau tetap berbangga dengan identiti asalnya itu dan mengajak rakan-rakan badwi lain agar usah berasa malu dengan status mereka.

Ketika sekolah menengah, beliau menjadi seorang yang terkenal dan guru-gurunya ramai berasal dari Mesir. Ketika ini, beliau mendapat banyak maklumat tentang perubahan politik negara Arab.

Pelbagai isu di timur tengah diketahuinya. Perang Arab-Israel, Revolusi Mesir, Krisis Terusan Suez dan pembentukan Republik Arab Bersatu oleh Mesir dan Syria. Muammar Gaddafi amat mengidolakan Gemal Abdel Nasir pemimpin masyhur Dunia Arab dari Mesir itu. Walaupun Mesir berada dalam benua Afrika secara geografi, tetapi mereka Arab secara budaya.

Muammar Gaddafi terpengaruh dengan idea-idea Gemal Abdel Nasir yang anti penjajah barat, anti zionis, pro Nasionalis-Sosialis. Ketika itu juga,Muammar Gaddafi mula belajar cara untuk melancarkan revolusi dan kudeta yang memerlukan tenaga rakyat dan tentera. Beliau yang masih muda ini mula memimpin demontrasi serta menyebarkan poster-poster mengkritik pentadbiran monarki.

Beliau banyak membaca sejarah Revolusi Perancis, teori-teori politik dari Michel Aflaq (Syria), Abraham Lincoln (US), Sun Yat-sen (China) dan Mustafa Kemal Ataturk (Turki). Beliau yang amat berminat dengan subjek sejarah melanjutkan pelajaran dalam bidang itu di universiti. Namun kemudiannya beliau menamatkan pengajian untuk menyertai dunia ketenteraan.Ini kerana baginya,hanya melalui ketenteraan misi politiknya akan berjaya.

Beliau bersama beberapa rakan setia mula mewujudkan “gerakan bawah tanah” berinspirasikan ideologi Gemal Abdel Nasir. Mereka menjelajah ke seluruh Libya untuk menyebarkan pemikiran ini. Muammar Gaddafi juga turut mengumpul pemuda cerdik-pandai dari seluruh Libya bagi membina rangkaian kerja.

Walaupun pihak kerajaan ketika itu menyedari gerak kerja mereka, namun kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan.Bagi mereka, gerakan Muammar Gaddafi dan rakan-rakannya hanyalah ancaman kecil.

IMPAK KEKALAHAN 6 HARI DENGAN ZIONIS

Selepas kekalahan Mesir dalam perang 6 hari melawan Israel, pendokong nasionalis seluruh negara Arab makin membenci kerajaan-kerajaan yang tunduk dengan telunjuk barat yg sememangnya pro Israel. Oleh itu, telah wujud huru-hara di Libya bagi melawan kerajaan yg merancang mengadakan rampasan kuasa secara kudeta.

Muammar Gaddafi menghidu peluang terbaik ini apabila Raja Libya telah pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan penyakitnya. Muammar Gaddafi dengan pantas menguasai beberapa lokasi penting dan strategik seperti lapangan terbang, stesen radio, balai polis dan pejabat kerajaan.

Beliau dan rakan-rakannya melakukan hal ini serentak di kota-kota besar Libya. Mereka juga telah menangkap putera mahkota Libya dan mendesak agar melepaskan jawatannya.

Kemudian dengan serta merta, Muammar Gaddafi mengumumkan kejatuhan kerajaan Monarki dan mengangkat dirinya sebagai pemimpin baharu Libya yg di umumkan melalui stesen radio. Revolusi tanpa penumpahan darah ini dikenali sebagai Revolusi Putih atau Revolusi 1 September.

MENSTRUKTUR SEMULA KERAJAAN LIBYA

Gaddafi dan rakan-rakannya telah mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan. Mereka membuat pembaharuan dalam ekonomi dan sosial termasuk menegakkan hukum syariah dan memperkenalkan dasar pertanian yang mapan.

Arak dan kelab malam diharamkan. Pakaian tradisional Libya diutamakan. Bahasa Arab menjadi bahasa utama komunikasi dan papan tanda di jalanan.Kaum wanita Libya juga diberikan pendidikan yang sepatutnya.

Muammar Gaddafi juga telah menguruskan telaga minyak Libya dengan baik sehingga membuahkan pertumbuhan ekonomi yang sejahtera.Kekayaan hasil petroleum digunakan untuk membina perumahan sebagai inisiatif utama kerajaan.

