a Join Us at facebook: December 2017 Tweet button

Sunday, 31 December 2017

[VIRAL] AKHIRNYA ALLAH BAYAR CASH DEKAT ALIFF SYUKRI!DIHARAP DATO SEKELUARGA TABAH

KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.

Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.

——————–

DUIT banyak tapi masih merungut? Haihhh… Orang yang tak berkemampuan pun masih mampu bersyukur, tapi dah banyak duit pun masih mahu merungut lagi.

Baru-baru ini, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Alif Syukri ada memuat naik satu gambarnya bersama kereta mewah jenis Rolls Royce Dawn menerusi laman Instagram miliknya.

Yang tak bestnya apabila kapsyen Aliff tu macam merungut dia dikenakan bayaran sebanyak RM60 ribu untuk roadtax kereta mewah yang hampir setahun tidak pernah digunakannya itu.

“Kesian kereta ni dah setahun tak bawa sebab minyak mahal lepas tu pening.. Bayar road tax RM60k rugi jee jadi saya nak sewakan lah utk korang,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.

Amboi datuk seri… Kereta harga RM4 juta, roadtax RM60 ribu takkan susah nak bayar pula?

Ada sumber yang mengatakan starting price kereta Rolls Royce Dawn jika di Malaysia ialah RM4 juta! Roadtax sahaja dah RM60 ribu, boleh keluar Proton Saga cash sebiji!

Betul ke Datuk kena bayar RM60,000 ? Siasatan hanya kata RM20,000 je untuk LKM kereta tu.

 
LAMBAIAN K-POP MEMBAWA DERITA!..

PETALING JAYA: Hanya kerana mengejar gaji lumayan dan tergoda dengan janji manis pihak tertentu, ada dalam kalangan rakyat malaysia cacat atau cedera akibat bekerja di Korea Selatan.Memang kasihan, tetapi itulah realiti realiti kehidupan di sana sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Segala-galanya kerana tarikan won Korea!

Pendedahan insiden menyedihkan itu dibongkar dengan pendedahan beberapa mangsa dan sumber yang rapat dengan mereka kepada mstar online.

Kumpulan ini, jika sekali pun ‘terlepas’ risiko ditipu ejen yang menguruskan kemasukan mereka, ia sama sekali tidak menjanjikan kesenangan hidup atau gaji tinggi seperti yang diimpikan sebelum terbang ke negara K-Pop itu.

Hakikat ini diakui beberapa rakyat Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa, hanya kerana keterujaan untuk mendapat tawaran gaji tinggi antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan, sambil kononnya mahu mahu menimba pengalaman bekerja di luar negara.

Selain ditipu dan tidak dibayar gaji yang dianggap kes biasa,  ada yang mendakwa dipukul dan didera, dimanipulasi, serta diabaikan aspek kebajikan dan keselamatan sebagai pekerja oleh pihak majikan.

Paling mengejutkan apabila ada antara mereka yang sebelum ini sempurna, terpaksa pulang ke tanah air dalam keadaan cacat dan cedera disebabkan kemalangan di tempat kerja, dan lebih menyedihkan apabila majikan hanya lepas tangan.

Semua ini kerana mereka masuk menggunakan visa pelancong dan status mereka di sana sebagai buruh haram!

 

Antara posting tawaran kerja di Korea Selatan yang banyak ditawarkan di Facebook.

Antara yang menjadi mangsa adalah seorang bekas pramugari di syarikat penerbangan Malaysia yang putus empat jari tangan ketika bekerja di sebuah kilang besi, April lalu.

“Saya hanya fikir tentang duit apabila memilih bekerja di Korea sehingga melupakan aspek keselamatan diri,” katanya yang berusia 26 tahun, tetapi enggan mendedahkan identitinya.

 

 

Afiq (bukan nama sebenar), 22, yang mempunyai diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur pula cedera pada lutut apabila terlibat dalam kemalangan di kilang konkrit tempat dia bekerja kira-kira enam bulan lalu.

Malang nasibnya apabila majikan bukan saja berlengah-lengah untuk menghantarnya ke hospital dengan memberi 1001 alasan, tetapi juga enggan menjelaskan bil rawatan sebanyak RM33,737 seperti yang dijanjikan.

“Sebaliknya mereka menyuruh saya balik ke Malaysia untuk pembedahan dan datang bekerja semula apabila  sembuh,” katanya.

Bagaimanapun Afiq tidak menganggap dirinya ditipu ejen, tetapi lebih kepada menjadi mangsa majikan di Korea Selatan yang tidak mementingkan keselamatan dan kebajikan pekerja.

 

 

Sumber mStar Online yang menetap di Korea Selatan mengakui realiti kejadian ini dengan mendedahkan seramai kira-kira 300 rakyat Malaysia telah menjadi mangsa melibatkan 87 kes dalam tempoh dua tahun.

Jelasnya, hampir semua yang bekerja di sana memperjudikan nasib masing-masing selepas diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada ejen tanpa mengetahui tugas atau bidang kerja yang ditawarkan kepada mereka.

“Sebanyak 90 peratus yang datang bekerja di sini adalah lelaki dan mereka dikehendaki melakukan kerja dalam pelbagai bidang seperti pekilangan, pembinaan dan perladangan di beberapa lokasi seluruh Korea Selatan.

“Kebanyakan mereka berusia 20 hingga 30 tahun ini ditawarkan kerja-kerja berat, termasuklah wanita,” dakwanya sambil menambah ada juga pekerja yang berusia lebih 40 dan 50 tahun.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini belum ada laporan mangsa wanita yang ditawarkan kerja sebagai pelacur.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang datang bekerja di Korea Selatan bernasib tidak baik.

