Tuesday, 27 November 2018
Memahami Isu Rusuhan Kuil Viral Di USJ Selangor
Memahami 'Timeline' isu Sri Maha Mariamman Temple, Hicom
.
1. Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate.
Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut,
1974: Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal.
1891: Ia dibina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang didedikasikan oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di estet tersebut.
.
2. Pada tahun 1987,
SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd.
Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian namun kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada skim pembangunan perumahan.
.
3. Pada tahun 1992-1993,
Tanah kuil berkenaan telah dituntut oleh pihak SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987.
Maka ditubuhkanlah Komiti Pengurusan Kuil berkenaan dibawah ROS dan Chellappa a/l K.Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala Nagaraju a/l Merganathan telah dilantik sebagai setiausaha komiti tesebut.
.
4. Pada tahun 1996,
Tuntutan pertama melalui saman sivil : No.MT1-21-353-1996 diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah).
Kes ini juga sebenarnya pernah diwakili oleh mendiang Karpal Singh.
.
5. Pada tahun 2001,
Berlakunya salah faham diantara Chellapa dan Nagaraju, di mana Chellapa telah menuduh Nagaraju telah 'red caught handed' mencuri duit dan barang dapur kuil, Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli komitee termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan.
.
6. Pada tahun 2007,
One City Development telah membeli tanah itu dan telah ada rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak. Saman sivil pertama iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014.
.
7. Pada tahun 2012,
Kira-kira 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor dan mendesak kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan kuil berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights.
.
8. Pada tahun 2014,
Mac 2014,
Kedua-duanya Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :
1. Menyediakan dua tanah lain yang terletak berhampiran kuil yang ada untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.
2. Mendermakan RM1.5 juta untuk membina kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.
Mahkamah mengarahkan tapak di mana kuil itu terletak untuk diserahkan kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.
Julai 2014,
Sebuah lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah di: No.MT1-22-491-2001 (MT5) diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) and Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.
.
9. Pada tahun 2016,
Berdasarkan keputusan mahkahmah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah.
Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan.
.
10. Pada tahun 2017,
May 2017,
Pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil.
Lokasi baru itu juga telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat.
Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka
.
1 Jun 2017,
Isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014.
Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas),Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah mereka:
1. Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun ada ditanah tersebut, yang dianggap keramat kepada masyarakat Hindu.
2. Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.
3. Tapak baru bagi kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan dikuil mungkin akan menggangu masyrakat setempat dan mewujudkan racial-tension.
Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima 'political backlash'.
.
6 Jun 2017,
Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.
.
Disember 2017,
Isu ini 'panas' sebentar apabila dibangkitkan semula oleh Sivarasa and Santiago yang mana mana kuil tersebut harus dikekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet tersebut.
.
11.Pada tahun 2018,
28 September,
Isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.
.
16 Oktober,
Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan masyarakat India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak taruh yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
.
25 Oktober,
Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook, kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan teruk di LDP.
Seramai kira-kira 300 orang anggota polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.
Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November iaitu selepas perayaan Deepavali.
Pengurusan kuil itu akan diambil alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh aktivis Hindraf "Ramaji", yang nama sebenarnya M Ramachandran.
YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut.
.
31 Oktober,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di mahkahamah pada 2014, beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk kuil itu dipindah atas arahan mahkamah bukan arahan kerajaan negeri.
.
17 November,
Kumpulan yang membantah persetujuan antara jawatankuasa kuil dan pemaju untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan di luar Parlimen minggu depan bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun mahkamah sudah membuat pada 2014.
Malah ada 2 orang penganut hindu dikalangan jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan kuil tersebut.
Kumpulan “Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple” berkata kuil itu, yang dibina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut dipindahkan.
Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh kerajaan tidak peduli akan bantahan mereka.
“Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan tidak proaktif,” katanya, dan menambah mereka akan berhimpun di luar Parlimen pada 21 November ini, sehari sebelum perpindahan kuil itu.
“Kami mahu perdana menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian. Tiada orang dengar rayuan kami,” katanya.
.
