Empat rakyat Malaysia kini bergelar pemimpin kanan kumpulan militan Daish.
Dua daripada mereka adalah bekas gitaris kumpulan Ukays iaitu Akel Zainal dan bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) Mohd Rafi Udin.
Selain itu, dua lagi individu yang hanya dikenali sebagai Abu Gomez dan Abu Zar mempunyai peranan penting menyebarkan propaganda dan meneruskan usaha pengkaderan di Asia Tenggara.
Akel Zainal atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 39, menyertai gerakan militan Daish sejak tercetusnya konflik di Syria beberapa tahun lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selepas kematian Ketua Militan Malaysia berpangkalan di Syria iaitu Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, Julai lalu, empat individu itu banyak menguruskan pengkaderan anggota baru.
“Mereka menyebarkan propaganda termasuk dakyah ideologi radikal menerusi pelbagai platform termasuk bahan bacaan.
“Kita semua tahu majalah propaganda Daish iaitu Dabiq boleh dimuat turun menerusi capaian Internet dan medium itu digunakan untuk mempengaruhi orang lain supaya menyertai perjuangan mereka.
“Selain itu, ideologi mereka disebarkan menerusi aplikasi telekomunikasi seperti Telegram. Berdasarkan beberapa siri tangkapan diakukan juga membuktikan aplikasi itu digunakan secara meluas,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Ayob Khan berkata, pergerakan mereka terbatas apabila ramai pemimpin utama Daish terkorban termasuk beberapa individu dari Indonesia.
“Individu penting membabitkan rakyat Indonesia dalam pengkaderan iaitu Bahrun Naim terkorban begitu juga Muhamad Wanndy.
“Biarpun kita tahu ancaman kumpulan militan ini semakin berkurangan, polis sentiasa memantau kegiatan mereka dan kini mereka memberi fokus serangan di luar kawasan konflik,” katanya.
Beberapa hari ini kecoh di media sosial tentang bekas pengacara program 3R yang dikatakan sudah berkahwin dengan kekasih sejenis di Australia. Berita...
Kata orang bercinta lepas kahwin lebih indah rasanya, begitulah dengan, Fattah Amin dan Fazura. Masih mood berbulan madu, Fazura memberitahu suaminya manja...
Sebak hati membaca nukilan Sufian Suhaimi pada gambar pertunangan yang diambil empat bulan lalu, yang diubah kata-katanya menjadi ucapan selamat tinggal buat...
Tahun lalu nama pelakon Fathia Latif sering saja terpalit dengan kontroversi lebih-lebih lagi selepas video menari seksi di aplikasi Bigo tersebar. Berikutan...
Dua rakan artis yang didakwa menganiaya Datuk Farid Kamil mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu bagi tujuan membersihkan nama. Muhammad Akmal...
Belum reda lagi cemuhan netizen tentang filem lakonannya, sekali lagi nama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan di media...
Seperti sedia maklum Elfira Loy kini tidak berada di dalam Malaysia, namun gosip bertebaran mengenai status hubungannya dengan Sufian Suhaimi telah menguji...
Biarpun masih baru dalam industri tapi dengan rezeki yang dilimpahkan, Aiman Tino telah berjaya membida nombor plat kereta A1M yang dikeluarkan oleh...
kebelakangan ini ramai selebriti tanah air suka mempromosikan suplimen kanak-kanak tanpa mengetahui kesahihan bahan yang digunakan. Hal ini membuatkan Pakar Perunding Perubatan,...
Tahniah diucapkan kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila apabila disahkan hamil anak pertama. Berita gembira itu dikongsikan oleh Nabila semalam di...
Hubungan pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy terus menjadi persoalan apabila mereka dikatakan sudah putus tunang. Difahamkan, hubungan pasangan itu sudah putus...
Setiap kali tibanya perayaan besar di Malaysia, tak lengkap rasanya kalau tidak menonton iklan yang best-best di kaca televisyen ataupun menerusi YouTube....
Sejak mendirikan rumah tangga, rezeki Fattah Amin semakin mencurah-curah. Selain mengusahakan cafe yang kini mendapat tempat di hati peminat, Fattah Amin mengorak...
Sebuah kajian mendedahkan, suami tinggi dan isteri pendek memiliki hubungan perkahwinan lebih bahagia. Kajian yang dilakukan pada tahun 2015 oleh penyelidik dari...
Pelakon jelita Nur Fazura dan suaminya Fattah Amin, yang bakal melangsungkan majlis resepsi pada 25 September ini, telah memberitahu konsep perkahwinan mereka...
Baru-baru ini hangat lagu Sakit dinyanyikan semula Fathia Latiff diperkatakan kerana kemerduan suaranya. Tapi disebalik trending lagu ini, penyanyi asal, Neeta berasa...
Kalau anda ternampak duit syiling 5 sen terjatuh di atas jalan, adakah anda akan mengutip dan menyimpannya? Majoriti daripada kita sudah pasti akan buat tidak tahu dan menganggap wang syiling tersebut seperti tidak bernilai langsung.
Nak buat apa dengan 5 sen kan? Air kosong sekarang pun RM1 harganya!