“Ada yang bekerja dengan selamat dan mendapat gaji lumayan seperti yang dijanjikan.

“Jika mereka bernasib baik, mereka akan dapat pekerjaan yang sesuai dengan diri dan kemampuan mereka, tapi kebanyakannya diberikan tugas berat,” katanya sambil menambah nisbahnya adalah 2:10.

 

 

Apa yang pasti, sama ada mereka ini pulang semula ke Malaysia dengan membawa habuan lumayan atau terpaksa kembali dalam keadaan cacat, mereka tetap tidak dapat lari daripada gelaran ‘buruh haram’.

Persoalannya, adakah wajar mereka ini mendapat pembelaan dan adakah ejen yang tanpa rasa takut menawarkan peluang kerja ini secara terbuka patut dibiarkan terlepas begitu sahaja?.

Setakat ini, kami masih menunggu maklum balas pihak bertanggungjawab di negara ini dan juga Korea Selatan berhubung perkara ini.



Sumber Nukilan Cerita Kita

Cowoknya paksa minta foto buka BH, cewek ini akhirnya mengirimkannya, kejadian selanjutnya…

Belakangan ini, media sosial dihebohkan dengan foto percakapan antara seorang cewek dan pacarnya. Dalam unggahan tersebut, sang cowok awalnya mau modus dengan minta foto syur ke sang pacar. Tapi ternyata pacarnya lebih cerdas dan kreatif. Ia pun nggak berhasil dapat fotonya, tapi justru diputuskan saat itu juga.

Cerita ini pertama kali diunggah oleh warganet yang bernama Feli. Melalui akun Facebook pribadinya, ia menceritakan bagaimana dirinya berhasil mengerjai balik cowok yang mau memanfaatkannya.

Dengan cara yang cerdas, Feli membuat pacarnya yang mau memanfaatkan dia jadi tidak berdaya. Caranya yang sungguh tidak terduga ini pun membuat warganet salut. Dalam unggahan tersebut, ia menuliskan kutipan,

“Jd gini gua habis bersihin galeri eh nemu ginian padahal gua uda lupa. Sumpah demi apapun gua ngetik ini sambil ketawa ajg :”) coba aja lo bayar 500k pasti g gua sebar aowkwkwo btw ini 3 bulan yg lalu.”

Dalam foto percakapan tersebut awalnya sang pacar menanyakan kepada Feli apakah ia sayang kepada dirinya atau tidak. Feli pun menjawab bahwa ia sayang karena buktinya ia menerima cinta cowok tersebut. Diketahui ternyata Feli dan pacarnya baru 3 hari jadian.

Setelah menanyakan hal tersebut, cowok itu justru modus dengan minta foto ‘syur’ kepada Feli. Dengan alasan penasaran, cowok ini memaksa Feli mengirimkan foto bagian atas tubuhnya. Awalnya Feli tidak mau.

Ia mengatakan bahwa baru tiga hari jadian saja sudah berani minta foto macam-macam, apalagi kalau udah lama. Tapi cowok ini nggak menyerah, ia tetap merayu bahkan menyangsikan rasa sayang Feli kepada dirinya.

Karena malas berdebat, Feli akhirnya mengirim foto bagian atas dirinya. Tapi cowok ini masih saja belum puas dan minta foto yang memperlihatkan bagian atas tubuh Feli dengan lebih jelas. Ia bahkan mengancam mau putus kalau Feli tidak mengirim foto tersebut.

Nggak takut dengan ancaman cowok itu, Feli memilih untuk putus. Namun memang si cowoknya nggak tau diri, ia justru mengancam lagi mau menyebarkan foto tersebut jika Feli tidak membayar 200 ribu. Feli pun cuma tertawa, ia tidak takut dengan ancaman cowok itu karena ternyata itu bukan foto bagian atas tubuhnya.

Ternyata yang dikirim Feli itu adalah foto dengkul atau lututnya. Cowok ini nggak percaya begitu saja, tapi setelah Feli mengirim foto lengkapnya, ia baru sadar bahwa ia dikerjai. Ia yang awalnya mengancam Feli, justru balik minta ampun bahkan minta agar jangan putus.

Feli yang sudah tahu bagaimana watak cowok itu yang sebenarnya, tentu saja nggak mau balikan. Ia bahkan membalas dengan minta uang 500 ribu kepada cowok itu jika nggak mau percakapan ini disebar. Dengan memohon-mohon, cowok ini minta Feli balikan dan mau jadi pacarnya lagi. Katanya ia nggak mau putus dari Feli.

Unggahan ini pun langsung dapat banyak respon dari warganet. Bahkan banyak yang memuji kecerdasan Feli dan mengatakan ia kreatif. Bagaimana menurutmu?



Sumber Nukilan Cerita Kita

6 Perkara Yang Biasanya Diwarisi Anak-Anak Melalui Genetik Bapa

zain saidin dan anak perempuannya aaisyah

Kedua-dua ibu bapa mempunyai pengaruh dan genetik tersendiri dalam menurunkan kepada anak-anak mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang kemungkinannya lebih besar untuk diwarisi anak-anak melalui bapa.

iluminasi.com ingin berkongsi 6 perkara yang diwarisi anak melalui bapa.
1. Masalah jantung
penyakit jantung koronari

Seorang doktor naturopati, Jen Stagg, anak lelaki boleh mewarisi genetik daripada ayahnya yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 50 peratus.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Leicester juga menyokong teori ini bahawa penyakit ini yang berlaku akibat penurunan penghantara oksigen ke jantung yang disebabkan pengecilan saluran darah, boleh diwarisi anak lelaki.
2. Kesihatan mental
kanak kanak adhd

Walaupun kedua-duanya, boleh mewariskan penyakit mentak kepada anak-anak, namun bapa lebih cenderung terhadap perkara ini. Penyakit seperti skizofrenia atau gangguan kekurangan perhatian hiperaktif (ADHD), lebih mudah diwarisi daripada bapa yang berumur.