Program Bantuan Kebajikan Rakyat seluruh Libya diperkenalkan. Pendidikan dan kesihatan rakyat dijaga dengan baik sekali. Sektor awam membuka peluang pekerjaan. Status Muammar Gaddafi sebagai seorang badwi dipuja-puja dan disebut sebagai pengganti “Umar Mukhtar” pada ketika itu.

POLISI ANTI BARAT GADDAFI

Muammar Gaddafi enggan tunduk kepada mana-mana kuasa dunia sama ada Blok Amerika mahupun Blok Soviet Union. Beliau terkenal dengan teori politik ciptaan dirinya sendiri iaitu “Third International Theory”.

Muammar Gaddafi lantang mengkritik Barat terutama Amerika yang sentiasa memihak Israel dalam konflik Palestin-Israel. Selain Gemal Abdel Nasir, Muammar Gaddafi sebenarnya turut meminati gaya Yaser Arafat pemimpin Fattah di Palestin. Namun,beliau menganggap Yaser Arafat terlampau berlembut dalam menyelesaikan krisis di Palestin.

Gaddafi berpendapat Palestin perlu lebih keras melawan Israel. Oleh itu, Muammar Gaddafi telah membiayai gerakan bersenjata bagi melindungi kepentingan rakyat Palestin. Di sebabkan itu, Gaddafi telah dilabel sebagai pencipta teroris oleh Barat.

Bagi tujuan memperkuatkan kedudukan kerajaan Libya untuk menghadapi ancaman antarabangsa, Muammar Gaddafi mahu memperkukuhkan ekonomi negara dengan memonopoli sumber petroleum. Hal ini menimbulkan kemarahan taikun-taikun (saudagar tempatan). Mereka merancang untuk menggulingkan Muammar Gaddafi dengan menyerang bangunan tentera.

Namun rancangan mereka untuk gulingkan Muammar Gaddafi tidak berjaya kerana maklumat yg terdedah. Mereka melarikan diri ke Mesir dan meminta berlindungan Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat.

Ekoran daripada pelan rampasan kuasa yg gagal itu,Muammar Gaddafi mula 'membersihkan' kerajaannya dengan menghapuskan para penentang sehingga beliau digelar diktator.Suara-suara kebencian terhadap Muammar Gaddafi semakin jelas kedengaran.Para pelajar universiti yang anti Muammar Gaddafi bergaduh dengan pelajar pro Muammar Gaddafi.

Lantaran itu Gaddafi telah memperkenalkan beberapa langkah tegas bagi mengekang golongan pelajar sehingga beliau semakin dibenci oleh para pelajar. Para agamawan Ikhwanul Muslimin turut mengecam Muammar Gaddafi sebagai Marxism dan Tidak Islamik, Tidak Sunnah. (Mu dok Isley! Bukey Sunnoh!)

Bahkan ada seorang ulama terkenal memfatwakan bahawa Muammar Gaddafi halal darahnya untuk dibunuh (malas nak cerita). Beberapa tindakan yg di ambil Muammar Gaddafi untuk mengekang golongan yg menentangnya menjadikan rakyat semakin marah! Kemarahan ini semakin memuncak apabila wujudnya gelombang ARAB SPRING.

Ya... Arab Spring kesukaan anak muda. Puak-puak Islamis mula main peranan. Bahkan sehingga ke tahap gerakan militan.

Berkecamuklah Libya dengan perang saudara. Militan itu perang dengan militan ini. Teroris itu perang dengan teroris ini. Kacau-bilau, haru-biru, hagemaru. NATO pun mula masuk mainkan peranan. Pejuang demokrasi katanya... Desakan rakyat semakin kuat.

NATO membantu gerakan militan ini bagi menjatuhkan kerajaan atas alasan suara rakyat. Muammar Gaddafi telah menjadi sasaran nombor 1 sehingga memaksanya berlindung menyelamatkan diri.

Keadaan yg semakin mendesak telah memaksa Muammar Gaddafi bersetuju untuk meletakkan jawatan dan ingin membincangkan perihal peralihan kuasa secara aman. Namun anak muda yang tegar membangkang tetap tidak berpuas hati. Mereka tetap memburu Muammar Gaddafi.

PENGAKHIRAN HAYAT GADDAFI

Dan akhirnya puak pemberontak menemui Gaddafi yg bersembunyi dalam paip saliran. Mereka segera menariknya keluar sambil menjerit “Muammar!, Muammar!”. Muammar Gaddafi ditembak di kaki dan belakang badan untuk melemahkannya.