Pun begitu, bagi sesetengah orang duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen itu sangat penting dan besar nilainya bagi kehidupan mereka.
Menerusi perkongsian Jenny Sumalpong di Facebook, dia telah memuat naik gambar seorang lelaki dari Filipina sedang mengira beratus-ratus duit syiling dengan gigihnya daripada beberapa buah botol plastik.
Dia menulis,
Ini bapa kepada bayi Esang. Melihat gambar ini saya jadi sebak. Dia sedang mengira duit syiling untuk membayar bil pembedahan hospital anaknya yang sedang sakit.”
Foto tular Jeric sedang mengira wang syiling itu telah mendapat reaksi daripada netizen yang rata-rata sedih dan bersimpati dengan nasib yang dialami keluarga tersebut.
Menurut Jenny, Jeric Aquino Trestre telah mengumpul sejumlah duit syiling untuk membayar rawatan perubatan buat anaknya Zhianna Ezra atau Esang yang baru berusia 11 bulan. Esang dikatakan disahkan menghidap Biliary Atresia, lapor Inquirer.
Penyakit yang berkaitan organ hempedu itu memerlukan rawatan dengan segera. Namun, akibat kekangan kewangan, pembedahan Esang terpaksa ditangguhkan sehingga bapanya memperoleh wang yang mencukupi. Aduhai kesiannya!
Situasi Jeric yang mengira wang di atas lantai itu juga telah dirakam seorang staf medik yang kebetulan bekerja syif malam pada waktu tersebut. Rabi Yamat memberitahu Jeric kelihatan gigih mengira wang syiling yang diperolehnya hasil derma di jalanan.
Ibu dan bapa Esang juga memberitahu pembedahan anaknya dijangka bakal diadakan di Hospital Appollo, New Delhi, India yang mana mereka memerlukan lebih 1.6 juta peso iaitu bersamaan RM 120,000.
Harap-harap adalah pihak yang bermurah hati untuk membantu keluarga malang ini. Semoga bayi Esang sihat seperti sediakala.
Suami jadi gila baca Whatsapp isteri dan kekasih. Mana tak gila dan hancur hati seorang suami bila baca isi kandungan perbualan isteri yang terang-terang menunjukkan kecurangan di depan mata sendiri.
“Mana Sedap ? I Ke Hubby You?” Sampai macam tu sekali bunyi mesej sepasang kekasih bercinta. Wei… kau tu isteri orang la..
Bagaimana Mesej ini tersebar?
Ada yang mendakwa phone milik lelaki tersebut hilang dan dijumpai oleh seseorang. Yang menjumpa segera semak apa yang terkandung di dalam phone tersebut. alangkah terkejutnya…
Dan segala bahan dan foto yang anda saksikan dari artikel ini diperoleh dari phone lelaki durjana tersebut..
p/s : Jauhi dari segala maksiat. Kegiatan sebeginilah menjadi punca keretakan rumah tangga. Jaga hubungan sesama suami isteri seperti yang sepatutnya.
Dia terpisah dengan ibu kandungnya sejak berusia 2 tahun. Waktu itu dia diletakkan di rumah pengasuh. Ibunya bekerja. Apabila berlaku perceraian masing masing membawa haluan.
Hak penjagaan anak tunggal ini jatuh kepada ibu. Ibu meneruskan kehidupan harian bersama anak tunggalnya. Apabila keluar bekerja, anak diletakkan di rumah pengasuh.
Oleh kerana merasa tidak perlu dihebahkan hal ehwal rumah tangga kepada sesiapa maka terjadi perkara ini
Suatu hari sebaik pulang dari kerja terus ke rumah pengasuh untuk mengambil anak. Pengasuh memaklumkan anak telah diambik oleh bapanya. Terkejut yang amat si ibu. Menangis meraung tidak terkira apabila kehilangan anak.
Balik ke rumah terus cuba menghubungi bekas suami. Namun nombor yang ada tidak digunakan lagi. Bila bertanya kepada mertua, mertua tidak memberikan kerjasama.
Mereka cuma jawap tidak tahu. Si ibu cuma dapat membuat laporan polis sahaja namun usaha mengesan keberadaan anak bersama di bapa tidak langsung dapat diketahui.
Minggu, bulan beranjak ke tahun. Kerinduan tidak pernah padam kepada anak tunggal. Hanya doa dapat di titip agar suatu hari nanti dapat ditemui.
Zaman fb bermula. Anak pun sudah meningkat remaja. Sudah pandai buka akaun fb. Kebetulan kakak tiri cuba cuba menaip nama penuh si adik kerana kasihan melihat keadaan ibu yang terus terus kerinduan.
Apabila search nama penuh si adik, terjumpa. Nama si adik memang lain dari yang lain, nama gabungan 2 cinta suatu ketika dulu. Ditambah puteri. Maka sudah pasti tidak ada sesiapa pun yang mempunyai 2 orang yang sama nama. Kakak mohon untuk menjadi kawan dan diterima. Sejak umur si adik 15 tahun kakak mula mengikuti perkembangan si adik dan berkongsi maklumat dengan ibu.