Ia disebabkan oleh bapa 4 kali lebih cenderung untuk mengalami mutasi DNA, kerana lelaki terus menghasilkan sperma baru walaupun semakin berusia. “Ia mampu menyebabkan penyakit genetik jarang mampu berlaku pada anak-anak mereka, serta insiden gangguan neurodevelopmental yang tinggi seperti autisma” jelas doktor Jen Stagg.
3. Senyuman
awal ashaari dan anaknya

Saiz gigi, saiz rahang dan bentuk gigi adalah genetik, dan mampu diwarisi melalui ibu atau bapa. Namun, terdapat kemungkinan besar ia lebih cenderung diwarisi melalui bapa. Genetik daripada bapa adalah lebih aktif berbanding genetik yang sama daripada ibu.

“Disebabkan oleh genetik bapa lebih aktif, mengakibatkan genetik berkaitan dengan saiz rahang, yang boleh mengakibatkan kesesakan gigi atau kerosakan gigi daripada enamel lembut, berlaku,” jelas doktor Jen.

Dan secara tak langsung, anak lebih cenderung mempunyai senyuman seperti bapa mereka.
4. Ketidaksuburan
persenyawaan in vitro disebabkan oleh ketidaksuburan

Lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma masih mampu mempunyai anak dengan bantuan persenyawaan in vitro. Namun, para saintis mengatakan bahawa anak lelaki yang lahir hasil persenyawaan ini mempunyai keberangkalian tinggi mewarisi ketidaksuburan daripada bapa..

Maklumat yang diperolehi daripada lelaki dewasa yang disenyawakan melalui suntikan sperma intracytoplasmik (ICSI, rawatan kesuburan), menunjukkan bahawa ketidaksuburan pada golongan lelaki adalah sifat yang diwarisi.

Mereka yang lahir melalui cara ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi mempunyai kualiti sperma yang rendah, seperti bapa mereka.
5. Jantina anak
Menurut sains, kebarangkalian mendapat anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh bapa. Menurut kajian yang diterbitkan di Science Daily, salasilah bapa boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan jantina bayi yang bakal dilahirkan.

Jantina bayi ditentukan oleh sperma bapa. Jika sperma tersebut mempunyai kromosom X dan bergabung dengan kromosom X daripada ibu, akan terhasil bayi perempuan. Dan jika sperma mengandungi kromosom Y, anak lelaki akan terhasil.
6. Mata bayi
bayi bermata biru

Kedua-dua ibu dan bapa mempunyai peranan dalam menentukan sama ada bayi akan mempunyai warna anak mata yang cerah atau gelap. Namun, jika bapa mempunyai ciri-ciri tertentu, bayi tersebut akan mengikut warna mata bapa.



Sumber Nukilan Cerita Kita

JPJ Rampas Rolls Royce Milik Aliff Syukri

Harian Metro hari ini melaporkan yang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita kereta milik usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri yang merupakan antara...

The post JPJ Rampas Rolls Royce Milik Aliff Syukri appeared first on ROTIKAYA.

JPJ sita Rolls Royce Datuk Aliff Syukri

KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.

Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.

Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

“Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

“Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

 
Megat Shahdan siar video bunuh orang..

VIDEO kedua propaganda anggota Daish dari Singapura, Megat Shahdan Abdul Samad, muncul di internet menunjukkannya menembak mati tiga lelaki.

Straits Times melaporkan, dalam video lapan minit itu, Megat Shahdan, 39, dan dua lagi lelaki berpakaian celoreng dikongsikan di media sosial serta kumpulan sembang. Ia diselitkan dengan adegan serangan bom serta kenderaan yang diselang-seli dengan senario di stadium dan majlis keramaian.

Pada hujung video itu, Megat Shahdan bercakap dalam bahasa Inggeris memberi pesanan kepada pengikutnya sebelum menembak mati seorang lelaki yang melutut di depannya.

Pakar keselamatan berkata, video itu nampak tulen dan dipercayai pertama kali dimuat naik Jumaat lalu.

Megat Shahdan, 39, sebelum ini muncul dalam klip video Daish selama tiga minit setengah pada September lalu, mengajak orang ramai menyertai perjuangan kumpulan pengganas itu di Asia Timur atau Asia Barat, malah mencabar Putera Harry dari Britain untuk bertempur.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura menyatakan ia tiada maklumat lanjut mengenai video itu.

Seorang lagi lelaki dipercayai dari Asia Tenggara namun bukan rakyat Singapura turut dilihat dalam video itu.

Megat Shahdan, yang mempunyai rekod jenayah termasuk dadah dan kongsi gelap, ke Asia Barat untuk bekerja pada 2014 dan menjadi radikal di sana sebelum ke Syria menyertai IS.



Sumber Nukilan Cerita Kita

Pemilik Kedai Halau Gelandangan yang Minta Makanan, Tetapi Sebenarnya Gelandangan Ini Ada Niat Lain..