Seterusnya mereka membawa Muammar Gaddafi berarak menaiki kereta militan. Mereka berhuha-huha, beryale-yale gembira. Mereka bertakbir, “AllahuAkbar!, AllahuAkbar!”.

Muammar Gaddafi cedera parah berlumuran darah. Beliau keseorangan ketika mana para militan mengerumuninya. Mereka merakam aksi-aksi terakhir Muammar Gaddafi. Videonya boleh lihat di Youtube. Muammar Gaddafi merayu;
“Jangan tembak saya... Allah larang perbuatan ini... Tidakkah kamu tahu beza perbuatan benar dan salah?”.

Namun, pemuda-pemuda itu tidak mengambil kisah. Mereka terus memukul, menyeksanya. Akhir sekali, “Dammm!!!”... peluru dilepaskan ke kepala tanpa diketahui siapa pelakunya hingga menyebabkan kematian Muammar Gaddafi.

Kesan luka besar seperti torehan bayonet juga ada di bawah perut beliau. Mayatnya dipamerkan buat beberapa hari dihadapan orang awam.Tamatlah riwayat Muammar Gaddafi.

Namun, Libya masih belum bangkit. Para teroris dan militan masih mengucar kacirkan Libya. Masing-masing berebut kuasa. Kuasa Barat yang mengaku pejuang demokrasi pulang ke negara masing-masing.Kata mereka,"Pemimpin Arab dah dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri, jadi bukan salah kita...”

Rakyat Libya sedang merempat penuh kehinaan. Tiada lagi kesenangan seperti zaman Muammar Gaddafi. Dulu, Libya tiada hutang dengan Bank Dunia, percuma kos perubatan, pendidikan percuma, percuma elektrik, pinjaman tanpa faedah, subsidi untuk pengantin membeli rumah pertama, ibu mendapat duit apabila melahirkan bayi, kereta separuh harga dan lain-lain.

Tapi rakyat tak mahu itu semua.Tak nak bersyukur.Walau apa pun jasa kebaikan, kalau dah benci tu, tetap benci. Kini tiada lagi. Amanlah di kau di sana wahai Libya.

Syabas anak muda. Rakyat Memilih...

NOTA: Artikel ini telah saya olah dan edit kembali tanpa mengubah maksud ayat artikel asal.Boleh follow beliau di:
http://bit.ly/2HthKB2

Kredit: Ziefenz Zee fb

http://bit.ly/2YFFuaJ

SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!.



SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!..

Oh Saddam!
Rejim yang direjam.
Diguling kerana mencengkam kejam.
Namun, hingga kini Iraq masih terpejam.

Dahulunya, umat Islam berteduh dibawah payung kekhilafahan. Namun, setelah payung empayar Islam ini dirobek-robek, maka setiap bangsa membawa diri mengikut haluan sendiri. Berpencar berpecah. Masing-masing ditadbir oleh para Raja Monarki. Raja Mesir, Raja Libya, Raja Iraq dan sebagainya.

Tetapi, umat Islam terus rakus. Masih tidak bersyukur. Masih tidak puas hati. Ingin menolak kuasa Raja-Raja. Kuasa Rakyat, laungan demokrasi menjadi pilihan. Tak mengapalah, Rakyat Memilih....

Ketika itu muncul gerakan Revolusi Arab yg disebut sebagai Pan-Arabism. Orang Arab menghapuskan monarki dengan semangat Nasionalis. Semangat ini ditiup kuat oleh Gemal Abdel Nasir di Mesir. Semangat ini jugalah yg berjaya menghalau penjajah barat di dunia Arab.

Begitu juga di Iraq. Setelah King Faisal II of Iraq terguling, pemimpin rakyat ketika itu Abdul Karim Qasim dari Parti Baath mengambil keputusan tidak mahu lagi bersama Gemal Abdel Nasir bagi membentuk Republik Arab Bersatu. Republik Arab Bersatu hanya memperlihatkan gabungan Mesir dan Syria,tanpa Iraq.

Ramai ahli parti Baath tidak puas hati dengan tindakan Karim Qasim sehingga kedudukan beliau goyah. Oleh itu, Karim Qasim bersatu dengan Parti Komunis Iraq bagi mengimbangi pengaruh. Hal ini amat dikesali oleh ahli parti Baath lalu mereka merancang untuk membunuh ketua parti mereka. Dan tokoh muda yg menjadi watak utama dalam misi pembunuhan ini tidak lain tidak bukan adalah SADDAM HUSSEIN!