Betapa gembira si ibu bila tahu itu anak kandungnya. Diikuti status si anak setiap hari. Melihat kehidupan si anak bahagia dan laluan kehidupan masih lurus si ibu ambik masa untuk mencari jalan bertemu. Si ibu tidak mahu mengganggu, takut takut terganggu emosi dan pembelajaran.
2 tahun berlalu, sebaik tamat peperiksaan SPM rumah tangga bapanya telah bergoncang kuat. Ibu tiri diceraikan. Sedangkan selama ini hubungan dengan ibu tiri sangat baik sementelah dari kecil dia tidak tahu itu sebenarnya ibu tiri. Ketika usia 15 tahun baru dia tahu kedudukan si ibu tiri apabila melihat sijil lahirnya.
Namun apabila bertanya, tidak ada sesiapa yang mahu menjawap dan menerangkan dimana ibu kandungnya.
Selepas peperiksaan SPM, ibu tiri telah bercerai dengan si bapa, si anak merasa sedih dan cuba mendapatkan maklumat kandungan dari si bapa. Bapa marah yang amat hingga terjadi pergaduhan yang besar. Segala status akhir akhir tu telah menceritakan kesedihan diri.
Si ibu dan si kakak tiri tidak terlepas mengikuti perkembangan status si adik. Sejak menjadi sahabat fb, si kakak sering berhubung dengan si adik. Bertegur sapa dan berkongsi cerita.
Jadi bila si adik menaikkan status sedih sedih, segera si kakak menghubungi si adik agar berkongsi masalah yang sedang dihadapi. Hingga suatu hari si adik mengambarkan yag dia mahu lari dari rumah bapa. Akibat dari pergaduhan besar tempohari.
Sikakak melayan si adik. Mula mula nasihat apabila adik tetap dengan keputusannya si kakak mengikutkan saja. Si kakak menawarkan pertolongan agar si adik tidak pergi membawa diri ke tempat yang tidak diketahui.
Apabila bertemu ditempat yang dijanjikan, si kakak membawa si adik pulang ke rumah. Si adik masih tidak mengetahui siapa kawan fb yang sangat prihatin dan baik ini.
Di rumah si adik dipertemukan dengan si ibu yang penuh kerinduan. Apabila bertemu setelah 15 tahun terpisah si ibu puas memeluk dan mencium si anak. Dirangkul si anak sepenuh hati. Si anak kehairanan. Si ibu pun bercerita. Bermula dari awal, sambil menunjukkan bukti dari anak dilarikan oleh si bapa.
Bukti gambar ketika si anak lahir, perintah mahkamah dan report polis sebagai membukti bahawa si ibu bukan mengabaikan tanggungjawap kepada si anak. Si ibu tidak mahu hati anak terluka dan menyalahkan si ibu atas apa yang berlaku terhadap kehidupan sehingga dia menumpang kasih dengan si ibu tiri.
Alhamdulillah ibu tirinya baik. Memberikan kasih sayang dan pengasuhan sebaik baiknya.
Tinggal si anak dengan ibu kandung pula. Segera si ibu kandung memaklumkan kepada si bapa keberadaan anak. Awal awal memang bapa berasa marah. Lama kelamaan bapa sedar bahawa dia tidak dapat memisahkan anak dengan ibu kandung walau apa cara pun. Kasih sayang antara anak dengan ibu kandung telah menarik anak kembali kepada si ibu.
Tinggal dengan si ibu, si anak memilih untuk bekerja awal pun usia masih muda. Si anak tidak mahu meneruskan pelajaran lagi. Si ibu akur. Tidak mahu memaksa demi hubungan mesra yang baru terjalin.
2 tahun berlalu, suatu hari si anak terlewat pulang dari kerja. Disangkakan ada kerja lebih masa. Si ibu cuba bersangka baik dan menunggu anak pulang. Dihubungi melalui telefon tidak berjawap. Hingga awal pagi anak tidak pulang barulah si ibu dengan si kakak mencari. Telefon sana, telefon sini.
Apabila mendapat maklumat, rupanya si adik telah diperdaya oleh teman kerja lelaki. Kononnya mahu tolong menghantar pulang ke rumah tetapi bukan ke rumah ibu, dihantar pulang ke rumah sewa kawan. Di situ si adik di rogol berkali kali hingga lembik.
Apabila teman kerja itu tertidor kepenatan, si adik berjaya mendapatkan telefonnya dan menghantar whatsApp kepada si ibu berserta lokasi tempat dia berada.
Apabila si ibu dapat saja whatsApp dari si anak dengan lokasi dia berada, si ibu dengan si kakak yang telah berjam jam mencari segera menuju ke lokasi diberikan. Si anak berjaya melepaskan diri dari rumah dengan perlahan lahan dan melarikan diri ke pinggir jalan sehingga si ibu dan si kakak datang. Memandangkan si anak dalam keadaan trauma, ketakutan dan kesedihan, tidak mampu bercerita, si adik di bawa pulang ke rumah dahulu. Ditenangkan dan diberikan masa untuk berehat.