Setiap manusia mempunyai kehidupannya masing -masing. Ada yang mewah hidupnya, cukup makan dan pakai, ada pula yang hidupnya serba serbi kekurangan, sebagai contoh gelandangan. Gelandangan merupakan sebuah kelompok kecil yang kurang bernasib baik. Kalau dilihat secara terperinci, hidup mereka sebelum ini sebenarnya senang, tetapi mungkin kerana kesilapannya yang sedikit, membuatkan mereka tersasar sehingga ke hari ini.

Seperti kisah yang dikongsikan di media sosial, Muhammad Danial Abdullah, beliau telah memuat naik video serta beberapa keping gambar bersama gelandangan di Kuala Lumpur. Melalui perkongsiannya itu, dia meluahkan rasa kagum terhadap kehidupan gelandangan ini, di mana walaupun mereka susah tetapi mereka masih memikirkan orang lain.

Gambar hiasan

“Syukur, hari ini saya dapat satu pengajaran yang amat berharga daripada seseorang yang tak pernah saya duga”

Danial bekerja di sebuah kedai yang terletak di Jalan Tiong Nam berhampiran dengan Jalan Chow Kit. Di kawasan kedainya itu, memang sudah terkenal dengan kaki botol, kaki paw serta gelandangan.

“Hari-hari saya diganggu oleh mereka dengan memasuki kedai saya, meminta wang dan rokok, dengan bau alkohol yang kuat dan cara yang sangat kasar”

Ketika dia sedang ralit dengan kerjanya, kedainya dimasuki oleh beberapa gelandangan berwarga India. Dek kerana dia sudah biasa berhadapan dengan orang seperti ini, dia terus menghalau gelandangan itu keluar dari kedainya. Tetapi salah seorang daripada mereka sempat memintanya untuk menghubungi Ambulancekerana kawannya yang muntah darah akibat terlalu banyak meminum arak. Tetapi Danial masih tetap menghalaunya.

Sumber: Facebook

“Dia kemudian menangis meminta tolong untuk call ambulance. Ada seorang perempuan cina datang membantu dengan menghubungi ambulance“

Setelah lihat mereka benar-benar dalam kesusahan, Danial menyesal kerana menghalau mereka tadi. Lantas dia keluar untuk meminta maaf.

Sumber: Facebook

Kata Danial, salah seorang daripada gelandangan itu, Raj, merupakan seorang pemuzik. Dia ditinggalkan isteri dan anak-anak, manakala ibunya di kampung masih tidak tahu kehidupannya sebagai seorang gelandangan di ibu kota ini.

“Mak dia hidup lagi di Melaka, setiap kali contact dengan mak dia, dia kata kehidupan dia di sini baik-baik sahaja”

Sumber: Facebook

Ketika mereka sedang sibuk berborak, tiba-tiba datang seorang warga Indonesia, memberikan makanan kepadanya. Apa yang mengejutkan, dia tidak terus makan makanan itu, tetapi meminta diri untuk pulang, untuk membahagikan makanan yang baru sahaja dia dapat itu, untuk berkongsikan dengan rakan-rakannya.

“Paling saya terkesan, walaupun hidup uncle Raj hanya dengan membawa satu tote beg, dia masih fikirkan untuk mengagihkan sebungkus makanan yang dia dapat tadi. Apakah aku serba cukup ini sanggup menghalau seseorang keluar dari kedai hanya kerana dia seorang homeless?”

Ada sebab sebenarnya mereka memilih untuk menjadi gelandagan. Siapalah kita nak menghukum mereka sesuka hati? Harap dengan kisah ini, dapat buka minda kita untuk terima orang-orang seperti mereka..

sumber media massa

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

BANGLADESH MELAMPAU! INILAH AKIBAT TERLALU RAMAI WARGA BANGLADESH DI MALAYSIA!

Yang Kita Tidak Mahu Lihat Akibat Dari Warga Bangladesh Memenuhi Malaysia
Kehadiran seramai 1.5 juta pekerja warganegara Bangladesh yang dicadangkan untuk dibawa masuk ke negara ini dijangka akan memberi kesan besar kepada aspek budaya di Malaysia.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Rosila Bee Mohd Hussain, walaupun kehadiran pekerja asing itu memberi kesan positif dari sudut ekonomi Negara, namun kesannya kepada masyarakat di Negara ini juga perlu dititikberatkan.
“Soal budaya ini isu utama. Kita bawa masuk pekerja asing, budaya luar masuk. Budaya sedia ada pun, ada mengambil masa bertahun-tahun yang perlu kita tangani ditambah lagi dengan budaya luar yang ada kalanya mewujudkan ketidakfahaman dalam masyarakat.

“Bila tidak ada kesefahaman, akan wujud salah faham dan pertengkaran yang akhirnya akan mewujudkan perkara yang lebih memudaratkan seperti soal keselamatan, jenayah dan sebagainya,” katanya.
Dalam soal budaya ini, impak negatif dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia akan dapat dilihat dengan lebih jelas daripada kesan positif.

“Kebiasaannya akan wujud isu bertentangan dengan apa yang dirasakan masyarakat kita dengan golongan ini contohnya sesuatu yang bukan amalan kita, pada mereka ini perkara normal tetapi pada perspektif masyarakat kita. Meskipun ia hanya perkara kecil, akhirnya boleh menjadi besar,” tambahnya lagi.

“Bila tidak ada kesefahaman, akan wujud salah faham dan pertengkaran yang akhirnya akan mewujudkan perkara yang lebih memudaratkan seperti soal keselamatan, jenayah dan sebagainya,” katanya.