SADDAM MELARIKAN DIRI KE SYRIA

Namun, misi ini tidak berjaya dan ramai pengikut Saddam Hussein lari berlindung di Syria iaitu sebuah “Rumah Yang Selamat” bagi penganut ideologi Parti Baath yg bernuansakan Nasionalis-Sosialis. Mereka yg tak sempat melarikan diri dihukum mati oleh Kerajaan Iraq ketika itu. Kemudian Saddam Hussein berhijrah ke Mesir bagi menyambung pelajaran.

Ketika Saddam Hussein di Mesir, sampailah khabar bahawa Karim Qasim telah digulingkan dari kerusi pemerintahan Iraq dan diganti oleh Abdul Salam Arif. Abdul Salam menangkap pemimpin Parti Baath Iraq yg bersekongkol dgn Komunis pada ketika itu. Ketika pemerintahan Abdul Salam ini, Saddam Hussein pulang ke Iraq. Namun tidak lama kemudian, Saddam Hussein di tahan dan dipenjarakan.

Kemudian berlaku peralihan kuasa di mana Presiden Iraq ketika itu,Abdul Salam Arif telah di gantikan oleh saudaranya Abdul Rahman Arif.

Di percayai hasil pengaruh dan bantuan Ahmed Hassan Bakr, Pemimpin Parti Baath Saddam telah di bebaskan. Dia diangkat oleh Ahmed Hassan Bakr ke jawatan yg strategik bg menguatkan parti itu.Kemudian duo Saddam Hussein dan Hassan Bakr telah berjaya menggulingkan kerajaan Iraq yg di ketuai Abdul Rahman Arif.

SADDAM MENJADI ORANG NOMBOR 2 IRAQ

Hassan Bakr menjadi pemimpin Iraq dan Saddam Hussein sebagai timbalannya. Mereka berdua juga menguasai pentadbiran ketenteraan. Saddam Hussein menggunakan kesempatan di jawatan ini untuk meningkatkan pengaruhnya sehingga pengaruh Hassan Bakr tenggelam.

Saddam Hussein juga cuba mengimbangi struktur demografi Iraq yang pelbagai itu agar kerajaan menjadi stabil. Warga Iraq ketika itu terdiri daripada pelbagai latar belakang yg merangkumi pelbagai etnik, agama, sosial, jurang ekonomi, sunni-syiah, Arab-Kurdish dan lain-lain.

Kedudukan Saddam Hussein semakin selesa apabila beliau menguasai telaga minyak Iraq. Dengan kelebihan ini, Saddam Hussein berjaya membawa pemodenan kepada Iraq. Kadar buta huruf turun dengan pendidikan percuma. Bantuan Rakyat Seluruh Iraq juga diperkenalkan. Keluarga tentera mendapat manfaat, kos perubatan dipermudahkan, subsidi kepada petani diberikan dan lain2 lagi.

Iraq menjadi negara moden dan sihat di Timur Tengah ketika itu sehingga UNESCO memberi anugerah kepada Saddam Hussein atas sumbangannya. Ekonomi Iraq berkembang pesat, infrastruktur bertambah baik. Jalan raya, perindustrian dan pertanian menjadi subur.

PERGOLAKAN POLITIK DUNIA ARAB

Sementara itu di Mesir,Anwar Sadat menjatuhkan Gemal Abdul Nasir di Mesir. Anwar Sadat menjadi pemimpin Mesir dan dia turut mengiktiraf Israel. Hal ini membuatkan Saddam Hussein menjadi marah lalu beliau melancarkan kempen sehingga menjadikan dirinya sebagai Penyelamat Bangsa Arab.

Saddam Hussein membuat perjanjian sekutu bersama Soviet Union hingga meyebabkan USA menjadi marah. USA kemudian membiayai pemberontakan bangsa Kurdish bagi melawan kerajaan Iraq. Namun gerakan Kurdish ini gagal menjatuhkan kerajaan Iraq yg stabil ini.

Pemimpin Iraq, Hassan Bakr ketika itu bertindak untuk bersatu dengan Syria sebagai sebuah kerajaan dimana Hassan Bakr akan menjadi ketuanya dan Hafez Assad (bapa Basyar Assad) menjadi timbalan. Sememangnya Iraq dan Syria berkongsi ideologi Baathism yang sama.
Hal ini membuatkan impian Saddam Hussein untuk menjadi pemimpin nombor 1 di Iraq gelap.