Esoknya barulah laporan polis dilakukan. Apabila polis ke rumah sewa, lelaki itu telah menghilangkan diri. Apabila dilakukan pemeriksaan fizikal jelas si adik telah disetubuhi dengan paksa. Tetapi kesan air mani telah hilang kerana si adik telah mandi dan membersihkan diri. Lelaki itu lepas bebas tidak berjaya ditangkap.
Hari berganti minggu dan bulan, sementelah kedatangan haid yang tidak teratur, si anak tidak mengesyaki apa apa kelainan pada tubuh sehingga suatu hari berasa tidak selesa dan perut keras menyukarkan buang air besar. Barulah si ibu membawa ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.
Alangkah terperanjatnya, kesan disetubuhi secara paksa telah membenih tumbuh di dalam rahim. Si anak mengandung 5 bulan. Si ibu dan si anak sama sama panik, binggung dan buntu.
Si kakak bertindak mencari jalan keluar masalah. Cuba mencari maklumat rumah perlindungan. Dan akhirnya si ibu menghubungi Baitus Solehah untuk meletakkan anak disini hingga melahirkan.
Jiwa anak perlu dibangunkan semula agar tidak terus berputus asa dengan kehidupan. Si anak telah melalui suatu perjalanan hidup yang penuh onak dan ranjau bermula dari dia dipisahkan dari ibu kandungnya sendiri. Banyak pelajaran yang ditimba. Kesakitan jiwa rohani dan jasmani.
Walaupun tidak ada pengabaian tetapi jiwanya tetap sakit. Kasih sayang murni dari Allah Yang Maha Esa. Si ibu berharap jiwa anak yang sakit dipulihkan semula untuk redha dengan keadaan yang dihadapinya. Perjalanan hidup ini masih jauh lagi …
Ambillah teladan dari kisah ini. Yang baik dijadikan pegajaran dan yang tidak molek dijadi pelajaran.
Menjalani kehidupan rumah tangga di rumah ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dalam hidup pasangan suami isteri.
Si menantu, tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu, mengikut acuan yang telah terbentuk sejak sekian lama di rumah ibu dan bapa mertua.
Meskipun berada dalam rumah, menantu perempuan khususnya perlu tahu menjaga batas dan adab, serta aurat terhadap adik-beradik dan ibu bapa mertua.
Di bilik tidurlah merupakan satu-satunya privasi bagi kita, di mana kita bebas berbuat apa sahaja dan berpakaian ‘ikut suka’.
Namun lain ceritanya bagi seorang wanita yang tidak mahu dikenali, yang mengakui tertekan dengan sikap bapa mertua yang gemar ‘menceroboh’ masuk biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun. Sekarang saya tinggal di rumah mertua saya. Saya ada masalah di mana ayah mertua suka sangat masuk bilik saya. Bilik saya baru siap dibuat, pintu tak dipasang lagi.
“Suami sibuk, tak sempat nak beli pintu, jadi saya hanya pasang langsir untuk tutup bilik. Yang saya tak suka, mertua suka sangat selak langsir suka-suka tanpa beri salam terlebih dahulu,” luahnya seperti yang dipetik menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga, hari ini.
Menurutnya, setiap kali langsir diselak, bapa mertuanya sering memberi alasan untuk mengambil anak yang berada di pegangannya.
“Kadang-kadang dia dah nampak saya baru lepas mandi, dia tetap akan selak langsir semata-mata mahu ambil anak. Situasi begini sudah berlaku banyak kali. Pagi-pagi pun dia akan masuk ke dalam bilik dengan alasan mahu tengok cucu,” katanya lagi.
Tidak tahan dengan situasi sedemikian, dia menyuarakan hasrat untuk hidup ‘berpisah’ daripada keluarga suaminya.
Namun hasratnya itu ditentang ibu mertua yang menghidap pelbagai jenis penyakit.
“Kalau saya keluar, tak ada sesiapa yang akan jaga ibu mertua pula. Sekarang saya mengandung anak kedua dengan usia kandungan lapan bulan dan saya mengalami alahan yang teruk.
“Bila tengah hari, saya akan duduk dalam bilik sebab saya cepat pitam. Bapa mertua pula suka selak langsir bilik semata-mata mahu tahu apa yang saya buat dalam bilik.
Saya rasa malu bila orang tengok saya berkemban,” ujarnya lagi. Katanya lagi, perkara itu sering diajak berbincang bersama suami, namun apa yang balasan jawapan yang diterima agak kurang memuaskan.
“Saya tanya banyak kali pada suami, kenapa ayahnya buat begitu, suami hanya balas ayahnya anggap saya seperti anaknya. Tapi saya tak suka. Kami selalu bergaduh tentang isu sama,” katanya lagi.
Letih dan tertekan dengan kerenah mertua, dia akhirnya nekad mahu meninggalkan rumah mertua dan memulakan hidup di rumah sendiri setelah bersalin dan habis berpantang.
Namun dia bimbang yang ibu mertua atau bapa mertuanya akan berterusan menyatakan bantahan terhadap hasratnya.
“Ibu mertua pula suka masuk campur hal rumah tangga kami.Letih sungguh saya sampaikan hari-hari menangis. Apa patut saya buat?” soalnya buntu.
Sementara itu, menurut kenyataan yang diterbitkan Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor, syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu suami, ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa dan juga bapa mertua.