Dalam soal budaya ini, impak negatif dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia akan dapat dilihat dengan lebih jelas daripada kesan positif.

“Kebiasaannya akan wujud isu bertentangan dengan apa yang dirasakan masyarakat kita dengan golongan ini contohnya sesuatu yang bukan amalan kita, pada mereka ini perkara normal tetapi pada perspektif masyarakat kita. Meskipun ia hanya perkara kecil, akhirnya boleh menjadi besar,” tambahnya lagi.

Terbongkar- Inilah Sebab Warga Bangladesh Menjadi Pilihan Wanita Malaysia
Apabila bangla boleh uruskan kehidupan dia dengan gaji RM1,500 sebulan dan siap boleh hantar duit untuk keluarga di kampung, rakyat Malaysia masih duduk mengeluh dan mengata:

1. Boleh la, duduk hostel tidur pun berhimpit-himpit. Tak payah bayar sewa sebab sudah ditanggung majikan.

2. Boleh la, sebab datang sini bujang, tidak bawa keluarga bersama. Kita di Malaysia ada keluarga yang perlu di tanggung.

3. Takkan nak suruh rakyat Malaysia hidup macam Bangla bla bla bla.

Sebenarnya, tiga poin di atas adalah alasan yang diberikan oleh mereka yang tidak memahami apa sebenarnya mesej yang perlu difahamkan dan dijadikan tauladan.

Hakikatnya:
1. Bangla-bangla itu tidak pakai telefon mewah. Paling murah boleh pakai mereka guna. Rakyat kita bergaji rendah, ada yang masih belajar lagi tapi sudah pakai iPhone. Gaji sebulan habis beli telefon.

2. Bangla-bangla itu tak hisap vape dan jarang sangat nampak mereka lepak kedai mamak hisap rokok. Rakyat kita, vape adalah keperluan hidup. Sanggup maki hamun para doktor di KKM yang usulkan vape perlu diharamkan.

3. Bangla memang tidak bawa famili. Tapi mereka tidak lupa famili. Dari duit gaji RM 1,500, RM1,000 mereka boleh hantar balik. Rakyat kita gaji ribu riban, nak hulur mak bapa kasi 2-3 ratus je. Itupun culas bagi alasan.

4. Bangla memang catu makanan dan kehendak depa. Jimat habis lah, tetapi sekali mereka sakit, kalau mereka nak ubat jantung Metalyse yang harga RM5,600 tu, mereka kena bayar penuh. Rakyat Malaysia pula hanya bayar seringgit.

5. Tidak pernah tengok Bangla di Malaysia yang obes. Rakyat Malaysia pula, mengaku menganggur dan terseksa tapi badan satu-satu semangat tak boleh nak cakap. Negara kita adalah juara indeks obesiti di Asia.

6. Bangla kat tempat aku ni, walau kerja buruh binaan setengah mati, solat jemaah di masjid tak pernah tinggal. Biasa saf-sat utama mereka yang penuhkan conquer. Azan pun mereka yang laungkan sebab mereka paling awal tiba. Bulan Ramadhan pun tak tinggal solat Maghrib di masjid.

Rakyat Malaysia yang kuat complain dan maki hamun kerajaan? Nak nampak batang hidung kat masjid seminggu sekali pun payah. Tapi online FB dan maki hamun orang 24 jam.

 

Ciri-ciri tambahan lain ada di dalam di bawah. Boleh tambah kalau perlu.
1. Budak kita Tok dia mati 4 kali setahun. Nenek yang mati 20 tahun dulu masuk hospital 12 kali setahun. Pak Lang dia kenduri kawin tiap tiap bulan. Cuti lagi banyak pada pi gheja. puiii

2. Budak kita kerja bancuh simen pun kena ada aircond. Hangat. Bancuh lebih esok cuti pasai kena Cirit Birit.

3. Budak kita kalau GF merajuk kena amik cuti pi pujuk bawak tengok wayang. Bila mood GF dah ok baru depa mai mood nak gheja.

4. Budak kita kalau suruh buat overtime, kena bayaq 50 kali ganda. Kalau tak mau bayaq, baik depa pi race motor di Dataran.

5. Budak kita keja 2 minggu sibuk nak mintak naik jadi supervisor. Kalau tak naik pangkat depa pi cari keja lain pastu kutuk tokey lama.

6. Budak kita kena minum teh baru depa ada tenaga nak gheja. Dalam satu hari depa kena berenti minum teh tarik 20 kali. baru productive.

7. Budak kita allergic ngan nyamuk. Bukan depa tak mau gheja di estate kelapa sawit, tapi depa takut kena denggi.

8. Budak kita hormat pada lembu dan kambing. Depa kesian tengok Lembu dan kambing kena kurung. Sebab tu depa tak mau gheja ladang.

9. Budak kita hormat pada mak bapak. Gila apa kalau mak bapak depa tau kalau pi gheja construction ikat bata. Malu satu kampung woi. Baik depa pi KL rompak 7/11. pastu cakap kat mak bapak dikampung, depa manager 7/11.

Sumber: Dr. Abdul Rahman/Eddie Putera via informasi trending



Sumber Nukilan Cerita Kita

ANGGUN TAYANG SUAMI KEEMPAT

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi cantik Indonesia, Anggun yang menjadi salah seorang juri pencarian bakat Asia’s Got Talent.