Oleh itu, Saddam Hussein kemudian telah memaksa Hassan Bakr meletak jawatan. Maka, berjayalah Saddam Hussein naik menjadi “Iraq Official 1”. Ahli parti Baath yg tidak bersetuju dituduh pengkhianat dan dijatuhkan hukuman bunuh. Ratusan pemimpin tertinggi Baath dihukum mati.

IRAQ DI KETUAI SADDAM YG BERFAHAMAN SUNNI

Meskipun majoriti warga Iraq adalah syiah,tetapi ia di pimpin oleh Saddam Hussein yg merupakan ASWJ. Pemerintahan Saddam yg bercorak sekular turut mengenepikan orang syiah dalam barisan kabinetnya.

Ketika Saddam Hussein mula memegang kuasa di Iraq, jiran mereka iaitu Iran sedang menghadapi Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatullah Ruhollah Khomeini.Sedikit sebanyak Iraq terkena tempias,lebih2 lagi kpd penganut Syiah di Iraq.Dari hari ke hari,impak yg tercetus dari Revolusi Islam Iran kian ketara pengaruhnya.

Tercetus konflik di mana kemuncaknya berlaku perang Iraq-Iran dimana Iraq yg dibantu USA masuk menyerang Iran.Perang berlangsung hampir 10 tahun.

Sesudah tamat perang Iraq yg terdesak mahu pulihkan keadaan ekonominya dengan secara paksa meminta jiran-jiran Arab membantu mereka. Namun, Kuwait sebuah negara kecil yang kaya enggan tunduk kepada Iraq. Oleh itu, sekali lagi Saddam Hussein bergelumang dengan perang. Iraq masuk menjarah Kuwait dalam Perang Teluk (Gulf War)!

Tindakan Iraq ini telah mencetus kemarahan sekutu mereka iaitu USA. Hubungan Iraq-USA menjadi keruh di sebabkan perkara ini.Di tambah pula dengan sikap USA yg sentiasa memihak kepada Israel dalam konflik Israel-Palestin.

USA kemudian telah menyeru kepada rakyat Iraq dan juga negara2 Arab lain agar menjatuhkan Saddam Hussein. Namun tiada siapa berani menyahut seruan USA itu. Turki takut nak kacau Iraq, Iran juga takut. Begitu juga Arab Saudi.

Ini membuatkan kedudukan Saddam Hussein tidak goyah atau terancam sekaligus memberi mesej kepada USA bahawa “You cant touch me”.Saddam Hussein semakin kuat menyuarakan prinsip Anti-Baratnya.

Kemudian Saddam Hussein yg selama ini memimpin dengan corak sekular mengubah corak pimpinan dan perwatakannya menjadi seorang Muslim-Sunni yg warak. Watak ini amat disukai oleh rakyat sehingga beliau mendapat sokongan hampir 100% setiap kali pilihanraya.

DENDAM USA KEPADA SADDAM

Dalam diam, CIA mula buat kerja. Semua pertubuhan hak asasi manusia menuduh Saddam Hussein adalah seorang diktator yg banyak mengorbankan nyawa hingga digelar “Butcher of Baghdad”.

USA juga menuduh Iraq mempunyai kaitan dengan gerakan pengganas al-Qaeda yg mana dahulunya al-Qaeda adalah 'tentera bayangan' USA di Afghanistan bagi menghapuskan pengaruh Rusia.

USA yg dipimpin George W. Bush dan rakannya Tony Blair Perdana Menteri Britain giat berkempen bagi menjatuhkan Saddam Hussein di mana Iraq dituduh mempunyai Senjata Pemusnah. Sentimen 11 September dimainkan.

Dan USA datang menjarah Iraq pada tahun 2003. Tentera Iraq menjadi lemah dan Saddam Hussein hilang penguasaannya terhadap Iraq hingga memaksa dirinya melarikan diri bersembunyi. Partinya dibubarkan menjadikan Iraq tanpa kerajaan.Tentera USA mula bermaharajalela di jalanan. Melepaskan tembakan rambang seperti kita bermain game di CyberCafe.

Patung Saddam Hussein ditumbangkan oleh rakyat. Ahli keluarganya ada yg dibunuh.Saddam Hussein dilabel sebagai VIC (Very Important Criminal), penjenayah paling dikehendaki dan USA terus melancarkan operasi memburu Saddam Hussein.Pemburuan itu berakhir apabila Saddam berjaya di temui bersembunyi dibawah tanah berhampiran tempat kelahirannya.