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
Ke mana sahaja, Datuk Seri Aliff Syukri pergi, dalam mahupun luar negara, pasti ada sahaja kontroversi tercetus. Terbaru Aliff dihalau pemuzik jalanan...
Semalam berakhir sudah Anugerah Juara Lagu ke-32 yang menampilkan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul...
Penyanyi yang berjaya merangkul tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu berjudul Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sedikit terkilan apabila...
Nabi Muhammad SAW menyampaikan kabar bila satu di antara sinyal bila kiamat telah dekat yakni saat di banyak bangunan yang tingginya melebihi gunung. Dalam satu cerita diterangkan bila bangunan-bangunan tingginya demikian menjulang. Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya pada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata : disuatu hari, saya membimbing tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lantas beliau berkata :
“Apabila kalian telah saksikan galian-galian besar di Makkah, serta bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, jadi ketahuilah bila kiamat telah mendekatimu. (HR. Ibnu Abi Syaibah serta al-Arzaqi)
Dalam cerita lain Rasulullah SAW bersabda : ” Kiamat tidak akan berlangsung hingga gunung-gunung hilang dari tempatnya dan kalian saksikan perkara besar yang belum kalian saksikan ” (HR. Thabrani).
Pada zaman kehidupan Nabi, Kota Mekkah masihlah demikian tandus dan tidak terbayang bakal berdiri bangunan-bangunan tinggi seperti sekarang ini. Dan apakah yang berlangsung saat ini di Mekkah?
Tidak lain dan tidak bukanlah kota suci umat Islam ini sekarang ini tidak ubahnya Las Vegas di Amerika Serikat. Bahkan di di halaman Masjidil Haram bakal dibangun Mecca Royal Clock Hotel Tower. Tinggi gedung ini direncanakan berketinggian kian lebih 601 dan cuma selisih 200 mtr. dari gedung tertinggi dunia sekarang ini, yaitu Al Burj Khalifa Dubai.
Bagiamana dengan Arab Saudi yang sekarang ini tengah bangun gedung tertinggi didunia hingga menembus awan. Gagasannya, tinggi gedung bernama Jeddah Tower ini kian lebih 1 km. (Km) dan bakal mengalahkan Burj Khalifa yang hingga saat ini memegang rekor di Guinness World Record sebagai gedung paling tinggi dunia yang ada di Dubai.
Dalam satu kisah diterangkan bila disuatu hari malaikat Jibril menjumpai Rasullullah Saw dengan bentuk manusia, Ia datang dengan kenakan pakaian yang teramat putih warna rambut yang hitam kelam, Ia datang berdialog dengan Rasullullah dan memberi pengajaran pada sahabat. Jibril kemukakan pertanyaan tentang Islam, Iman, dan Ihsan lantas Jibril ajukan pertanyaan tentang tanda kiamat, diantara jawaban nabi adalah :
” Apabila engkau lihat mereka yang jalan tanpa ada alas kaki, tidak gunakan baju, fakir dan pengembala kambing (lantas) berlomba buat bangunan yang tinggi ” (HR. Bukhari)
Di hadist lain di katakan, Lantas teman dekat Ibnu abbas kemukakan pertanyaan : ” Wahai Rasullullah, dan siapakah sebagian pengembala, orang tidak menggunakan sandal, dalam kondisi lapar dan yang miskin itu ” Beliau menjawab ” Orang arab ” (Musnad Ahmad, IV/332-334, NO 2926)
2. Gunung-Gunung di Mekkah Mulai Berlubang
Nabi juga menerangkan bila kiamat akan berlangsung apabila gunung-gunung di Kota Mekkah telah berlubang. Hal sejenis ini tentu sulit dipahami oleh beberapa orang ketika kehidupan Nabi. Namun nyatanya hal semacam itu sudah berjalan sekarang ini.
Gunung-gunung di Kota Mekkah sekarang ini sudah berlubang berbentuk terowongan. Makkah juga dijuluki Kota Terowongan lantaran memiliki beberapa puluh terowongan. Pada 2011 saja, Makkah memulai pembangunan 55 terowongan melalui pegunungan dan beberapa ruas jalan. Beberapa 10 salah satunya yaitu terowongan pejalan kaki dan sisanya untuk kendaraan bermotor. Jalur pejalan kaki dan kendaraan bermotor di buat terpisah. Keseluruhnya panjang terowongan yaitu 30 km..
Rasulullah SAW bersabda “Jika anda saksikan gunung-gunung di Mekkah ada lubang yang menembusinya”
Diluar itu, Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya pada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata : disuatu hari, saya membimbing tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lantas beliau berkata : ” Bagaimana pendapat kalian, apabila kalian leburkan Ka’bah dan tidak tersisa ada batu yang masihlah menumpuk? Mereka menjawab : oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab : benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang ajukan pertanyaan : lalu apa lagi? Beliau menjawab : lantas ia akan di bangun dengan yang makin bagus darinya. Bila kalian telah saksikan galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, jadi ketahuilah kalau kiamat telah mendekatimu.