21 November,
Sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan parlimen bagi mempertahankan kuil tersebut daripada dirobohkan pada tarikh akhir iaitu 22 November 2018.
Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield itu.
Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Mahathir.
.
23 November,
Sekali lagi memorendum cuba dibawa ke parlimen oleh Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman namun telah dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.
Beliau mendakwa telah dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu.
Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City telah menafikan bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29 November
.
25-26 November,
Telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November).
Maka ramailah telah turun tunggu di kuil sejak dari pukul 10 malam lagi.
Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian hitam telah tiba-tiba datang menyerbu kuil dan mengarahkan semua orang untuk keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah diviralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook.
Unsur-unsur orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar dijerit oleh kumpulan berkenaan telah didendangkan di dalam seruan meminta bantuan oleh pihak dari dalam kuil berkenaan.
Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke kuil berkenaan dan berlakulah pertempuran dan pergaduhan diantara kumpulan lelaki Melayu tadi dengan orang yang turun memberi bantuan kepada persatuan kuil, ada yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua-dua belah pihak.
Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya dikawal oleh LPF dan FRU dan beberapa orang telah berjaya digari dan ditangkap oleh pihak polis.
Di dalam kekecohan tersebut, beberapa buah truck pickup telah diterbalikan dan beberapa buah kereta juga telah dibakar.
.
Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu 'planted' yang dirancang secara tiba-tiba, isu ini adalah isu lama yang sudah berpanjangan sejak bertahun-tahun walaupun sepatutnya telah diselesaikan dengan cara mahkahmah.
Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak-pihak tertentu isu ini menjadi panas dan semakin 'complicated'
Diharapkan, kita sebagai rakyat Malaysia tidak termakan akan provokasi atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti, bahawa kejadian semalam adalah kejadian rusuhan di antara kaum Melayu dan India, orang Melayu nak robohkan kuil Hindu, ekstrimis Melay atau Muslim dsbnya..
Walhal ianya adalah pergeseran di antara pihak pengurusan kuil yang mempunyai 2 puak dan juga pihak pemaju yang telah memakan masa hampir 20 tahun (lebih kalau dikira dari tahun 1992), namun tidak selesai-selesai lagi.
Dan jujurnya saya rasa, ke semua pihak yang terlibat termasuklah pemaju harus dipanggil dan disiasat sebelum benda ni jadi lebih merebak dan tidak terkawal.
Sekian.
.
.
Rujukan:
1. The Truth and Lies about Sri Maha Mariamman Temple, Hicom - Malaysia Hindu Sangam
https://ift.tt/2zsTXg4
2. Mariamman temple in Subang Jaya finds new permanent home
https://ift.tt/2P75Xso
3. Tussle over Hindu temple, S'gor gov't urged to step in
https://ift.tt/2qCT8yN
4. Objection to Seafield temple demolition not valid, says Selangor exco
https://ift.tt/2P3hjxP
5. Press Statement – Seafield Sri Maha Mariamman Temple, USJ 25, Puchong - Azmin Ali
https://ift.tt/2zo2vEX
6. S'gor MB confirms freeze on eviction plan for Seafield temple
https://ift.tt/2sbzObH
7. Seafield temple issue: Abusive speeches won’t help, says MP
https://ift.tt/2zv33ce
8. MPs want dialogue over fate of century-old temple
https://ift.tt/2P3apIF
9. Minister urges calm over temple demolition in Subang Jaya
https://ift.tt/2CKrDc8
10. Pindah kuil ikut penghakiman persetujuan – Ganabatirau
https://ift.tt/2P49RlT
11. Seafield temple relocation postponed to after Deepavali following standoff with protesters
https://ift.tt/2zsU0bK
12. Tense Seafield Hindu temple standoff defused with relocation postponed to after Deepavali
https://ift.tt/2P8IIOZ
13. Seafield temple demolition postponed again, following fresh protests
https://ift.tt/2ShEx63
14. Kuil dipindah atas arahan mahkamah
https://ift.tt/2zisyMY
15. Bantah pindah kuil, laluan sesak
https://ift.tt/2D40txg