Anggun atau nama sebenar Anggun Cipta Sasmi, 43, berjaya mencipta namanya bukan sahaja di Indonesia malah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Justeru tidak hairanlah apabila ramai yang ingin menjadi seperti Anggun, cantik dan berjaya serta dilabel salah seorang penyanyi terbaik di Indonesia oleh kerana mempunyai vokal yang mantap

Anggun juga mendapat gelaran wanita Indonesia yang natural beauty kerana sering mengenakan solekan yang minimalis. Tanpa solekan sarat,terpancar kejelitaan semula jadi Anggun.

Mungkin tuah menyebelahinya dari segi karier, tetapi wanita kelahiran Indonesia, Jakarta ini kurang bernasib baik dalam kehidupan berumah tangga.

Anggun telah berkahwin sebanyak tiga kali, suami pertamanya Michael Georgea yang juga pernah menjadi pengurusnya. Anggun berkahwin dengan Michael pada tahun 1992 dan akhirnya memutuskan untuk bercerai pada tahun 1999.

Kali kedua Anggun berkahwin bersama Oliver Maury jejaka dari Kanada pada tahun 2004 dan berpisah pada tahun 2006.

Seterusnya,perkahwinan ketiga Anggun adalah dengan penulis dari Perancis, Cyril Montana pada tahun 2010.

Menerusi hasil perkahwinan bersama Cyril Montana, Anggun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kirana Cipta Montana yang kini berusia 10 tahun.

Sayangnya sekali lagi perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama, Anggun dan Cyril Montana dikatakan berpisah pada tahun 2014 apabila memuatnaik gambar bersama seorang jejaka bernama Edwardo.

Terbaru, Anggun dikhabarkan telah berkahwin lagi buat kali yang keempat dengan Christian Kretschmar, 43, seorang jurugambar profesional yang sering mengambil gambar-gambar Anggun terutamanya di konsert-konsert.

Pelantun lagu Berganti Hati itu dilihat sering berkongsi foto kemesraan bersama suami barunya ini di laman sosial.

 

 

Walaupun sering gagal dalam perkahwinan namun Anggun tetap terbuka untuk peminat mengetahui kehidupan peribadinya.



Sumber Nukilan Cerita Kita

Sufian Suhaimi Akui Lalui Ujian Bertunang

Entah di mana silapnya, penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan bahawa dia tidak dapat mengikuti (follow) akaun Instagram tunangnya iaitu Elfira Loy. Malah perkara...

The post Sufian Suhaimi Akui Lalui Ujian Bertunang appeared first on ROTIKAYA.

Hafiz Suip, Isteri Sambut Kelahiran Anak Sulung

Bakal menutup tirai tahun 2017, Hafiz Suip dan isteri telah selamat menimang cahaya mata sulung pada awal pagi tadi. Menerusi Instagram, Hafiz...

The post Hafiz Suip, Isteri Sambut Kelahiran Anak Sulung appeared first on ROTIKAYA.

Saturday, 30 December 2017

Kerana K-Pop, Zara Zya Dihina Teruk

Baru-baru riuh sekejap ruangan komen Instagram milik pelakon Zara Zya gara-gara bertanyakan soalan tentang K-Pop. Lebih mengejutkan, persoalan ringkasnya di Instagram menjadi...

The post Kerana K-Pop, Zara Zya Dihina Teruk appeared first on ROTIKAYA.

Nora Danish Akui Terpaksa Berkerusi Roda

Tampil berkerusi roda dalam Instastory baru-baru ini, agak teruk Nora Danish dihentam hingga dituduh pemalas. Jelasnya, beliau memang tidak dibenarkan berjalan selama...

The post Nora Danish Akui Terpaksa Berkerusi Roda appeared first on ROTIKAYA.

Sajat Tolak Tawaran Berlakon Dengan Aaron Aziz

Selepas tampil dengan lagu duet bersama Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat kini ditawarkan untuk menjadi watak utama dalam sebuah filem bergandingan dengan...

The post Sajat Tolak Tawaran Berlakon Dengan Aaron Aziz appeared first on ROTIKAYA.

Zizie Ezette, Bung Moktar Sambut Kelahiran Kembar

Zizie Ezette pada Jumaat lalu telah selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur....

The post Zizie Ezette, Bung Moktar Sambut Kelahiran Kembar appeared first on ROTIKAYA.

Friday, 29 December 2017

Fizo Omar Mahu Anak Jadi Jutawan Umur 20

Berbanding selebriti lain yang berlumba membuka akaun Instagram untuk anak mereka, berbeza pula dengan Fizo Omar dan isteri yang memilih untuk membuka...

The post Fizo Omar Mahu Anak Jadi Jutawan Umur 20 appeared first on ROTIKAYA.

‘Kalau duit syiling berada di dasar gelas, buang semua makanan dalam freezer’ – Elak termakan makanan rosak, amalkan tips selamat ini..