3. Bayangan Kabbah Tak Lagi Tampak
Baginda Rasulullah SAW juga bersabda bila kiamat bakal berjalan bila Al-Sa’ah telah membentang bayangannya sampai bayangan Kabbah tidak bakal tampak. Al-Sa’ah yaitu satu di antara pengertian kiamat.
Sebentar di Arab, Al-Sa’ah juga miliki maksud sebagai jam. Karena 1tu Sheikh mengartikan dengan cara selekasnya waktu kiamat yangg hampir juga berjalan bila bayang menara jam menutupi Kaabah. Imam As Sayuti berkata megenai perkara ini, kalau masanya sangatlah hampir apabila di ambil maksud itu dengan cara selekasnya. Sekarang ini bayang-bayang menara jam sudah menutupi kabah. Mecca Royal Clock, bakal menutupi bayang-bayang Kabah.
KENAPA ALLAH MENCIPTAKAN MAKHLUK BERNAMA DAJJAL? INI PENJELASAN LOGISNYA..
sekadar gambar hiasan
Baiklah, kali ini kita akan membicarakan sedikit isu tentang Dajjal, dan beberapa alasan kenapa Allah SWT menciptakan dajjal. Seperti yang kita ketahui,
suatu masa akan datang suatu makhluk yang menyebarkan fitnah yang luar biasa, makhluk itu disebut dajjal, dan yang perlu kita tahu tidak ada kota yang tidak akan terkena fitnah ini kecuali kota Mekah dan kota Madinah.
Namun, mungkin sebahagian dari kita bertanya-tanya, Mengapa Allah swt menciptakan makhluk tersebut? dibawah ini akan kami jelaskan sedikit alasan tentang hal tersebut sesuai dengan penjelasan yang pernah di utarakan oleh Dr. Zakir naik.
Dr. Zakir naik dalam ceramahnya pernah diajukan soalan oleh seorang gadis, mengapa Allah SWT menciptakan dajjal dan mengapa Allah memberi kekutan kepadanya (dajjal) untuk menguasai dunia?
Dr. Zakir Naik menjelaskan, pendeknya, Allah menciptakan dajjal untuk meguji/memberi cobaan kepada kita manusia, sungguh tiada cobaan / ujian yang lebih besar selain cubaan yang diturunkan Allah SWT dengan menurunkan dajjal diantara manusia.
Dr. Zakir Naik juga menambah kenapa Allah memberikan kekuatan kepada dajjal untuk menguasai dunia, itu kerana dalam surah Al-Baqarah iblis meminta kepada Allah untuk penangguhan seksaan kepadanya (iblis) kerana Allah telah mengutuknya (iblis) kerana kesalahan yang dilakukannya, sehingga iblis berkata “aku akan menyesatkan semua pengikut-Mu (Allah) “.
Dan pada saat itu Allah SWT berfirman “Aku memberi penangguhan (dari azab seksa) kepada kamu. Apa kamu fikir kamu hebat? Kamu (iblis) tidak akan dapat menyesatkan para pengikut-Ku (Allah), kau hanya boleh menyesatkan yang bukan pengikut-Ku ( Allah) “. Makna pengikut disini adalah hamba Allah yang taat dan Taqwa.
Jadi saudara, kesimpulannya adalah Allah menciptakan dajjal untuk menguji umat manusia. dan kenapa Allah memberikan kekuatan kepadanya kerana Allah ingin menguji kita sama ada kita mampu mengikuti perintahnya atau tidak.
Dr. Zakir Naik juga menambah perumpamaan untuk hal ini “Kenapa guru memberikan soalan yang sangat sukar? Soalan tersebut tidak boleh kamu jawab namun apabila kamu sanggup menjawab soalan sulit tersebut sungguh kamu mempunyai nilai yang sangat tinggi dari jawapan kamu itu,
begitu pula dengan ujian yang Allah berikan kepada kita dengan menurunkan fitnah dajjal, apabila kita sanggup menahan ujian tersebut sungguh kita akan mendapat balasan yang sangat besar dari Allah SWT.”
Zaman sekarang, ada jutaan foto diunggah ke media sosial seperti facebook dan instagram dalam sehari. Tapi jangan sampai kamu langsung percaya dengan setiap foto yang kamu lihat, karena semua itu sudah diambil sedemikian rupa supaya terlihat perfek.
Sekarang mari kita lihat foto behind the scene-nya, kamu bakal kaget kalau tahu seperti apa sebenarnya yang ada di balik layar!
Adalah normal apabila baju-baju yang dipakai oleh anak kecil ini dipilih oleh ibubapa mereka. Tapi kali ini caranya adalah sedikit berbeza apabila seorang ibu telah mengambil keputusan untuk membiarkan anak lelakinya memilih pakaian apa yang patut dipakai setiap hari selama seminggu. Hasilnya didapati agak menarik apabila baju yang dipilih anak lelakinya sangat cantik.
Walaupun mempunyai dua orang anak lelaki, namun Summer masih kelihatan cantik dan bergaya.
Suatu hari, Summer mendapat idea untuk membenarkan anak lelakinya, Rockwell yang berumur 3 tahun untuk memilih apa yang patut dipakainya selama seminggu. Selama seminggu itu, Rockwell telah menjadi penggaya peribadi kepada ibunya.