16. Kuil Seafield Sri Maha Mariamman dipindah atas arahan mahkamah - Exco Selangor
https://ift.tt/2EQeuA3
17. Kumpulan tolak pemindahan kuil rancang tunjuk perasaan di Parlimen
https://ift.tt/2zZYohD
18. We don’t own the land, govt tells group opposed to temple relocation
https://ift.tt/2DuCwOL
19. Respect the law and allow relocation, developer urges temple management
https://ift.tt/2zm7CFs
20. Seafield temple devotees take complaint to PM in protest at Parliament
https://ift.tt/2Q9T2dN
21. Demo pertahan kuil 100 tahun di parlimen hari ini
https://ift.tt/2Q9MA6B
22. Hindu Sangam: Handling of Seafield temple relocation good model to follow
https://ift.tt/2S3s1Gf
23. Sami dakwa dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu
https://ift.tt/2POMz93
24. We didn’t agree to postpone temple relocation, says developer
https://ift.tt/2znrdoL
25. Violence erupts over relocation of Seafield temple
https://ift.tt/2zsU1MQ
26. Violence as devotees scuffle over relocation of Seafield temple
https://ift.tt/2QhKn9m
27. Violent scuffle erupts over relocation of Seafield temple
https://ift.tt/2FJiByr
28. Hicom Maha Mariamman Temple, 22 November
https://ift.tt/2FH2ZeI
29. Devotees are beginning to gather to safeguard Seafield Maha Mariamman temple upon strong rumours of attempt by the Developer to demolish the temple anytime between 4pm till 9am. 25.11.2018 @ 10.20pm.
https://goo.gl/FYcXd7
Kredit pada penulis
Sumber dari wasap group
https://ift.tt/2zsU2Ao
Saturday, 24 November 2018
Sudah Tiba Masanya Yang diPertuan Agong Memperkenalkan SURI HATINYA
Kenali ‘Suri’ Seri Paduka Memang Bijak, Jelita
ANGGUN… Nama Oksana Voevodina sejak semalam tular bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia setelah dilaporkan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan
Muhammad V.
Personaliti gadis Rusia berusia 22 tahun dengan senyuman wajah cantik menawan semula jadi ini turut lonjak nama beliau sendiri apabila menjadi entri ‘tanda pagar’ paling tinggi carian menerusi Google dan media sosial tempatan.
Beliau yang merupakan seorang pintar ini sebenarnya pernah memenangi pertandingan ratu cantik ‘Miss Moscow 2015’ pada tahun 2015 lalu dan diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” di ibu kota Rusia tersebut.
Nama premis terkenal itu kebetulan diambil daripada penyanyi wanita lagu rakyat ternama di Rusia. Pada peringkat akhir pertandingan berprestij tersebut, Oksana melayakkan diri dan muncul pemenang mengatasi 31 peserta lain.
Dalam ucapan ringkas, dia berterima kasih kepada semua yang bantu hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya. Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang sertai Miss Russia, juga pada 2015.
Bagaimanapun gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan aura pakej imej kecantikan wajah dan kercerdikan yang dimiliki dirinya.
Pelajar ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90, dan ketinggian 170 sentimeter. Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana pernah bekerja dengan pelbagai agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia.
Sejak usia muda lagi, beberapa majalah fesyen antarabangsa pernah dihiasai dengan foto gadis cantik ini. Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi di Fakulti Perniagaan di Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia.
Beliau juga fasih berbahasa Inggeris kerana minat pelajari bahasa berkenaan dan dikatakan sangat petah dalam penggunaan bahasa tersebut. Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi ketika masa lapang.
Lebih unik, beliau juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka. Impian Oksana adalah untuk cipta koleksi fesyen dengan jenamanya yang tersendiri.
Beliau turut bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai di stesen televisyen sebagai profesion satu hari nanti. Sejak semalam, Sultan Muhammad V dilaporkan sudah secara rasmi berkahwin dengan Oksana.
Menurut laporan portal berita hal ehwal Islam di Rusia, www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang dengan berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.
Dalam majlis yang penuh adat istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda kelihatan anggun mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Oksana mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.
