a Join Us at facebook: Sayu!! Terlalu Cepat Sayang Pergi Anak Kita Baru 6 bulan .. Suami Mati Ketika Latihan Fizikal TLDM Tweet button

Saturday, 30 September 2017

Sayu!! Terlalu Cepat Sayang Pergi Anak Kita Baru 6 bulan .. Suami Mati Ketika Latihan Fizikal TLDM

 

Terlalu cepat sayang pergi anak kita baru 6 bulan .. Suami mati ketika latihan fizikal TLDM (6Gambar)

Ipoh : Saya tidak percaya dia boleh mati begitu sahaja,takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama akhir nya maut.

Nur Liya Asmira, isteri kepada Laskar Kelas 1, Muhammad LailatuIman Mohd Shukri, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Unit Sungai Wangi, Sitiawan, banyak mendiamkan diri sebaik menerima berita kematian suaminya petang semalam.

Abang ipar Muhammad LailatuIman yang enggan dikenali berkata, Nur Liya Asmira hanya berdiam diri dan kerap menangis selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang semalam.

 

 

 

 

 

 

“Nur Liya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur banyak mendiamkan diri sejurus menerima berita itu.

 

“Dia lebih banyak menyendiri dan tidak selera makan serta kerap menangis sejak semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau berkata, Nur Liya tinggal bersama anak perempuan mereka berusia enam bulan di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.

Katanya, Allahyarham sering pulang pada hujung minggu untuk bertemu isteri dan anaknya.

“Selepas tamat bedah siasat nanti, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman arwah di Kampung Bagus, Rantau Panjang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang,” katanya.

 

Nur Liya yang hadir di HRPB petang ini enggan bertemu dengan pemberita, dia kini kehilangan suami tersayang yang sempat bersama nya setahun lebih kini tinggal lah dirinya bersama anak perempuannya yang berusia 6 bulan. Al fatihah !

sumber:eraviral

____________________________

Sah Kes Bunuh ! Sah Kes Bunuh ! Sah Kes Bunuh !

POLIS kini mengklasifikasi kes dua anggota TLDM yang meninggal dunia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat dibedah siasat jam 3.30 petang hingga 7 malam dan hasil bedah siasat dapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

 

 

“Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri pula dilakukan pada jam 9 malam hingga 11.30 malam dan punca kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan lapan tahanan yang ada dilokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian.

“Rampasan dilakukan terhadap set kamera litar tertutup (CCTV), tujuh cotar (t baton), buku log bertugas dan buku log SOP (perintah tetap Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi selain beberapa telefon bimbit untuk tujuan siasatan,” katanya.

Tian Kee berkata, bertindak atas maklumat bedah siasat itu pada kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah membuat tiga tangkapan.

“Tangkapan membabitkan tiga suspek lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun.

“Kesemua tangkapan akan direman untuk membantu siasatan di Mahkamah Seri Manjung hari ini,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas bagi syif bertarikh 29 Seotember jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Hasil siasatan awal daripada bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua anggota TLDM terbabit dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

“Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Nukilan Cerita Kita

No comments:

Post a Comment