Rockwell dan adik lelakinya Phoenix. Budak lelaki ini mengambil tugasan itu dengan serius, dan memilih baju apa yang dipakai oleh ibunya. Berikut adalah setengah dari pakaian yang dipilih oleh anaknya.
’Rockwell memilih skirt berwarna kelabu, baju Bob Dylan dan sarung kaki berwarna hitam. “Ini adalah pilihan yang baik” kata ibunya. “Ibu akan ulang pakai macam ini lagi.” Selepas itu, anak saya melihat kaki saya dan mencadangkan kasut yang harus dipakai. “Adakah awak rasa saya patut pakai kasut ini?” Saya bertanya kepada anak saya. “Ya” anak saya bercakap tanpa berfikir panjang. “dan hoody berwarna biru ini.”
Summer berasa gembira melihat cara anaknya memilih pakaian untuk dirinya. Dia akan mengambil apa sahaja pakaian yang dia nampak tetapi pada masa yang sama dia akan memikir betul-betul, dengan apa yang boleh disesuaikan. Sebagai contoh, anak saya kata “Jika ibu memakai baju yang bercorak bunga, maka stokin ibu mesti ada corak bunga.” Saya gembira melihat bagaimana otaknya berfungsi.
“Pada awalnya saya agak risau untuk keluar dengan berpakaian seperti ini. Tapi apa yang memeranjatkan apabila saya mendapati orang memandang saya dalam cara yang pelik dari kagum. Di tempat menunggu bas, ada seorang perempuan yang datang ke saya dan berkata dia suka stokin saya.”
“Ianya merupakan hari yang saya paling suka. Pilihan baju itu adalah tribute kepada Mickey Mouse!” kata Summer.
“Tak semestinya perlu pakai kasut yang sepadan setiap hari”
Yang ini paling sukar. Rock mengambil keputusan untuk menggayakan saya dengan tiga jenis baju yang berbeza. Selepas itu, dia ingin memilih seluar apa yang patut dipakai.
Selepas itu, dia memilih dua belah kasut yang berbeza. Jujurnya, saya tak pasti sama ada dia sedar atau tidak yang kedua-dua belah kasut itu adalah berbeza.
Ianya mungkin agak kelakar, tetapi Summer mendapati kesemua pakaian yang dipilih oleh anaknya itu cantik tetapi memerlukan sedikit penambahan. Beliau berkata setiap kali anaknya memilih baju untuk dirinya, beliau berasa gembira ketika melihat di cermin.
Summer mencadangkan agar lebih banyak ibu di luar sana untuk membenarkan anak mereka menukar gaya pemakaian mereka.
“Saya rasa gembira yang saya mampu mengalakkan lebih ramai ibu untuk turut serta. Ianya menyeronokkan apabila kita boleh membawa keseronokan ke dalam kehidupan orang lain juga” kata Summer.
Akhirnya tidak semua orang kisah bagaimana gaya pemakaian kita. Kita sering memikirkan apa yang sesuai untuk dipakai setiap hari sedangkan kita perlu menjadi terlalu terikat. Limitasi yang wujud itu adalah bukan dibuat oleh orang. Tetapi diri kita yang tetapkan. Saya mengunakan kasut yang berbeza selama dua hari dan tiada siapa yang perasan sehingga saya beritahu.
Kadang-kadang anda patut hidup dengan mudah. Ianya bagus untuk anda dan anak anda. Tidak perlu mengambil sesuatu itu dengan serius. Ianya hanya sekadar pakaian sahaja.
Adakah anda berani membenarkan anak anda menggayakan anda? Sila kongsikan pandangan anda tentang gambar-gambar ini.
Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung...
Masih baru berkahwin sebagai isteri kedua tahun lalu, Izreen Azminda menjelaskan ikatan perkahwinanynya dengan suami, Ude Wahid bukan berlandaskan wang, sebaliknya kerana...
Bersyukur dibebaskan dari tahanan reman Jumaat lalu, Sofi Jikan masih tertanya-tanya mengapa rakannya, Datuk Farid Kamil membuat laporan polis terhadapnya. Walaupun sehingga...
Bila baca kepsyen yang ditulis Iqram Dinzly dengan ucapan Islamik mengenai nikmat Allah, sejuk hati mendengarnya. Tapi gambar yang dimuat naik bersama...
Kini berada di Mekah menunaikan ibadah umrah, Elfira Loy sempat melayan komen salah seorang peminatnya yang mendakwa beliau sombong ketika menyapa pelakon...
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Khairul Azhar Mohd. Ishak memerintahkan tahanan reman selama tiga hari kepada pelakon, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad...
Mengakui hatinya kini sedang berbunga-bunga, Fasha Sandha belum bersedia mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengannya sekarang. Dalam masa sama, Fasha enggan...
Selebriti cantik Korea Selatan, Suzy Bae antara idol yang sangat peramah dan sangat disukai oleh peminat-peminatnya. Baru-baru ini, foto Suzy Bae berhijab...
Sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke Mekah, Rozita Che Wan sering memakai niqab ketika di sana tetapi ramai mempersoalkan tindakannya kerana ianya...