Tetamu yang hadir turut dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol. Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video mengenai suasana ceria majlis tersebut tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, memetik laporan daripada portal berita tempatan NSTP, sehingga pagi ini, pihak Istana Negara masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut. Daulat Tuanku!
Sumber– Mynewshub.TV
https://ift.tt/2SclyJs
Monday, 19 November 2018
Perempuan lebih baik daripada lelaki?
Lelaki lebih ganas, berani, ego dan sebagainya. Bayangkan kalau perempuan bertukar menjadi lelaki. Mungkin tak diorang akan sama ganas, berani dan ego? Jawapannya, sudah tentu!!
Kromosom lelaki adalah XY manakala perempuan XX. Oleh itu terbukti lah dalam diri perempuan, mewarisi sebahagian daripada apa yang lelaki miliki. Samada dari segi rohani ataupun jasmani. Kerana X tu kan separuh (50%) daripada XY. Tak faham jugak? A lantak lah..
Ada juga pendapat mengatakan, jika perempuan mentadbir dunia, maka akan selesai segala masalah. Tiada peperangan, tiada pertumpahan darah, tiada persengketaan dan sebagainya? Macam kau tak pernah tengok perempuan gaduh tarik-tarik rambut berebut lelaki!! Lagi mau sembang...
Ye lah, maksudnya hanya perempuan saja yang wujud dalam dunia ni. Tapi melahirkan zuriat perempuan juga. Maknanya macam hubungan sesama jenis lah.Tapi tak berapa macam sangat lah sebab hanya satu jantina yang wujud. So tiada istilah lesbian atau apa jua. Ibarat ikan....tiada jantan, tiada betina. Kedua-duanya boleh bertukar peranan. Tak tahu ? Tu lah kau tak nak belajar sains. Kan dah dungu satu macam....
Kadang-kadang (selalu jugak), orang perempuan akan bertindak menegakkan benang yang basah. Kononnya diaorang lah lebih setia berbanding lelaki. Nak tau tak rasional di sebalik kenyataan ini? Sebabnya diorang ni kan tebal sifat pemalunya. Perempuan lebih bersifat menunggu dan lelaki lebih kepada bertindak bila melibatkan ssuatu yang berbentuk mukadimah yang seterusnya menjadi taaruf. Ada juga mukadimah yang ke laut jadinya. Tapi apa-apa pun, lelaki kurang setia disebabkan godaan yang ditanggung lelaki melebihi perempuan.
Akhir kalam, tolong jangan komen yang cliche seperti 'setiap manusia ada kelemahan masing-masing' atau yang sepertinya. Tapi kalau nak komen juga, aku anggap orang itu sebenarnya sengaja nak mengapikan aku. Dan aku akan bo layan. Cheitt. Yennadeyyy....
Tak habis lagi...tau tak kenapa sifat manusia yang suka berperang (menumpahkan darah), tapi tamadun manusia masih wujud?. Maksudnya, kadar kematian disebabkan peperangan tidak sepantas kadar kelahiran. Ini adalah kerana sifat tuhan yang wujud dalam diri manusia, tetapi pada kadar yang teramat sedikit. iaitu sifat rahmah. dan sifat ini walaupun sedikit, namun ia tersangat kuat, sehingga mampu mengawal kemarahan, dan juga mampu mengubah situasi yang tegang menjadi kendur semula. Dan akhirnya terselamatlah antara 2 orang manusia, atau 2 kumpulan , atau 2 dan beberapa kawasan, sehinggalah ke peringkat dunia...
Aku dah kering idea nak menulis ni. dah lame sangat sebenarnya aku tak menulis. Oh ya, aku just nak bagitau. Apa yang aku tengah buat sekarang adalah blogging. Tapi sekarang kan dah jadi trend, orang ber'vlogging' pulak. Lebih senang, terus cakap direct dengan mulut, tak payah nak penat2 menaip. Tapi kan, menaip ni sebenarnya ada feel tersendiri. Bukan sekadar nak menyorok identiti bagai. Vlog pun boleh je kalau kau nak cakap tapi tutup muka. Atau cakap guna tulisan....simbol...bla bla bla...