Jika berlaku gangguan elektrik di kawasan rumah, dan dalam masa yang sama pula anda sekeluarga bercuti di luar kawasan untuk tempoh masa yang lama pasti membuatkan anda tidak senang duduk kerana bimbang barang makanan dalam freezer atau peti sejuk anda rosak.
Lebih teruk lagi bila makanan yang sudah dirosak itu dibekukan semula selepas bekalan elektrik dipulihkan. Jadi, bagaimana anda ingin mengetahui jika terdapat gangguan bekalan elektrik berlaku di rumah anda? Lelaki ini kongsi tips yang diperolehinya. Semoga bermanfaat.
HARI ini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan duit syiling dalam freezer. Apa hal orang tua ini beri pesanan pelik begini? Duit syiling itu boleh beranak ke? “Simpanlah duit syiling dalam tabung”, itu pesanan yang selalu aku dengar.
Benda ini mudah, tetapi sangat penting dan ramai orang tak buat sebab tak tahu.
“Kalau you tinggalkan rumah lama-lama, you tak tahu kan kalau ada gangguan bekalan elektrik di rumah? Kalau ada, you tak tahu kan berapa lama sebelum elektrik disambung semula?” katanya.
“Saya tak kisah sangat pun uncle, tak ada siapa dalam rumah itu pun. TV, kipas, lampu semua itu memang sudah off,” balas aku.
“Young man, ayam, ikan, daging dalam you punya freezer itu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak you, macam mana? Kalau bekalan elektrik terputus dua tiga jam okey lagi. Kalau TNB rasa nak biarkan dua tiga hari? Kalau seminggu?
“Kalau semua itu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Selepas bekalan elektrik disambung semula, freezer you akan bekukan balik semua itu. Mungkin ada yang sudah rosak dan you pun tak perasan,” jelas Uncle Chan.
Betul juga kata Uncle Chan. Kalau tak perasan, rasa macam okey je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la selepas tu. Silap-silap boleh mati. Selepas itu, masak sosej yang sudah rosak dan diberi pula anak makan. Aduh!
“Tetapi, apa pula kaitan duit syiling dengan perkara ini?” soal aku.
“Ini tips untuk agak berapa lama freezer itu off. You perlukan duit syiling, gelas plastik lutsinar dan air.
“Mula-mula you isi air dalam gelas plastik itu 3/4 penuh dan letak dalam freezer, biar jadi ais. Selepas itu, letak duit syiling di atas air itu. Setiap kali balik rumah selepas cuti panjang, check syiling dalam gelas itu.
“Kalau duit syiling masih berada di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus! Tetapi kalau duit syiling itu berada di dasar gelas, bermakna ais itu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
“Buang sajalah semua barang makanan atau minuman yang berkemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat,” katanya.
Terima kasih Uncle Chan Kui Peng. #teorikehidupanmanusia
Sumber: Thereporter
Kredit :  Rizzal Abdullah

“Terkilan Tak Sempat Bawa Ibu Pergi Umrah”

Kehilangan ibu tercinta merupakan satu perkara yang palin pilu untuk dilalui oleh seorang anak. Begitu juga apa yang dihadapi oleh Zul Ariffin...

The post “Terkilan Tak Sempat Bawa Ibu Pergi Umrah” appeared first on ROTIKAYA.

Fizo Omar, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah diucapkan buat Fizo Omar dan juga isteri, Mawar kerana telah selamat menimang cahaya mata. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Fizo sendiri...

The post Fizo Omar, Isteri Selamat Timang Anak Sulung appeared first on ROTIKAYA.

‘Tiada pilih kasih’ – Penguat Kuasa PPj apit kereta peronda PDRM

Baru-baru ini viral di media sosial gambar kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan apitan di atas kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lapor Harian Metro, anggota penguatkuasa Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil tindakan itu mengikut prosedur biasa bagi memastikan tiada unsur pilih kasih dalam aspek penguatkuasaan, kerana kenderaan peronda PDRM itu diletakkan di bahu jalan di Jalan P2p berhampiran Menara Usahawan, Presint 3, Putrajaya.

Gambar kenderaan itu kemudian dirakam orang awam dan dimuat naik dan viral meluas di media sosial.

Pengarah Bahagian PPJ, Muhamad Irwan Abdullah berkata, tindakan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan menyebabkan halangan lalu lintas.

“Ia juga dibuat bagi memastikan tiada unsur pilih kasih dalam melaksanakan penguatkuasaan,” katanya.

Menurut beliau, semasa anggota penguat kuasa PPj menjalankan rondaan rutin di sekitar Putrajaya, mereka mendapati sebuah kereta peronda PDRM diletakkan di kawasan larangan.

“Pasukan penguat kuasa PPj cuba menghubungi pemandu berkenaan di sekitar lokasi, namun gagal dan kita terpaksa mengambil tindakan apitan ke atas kenderaan terbabit,” katanya.


Difahamkan, tiga anggota polis berpakaian seragam trafik yang muncul tidak lama kemudian terkejut apabila mendapati tayar kenderaan mereka dikunci. Kenderaan itu ‘dilepaskan’ selepas membayar denda.

Jelas Muhamad Irwan, perlaksanaan apitan itu adalah sebahagian usaha mendidik dan mencegah orang ramai dari terus melakukan kesalahan lalu lintas selain menyebabkan kepincangan kepada kesejahteraan bandar serta orang awam.

“Penguatkuasaan zon apitan dan tundaan ini sudah dilaksanakan oleh PPj sejak 1 April lalu dan kita turut menyediakan Panduan Zon Apitan, Tunda dan Kawasan Letak Kereta di Putrajaya yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi http://ift.tt/2lgOrGj; katanya.



Sumber Nukilan Cerita Kita

‘Dia Cuba ‘Kokak’ Pintu Dengan Tong Gas!’ – Detik Cemas Hampir Disamun Warga Asing!

Lazimnya, kejadian jenayah seperti pecah rumah, rompak, samun dan ragut sering berlaku pada musim cuti perayaan serta cuti sekolah. Ini kerana kebanyakan orang mengambil peluang yang ada ini untuk pulang ke kampung atau bercuti. Oleh itu, kita dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuka ruang kepada penjenayah.