Tahun berikutnya, Saddam Hussein di bicarakan dan telah disabitkan kesalahan membunuh.Beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hukuman tersebut dijadualkan berlangsung tepat pada pagi 10 Zulhijjah.

PENGAKHIRAN HAYAT DI TALI GANTUNG

Ketika seluruh dunia Islam bertakbir menyambut Hari Raya Qurban, dalam masa sama di Iraq, Saddam Hussein bakal menjalani hukuman gantung.

Saddam kelihatan tenang ketika lehernya telah berada di tali gantung. Sang algojo mengejek-ejek beliau. Beliau bersyahadah namun belum sempat menghabiskan syahadahnya, “pangggg”... lantai terbuka dan lehernya dijerut!..

Setelah disahkan meninggal, berita ini disampaikan kepada pemimpin USA dan UK. “This is Democracy victory”. Ini kemenangan Demokrasi!

Namun, sehingga kini, tiada sebarang bukti senjata pemusnah ditemui. USA melaung-laungkan acuan demokrasi yg menjanjikan kestabilan Iraq pasca Saddam,telah pun kembali ke negara mereka.Setelah puas menghisap petroleum Iraq,merompak jongkong² emas Iraq dan menjarah segalanya,Iraq ditinggalkan dalam keadaan huru-hara.

Gerakan pengganas seperti al-Qaeda, ISIS kemudian mengambil kesempatan untuk masuk dan menguasai sebahagian Iraq.Namun hingga kini,Iraq tetap bergolak dan jauh dari keadaan aman.

Ketika ini, seluruh rakyat Iraq yg menjatuhkan Saddam mula berasa sedih dan menyesal. Pemuda-pemuda yg meruntuhkan patung Saddam,jika di berikan peluang pasti akan berusaha menegakkannya semula.

SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!

NOTA:
Olahan semula dari sumber asal.Full credit kepada penulis asal.Boleh ikuti beliau di: http://bit.ly/2HthKB2 (Non-Partisan, Anti-Binary)

Moga ampunan Allah buat mereka, Al fatihah. Sesungguhnya Allah Maha Tahu siapa yg lebih baik amalannya

http://bit.ly/2YHInYJ

Thursday, 16 May 2019

Mengapa Rejim U.S Tidak Berani Berperang Dengan Iran?




Mengapa rejim U.S tidak akan berani berperang dengan Iran iaitu negara Islam terkuat dan kuasa ketujuh di dunia?

- Iran mempunyai dua tentera yang hebat dan tentera bukan rasmi terbesar di dunia yang dikenali sebagai pasukan penggerak yang popular (Basij), yang terdiri daripada dua puluh juta dan lima juta dari mereka adalah pelatih tentera.



Mengapa Rejim U.S Tidak Berani Berperang Dengan Iran



- Iran mempunyai kekuatan tanah terbesar dan paling kuat di Timur Tengah.
- Iran mempunyai kuasa tentera laut keempat paling kuat di dunia.
- Iran mempunyai senjata peluru berpandu balistik yang keempat terbesar di dunia.

 peluru berpandu balistik




- Iran dianggap negara kelima di dunia yang tidak boleh diduduki oleh tentera.
- Iran adalah salah satu negara yang paling ramai penduduk di dunia.
- Iran berperang dengan Saddam dan seluruh dunia bersamanya dan sistem Islam di Iran adalah penubuhan baru, Iran tidak kehilangan batu wilayahnya dan Republik Islam mengalahkan Saddam ... Hari ini, Iran mempengaruhi keputusan rantau dan dunia .




Iran mempengaruhi keputusan rantau dan dunia .


- Iran mempunyai pengaruh di seluruh dunia Islam pada umumnya dan di Timur Tengah khususnya.
- Iran adalah pembuat keempat UAV tentera maju di dunia.
- Iran adalah kuasa siber paling kuat keempat di dunia.
- Perkhidmatan perisikan Iran adalah antara organisasi perisikan yang paling kuat di dunia.
- Iran dan sekutu-sekutunya telah mengalahkan organisasi pengganas yang paling berbahaya di dunia "ISIS" selama empat tahun, sementara rejim Amerika yang sendiri telah mewujudkan organisasi pengganas ini, berkata ia mengambil masa empat puluh tahun!
- Satu lagi koleksi senjata api dan kemudahan ketenteraan Iran yang belum maju telah dilancarkan sehingga kini.
Dan apa yang tersembunyi lebih besar ...

Sumber: Here Iran fb


































http://bit.ly/2Q65id7