Terlebih dahulu, tidak pasti adakah ini pengalaman peribadi atau sekadar pendapat. Menerusi Twitter, Zizan Razak memberi nasihat kepada peminatnya mengenai wanita yang...
Minggu lalu, pewaris empayar perniagaan terbesar negara ini SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan selamat diijab kabul selepas kisah cinta mereka menjadi...
Isu poligami di Malaysia memang agak panas untuk dibincangkan, biarpun halal di sisi agama. Lebih panas lagi apabila majalah tempatan terkenal, URTV...
Berkunjung ke pusat peranginan Maldives bersama keluarga baru-baru ini, Nabila Huda sempat berkongsi tentang masyarakat di sana yang sedikit perkauman. Jelasnya, ketika...
‘Kehilangan’ Datuk Seri Vida baru-baru ini walaupun hanya 2 hari tetap dapat dirasai oleh peminat setia usahawan kosmetik ini. Malah perkara tersebut...
Mula berhijab sepenuhnya pada tahun 2013, penyanyi Mizz Nina mengucapkan syukur kerana masih kekal dengan hijrahnya. Jika sebelum ini boleh dikatakan setiap...
Tempoh hari Farid Kamil mengejutkan orang ramai apabila hadir ke balai polis membuat laporan, tetapi ramai berteka-teki tentang laporan dibuat beliau. Menerusi...
Biarpun cahaya mata sulung baru sahaja berusia lapan bulan, Puteri Sarah mengakui beliau dan suami, Syamsul Yusof sedang berusaha untuk menambah anak...
Merasakan diri terlalu bagus dan tidak mempunyai dosa langsung mungkin menjadi sebab mengapa segelintir warga laman sosial gemar melemparkan hinaan dan juga...
PETALING JAYA:Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana, biarpun sudah berpisah atau membawa haluan masing-masing.
Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan perkahwinan kali kedua Nabilah Mohd Esa, 29, dengan bekas suaminya, Muhamad Isman Hadi, 31, yang berlangsung pada Rabu lalu.
Pasangan tersebut mengikat pertunangan pada Mei 2013 dan mendirikan rumah tangga sebulan kemudian sebelum berpisah kira-kira tiga tahun kemudian pada Julai 2016.
1 Mei 2013 : kite Tunang. 1 Jun 2013 : kite kahwin. 12 July 2016 : kite Bercerai (masing-masing,dah buat hal masing2.saye bz dengan hidup saye,awak bz dengan hidup awak.
Akhir bulan 12 2017 : awak ajak kawen.sye kate pergi tanye mak saye, klau die setuju ok lah, klu die tak setuju, tak boleh buat ape.. Awak tanye saye : aku ke yang kene tanye? Hahaha.. Saye : yelah, kau nak kawin dengan aku ke tak? ……………………………………………… 1 jam lepas tu… Saye : dah call ke? Awak : dah.. Saye : macam mane? Ok ke Awak : ok..ok sangat.. ok sangat… sengeh jek 1hari
31 Januari 2018(hari ni) : kite kawen semula. Kuat betul jodoh kite Isman Sun.. semoga perkahwinan kali ni akan membawa kite ke syurga bersama2, Insyaallah… Buang yang keruh,ambil yang jernih.kesilapan2 lampau tu, jgn lah kite buat lagi ye.
Saye sayang family saye…
Namun, jodoh yang kuat antara mereka telah menyatukan kembali Nabilah dan Muhamad Isman setelah hampir setahun setengah bercerai.
“Hubungan kami selepas bercerai itu memang tidak berapa baik sehingga saya merasakan kami memang tiada harapan untuk kembali bersama.
“Tapi, bekas suami pada ketika itu tidak pernah melupakan anak selepas kami berpisah dan dia akan datang melawat anak-anak pada setiap minggu biarpun terpaksa berulang alik dari Pahang ke Johor,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Nabilah dan Muhamad Isman melangsungkan perkahwinan kali kedua pada Rabu lalu.
Kata Nabilah, suaminya hanya akan bermain dengan anak-anak di luar rumah dan tidak bertemu dengannya disebabkan hubungan mereka yang telah renggang.
Keakraban Muhamad Isman dan anak-anak akhirnya mendekatkan pasangan itu sehingga membuka hati masing-masing untuk melayari bahtera perkahwinan buat kali kedua.
“Apabila dia melamar saya buat kali kedua, saya minta dia tanyakan sendiri kepada ibu untuk mendapatkan restu kerana antara mereka memang ada masalah.
“Rupa-rupanya ibu saya sudah lama maafkan dia dan bersetuju jika kami ingin berkahwin semula,” kata eksekutif pentadbiran dan akauntan kanan itu.
Nabilah yang juga ibu kepada dua cahaya mata lelaki berusia dua dan tiga tahun itu berkata, dia dan suami berharap agar perkahwinan kali kedua ini dapat mematangkan mereka apabila berdepan sebarang masalah pada masa depan.
Posting yang dimuat naik Nabilah di Facebook tular dan menarik perhatian netizen yang turut gembira dengan mahligai yang dibina semula pasangan tersebut.