Di twitter, gadis ini kongsi pengalaman rakannya hampir menjadi mangsa samun warga asing. Paling menakutkan, warga asing tersebut cuba membuka pintu bilik dengan tong gas!

Hati-hati dan pastikan pintu berkunci

Malang tidak berbau, meskipun berada di dalam rumah kita masih berpotensi menjadi mangsa penjenayah. Namun, nasib baik menyebelahi gadis ini apabila beliau sempat menghubungi ibu memberitahu rumah dipecah masuk.
Ada orang masuk rumah

Cuba nak pecahkan pintu guna tong gas

Jerit minta buka pintu

Cuba ‘buka’ pintu tapi tak dapat

 

Ya Allah bahayanya! Berdebar jantung admin baca perkongsian ni. Nasib baik ibu mangsa sempat sampai bersama polis, kalau tidak tak tahu apa akan berlaku kepada mangsa. Selepas ini elakkan berada seorang diri di rumah dan sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan kita menjadi salah seorang mangsa penjenayah!

sumber : twitter

Baca selanjutnya…………..
Gara-Gara Tahi Anjing, Warga Emas Temui Ajal. Eh, Takkan Macam Tu Sekali?
Ajal boleh datang dalam cara tidak disangka-sangka. Kadang-kadang, pejalan kaki pun boleh diragut nyawanya walaupun pemandu kereta atau penunggang motosikal dilihat lebih berisiko.

Satu kematian dengan punca agak aneh berlaku di Parit Buntar, Perak, baru-baru ini. Mangsa meninggal disebabkan tahi anjing! Biar betul? Macam mana boleh sampai mati tu?

Anjing buang air di depan rumah

Gambar hiasan

Kejadian yang berlaku di Taman Pekan Baru, Parit Buntar itu tercetus apabila mangsa, Shee Hun Kong, 68, bertengkar dengan seorang lelaki berusia 52 tahun yang berang selepas haiwan peliharaan mangsa membuang najis di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata  pertengkaran itu mengakibatkan mangsa ditampar sebelum lelaki terbabit bertindak mencurahkan air paip kepada mangsa dan anjingnya.
Rebah depan rumah, ditemui penduduk terbaring

Mangsa kemudiannya rebah dan terbaring di hadapan rumah lelaki terbabit sebelum ditemui penduduk yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis kira-kira 1.30 pagi.

Isteri mangsa, Tan Poh Suan, 52, berkata suaminya sering membawa anjing peliharaan mereka keluar bersiar-siar pada waktu malam.

Tan berkata suaminya juga menghidap penyakit jantung dan darah tinggi namun tidak menjangka sama sekali kejadian itu menyebabkan dia kehilangan suaminya itu.

Sumber: Malaysiakini



Sumber Nukilan Cerita Kita

“Dalam Video Kosong Tak Ada Orang, Tapi Dalam Gambar Ada ‘Extra’ Pula..” Wanita Kongsi Kejadian Pelik Yang Berlaku di Funfair PD

Satu kejadian ‘mistik’ yang dikatakan berlaku di satu funfair di Port Dickson ternyata membuat netizen bingung dengan kelibat seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang yang dikatakan tiba-tiba wujud di dalam permainan keretapi di funfair terbabit.

Pemuat naik video @iqinnordin, menulis di Twitter:

“Kejadian ni jadi dekat funfair Port Dickson. Tengok betul-betul dlm video ni depan budak perempuan baju pink yang melambai tu kosong kan? Dia sorang je dalam (gerabak) train tu”.

Sekiranya anda perasan, ada kelihatan seorang kanak-kanak berbaju pink memulas stering di dalam video terbabit. Fokus kepada kerusi dihadapannya (video terpaksa di-blur bagi menghormati privasi kanak-kanak)

Ya, tiada apa yang pelik dengan video terbabit. Tapi lihat pula gambar yang diambil selepas itu.

Menjawab soalan-soalan mereka yang musykil dengan kejadian Iqin menulis: “Bagi yg tertanya dalam video dia tengah main steering. Gambar tu diambil selepas keretapi tu pusing balik. Pusingan bila tengah jalan diorang takkan berhentikan selagi tak habis pusing. Berapa kali pusing tu tak pasti. Untuk kepastian, tengok budak belakang baju merah tu budak yang sama. Harap maklum.”

Sudah tentu ada yang percaya, dan tidak kurang juga yang tidak percaya.

Tweet terbabit mendapat 7 ribu retweet dalam masa 12 jam ia dimuat naik.

Sumber: Siakapkeli

Baca selanjutnya……

Aku Tidak Percaya! Biar Apa Pun Kata Mereka – Erma Fatima Pertahankan Iqram Dinzly..

Hampir seluruh rakyat Malaysia mempercayai pelakon Iqram Dinzly sudah tidak waras dan mengalami kemurungan yang teruk sehingga membuatkan perwatakan beliau berubah seratus peratus.

Namun, buat pengarah Erma Fatima, beliau yakin Iqram tidak sakit dan mempercayai apa yang aktor itu lakukan cuma “persembahan” untuk menguji tanggapan masyarakat terhadap dirinya . Iqram masih lagi orang yang sama seperti mana yang Erma kenali dulu.

Terdahulu, Iqram mengakui apa yang beliau lakukan cuma gimik awal untuk mempromosikan perniagaan baru beliau. Walaubagaimanapun, rata-rata peminat masih bersimpati dengan Iqram dan berharap beliau mendapatkan rawatan pakar agar berada dalam keadaan lebih baik.

Sumber: http://ift.tt/2joTdzG



Sumber Nukilan Cerita Kita