Dah melalut dah aku ni. Sambung balik....korang pernah tengok tak video dari negara india kalau tak silap. Tapi orang-orang yang macam dalam drama bollywood lah pelakon-pelakonnya. Situasi kat atas bas. Yang bas tu penuh pastu ada orang-orang berdiri lelaki dan perempuan. Bila bas tu kona baring je, lelaki tu akan terkena perempuan tu. Sampai satu tahap, perempuan tu hilang sabar, ditamparnya lelaki tu. Kemudia tak lame lepas tu, giliran lelaki tu pulak balas dendam, bila bas kona baring, lalu perempuan tu pulak terkena lelaki tu. Dan lelaki tu nasib baik tak gentleman, dia tampar balik perempuan tu.. PErnah tengok kan? Alah, video ni pernah viral dulu..Ingat lagi tak apa kebanyakan netizen lelaki komen? Ramai yang puas hati kan dengan ending video tu? Tapi apa pulak tindakan netizen perempuan? Diorang diam seribu bahasa. Atau ade yang komen?? Boleh share tak? Aku mase tu tercari-cari gak komen perempuan, tapi macam takde pulak. Tau tak kenapa?? Korang lelaki (macam aku jugak), seronok awal sangat dengan ending video tu...(tapi aku tak de lah seronok ke ape). Tau tak kenapa?? Actually, story dalam video tu membuatkan ramai perempuan lebih tenteram sebenarnya. Ada beberapa sebab:
1) Of course lah tak gelabah, yang kena tampar bukan diorang, tapi perempuan dalam video tu.
2) Sebabnya orang perempuan dah sedia maklum bahawa lelaki sebenarnya ramai yang takut nak buat gangguan seksual, berbanding lelaki (durjana) yang tak takut. video tu memberi diorang keyakinan terhadap kita (lelaki). Yesss!!
3) Lu pikir lah sendiri haha...
babaiiii......
Sunday, 18 November 2018
ISU DAN HUKUM BERKHATAN BAGI BAYI PEREMPUAN
Isu berkhatan |
SOALAN:
Assalamualaikum admin. Saya ingin bertanya, apakah hukum berkhatan bagi kanak-kanak perempuan, kerana viral baru-baru ini bahawa khatan wanita tidak wajib, bahkan tidak disyariatkan di dalam Islam?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Perbuatan berkhatan bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah. Allah berfirman di dalam al-Quran:
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
Surah al-Nahl, (16:123)
Telah sabit daripada hadis bahawa Nabi Ibrahim melaksanakan khatan seperti mana yang diarahkan oleh Allah. Daripada Abu Hurairah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
Maksudnya: Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 3356) dan Imam Muslim (no. 2370) dalam al-Sahihain.
Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.
Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).
Hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhatan, dan bukan sahaja lelaki. Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat.
Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi
Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.
Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”[1]
Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.” [2]
Tarjih dan Kaifiat berkhatan
Kami mentarjihkan pendapat bahawa wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan perempuan. Adapun bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan ialah:
Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation
yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam. Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:
لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ
Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.”
Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan (no. 5271). Beliau mendaifkannya. Ini dipersetujui oleh Syeikh Syuaib al-Arnaut, tetapi disahihkan oleh Syeikh al-Albani.
Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/301-302) oleh Imam al-Nawawi.
Begitulah cara mengkhatan lelaki dan wanita yang betul. Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.
Wallahua’lam.
Nota hujung:
[1] https://ift.tt/2DJ8esA
[2] https://ift.tt/2RYz8zV
HUBUNGI KAMI
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Tel : 03-8870 9000
No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Emel : unitict[at]muftiwp[dot]gov[dot]my
https://ift.tt/2DJ9qfP
Thursday, 8 November 2018
Perut Buncit,Sajat Tak Penat Ke Jadi Perempuan?
Perut Buncit,Sajat Tak Penat Ke Jadi Perempuan?
Read More
from Akak Di Balik Pintu https://ift.tt/2qBKaPN
Read More
from Akak Di Balik Pintu https://ift.tt/2qBKaPN
Subscribe to:
Posts (Atom)